Friday, July 19, 2013

FATWA ANTI SYIAH


ALOR SETAR 18 Julai - Kerajaan negeri akan mewartakan sekatan penyebaran syiah dalam usaha membendung penularan ajarannya dalam kalangan penduduk negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kewujudan fatwa tersebut juga akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan demi menyelamatkan akidah umat Islam.
Katanya, fatwa berhubung larangan terhadap ajaran itu belum dikeluarkan walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan meminta masyarakat Islam berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.


"Saya mendapat laporan bahawa ajaran syiah ini semakin merebak dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penduduk Kedah termasuk institusi pengajian agama pondok turut bimbang tentang ajaran ini.


"Jadi penting bagi kita menggazet fatwa ini di peringkat negeri walaupun ajaran syiah ini belum sampai ke luar kawalan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.


Menurut Mukhriz, sebagai langkah permulaan, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat berhubung perkara itu.


"Saya akan berbincang dengan Mufti Kedah tentang perkara yang akan dilakukan. Harapan saya adalah perkara ini akan diusulkan kelak dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.


Beliau turut melahirkan kebimbangan tentang ajaran syiah itu yang dikatakan sedikit sebanyak mengugat institusi kekeluargaan dalam kalangan penduduk negeri itu.
"Saya dimaklumkan apabila berlaku kematian ada insiden jenazah ahli keluarga ini diambil oleh pihak tertentu untuk disemadikan mengikut ajaran syiah, ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


"Setelah digazetkan, pada peringkat awal selain daripada penguatkuasaan, kita akan berusaha membetulkan akidah pihak yang tersesat ini dahulu sebelum ambil tindakan serius," katanya.


Dalam perkembangan lain, kata Mukhriz, kerajaan negeri akan melakukan penstrukturan semula Kulim Technology Park Corporation Bhd. (KTPCB), dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap organisasi tersebut termasuk menarik lebih banyak pelabur ke Kulim Hi-Tech Park.


"Kita sedang mengambil kira pelbagai opsyen tentang bagaimana untuk mengusahakan perkara ini. Antaranya supaya tarikan ke atas pelabur ke kawasan ini lebih berkesan, selain memikirkan cara terbaik untuk memenuhi piawaian pelabur tersebut," katanya.
Beliau turut memaklumkan tiga acara yang bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu majlis berbuka puasa bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan pada 21 Julai, Pengibaran Jalur Gemilang di Sungai Petani (16 Ogos) dan perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di Alor Setar (17 Ogos).


GIATKAN LAGI PERSEANFAHAMAN ANTARA KAUM


Perluasan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITA) ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan bertujuan mengislamkan pelajar tetapi untuk menggalakkan persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, TITA yang meliputi pengetahuan mengenai tamadun utama Asia termasuk peradaban Islam, China dan India itu diajar sejak sekian lama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tanpa menimbulkan sebarang isu.


Walau bagaimanapun, kata beliau, sesetengah pihak membangkitkan isu perluasan TITA daripada IPTA ke IPTS kerana tidak memahami keadaan sebenar.
"Dengan memahami tamadun-tamadun ini, kita akan memahami nilai-nilai agama yang murni serta pencapaian mereka membentuk tamadun yang begitu hebat dalam sains, teknologi, kimia, fizik, perubatan dan sebagainya.


"Dengan memahami nilai-nilai murni setiap agama dapat mengikis sebarang prejudis terhadap agama yang berlainan," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berucap dalam majlis berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 warga Kementerian Pendidikan di Sri Satria, di sini malam ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri Pendidikan Dua, P. Kamalanathan serta Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang.


Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus memberi penekanan terhadap keharmonian antara kaum serta mengajar nilai-nilai murni agama.


"Hidup dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, cabarannya ialah bagaimana menjadikan pendidikan sebagai wahana perpaduan.
"Murid-murid perlu dibimbing supaya mereka menghormati adat resam, budaya dan agama yang dianuti orang lain," katanya.


KEKHILAFAN YANG DISENGAJAKAN

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan.

SETAN JANTAN KE SUNGAI BULUH, SETAN BETINA KE KAJANG


Alvin Tan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam berhubung kes mempersendakan Ramadan dan mempamerkan gambar lucah di sebuah laman web yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web, dua minggu lalu.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pasangan itu tidak dibebaskan dengan jaminan sehingga selesai perbicaraan atas alasan kedua-dua tertuduh cenderung memuat naik kandungan yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Dengan keputusan itu, Alvin yang berkemeja T warna merah dan seluar jean ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian yang memakai kemeja T warna merah jambu dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Ogos ini.

Pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat setelah mereka berdua ditahan pihak polis ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 1 petang.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada pukul 10.48 malam, tarikh dan tempat yang sama, pasangan penulis blog itu turut didakwa memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 5(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memohon ketiga-tiga kes dibicarakan bersama-sama namun tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kesemua pertuduhan itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Menurut beliau, kedua-dua tertuduh turut mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

''Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu,'' katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang turut mewakili pihak pendakwaan pula menyatakan, perbuatan Alvin dan Vivian bukan sahaja membangkitkan kemarahan masyarakat malah jika tidak dikawal boleh memusnahkan keharmonian antara masyarakat berlainan bangsa dan agama di negara ini.

''Kedua-dua tertuduh berkemungkinan memuat naik lagi artikel atau gambar yang menyinggung perasaan masyarakat dan ini merupakan perbuatan yang serius dan membimbangkan.

''Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita Google sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius,'' katanya.

Peguam bela Chong Joo Tian yang mewakili Alvin dan Vivian bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan kepada anak-anak guamnya memandangkan mereka tidak sepatutnya dihukum sebelum disabitkan bersalah atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan

Thursday, July 18, 2013

ISTERI DI BAWA LARI INDON DISELAMATKAN



Idayu akhirnya dibawa pulang





SEPANG 17 Julai - Selepas hampir sebulan dipukau dan dilarikan empat warga Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur, Nur Idayu Abd. Aziz akhirnya selamat pulang ke pangkuan keluarganya dengan bantuan Kelab Putera 1Malaysia (KP1 M).

Kisah ibu kepada tiga orang anak berusia 34 tahun ini menarik perhatian pelbagai pihak apabila suaminya, Mohd. Riduan Abd. Razak mendakwa isterinya dilarikan ke Indonesia oleh pekerja kontrak yang pernah diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan.

Mangsa yang hilang sejak 22 Jun lalu berjaya dikesan minggu lalu hasil maklumat pelbagai pihak selepas disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman, Rambipuji yang terletak di daerah Jember kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.

Menurut Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, mangsa selamat dibawa pulang selepas pihaknya menghantar pasukan yang diketuai Setiausaha Agung, Abdul Khalid Chairul dan Mohd. Riduan, 34, ke sana sejak seminggu lalu.

"Ketika kami jumpa dia keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.

"Sekarang keadaannya bertambah baik biar pun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia terkena ilmu sihir yang dilakukan oleh penculiknya," katanya ketika menyambut kepulangan Pasukan Misi KP1M dan pasangan itu dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Menurut Abdul Azeez, usaha tersebut merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.

Beliau sehubungan itu menasihati semua pihak terutama isteri yang suaminya bekerja jauh agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan pujuk rayu orang luar.

Katanya, kes tersebut antara contoh pekerja asing sanggup berbuat apa sahaja untuk melarikan anak gadis atau isteri orang sekiranya terleka.

"Saya juga mohon pihak polis supaya menyiasat kes ini sebaik Nur Idayu sembuh supaya dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan larikan isteri orang dan ini tidak baik untuk institusi keluarga," katanya.

Sementara itu, Mohd. Riduan ketika ditemui mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelamatkan isterinya.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang perancangan buat masa ini dan hanya mahu berehat dan mengubati isterinya sehingga sembuh.

"Saya hanya mahu pulang dan berjumpa dengan anak-anak di kampung dan mencari kerja di Malaysia selepas terpaksa berhenti kerja di Qatar baru-baru ini," katanya.

Sementara itu di KUANTAN, kepulangan Nur Idayu di rumah bapanya di Felda Bukit Sagu 2 disambut pilu dan tangisan oleh ahli keluarga wanita tersebut terutama oleh tiga anaknya.

Nur Idayu dan suaminya tiba di rumah bapanya itu kira-kira pukul 6.15 petang hari ini namun enggan memberikan sebarang komen.

MUHYIDDIN "JENTIK"TELINGA DUTA VATICAN CITY




PAGOH 17 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino yang cuba mencampuri urusan dalaman negara ini berhubung isu kalimah Allah.

Menurut beliau, perbuatan duta berkenaan tidak wajar kerana rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa Allah adalah nama rasmi Tuhan kepada umat Islam.

"Soal kalimah Allah ni, Duta Vatican City yang baru sampai pun sudah berani sokong satu pihak yang memperjuangkan kalimah Allah.

"Kita sebagai umat Islam tahu Allah itu Esa, Allah itu Tuhan kita dan tidak ada orang lain (penganut agama lain) yang boleh guna (kalimah Allah) kecuali orang Islam," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Serta Penyampaian Sumbangan Untuk Surau dan Masjid Bahagian Pagoh di Masjid Jamek Paya Redan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed serta ADUN Jorak, Datuk Shahrudin Md. Salleh.

Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini Khamis lalu, menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mempersoal tindakan Marino yang disifatkan sengaja tidak mahu memahami agama, budaya dan adat resam masyarakat negara ini selain mempunyai motif membangkitkan perasaan kebencian bukan Islam terhadap Islam.

Katanya, tindakan tersebut dibuat supaya Islam dilihat dengan pandangan serong dan penganut agama lain menilai Islam sebagai agama yang tidak toleran, tidak berbudaya dan mempromosi keganasan.

"Itu ada dalam kempen-kempen di banyak negara Barat, melihat Islam sama dengan keganasan," katanya.

KAWIN LAIN TAK CAKAP KENAPE ?

KUALA LUMPUR - Bapa mertua kepada pelakon, Mohd. Ashraf Muslim kesal dengan tindakan menantunya itu yang bertindak membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman apabila bernikah kali kedua dengan bekas kru televisyen di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.

Lokman Abdul Hamid, 54, selaku pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikai tindakan Mohd. Ashraf yang dianggap terburu-buru apabila bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

"Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan," katanya dengan nada kecewa.

Lokman ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menegaskan, apa yang dilakukan oleh Mohd. Ashraf, 32, adalah sesuatu yang tidak elok kerana sebelum ini kes mahkamah terpaksa ditangguhkan kerana Dayana, 26, belum melantik peguam.