Monday, November 18, 2013

TAUFAN HAIYAN BALASAN ALLAH KERANA....




( teruskan membaca artikel AKHIR 2 KEKUATAN untuk jawaban kepada persoalan kenapa dan mengapa )

Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini. Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.

Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.

Salah seorang yang memberikan komen pada video pemusnahan masjid berkata:

They destroy the mosque, Allah gave them instant disaster, they said oh we have this kind of typhoon every year so nothing to do with Allah curse, but they forget to open eyes and see how many victim dead this time, it's not normal and it should be remembered.

Wa Allahu'alam..
sumber : waazin

Friday, November 15, 2013

GOLONGAN ULAMA GESA PAS KELANTAN SEGERA LAKSANA HUDUD

Golongan ulama kelantan kesa pas segera laksana hudud 

Kerajaan Pas Kelantan digesa segera menunaikan janji melaksanakan hukum hudud di negeri ini yang dibuat sejak lebih 20 tahun lalu.

Gesaan itu disuarakan beberapa guru agama di negeri ini berikutan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan semalam menyatakan mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam tersebut.

Pengasas Pondok Sungai Ular, Tumpat, Zainal Abidin Awang berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya sudah lama melaksanakan hukum hudud di negeri ini memandangkan perkara itu merupakan janji utama Pas sekiranya berjaya memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1990.

"Semua orang masih ingat janji pemimpin Pas dalam kempen pilihan raya itu yang akan melaksanakan hudud 'sebelum ayam berkokok' sekiranya mereka menang, tapi sampai sekarang masih gagal, pelbagai alasan dan helah diberikan setiap kali isu hudud dibangkitkan.

"Tiada alasan bagi kerajaan negeri berdolak-dalik dalam perkara ini kerana draf undang-undang tersebut diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), malah ditandatangani Tuanku (Sultan Kelantan) pada 1996," katanya.

Sunday, November 10, 2013

ADAKAH SYIAH TELAH BERTINDAK GANAS ...??? Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP mati ditembak

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP mati ditembak depan rumah
Post Pic
KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 47, maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.
 
Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam. 

GEMPURRR KUBU KOMUNISSS...!!!

Nik Amar: PAS Patut Kaji Kerjasama Dengan DAP & PKR

SHAH ALAM: Calon untuk jawatan timbalan presiden PAS Datuk Nik Amar Nik Abdullah menegaskan keperluan PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR setelah parti itu gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
“PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang dimenangi. Kita menang 21 kerusi parlimen berbanding 23 sebelum ini, sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan majoriti pengundi melayu Islam.
“Kita bukan nak menarik diri daripada Pakatan Rakyat tetapi kita perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang melayu menyokong Umno bukan PAS.
Sungguhpun saya satu-satunya calon ulama ‘untuk jawatan timbalan presiden’ saya berharap untuk mewakili semua pihak dalam PAS,” beliau dipetik berkata oleh The Star.
Nik Amar akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan dua penjuru untuk jawatan timbalan presiden pada muktamar parti 22-24 November ini, saingan itu dilihat sebagai kemuncak pertandingan antara golongan erdogan ‘Mat Sabu’ dan ulama yang diwakili oleh Nik Amar.
Calon lain yang layak untuk bertanding jawatan itu seperti Husam Musa, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man memilih untuk bertanding jawatan lain.
Sekiranya menang Nik Amar akan memastikan dua jawatan tertinggi dalam PAS diisi oleh golongan ulama ekoran desakan akar umbi yang mahu parti itu lebih lantang bersuara dalam isu-isu agama.
Datuk Seri Abdul Hadi awang menang bertanding jawatan presiden parti untuk penggal keenam berturut-turut.
Sebelum ini ketua dewan ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata parti itu harus mengkaji kerjasama berlandaskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR ekoran kemerosotan undi Melayu untuk parti itu.
Beberapa pihak menegur PAS kerana didakwa berlembut dalam isu-isu bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, ketegasan mendirikan agama Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.
Hadi dan Mat Sabu menafikan perjuangan asasnya kerana tunduk kepada tunduk kepada PKR dan DAP dalam hasrat untuk meraih sokongan bukan Melayu pada PRU ke-13.
Pilihanraya lalu menyaksikan DAP memenangi 38 kerusi parlimen, PKR 30, manakala PAS walaupun menjadi parti terbesar dalam pakatan rakyat hanya meraih 21 kerusi disamping gagal mempertahankan Kedah

UFB komen Tun M: “better the devil you know than the angel you don’t”



Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, wa ‘ala aalihi wa shahbihi wa man waalaah, amma ba’d.
Merujuk kepada kenyataan Tun Dr. Mahathir yang agak kontroversi baru-baru ini di mana beliau menggunakan kenyataan “better the devil you know than the angel you don’t” yang bermaksud (secara literal) lebih baik syaitan yang kamu kenal berbanding malaikat yang kamu tidak kenal.
Kenyataan beliau ini menjadi satu kenyataan yang kontroversi kerana disalahtafsirkan, ditafsir dengan pelbagai kefahaman sama ada positif dan negatif, maka saya saya secara prinsipnya mengambil langkah merujuk sendiri kepada beliau melalui orang yang paling hampir kepada beliau iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir (anak beliau sendiri).
Saya menghubungi beliau dan beliau membalas dengan SMS berbunyi:
“Salam, kenyataan Tun itu hanyalah peribahasa bahasa inggeris, dan tidak bermaksud literal kononnya BN itu syaitan manakala PR itu malaikat. Mesej yang hendak disampaikan adalah jangan kita berubah tanpa menentukan dulu perubahan itu membawa kebaikan atau sebaliknya. Memang tabiat PR perbesar kenyataan pemimpin BN di luar konteks walhal mereka juga tahu apa maksud sebenar komen-komen seperti itu. Wallaahua’lam.” – Mukhriz Mahathir
Jadi saya kira, pertama sekali, prinsip kita sebagai seorang muslim adalah untuk mendapatkan penjelasan yang tepat terhadap kenyataan saudara-saudara kita tidak kira sama ada Tun Mahathir atau TG Nik Abdul Aziz atau sesiapa sahaja, lebih baik kita berusaha merujuk kepada mereka ataupun orang yang terhampir dengan mereka. Sebagaimana apa yang dikatakan oleh Allah di dalam Al Quran,
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولً
Ertinya: “Dan janganlah kamu berpendirian dengan apa yang kamu tidak mempunyai ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, kesemuanya akan diminta pertanggungjawaban.” (surah Al-Israa’, 17: 36)
Jadi atas langkah itu kami menghubungi sendiri Dato’ Mukhriz untuk mendapatkan penjelasan dan Alhamdulillah beliau telah memberikan penjelasan tersebut.
Saya menasihatkan juga kepada teman-teman yang lain agar langsung menghubungi Tun Dr. Mahathir sendiri dan saya kira beliau sangat aktif membalas email-email dan surat-surat yang diutuskan kepada beliau.
Kedua, jika kita melihat peribahasa tersebut dari perspektif Islam itu sendiri, saya suka membawa satu kenyataan tokoh ulama hadis, kata beliau,
لأن أزني أحب إليَّ من أن أدلس
Maksudnya: “Berzina itu lebih aku sukai daripada aku melakukan tadlis.”
Tadlis adalah satu kaedah periwayatan hadis iaitu dengan cara menimbulkan keraguan pada perawi-perawi hadis. Jadi dia mengatakan lebih baik aku berzina daripada aku meriwayatkan hadis dengan cara sedemikian rupa.
Adakah kenyataan tersebut bermaksud beliau mempromosikan zina? Maka adakah kenyataan Tun Mahathir lebih baik berkawan dengan syaitan itu bererti mempromosi untuk berkawan dengan syaitan?
Tidak, ini hanyalah satu pemisalan, peribahasa, contoh. Mengapa beliau berkata sedemikian rupa? Kerana beza antara syaitan yang kita kenali bererti kita mengetahui latar belakangnya, gerak gerinya, tindak tanduknya (mengetahui kejahatannya), maka dengan itu kita boleh memanipulasinya dan lebih berhati-hati dengannya.
Seperti Nabi SAW dengan orang Yahudi, Nabi SAW mengetahui latar belakang mereka iaitu pembohong dan pendusta, tetapi Nabi SAW bersama-sama mereka ketika di Madinah Al Munawwarah dalam Piagam Madinah.
Berbeza dengan golongan Munafiqun, mereka dilihat baik, di hadapan kita mereka baik, penampilan mereka baik, mereka menampilkan keislaman mereka, tetapi hakikatnya mereka buruk. Akidah mereka rosak. Mereka membenci Islam dari dalam, kerana itu Allah meletakkan mereka di neraka yang terdalam sekali,
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada neraka yang terbawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (surah An Nisa’, 4: 145)
Jadi itu adalah permisalan yang biasa.
Poin ketiga, berkenaan dengan terjemahan syaitan. Syaitan di dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa ia datang daripada dua kelompok; sama ada jin dan manusia.
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
Ertinya: “Daripada jin dan manusia.”
Jadi saya kira istilah syaitan yang digunakan oleh Tun M itu boleh diterjemahkan sebagai manusia. Manusia jahat yang kita kenal dan kita tahu dia jahat, kita tahu apa tindakan yang sewajarnya kita ambil. Berbeza dengan manusia yang tampil dengan perwatakan baik tetapi di dalamnya jahat adalah lebih bahaya kepada kita.
Poin keempat, boleh jadi ini juga adalah satu kiasan kepada isu janji. Kadangkala sebahagian manusia ini dilihat baik kerana mereka memberikan janji-janji yang baik, sepertimana syaitan menipu Adam ‘alaihissalam dengan menawarkan janji kepada Adam ‘alaihissalam.
وقاسمهما إني لكما لمن الناصحين فَدَلاَّهُمَا بِغُرُورٍ
Maksudnya: “Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya; ‘Sesungguhnya aku hanyalah memberi nasihat kepada kamu berdua.’ Maka syaitan memujuk keduanya dengan jalan yang salah (tipu daya).” (surah Al-A’raf, 7: 21-22)
Saya kira hal ini cukup jelas, yang digambarkan sebagai ‘malaikat’ itu menawarkan pelbagai janji-janji tetapi janji-janji tersebut tidak ditunaikan. Jadi lebih baik bekerja dengan pihak yang dilihat seolah-olah ‘syaitan’, dalam ertikata (pihak tersebut) berhati-hati menabur janji agar janji-janji tersebut ditepati.
Saya tekankan sekali lagi, bukan bermaksud kenyataan tersebut bererti menyuruh kita menyokong atau bersama-sama dengan syaitan sebenar. Tidak sama sekali. Seperti mana TG Nik Abdul Aziz juga pernah menyebut suatu ketika dahulu: “Kalau syaitan hendak bantu pun kita terima”, bukan bererti kita boleh mencari syaitan, berguru dengannya atau meminta tolong daripadanya.
Itu hanyalah sebagai satu kiasan. Kita ada lebih ramai orang Islam yang perlu kita dekati dan bersama-sama dengan mereka, maka itu yang seharusnya kita dahulukan.
Oleh itu sibukkanlah diri kita mempraktikkan puluhan malah ratusan dalil daripada Al Quran dan As Sunnah yang menyeru kepada perpaduan umat Islam daripada sibuk mencari beberapa dalil dan hujjah untuk menyatupadukan umat Islam dengan golongan yang benci dan anti kepada Islam.
Sama-samalah kita bermuhasabah. Wallaahu A’lam, wass

Saturday, November 9, 2013

Antara Saya, Abu Sufyan, Dan Hindun

Oleh: Abdul Hakim
BAGIAN yang sulit saya terima ketika membuka shirah nabawiah adalah saat peristiwa fathul makah. Peristiwa dimana kaum muslimin berhasil kembali ke kota pertama dakwah Islam dijalankan Muhammad. Kota yang menjadi saksi peristiwa-peristiwa penting di awal kenabian Muhammad SAW.
Fathul makah sendiri merupakan peristiwa penting untuk kemajuan Islam. Dapat dibayangkan perasaan bahagia mendalam para sahabat Nabi. Belum lekang dari ingatan mereka suasana duka yang mendalam saat terpaksa harus keluar dari mekah. Terusir, terpisah dengan sanak keluarga, menempuh gersangnya sahara, melangkah menjauh dari tempat mereka menghabiskan hari demi hari. Setiap jengkal kota mekah teramat memberikan kenangan mendalam.
Dan hari itu mereka kembali. Bukan sebagai pecundang, namun sebagai pemenang yang dengan lantang dan gagah memasuki tanah mekah.
Ketakutan pun menyelimuti kaum kafir quraisy. Penyiksaan-penyiksaan yang telah mereka lakukan akan berbalas, penindasan, pembunuhan dan kesewenang-wenangan mereka akan menuai hasil. Tidak ada lagi tempat untuk berlari. Tidak ada lagi keselamatan kecuali dengan terpaksa menerima Islam. Kurang lebih seperti itulah yang ada dibenak kaum kafir quraisy kala itu.
Namun, apa yang dilakukan Nabi Muhammad sungguh jauh dari sangkaan. Tidak ada pertumpahan darah karena kesemena-menaan, tidak ada satu hati pun yang dipaksa untuk berislam, bahkan keselamatan dan perlindungan yang mereka dapatkan. Satu hal yang sangat diluar sangkaan adalah penyataan Nabi bahwa barang siapa yang berhimpun di Abu Sofyan kala itu maka mereka termasuk yang “selamat”. Sampai disini saya tertegun. Hati kecil seolah-olah tak dapat menerima. Bukankah Abu Sofyan begitu memusuhi Islam! Bukankah Abu sofyan telah memusuhi nabi dengan hebatnya. Kenapa tak diperintahkan saja untuk membunuhnya?! lupakah Rasulullah ketika Hindun istri Abu Sufyan mengunyah-ngunyah jantung Hamzah paman yang teramat dicintainya! Lupakah Rasulullah betapa pilunya peristiwa bukit uhud
Simaklah sekelumit peristiwa fathul makkah :
Abu Sufyan segera berlari menuju Makkah. Setibanya di sana, ia langsung berteriak sekuat tenaga, ”Wahai segenap kaum Quraisy, sesungguhnya Muhammad telah tiba di sini. Ia membawa pasukan yang tidak mungkin kalian lawan, maka menyerahlah. Dan, siapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, berarti dia selamat.”
Mendengar teriakan suaminya, Hindun segera mendekat dan memegang kumisnya, seraya berkata, ”Bunuh saja orang yang sama sekali tidak berguna ini. Engkau adalah seorang tokoh yang sungguh memalukan!”
Abu Sufyan membalas, ”Wahai segenap orang Quraisy, jangan termakan oleh ucapan wanita ini. Aku tidak main-main. Muhammad datang dengan pasukan yang tidak mungkin kalian lawan. Siapa yang masuk rumah Abu sufyan, maka dia selamat.”
Orang-orang Quraisy berkata, ”Celakalah engkau! Bagaimana mungkin rumahmu cukup menampung kami semua?”
Abu Sufyan berkata lagi, ”Siapa yang masuk ke dalam rumahnya, maka dia selamat. Dan siapa yang masuk ke dalam masjid, maka dia selamat.”
Mendengar keterangan tersebut, orang-orang Quraisy segera berhamburan menuju rumah masing-masing dan masjid.
 Di saat-saat seperti itulah, Islam masuk ke dalam hati Abu Sufyan. Ia menemui Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam dan berkata, ”Wahai Rasulullah, hancurlah sudah Quraisy. Besok, yang tersisa dari Quraisy tinggal namanya saja.”
Rasulullah berkata, ”Siapa yang masuk rumah Abu Sufyan, maka dia selamat. Siapa yang meletakkan senjata, maka dia selamat. Dan siapa yang masuk ke dalam rumahnya, maka dia selamat.”
Dan demikianlah, Rasulullah sudah memaafkan Abu Sufyan. Salah satu tokoh yang berperan besar dalam menyakiti kaum muslimin dipermulaan dakwah Rasulullah. Dan bagaimanakah nasib Hindun. Bagaimanakah nasib perempuan yang telah melumat jantung paman kesayangan Muhammad. Berikut petikan peristiwa setelah fathul makkah :
Tak lama berselang setelah pasukan muslimin memasuki kota mekkah, Hindun mengutarakan keinginannya untuk memeluk Islam pada Abu Sufyan,
Abu Sufyan menjawab, ”Kemarin, aku melihat engkau sangat benci mengucapkan kata-kata seperti itu.”
Hindun berkata, ”Demi Allah, aku tidak pernah melihat pemandangan manusia menyembah Allah dengan sebenar-benarnya di dalam masjid, seperti yang kulihat tadi malam. Demi Allah, mereka datang ke sana, lalu menunaikan shalat; berdiri, ruku’, dan sujud.”…
Setelah membai’at kaum laki-laki, Rasulullah membaiat kaum wanita. Di antara wanita-wanita yang berbai’at, terdapat Hindun binti ’Utbah. Ia datang memakai pakaian yang tertutup. Ia takut dikenali oleh Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam karena tindakannya terhadap Hamzah dimasa lalu.
Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam berkata, ”Aku meminta kalian berjanji untuk tidak menyekutukan apa pun dengan Allah (syirik).” Umar menyampaikan yang dikatakan Rasulullah kepada kaum wanita dan memastikan jawaban mereka.
Rasulullah melanjutkan, ”Dan tidak boleh mencuri.”
Tiba-tiba Hindun menyela, ”Sesungguhnya Abu Sufyan sangat kikir. Bagaimana jika aku mengambil sebagian hartanya tanpa dia ketahui?”
Abu Sufyan yang berada tidak jauh dari tempat tersebut menimpali, ”Semua yang engkau ambil telah kuhalalkan.”
Mendengar dialog tersebut, Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam tersenyum dan langsung mengenalinya. Beliau berkata, ”Engkau pasti Hindun?”
Hindun menjawab, ” Benar. Maafkanlah segala kesalahanku di masa lalu, wahai Nabi Allah. Semoga Allah mengampunimu.”
Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam melanjutkan, ”Dan tidak boleh berzina.”
Hindun menyela, ”Apakah wanita merdeka suka berzina?”
Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam berkata lagi, ”Dan tidak boleh membunuh anak-anak kalian.”
Hindun berkata, ”Kami telah bersusah payah membesarkannya, tapi setelah besar, kalian membunuhnya. Kalian dan mereka lebih mengetahui tentang hal ini.”
Mendengar pernyataan tersebut, Umar tertawa sampai berbaring, sedangkan Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam tersenyum.
Rasulullah berkata lagi, ”Dan tidak boleh membuat tuduhan palsu.”
Hindun berkata, ”Demi Allah, tuduhan palsu adalah perbuatan yang sangat jelek. Engkau menyuruh kami untuk melakukan perbuatan baik dan akhlak yang mulia.”
Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam melanjutkan, ”Dan tidak boleh mendurhakaiku dalam perkara yang baik.”
Hindun berkata, ”Demi Allah, saat kami datang di tempat ini, kami sama sekali tidak menyimpan niat untuk mendurhakaimu.”
Itulah sekelumit dari peristiwa fathul makkah, secara emosi sangat sulit saya menerima perlakuan Rasulullah terhadap Abu Sufyan dan Hindun. Tapi begitulah Rasulullah mengajarkan kita, bahwa emosi tidak boleh mengalahkan iman. Walaupun memang sangat sulit untuk kita lakukan. Dan lihatlah buah dari kebijakan Rasulullah terhadap Abu sufyan dan Hindun. Sejarah telah mencatat Abu Sufyan termasuk pejuang Islam dan perawi hadist yang diperhitungkan. Dan Simaklah sepenggal jejak Hindun pada perang Yarmuk:
Ibnu Jarir menyatakan, ”Pada hari itu, kaum muslimin bertempur habis-habisan. Mereka berhasil menewaskan pasukan Romawi dalam jumlah yang sangat besar. Sementara itu, kaum wanita menghalau setiap tentara muslim yang terdesak dan mundur dari medan laga. Mereka berteriak, ’Kalian mau pergi ke mana? Apakah kalian akan membiarkan kami ditawan oleh pasukan Romawi?’ Siapa pun yang mendapat kecaman yang pedas seperti itu, pasti kembali menuju kancah pertempuran.”
Tentara muslim yang sebelumnya hampir melarikan diri, kemudian bertempur kembali membangkitkan semangat pasukan yang lain. Mereka benar-benar terbakar oleh kecaman pedas yang diteriakkan oleh kaum wanita, terutama Hindun binti ’Utbah. Dalam suasana seperti itu, Hindun menuju barisan tentara sambil membawa tongkat pemukul tabuh dengan diiringi oleh wanita-wanita Muhajirin. Hindun membaca bait-bait puisi yang pernah dibacanya dalam perang Uhud.
Tiba-tiba, pasukan berkuda yang berada di sayap kanan pasukan muslim berbalik arah, karena terdesak musuh. Melihat pemandangan tersebut, Hindun berteriak, ”Kalian mau lari ke mana? Kalian melarikan diri dari apa? Apakah dari Allah dan surga-Nya? Sungguh, Allah melihat yang kalian lakukan!” Hindun juga melihat suaminya, Abu Sufyan, yang berbalik arah dan melarikan diri. Hindun segera mengejar dan memukul muka kudanya dengan tongkat seraya berteriak, ”Engkau mau ke mana, wahai putra Shakhr? Ayo, kembali lagi ke medan perang! Berjuanglah habis-habisan agar engkau dapat membalas kesalahan masa lalumu, saat engkau menggalang kekuatan untuk menghancurkan Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.”
Zubair bin Al-’Awwam yang melihat semua kejadian itu berkata, ”Ucapan Hindun kepada Abu Sufyan itu mengingatkanku kepada peristiwa Perang Uhud, saat kami berjuang di depan Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.”
Zubair melanjutkan, ”Saat itu juga, Abu Sufyan membelokkan kudanya dan kembali menuju medan laga. Langkahnya segera diikuti oleh pasukan muslim lainnya. Aku juga melihat kaum wanita bergabung dengan mereka, bahkan bergerak lebih dulu. Aku terkejut ketika ada seorang wanita yang menyerang tentara Romawi yang perawakannya tinggi besar dan menunggang kuda. Wanita itu menarik tubuh tentara tersebut hingga berhasil menjatuhkannya, lalu ia membunuhnya sambil berteriak, ’Inilah bukti yang nyata pertolongan Allah kepada kaum muslimin’.”
Kurang lebih satu minggu yang lalu saya mendapat pesan dari mentor, guru sekaligus sahabat saya. ”Kita terkadang terlanjur memberikan cap si fulan buruk seperti ini. Si fulanah buruk seperti itu. Dan itu berlaku terus menerus. Seolah-olah si fulan takkan berubah. Dan si fulanah akan berlaku seperti itu selamanya.”
Saya tertegun dan melihat kedalam. Ya. Begitulah saya tepatnya selama ini. Emosi terkadang dominan menguasai penilaian. Hingga kesalahan seseorang dimasa lalu menjadi faktor dominan penilaian. Atau mungkin menjadi “faktor mati” dalam menilai. Sehingga seolah-olah orang itu takkan pernah berubah. Jika hitam, maka hitamlah selamanya. Jika buruk maka buruklah selamanya. Walaupun orang tersebut telah menyadari keburukannya, berupaya untuk memperbaiki dirinya sehingga mungkin dia lebih mulia dan lebih baik daripada saya dalam pandangan Allah dan Rasul-Nya.
Astaghfirullah, seharusnya saya bisa melihat apa yang ingin Rasulullah sampaikan lewat perlakuan dia terhadap Abu Sufyan dan Hindun.
Astaghfirullah hal adzhim, ampuni dosa hamba Mu ya Allah untuk semua hilaf dan dengki dalam hati…
Astaghfirullah hal adzhim, untuk semua emosi yang kadang lebih dominan dari keimanan pada Mu ya Allah…

Tuesday, November 5, 2013

Perlembagaan Lord Reid menurut Islam

SALAH satu sebab Pas mengkafirkan UMNO adalah kerana kerajaan yang diterajui mengamalkan perlembagaan sekular. Tetapi kini Pas mengiktiraf perlembagaan Malaysia yang dianggap sekular itu. Sepatutnya dengan pengiktirafan terhadap perlembagaan negara itu bererti Pas mengiktiraf juga bahawa Malaysia bukan negara sekular.


Tetapi hakikatnya tidak begitu kerana Pas tetap menganggap Malaysia sebagai negara sekular seperti dijelaskan oleh para pemimpin parti selepas mengiktirafkan perlembagaan negara.


Keikhlasan Pas mengiktiraf perlembagaan negara pun diragui. Kerana banyak pihak melihat tindakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengiktirafan terhadap perlembagaan negara itu tidak lebih daripada tipu helah untuk memancing undi orang bukan Islam semata-mata.


Pada mulanya pengiktirafan Abdul Hadi terhadap perlembagaan negara adalah bersifat mutlak, tetapi bila dikritik oleh banyak pihak dan beliau bimbang dimarahi penyokong sendiri, pengiktirafan itu berubah menjadi nisbi kerana akan diadakan pindaan.


Jadi pengiktirafan Pas itu tidak ada erti dan pandangan pelbagai pihak yang mengatakan ia merupakan tipu helah politik adalah boleh diterima.
Apakah sebenarnya kedudukan perlembagaan negara dari segi hukum agama Islam?


Dalam al-Quran dan hadis, tidak pernah diperuntukkan apa-apa nas berkaitan dengan perlembagaan. Ini bukan agama Islam itu tidak sempurna, tetapi kerana soalan perlembagaan adalah soalan pengurusan dunia yang Allah dan Rasul-Nya menyerah kepada kebijaksanaan manusia untuk melakukannya. Al-Quran dan hadis tidak pernah memperincikan perkara itu, tetapi ia memberi garisan umum saja mengenainya.


Selain itu pada zaman Rasulullah s.a.w. pun belum ada perlembagaan kerana negara baginda yang sangat sederhana tidak perlu kepada perlembagaan. Malah perlembagaan juga belum wujud kerana ia merupakan perkara yang baru muncul bersama tamadun Barat. Cuma para ulama menganggap Piagam Madinah yang disebut dalam beberapa hadis sebagai perlembagaan negara baginda kerana melihat kedudukan sebuah negara yang perlu kepada perlembagaan mengikut kaca mata moden. Dengan itu mereka memanggil atau menamakan Piagam Madinah sebagai perlembagaan negara Islam secara ijtihad.


Ini juga sama dengan semua kementerian, sistem Parlimen, sistem pilihan raya dan lain-lain yang terdapat dalam negara sekarang. Semua itu tidak ada pada zaman Rasulullah. Abdul Hadi dan semua pemimpin Pas boleh menganggap semuanya sekular. Malah jawatan beliau pegang sebagai Menteri Besar dan lain-lain jawatan dalam kerajaan negeri serta jawatan wakil rakyat adalah tidak ada pada zaman Rasulullah. Semua itu adalah sekular belaka jika dipandang mengikut kaca mata Amanat Haji Hadi.


Dalam pada itu penggubalan perlembagaan negara itu bukan saja dilakukan oleh penjajah Inggeris belaka walaupun suruhanjaya untuk merangka perlembagaan dipengerusikan oleh Lord Reid.


Ini kerana penggubalan perlembagaan itu salah satu daripada hasil rombongan kemerdekaan yang dihantar ke London untuk berunding dengan penjajah Inggeris. Hasil rundingan itu ialah penubuhan sebuah suruhanjaya bagi merangka perlembagaan yang bersesuaian dengan keperluan Tanah Melayu yang merdeka.


Suruhanjaya dipengerusikan oleh Lord Reid (Britain) dan Sir Ivor Jennings (Britain). Manakala ahli-ahli suruhanjaya berkenaan terdiri daripada Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).


Jadi ada dua pakar undang-undang yang merupakan Muslim turut bertanggungjawab dalam penggubalan perlembagaan itu.
Tujuan utama penubuhan suruhanjaya tersebut ialah merangka seterusnya menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen.


Selain itu segala pandangan daripada pelbagai pihak termasuk golongan raja Melayu dan rakyat diambil kira.


Dengan itu sewaktu persidangan pertama yang diadakan pada Jun 1956, pihak suruhanjaya meminta pertubuhan-pertubuhan termasuk persatuan dan orang perseorangan menghantar memorandum bertulis berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan seperti pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen, menjamin kedudukan raja-raja, memilih seorang ketua negara daripada kalangan raja-raja Melayu, mempertahankan kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain, membentuk rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu kerakyatan yang sama.


Hasil daripada ruangan yang terbuka untuk masyarakat itu, suruhanjaya tersebut menerima maklum balas yang memberangsangkan. Suruhanjaya menerima sebanyak 131 memorandum termasuk daripada Parti Perikatan, institusi raja-raja Melayu dan individu-individu tertentu.


Memo yang dihantar oleh Parti Perikatan menjadi komponen utama kepada rangka perlembagaan yang diusahakan oleh Suruhanjaya Reid. Memo yang dihantar pada 27 Julai 1955 dianggap sebagai inti pati penting dan gambaran Pakatan Murni antara kaum. Memo Perikatan tersebut dianggap sebagai Pakatan Murni kerana konsep dalam pakatan tersebut berlandaskan soal tolak ansur di kalangan parti UMNO, MCA dan MIC yang mewakili suara kaum masing-masing.


Antara perkara penting yang terkandung dalam toleransi kaum yang terkandung dalam pakatan murni ini adalah pengekalan empat unsur tradisi yang menunjukkan kepentingan orang-orang Melayu manakala masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan `jus soli' berdasarkan perolehan kerakyatan mengikut tempat kelahiran sebagaimana dipersetujui oleh pucuk pimpinan UMNO pada masa itu.


Berdasarkan isi kandungan dan toleransi kaum yang ditunjukkan dalam memo tersebut, Pakatan Murni ini juga kadangkala dikenali sebagai `Quid Pro Quo,' `Empat Campur Satu' dan `Kompromi Merdeka.'


Rangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah siap dan dipersetujui oleh kebanyakan pihak kemudiannya dibawa kepada Majlis Raja-Raja Melayu bagi mendapatkan perkenan. Selepas isi perlembagaan yang dicadangkan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu, perlembagaan ini mendapat perkenan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Mei 1957.
Perlembagaan ini diisytiharkan secara rasmi pada bulan Ogos 1957 sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Biarpun begitu tidak dapat dinafikan perlembagaan persekutuan yang dipersetujui kebanyakan pihak ini bukanlah sesuatu yang lengkap tetapi dalam konteks Tanah Melayu dan kemerdekaan ia memadai dengan keperluan semua pihak sehingga hari ini.


Apakah yang boleh dilakukan oleh Pas jika mereka terlibat dengan rundingan kemerdekaan dengan penjajahan Inggeris? Mungkinkah Pas akan mampu mendapat perlembagaan yang lebih baik daripada perlembagaan yang disetujui oleh Majlis Raja-Raja, UMNO/Perikatan, persatuan-persatuan Melayu dan individu-individu tertentu?


Pas tidak mungkin memberi jawapan kerana para pemimpinnya ketika itu tidak menyokong kemerdekaan Tanah Melayu. Itulah sejarah lama Pas yang sebenarnya.


Perlu diterangkan bahawa perlembagaan Lord Reid telah dipinda berpuluh-puluh kali sehingga kini tidak ada ciri-ciri lama. Bacalah perlembagaan untuk mengetahui lebih lanjut.


Selain itu jika kita menghalusi sejarah kemerdekaan kita akan dapat melihat kepada usaha mahu menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah negara yang dinamakan Malaysia bukan perkara mudah. Selain berhadapan dengan masalah dalaman, kita berhadapan dengan masalah luaran, iaitu ancaman dengan Indonesia yang mahu menggabungkan negara ini dengannya.


Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 sebagai sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negara berdaulat secara rasmi dengan nama Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 membolehkan rumpun Melayu yang dulu hidup berpuak-puak dan bersuku-suku di merata daerah dan negeri bergabung dalam sebuah negara. Ia dianggap satu rahmat yang amat besar.


Perlu juga diketahui bahawa sebelum merdeka pada tahun 1957, orang Melayu mempunyai kerakyatan mengikut negeri masing-masing. Hanya selepas merdeka, baru mereka mempunyai kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian bertukar menjadi kerakyatan Malaysia yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kini.


Ketika belum mencapai status itu orang Melayu yang pernah menderita dijajah bermacam-macam bangsa asing selama 446 tahun bermula dari Siam sehingga ke Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.


Pada zaman penjajahan itu dan sebelum orang Melayu sangat kuat berpegang dengan semangat kedaerahan dan kenegerian, mereka kerap berperang sesama sendiri atau meletus perang saudara di kalangan mereka. Tetapi apabila mereka digabungkan dalam sebuah negara, semangat baru dipupuk dan disemai iaitu semangat kemalaysiaan.


Manakala semangat kedaerahan dan kenegerian walaupun masih utuh dalam diri setiap orang Melayu, tetapi semangat kemalaysiaan mengatasinya.
Kesimpulannya proses penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat terpaksa melalui banyak tahap dan memakan masa yang sangat lama.


Pembentukan Negeri-Negeri Selat oleh Inggeris pada tahun 1824 yang menggabungkan tiga negeri Semenanjung Tanah Melayu, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dianggap titik permulaan menuju ke arah penubuhan Malaysia.


Diikuti pula dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895 selepas Inggeris telah menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk menggabungkan keempat-empat negeri itu dalam sebuah persekutuan. Akhir sekali pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1909 selepas Inggeris menandatangani satu perjanjian dengan Siam. Mengikut perjanjian itu, Siam mesti menyerahkan hak dan kuasanya ke atas empat negeri Melayu kepada Inggeris, iaitu Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu dan sebagai balasan Inggeris menarik balik hak dan kuasanya di Siam. Gabungan ketiga-tiga jenis negeri Melayu inilah membawa kepada penubuhan Malaysia yang ada selepas menggabungkan Sabah dan Sarawak.