Wednesday, April 9, 2014

PEMUDA UMNO SEMPORNA BIDAS SARANAN DATUK YONG TEK LEE : JANGAN POLITIKKAN SOAL KESELAMATAN NEGARA



SEMPORNA, SABAH, 7 APRIL 2014 -

 Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd Azis bin Haji Mdaziz Jamman membidas kenyataan Datuk Yong Tek Lee yang dilaporkan dalam MalaysiaKini pada 5 April 2014 berhubung isu penculikan seorang pelancong warganegara China dan seorang pekerja resort warganegara Filipina di sebuah Resort di daerah Semporna.

Azis menyifatkan Datuk Yong Tek Lee cuba mempolitikkan aspek keselamatan negara dengan mengaitkan YB Dato' Seri Mohd Shafie Bin Hj Apdal selaku Ahli Parlimen Semporna dan menyarankan agar gaji beliau dikurangkan berikutan insiden penculikan yang berlaku di daerah Semporna. Saya amat yakim bahawa Datuk Yong yang pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini telah sedia maklum tentang perincian bidang kuasa Ahli Parlimen. Saranan Datuk Yong ini dilihat tidak relevan dan beliau sengaja meniup api kemarahan rakyat diNegara ini khususnya masyarakat setempat.

Azis turut menegaskan bahawa YB Dato' Seri Mohd Shafie merupakan seorang wakil rakyat yang sangat prihatin dan turut sama merasai denyut nadi rakyat di Semporna. Walaupun YB Dato' Seri Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Da Wilayah (KKLW) tidak menganggotai Jawatankuasa Keselamatan Negeri mahupun Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), namun beliau sering menasihatkan pihak berkuasa keselamatan terutama pihak tentera dan polis agar sentiasa memantau dan meningkatkan tahap keselamatan secara keseluruhan. Adalah menjadi rutin kepada YB Dato' Seri untuk mendengar taklimat dan laporan daripada Ketua Polis Daerah dan Pegawai Pemerintah Tentera berkenaan hal-ehwal keselamatan di daerah Semporna.

Tambah Azis lagi, '' YB Dato' Seri Mohd Shafie sentiasa mengingatkan rakyat khususnya masyarakat di daerah Semporna terutama kepada ketua-ketua Kampung dan Pengerusi JKKK agar bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu Keselamatan di daerah Semporna.''

Azis turut menyifatkan Datuk Yong sengaja menangguk di air yang keruh. ''Bagaimana Datuk Yong lebih mengetahui tentang Semporna sehingga beliau sanggup mempersoalkan kredibiliti dan sumbangan YB Dato' Seri Mohd Shafie, sedangkan Datuk Yong sendiri bukanlah anak jati Semporna, malah parti beliau juga hampir tidak wujud di Semporna. Datuk Yong tidak sepatutnya membuat pelbagai spekulasi dan sesuka hati menjatuhkan hukuman sendiri kepada mana-mana pihak memandangkan kes penculikan ini masih lagi dibawah siasatan pihak berkuasa. Hentikanlah taktik kotor pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan sahaja.

Azis turut mempersoalkan tindakan Datuk Yong yang dianggap tidak konsisten dan berat sebelah. Jelas Azis, ''mengapa Datuk Yong tidak pula mencadangkan agar gaji Ahli Parlimen Lahad Datu dikurangkan semasa insiden yang berlaku di Tandoo, Lahad Datu? Sekiranya Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab dan wajar dipersalahkan dalam kes sebegini, mengapa Datuk Yong tidak kaitkan Ahli Parlimen di Semenanjung semasa kes penculikan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayari Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik di hadapan Mont Kiara International School, Mont Kiara, Brickfields pada 27 April 2012 yang lalu'', tambah Azis lagi.

Tindakan Datuk Yong mengaitkan YB Dato' Seri Mohd Shafie dengan kes penculikan yang berlaku di Semporna berpunca daripada kecuaian dan kelemahan Ahli Parlimen Semporna adalah tidak relevan dan tidak berasas sama sekali. Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah atas jasa Kerajaan Barisan Nasional melalui sistem pengiliran Ketua Menteri suatu ketika dulu, Datuk Yong sepatutnya sedia maklum bahawa bukan menjadi perkara yang mudah untuk menjaga keseluruhan Perairan Negeri Sabah malah sewaktu beliau menjawat Ketua Menteri Sabah, pencerobohan dan kebanjiran pendatang tanpa izin yang masuk melalui perairan Negeri Sabah Sering berlaku'', tegas Azis lagi.
''Seperti yang kita sedia maklum, penubuhan Kem Tentera laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang kini telah bertapak dan beroperasi sepenuhnya di daerah Semporna semenjak 15 tahun yang lalu merupakan jasa dan suara YB Dato' Seri Mohd Shafie selaku Ahli Parlimen Semporna yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pada masa itu. Selain itu, Balai Polis Semporna juga telah dinaiktarafkan bukan sahaja dari segi kemudahan infrastruktur, kelengkapan keselamatan laut dan darat malah pos-pos kawalan polis dan tentera telah diwujudkan di pulau-pulau di sekitar perairan Semporna.

Azis turut mengulas kenyataan Datuk Yong yang menyalahkan Kerajaan Khususnya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan secara total adalah tidak bertanggungjawab dan apa lagi menyalahkan pemimpin yang bukan pun menjadi ahli didalam jawatankuasa keselamatan negeri ataupun Jawatankuasa ESSCOM yang baru sahaja ditubuhkan. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini merupakan taktik kotor Datuk Yong yang dilihat seolah-olah sudah ketandusan idea lebih-lebih lagi dalam keadaan parti beliau sudah tidak relevan di dalam politik Negeri Sabah.

Tuesday, April 8, 2014

SIAPA YANG AKAN MENENTANG HUDUD ...???

8 Jamadil Akhir 1435H
Selasa 2.30p.m.

Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) 1993 Kelantan telah diluluskan SEBULAT SUARA oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan di mana Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO & PAS SEBULAT SUARA menyokongnya.

Setelah direstui oleh Duli YAM Sultan Kelantan, Kerajaan Negeri WAJAR meWARTAkan Enakmen tersebut. YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menulis surat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamed memaklumkan perkara tersebut dan sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan, beliau BERSETUJU dengan pelaksanaan tersebut sekiranya beberapa pindaan yang mengelirukan serta menggambarkan kezaliman dan ketidakadilan Perundangan Islam dapat diperbaiki di dalam Enakmen tersebut.

Adalah menjadi keWAJIPan dalamasa tempoh 14 hari, Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri (MB Kelantan) MEMBALAS DAN MENGEMUKAKAN MAKLUMBALAS ke atas SURAT RASMI DAN NASIHAT Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan (Perdana Menteri) tersebut.

Malangnya, surat tersebut tidak pernah dijawab oleh Kerajaan Kelantan sebaliknya fitnah bahawa parti UMNO menentang pelaksanaan Enakmen tersebut (Hudud) dijaja di setiap ceramah menjelang kempen pilihanraya umum. Hasilnya pelbagai fatwa yang menghalalkan darah sesama umat Islam kedengaran di sana sini.

Berdasarkan pandangan pakar Perlembagaan PKR, Prof. Dr Abd Aziz Bari, pelaksanaan Enakmen berkenaan tidak memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, pandangan beliau kontra dengan pandangan banyak pihak yang terlibat di dalam pelaksanaannya dan suatu rang undang-undang persendirian perlu dibentangkan di Parlimen untuk meminda beberapa Fasal tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakannya.

Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Hj Mohamed Shukri, Mufti Kelantan sendiri dalam suatu kenyataan telah menegaskan bahawa mereka sudah lama bersedia untuk melaksanakan Hudud dan masih menunggu komitmen serta kesungguhan Kerajaan Negeri.

Dipercayai jua, suatu Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hudud telah ditubuhkan menjelang Nov 2010 dan setelah lebih 3 tahun diwujudkan, tiada kedengaran sebarang kemajuan serta perkembangan yang dibentangkan di DUN Kelantan.

Isu ini timbul semula apabila Yang Berhormat Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya perlu kepada pindaan Perlembagaan, maka suatu bil persendirian perlu dibentangkan di Parlimen DAN UMNO dan/atau Kerajaan Pusat bersedia memberi sokongan kepada PAS.

Rakyat Malaysia jua perlu jelas bahawa antara Perjanjian Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang telah dimeterai adalah tiada agenda pelaksanaan Hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.

SEKIRANYA Kerajaan Kelantan berpendapat pindaan Perlembagaan Persekutuan adalah perlu, sipakah yang anda yakin di kalangan mereka bakal membentangkan rang undang-undang persendirian tersebut (bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Hudud)???

1. YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang -Presiden PAS
2. YB Hj Mohamed Sabu - Timbalan Presiden PAS
3. YBhgia Dato' Mustafa Ali - Setiausaha Agung PAS
4. YB Karpal Singh -Pengerusi DAP.
5. YB Lim Kit Siang - Penasihat DAP
6. YAB Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP
7. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR

SEKIRANYA Kerajaan Kelantan tidak berpendapat perlunya pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada pendapat anda BILAKAH MASANYA KERAJAAN KELANTAN AKAN MELAKSANAKANNYA???

Wednesday, April 2, 2014

UNDANG-UNDANG SYARIAH (HUDUD) KELANTAN DI PERSILAKAN

Kenyataan Media

Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :

1.Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

2.Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

3.Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.

4.Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.

Tuesday, April 1, 2014

TERINGIN MASUK KUBUR

Kisah Ngeri Si Penggali Kubur |

 Saya pegang batu nisan di kubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya mula berputar dengan ligat.

“Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya kawan baik saya iaitu Bakar yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.
Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee…. seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal’azim…
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi… pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ‘ Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati …
Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah…
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini ? ” saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM…
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK… UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba… PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.
“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!” saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!” saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
“Johar… Johar !! ” sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
“Johar… bangun, bangun!” nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
“Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah,” kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Monday, March 31, 2014

Israel roboh kompleks masjid

BAITULMAQDIS 30 Mac - 

Beberapa jentolak milik Israel dilapor merobohkan sebuah kompleks yang menempatkan masjid, pangsapuri dan pusat perubatan milik penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis, Rabu lalu.

Laman web d.intimes.co.uk melaporkan, pemilik kawasan tersebut, Abu Ghaliya berkata, bangunan berkenaan dirobohkan tanpa sebarang notis awal daripada pihak berkuasa Israel.

Saksi melaporkan kepada Maan News Agency, polis dan pasukan khas Israel menyerbu masuk ke Dataran Khallat al-Ein dalam kawasan penempatan al-Tur di timur bandar lama Baitulmaqdis untuk merobohkan kompleks itu.

Para kakitangan mengosongkan kompleks dan menutup pili gas dan air sebelum jentolak terbabit dibawa masuk.

Abu dikatakan tidak mempunyai permit pembinaan yang diperlukan, namun menurutnya dia telah cuba mendapatkan permit itu selama 18 tahun daripada Majlis Perbandaran Baitulmaqdis.

"Datuk Bandar Baitulmaqdis telah meluluskan pembinaan di kawasan itu, tetapi Kementerian Dalam Negeri Israel menentang pembinaan terbabit," katanya.

Bulan lalu, sebuah pertubuhan bantuan memberi amaran terhadap tindakan Israel merobohkan hartanah milik rakyat Palestin yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, 25 pertubuhan mendedahkan tindakan Israel itu meningkat setiap tahun.
Sebanyak 112 daripada 663 penempatan Palestin yang dimusnahkan pada 2013 dibina menggunakan bantuan kewangan antarabangsa.


SUMBER

BAHAGIAN PALING SUKAR ... "HISHAMMUDDIN.

KUALA LUMPUR, 31 Mac  - Apa yang sering bermain dalam fikiran pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin sebelum beliau memasuki bilik sidang akhbar yang bersiaran secara langsung setiap hari sejak tiga minggu lepas?
mh370 hishammuddin 4
“Keluarga penumpang dan anak kapal. Bahagian paling sukar bagi saya ialah mengetahui mereka akan menonton dan mengharapkan sesuatu… bahawa saya boleh memaklumkan kepada mereka berita gembira atau yang mengakhiri penantian mereka,” katanya.
Beliau mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual oleh media tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Hishammuddin, 52, yang menjalani rawatan angioplasti hampir empat bulan lepas, beliau mengakui kurang tidur selepas insiden berkenaan.
“Tak tidur sebab zon masa. Maklumat datang dari pelbagai zon masa. Maklumat yang seperti ini umpama ‘roller-coaster’ untuk saya. Sebelum nak tidur, orang kata ada tumpahan minyak, esok pagi kata negatif.
Baru nak tidur, kata ada (jumpa) jaket keselamatan, esok bangun kata negatif. Itu yang saya lalui bersama anggota Kabinet khususnya Perdana Menteri,” katanya.
Simpati beliau terhadap keluarga terbabit diluahkan secara terbuka sebelum ini, dan Hishammuddin berharap waris mereka yang berada dalam pesawat malang itu faham bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha sedaya upaya serta konsisten dalam insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Hishammuddin yakin tragedi itu membawa hikmah tersendiri apabila semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa atau fahaman politik bersatu mendoakan yang terbaik dan mempertahan negara apabila ‘dihentam’ media asing.
Saban hari, laman sosial Hishammuddin, yang juga anak Perdana Menteri Ketiga Malaysia Tun Hussein Onn, ‘dihujani’ kata-kata semangat meminta beliau tidak berputus asa.
“Kita tengok dalam Twitter, ramai pemimpin pembangkang yang beri kata-kata semangat kepada saya setiap hari. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Terpulang kepada anda sama ada ingin melihat sesuatu perkara secara positif atau negatif,” katanya.
Ironinya, ini bukan kali pertama Hishammuddin ‘diuji’ dengan kejadian di luar jangka kerana setahun yang lepas, beliau atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri berdepan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Menganggap itu sebagai ‘asam garam’ pekerjaan pilihannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata kedua-dua insiden (Lahad Datu dan MH370) membawa cabaran berbeza.
“Ketika kejadian Lahad Datu, kita (Malaysia) tidak mempunyai sokongan dan kepakaran daripada dunia, saya secara peribadi berasa keseorangan dan maklumat yang kita terima tidak boleh dikongsi dengan orang ramai,” katanya.
Ini berbeza dengan tragedi MH370 apabila pelbagai negara, tanpa membangkitkan soal kewangan, menawarkan bantuan, menghantar aset terkini dan canggih selain berkongsi maklumat radar hanya untuk mencari MH370.
Ditanya bagaimana beliau melihat beberapa individu mengambil kesempatan daripada tragedi MH370, Hishammuddin berkata beliau kesal dengan kejadian itu namun yakin ‘hanya perkara yang baik akan menang di akhirnya apabila kebenaran terbukti’.
“Saya tidak pernah menyesal. Malah saya amat bangga menjadi pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan. Saya bangga dengan pasukan mencari dan menyelamat kita serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita berdiri sebagai sebuah bangsa.
“Saya tidak akan putus asa. Semua yang berlaku ada sebabnya. Saya buat yang terbaik dan tawakal kepada Allah,” katanya.

SUMBER

Sunday, March 30, 2014

TURUN KAU....!!!

PULAU PINANG 29 Mac -

 Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seseorang didapati bersalah dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara minimum setahun, tidak boleh memegang jawatan di dalam sesebuah pertubuhan berdaftar.
Karpal berkata, jawatan itu kini dipangku Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sehingga proses rayuan berkaitan hukuman yang diterimanya itu diputuskan di Mahkamah Rayuan.
Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat tertinggi parti dan mereka bersetuju untuk menerima keputusan peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa serta-merta.
Beliau juga meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
"Sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan berkaitan hukuman dikenakan, saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP dan akan dipangku oleh Kok Wai.
"Namun begitu, jawatan saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor tetap kekal sehingga proses rayuan di mahkamah selesai," katanya dalam sidang akhbar di Air Itam di sini hari ini.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, beliau juga akan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat dan kerusi Parlimen jika rayuannya gagal.
Pada 11 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Paduka Azman Abdullah menjatuhkan hukuman denda terhadap Karpal atas kesalahan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar lima tahun lalu.
Karpal, 73, didakwa menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada satu sidang akhbar antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, No. 67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi di ibu negara.
Sementara itu, Lim Guan Eng yang jawatannya sebagai Setiausaha Agung DAP belum disahkan berkata, pihaknya menerima keputusan Karpal itu dengan berat hati.
"Kok Wai hanya akan memangku jawatan Pengerusi sehingga proses rayuan Karpal selesai. Begitu juga jawatannya dalam CEC akan dikembalikan sekiranya rayuan beliau berjaya.
"Perkara ini bukan kali pertama berlaku dalam DAP kerana saya sendiri pernah mengalaminya sewaktu dihukum penjara beberapa tahun dahulu," ujarnya.