Wednesday, August 21, 2013

SELANGOR PERLUKAN POLIS BANTUAN

Selangor harap lesen tubuh polis bantuan disegera


SHAH ALAM: Kerajaan negeri masih menunggu lesen dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membenarkan penubuhan pasukan Polis Bantuan di Petaling Jaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri ketika ini mengharapkan permohohan itu diluluskan dengan secepat mungkin.

“Kita masih meminta supaya Kerajaan Pusat terutamanya pihak polis untuk memberikan kita lesen tubuhkan pasukan itu bagi membantu memantau keselamatan dan ketenteraman awam.

” Walaupun terdapat kos pengendalian, kita sanggup berikan dana untuk perkara itu kerana ia penting. Kita harap ia diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Semalam, Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendakwa polis memberi kelulusan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan bagi mempertingkatkan keselamatan di premis-premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mahkamah.

Yeoh berkata pasukan Polis Bantuan dengan kekuatan 50 anggota itu boleh membantu PDRM menumpukan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan lain.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata ia merupakan projek perintis yang akan ditambah mengikut keperluan dari masa ke semasa dan perlu berkembang ke kawasan PBT lain.

Katanya, beliau menyambut baik perkara itu namun bilangan anggota polis bantuan itu perlu mengikut nisbah antara populasi penduduk mengikut keperluan.

“Kadar nisbah seorang anggota polis 1:1000 ia terlalu ramai, jadi kita rasa ia mesti dikurangkan kepada nisbah 1:300, itu yang perlu dibuat,” katanya.

SPR GAGAL ?

KUALA LUMPUR: Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.

“Pada saya SPR gagal,” tulis beliau di Facebook.

Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Berikut ialah tulis penuh beliau.

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?

Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!


Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:

(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;

(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.


Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:

(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,

(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.

KELANTAN TUNGGU ARAHAN PM

KOTA BHARU: Kelantan menunggu arahan daripada Kerajaan Pusat melalui Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan berhubung usaha membawa pulang pelajar negeri ini dari Mesir.

Menurut Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kerajaan negeri akan menguruskan perkara itu bersama dengan kerajaan Pusat demi menjaga keselamatan pelajarnya sepanjang pergolakan berlaku.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, urusan membawa seramai 3,300 orang pelajar Mesir pulang ke Malaysia bermula malam tadi menggunakan pesawat komersil.

Urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam tadi dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.

Ketika memberitahu Harakahdaily, Ahmad berkata, kerajaan Kelantan bersedia membantu kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar ke negeri ini.

“Lebih 1,000 orang pelajar Kelantan berada di sana untuk belajar,” ujarnya.

Pada masa yang sama Kelantan turut menangguhkan pelajarnya untuk meneruskan pengajian masing-masing di negara itu.

Sambungnya, pelajar yang telah tamat pengajian masing-masing ada yang telah pulang.

Kecuali tambahnya, yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran yang akan tamat September ini.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, OIC seharusnya mengambil peranan penting untuk mengekang kejadian yang berlaku di bumi anbia itu.

Bagaimanapun, menurutnya ia tidak berlaku sedemikian.

Saturday, August 17, 2013

SINGAPURA TUNGGU HAK KEISTIMEWAAN MELAYU TERHAPUS DI MALAYSIA ?

Singapura maju kerana Malaysia
PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah penganalisis sosio politik


SAYA begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.

Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.

Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia.

Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.

Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.



Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.

Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.

Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?

Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.

Bakat-bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat?

Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.

Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.

Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.

Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut.

Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.

Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.

KAMI AKAN HANCURKAN MEKAH DAN MADINAH "SYIAH"

BAHAYA BETUL SHIAH NIH ...!!!
JURUCAKAP SYIAH MENDEDAHKAN..
RANCANGAN MEREKA UNTUK MENYERANG MEKAH !!

with Azizeh Miharbi..


J
urucakap Syiah mendedahkan rancangan mereka untuk menyerang Mekah!!
"Faiz Shakir", salah seorang jurucakap Hizbullah secara langsung dalam sebuah rancangan tv di OTV:

"Hisbullah tidak dapat dimusnahkan, ianya yang terkuat dikalangan negara-negara Arab, lebih kuat dari empayar-empayar diseluruh dunia dari segi ekonomi, ketenteraan dan sosial, apa yang kamu fikir?

Kami tidak takut dengan ancaman Bandar Ibn Sultan ( seorang putera raja Qatar yang mengancam untuk menyerang Bashar) malah Saudi sekalipun dengan seluruh kekuatannya, dari raja mereka hinggalah kepada rakyat mereka yang terakhir, mereka fikir mereka siapa? Jika mereka mengebom Qasiun Damsyik (tempat dimana kekuatan Bashar pada paras maksimum), kami akan menyerang Mekah dihadapan kepala mereka sendiri.

Wartawan: "Mekah? Bukankah itu tempat suci bagi mereka?"

"Faiz Shakir": Biarkan aku bercakap, aku tidak kisah semuanya lagi, ini adalah fakta, kami akan memusnahkan Mekah dan Madinah, dan juga Jeddah dan Riyadh dengan mereka semua yang ada dan tinggal dalam bandar-bandar ini, ini adalah fakta strategi. Kewujudan kami lebih penting dari 'batu-batu' dan 'bukit-bukit' mereka.

Wartawan: (masih lagi dalam keadaan terkejut!!) Siapa yang akan memusnahkan Mekah? Iran? Syria? Hisbullah?? Tempat itu adalah tempat suci bagi mereka!!!

"Faiz Shakir": Aku tidak akan mendedahkannya, tapi jika mereka mengancam kami, kami tahu bagaimana untuk membalas ancaman itu.


http://www.youtube.com/watch?v=vG0kmsIYYms

PENANG AWARDS RM8BIL PROJECT TO MALAYSIA-CHINA FIRM

PENANG AWARDS RM8BIL PROJECT TO MALAYSIA-CHINA FIRM
Monday, 04 March 2013 01:37
 The Star Online > Nation (Friday March 1, 2013)
By HAN KAR KAY ( hankk@thestar.com.my)

PENANG AWARDS RM8BIL PROJECT TO MALAYSIA-CHINA FIRM
GEORGE TOWN: The state government has awarded the RM8bil tender to construct road and undersea tunnel projects on the island to Malaysia-China joint venture Con-sortium Zenith BUCG Sdn Bhd.
The project consists of a 6.5km Gurney Drive-Bagan Ajam undersea tunnel, a 4.2km Gurney Drive-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bypass, a 4.6km Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam bypass and a 12km road connecting Tanjung Bungah and Teluk Bahang.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the construction company would be given 44.51ha of reclaimed land in Tanjung Pinang in phases.
“One of the four conditions set by the state government is that the concession period for the third link will only be for 30 years and the toll charges must be similar to the second Penang bridge.
“The infrastructure project is estimated to cost less than RM8bil, and the contract will be signed in a few months,” he told a press conference here yesterday,
The Beijing Urban Construction Group (BUCG) had built Beijing National Stadium, also known as the Bird’s Nest, used in the 2008 Summer Olympics. It is one of the largest construction companies in China.
BUCG is among four local and foreign companies that submitted their proposals for the project.
Several non-governmental organisations (NGOs) had opposed the mega project and called for the state government to look into improving the public transport system first.
Malaysian Nature Society (MNS) Penang branch adviser D. Kanda Kumar said that instead of spending so much to build a third link, the state should instead use the money to improve the public transport system.
“Why do we need a third link when Penang already has two bridges?” he asked.
Kanda added that the group was concerned from the environmental perspective as the tunnel could lead into a mangrove area in Seberang Prai which was visited by thousands of migratory birds.
Consumer Association of Penang also criticised the project, saying it was unnecessary, a waste of money and potentially damaging to the environment.
Its officer in charge of education, N.V. Subarow, said the state did not need the sea tunnel project.
“The billions to be spent on the project could be better used to improve the public transportation system,” he said, adding that the sea tunnel project could endanger the environment.

alt

Friday, August 16, 2013

Najib Tawar Kerajaan Perpaduan ?

Kisah Sebenar - Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib.


Beberapa hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mengesahkan Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengannya. Sini

Seperti biasa....setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar kita tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang munafik. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya. Tak munafik ke namanya itu ?

Sekarang dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya...

Apa sebenarnya yang berlaku ?

Anwar telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas. Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya. Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP....

Anwar inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut arahan-arahannya....



Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.

Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut,
"Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".

Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut,

1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.

2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.

Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan.

Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan.

Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir Chairullah.

Pesawat Jusuf yang bernombor pendaftaran PK-JKM mendarat di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2013 jam 8.20 malam. Jusuf mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib pada malam itu juga untuk membawa tawaran-tawaran yang dikemukakan Anwar. Bagaimanapun Datuk Seri Najib telah menolak tawaran-tawaran yang dibawa oleh Jusuf Kalla.

Selesai bertemu Datuk Seri Najib, pada malam itu juga Jusuf terus bertemu dengan Anwar bagi menyampaikan berita yang Datuk Seri Najib menolak tawaran yang dikemukakannya. Jusuf bersama rombongannya berangkat pulang dengan pesawat yang sama pada keesokkan paginya (29 Julai 2013) jam 7.00 pagi.

Anwar berang dengan Najib yang menolak tawarannya. Itulah sebabnya dua hari selepas itu iaitu pada 1 Ogos 2013 Anwar membuat satu kenyataan yang keras terhadap Najib dengan menggesa Najib agar tidak menjadi seperti binatang. Lihat di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/237436

Kebanyakkan orang-orang Pas telah mengetahui perkara ini. Sekumpulan pemuda-pemuda Pas telah diberitahu perkara ini dalam bulan Ramadhan. Sebab itu bila Anwar membuka kisah ini ianya tidak disambut oleh puak-puak Pas atau tidak ada hu...ha...hu....ha....puak-puak Pas memperlekehkan Najib kerana mereka telah tahu lebih awal perkara ini dan mereka tahu yang sebenarnya Anwar yang menawarkan perpaduan dengan Najib. Bukannya Najib yang menawarkan perpaduan dengan Anwar.

Sumber: RBF Online.
Post: Tok Guru.