Friday, October 18, 2013

ADA YANG NAK KOMPLEN KE ?


Rumah sudah siap, pahat masih berdentum dentam...., 
Ramai pengalisis politik yang bertauliah mahupun yang tidak bertauliah berbicara di coffe house mahupun di kedai mamak 24jam bahawa pemilihan sayap-sayap UMNO kali ini dicemari dengan pelbagai kesalahan etika dan teknikal. Dan kedengaran ramai yang bercadang mengunakan senjata ini untuk menarik turun lawan masing-masing. 
Mungkinkah ianya hanya sekadar cakap-cakap kosong kedai kopi atau akan ada tindakan susulan oleh mereka yang tidak berpuashati dengan keputusan yang kita telah sedia maklum? 
Sudah-sudahlah .....lembu dan kambing pun banyak lagi nak di korbankan. 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN , jangan sampai terkorban...!!!




Mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi  ketiga-tiga sayap parti Umno yang berlangsung , berjalan baik meskipun masalah kecil timbul di beberapa bahagian, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).
  
"Daripada 191 bahagian itu, tidak sampai 10% yang bermasalah. Ia hanya kekangan teknikal yang tidak memudaratkan dan ini melegakan (kita)," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
  
Beliau berkata antara aduan yang diterima adalah mengenai masalah status perwakilan.
  
Katanya, ibu pejabat Umno sentiasa memantau perjalanan proses mesyuarat agar ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
  
"Kami juga akan melihat dan memperbaiki kaedah yang digunakan pada hari ini yang barangkali mempunyai kekurangan dari segi penyampaian, pengetahuan dan  pelaksanaan untuk pemilihan Majlis Tertinggi minggu depan," katanya.  
  
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno mengalu-alukan sebarang kritikan, pandangan serta cadangan membina yang boleh digunakan bagi memudah cara perjalanan sistem pemilihan yang menggunakan kaedah baharu itu.
  
"Kita melihat ada banyak perkara yang boleh ditambah baik berdasarkan masalah kecil yang timbul pada hari ini agar ia dapat diperhalusi dan dibaiki sebagai persediaan menghadapi pemilihan minggu depan," katanya.
  
Menjelas lanjut, Ab Rauf berkata masalah teknikal itu kebanyakkannya melibatkan sudut pentadbiran dan ia dapat diselesaikan dengan kaedah pemudah cara yang diperkenalkan Jawatankuasa Pemilihan Umno dan ibu pejabat.
  
"Meskipun berlaku permasalahan teknikal di beberapa bahagian, namun ia dapat diselesaikan dan mesyuarat dapat dijalankan dengan jayanya...hasil kebijaksanaan urus setia yang telah diberikan latihan simulasi pemilihan di Janda Baik, baru-baru ini.
  
"Kita juga melihat masalah logistik memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengedaran kertas undi, namun ia dapat diselesaikan," katanya.   
Mengenai mesin kira yang dikatakan rosak di Bagan, Pulau Pinang, Ab Rauf berkata ia berpunca daripada masalah teknikal kerana petugas pemilihan masih belum biasa menggunakan alat berkenaan.
  
"Sepatutnya mesin mengira kertas undi itu mempunyai had (untuk mengira) tetapi mereka ingat ia tiada had, justeru kertas undi tersangkut dan kaedah pengiraan 'manual' terpaksa dilakukan untuk bahagian itu," katanya.
  
Menurutnya, permasalahan seperti kertas undi tidak sampai, tertukar dengan bahagian lain dan tiada bekalan elektrik juga berjaya diselesaikan.
  
"Selain itu, pada peringkat awal kita melihat sistem ini diterima oleh kebanyakan perwakilan yang bersedia dengan transformasi yang dibawa pucuk pimpinan," katanya. 

Thursday, October 17, 2013

MELAYU ISLAM BERANI KE BERTINDAK ?



Mereka tidak pernah berputus asa selagi matlamat mereka untuk memecahbelahkan dan meyesatkan umat Islam tidak kesampaian. 
Pemimpin mereka silih berganti , namun tujuan mereka untuk merosakkan umat Islam tidak pernah terpadam dari sanubari mereka. Apakah pemuda UMNO sudah bersedia menghadapi "peperangan" yang bakal mereka hadapi di alaf baru abad ke 21 ini ?

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2013/10/pertahan-kalimah-allah.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2013/10/mereka-bertambah-kurang-ajar-guru-guru.html

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2013/10/cabaran-bukit-aman-surendran-bermula.html

SALAHKAH KITA MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KITA DENGAN IBADAH KORBAN ?

SALAHKAH KITA MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KITA DENGAN IBADAH KORBAN ? 

DIA TANYA GURU BESAR , KENAPA SEMBELIH KORBAN KAT DALAM SEKOLAH, TAK TAHU KE KAT SEKOLAH TU ADA PELAJAR-PELAJAR INDA JUGA, BAGAIMANA JIKA PADA PERAYAAN CINA , ORANG CINA SEMBELIH BABI KAT DALAM SEKOLAH ....BOLEH KE ? ADA SURAT PEKELILING DARI KEMENTERIAN KE YANG MENYATAKAN BOLEH SEMBELIH LEMBU KORBAN KAT SEKOLAH ?
IBADAH UMAT ISLAM DI PERTIKAI LAGI DI MALAYSIA.... UMAT ISLAM PULA TERUS BERPECAH BELAH, MUDAHLAH KERJA-KERJA MUSUH ISLAM.

Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.


http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2013/10/mereka-bertambah-kurang-ajar-guru-guru.html


SUMBER
http://pilihan-anda.blogspot.com/2013/10/audio-india-pertikai-lakukan-sembelihan.html#.Ul--5dKmhKZ

http://mymedialab.blogspot.com/2013/10/india-pertikai-mengapa-sembelih-lembu.html#

MEREKA BERTAMBAH KURANG AJAR ....GURU-GURU ISLAM YANG SOKONG PAKATAN APA MACAM ?


 India pertikai lakukan sembelihan korban di sekolah


17 Okt - Dengar dan fahamkan apa yang disoalkan oleh lelaki India ini. Lelaki yang bernama Saravanan cuba mempertikaikan mengapa sekolah boleh menyembelih lembu sampai tidak menjaga sensitiviti kaum India.

Saravanan juga bertanya, "Bagaimana jika orang cina menyembelih babi di kawasan sekolah?"

Berani betul mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saravanan ni dah lupa agaknya Islam agama rasmi di Malaysia.

Perkara seperti ini pernah berlaku di sebuah sekolah methodist. Semua guru islam buat ibadah Qurban di kawasan sekolah. Selepas habis aktiviti Qurban, esoknya datang ibu bapa (India) yang tak puas hati dan buat aduan ke pengetua, PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Kesannya sampai ke hari ini guru-guru tidak dibenarkan melakukan ibadah Qurban di sekolah dengan alasan nak jaga sensitiviti kaum.

http://mymedialab.blogspot.com/2013/10/india-pertikai-mengapa-sembelih-lembu.html#

Wednesday, October 16, 2013

KENAPA KAU BIAR DIA MERANGKAK SURENDREN ....MEMALUKAN

TIPU RAKYAT...!!! Kekejaman Ahli Politik PR Terbongkar. Tiada yang menghairan pada teman jika fitnah terhadap kerajaan menjadi lumrah di dalam Pakatan Rakyat. Tidak lain tidak bukan untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan dibawah pimpinan BN adalah kerajaan yang zalim kepada rakyat. Semata-mata untuk mendapat simpati rakyat sekaligus rakyat akan memberontak. Tidak ketinggalan juga cubaan memburuk-buruk agensi kerajaan dan penjawat awam supaya rakyat akan terus mendapatkan persepsi buruk terhadap agensi dan penjawat awam. Mereka ini sanggup menggunakan rakyat untuk kepentingan politik sempit hinggakan golongan OKU pun dipergunakan. Asalkan hajat dan cita-cita politik mereka tercapai. Namun niat jahat PR yang menggunakan "loyar-loyar buruk" untuk menfitnah kerajaan dan agensi serta penjawat awam akhirnya terbongkar. Allah Maha Mengetahui dan agenda jahat PR terdedah dan terselak sehelai demi sehelai. Fitnah terhadap sebuah agensi kerajaan iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim yang didakwa oleh "loyar-loyar buruk" ini membiarkan golongan OKU mengesot-ngesot menaiki tangga untuk menyerahkan memorendum kepada Pegawai terbabit. Kejadian tersebut digambarkan seolah-olah pegawai terbabit tidak berperikemanusiaan dan dianggap kejam terhadap OKU tersebut. Jika dilihat gambar diatas yang telah tersebar di ruang maya, siapakah yang tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap OKU ini? Mengapa "loyar-loyar buruk" PR ini tidak membimbing dan membantu OKU tersebut menaiki tangga pejabat tersebut? Mengapa sanggup membiarkan OKU tersebut mengesot-ngesot sendirian memandangkan "loyar-loyar buruk" PR berada disebelahnya? Teman tinggalkan persoalan supaya pembaca menilai dengan wajar dan rasional. Tidak salah untuk berpolitik namun jadilah ahli politik yang bertanggungjawab. Dari Sumber..

Cabaran Bukit Aman’ Surendran Bermula



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran berkata polis harus menghentikan tindakan menembak sewenang-wenangnya.

Surendran berkata demikian kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di mana beliau menerima cabaran untuk mengiringi polis mengadakan serbuan terhadap penjenayah bersenjata setelah menerima tawaran daripada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter Jumaat lepas.


Surendran berkata, “Mereka terus mengatakan mereka menembak penjenayah tetapi sebenarnya mereka menembak suspek. PDRM bukan hakim dan mereka harus cuba yang terbaik untuk menangkap tanpa perlu menncetuskan keganasan.”

Apabila ditanya sama ada beliau takut, beliau berkata bahawa beliau tidak takut. “Saya tidak takut, saya lebih prihatin untuk orang ramai. Ini adalah risiko yang dihadapi oleh semua orang,” katanya.

Surendran kemudian masuk untuk dipakaikan baju kalis peluru, tetapi pihak media tidak dibenarkan masuk.

Malah peguam yang mengiringi beliau juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon dan komputer riba.

Surendran berkata butiran sah “pengembaraan” beliau akan dikendalikan oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasaiah manakala satu lagi pengendalian adalah daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor.
– Mstar.

PERTAHAN KALIMAH ALLAH

Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam.

Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain.

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).
"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.
Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan, penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.

Pada hemat beliau, penggunaannya memberi kesan terhadap kesucian agama Islam yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram.

Mengulas lanjut mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu semalam, Harun menjelaskan, perkara berkaitan kalimah Allah sememangnya perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam dan keputusan mahkamah itu mesti disokong dan dihormati.

"Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain," ujarnya.