Sunday, April 21, 2013

MAJLIS FATWA VS FATWA NIK AZIZ

PRU 13 - KENYATAAN NIK AZIZ TERPESONG.....

Kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini disifatkan telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, apa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz itu tiada dalam ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan itu.

"Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.

"Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor berkata, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai pahala solat, amal ibadat serta kebaikan seseorang.

Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai amalan kebaikan yang dilakukan umat Islam di muka bumi ini.

"Tidak perlu kita melakukan muzakarah dan mengkajinya kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa boleh menilai amalan, ibadat dan menuduh seseorang itu kafir, melainkan Allah SWT," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah dan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz kebelakangan ini seperti mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan masjid oleh kerajaan hanyalah untuk tujuan mendapat kontrak.

Tambah Abd. Shukor, sebuah parti politik juga tidak mempunyai hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau tidak.

Katanya, tidak kira daripada parti politik mana, tugas menentukan pahala seseorang untuk memasuki syurga adalah hak mutlak Allah SWT.

"Kita manusia di muka bumi ini sama sahaja, tiada siapa yang maksum. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak berani mengatakan seseorang itu masuk syurga atau tidak," ujarnya.

PKR DIHINA PAS , SEMBUNYI DI KEM BN

NASIB PKR di bumi Terengganu! PKR terpaksa berhadapan dengan sikap rakus dan tamak PAS di DUN Seberang Takir. Inikah Pakatan Harapan Rakyat? Rombongan kecil PKR semasa penamaan calon Parlimen Kuala Nerus pagi tadi disambut dengan provokasi hina dan aib oleh penyokong PAS kepada PKR. Akhirnya laluan penyokong Barisan Nasional dipilih untuk PKR penuhi tuntutan demokrasi.

Saturday, April 20, 2013

APABILA TUKANG KARUT MENGARUT , KAH ! KAH ! KAH !


Hidup Hidup, Hidup Islam ! Hancur, Hancur, Hancur Barisan ! 

Tiba-tiba Tukang Karut TERSASUL -

Tukang Karut - Tumbang, Tumbang !

Disahut Jamaah - TUMBANG ! TUMBANG !

Tukang Karut - TUMBANG PAKATAN !

Disahut Jamaah - TUMBANG PAKATAN ! !

KHALID MEROYAN TAK RAMAI PENYOKONG

Penamaan calon di Shah Alam : Khalid Samad baru sedar penduduk Shah Alam tak sukakannya?

Khalid Samad Mengamuk Di Pusat Penamaan Calon Kerana Tiada Sorakan Menyambut Pengumuman Namanya!

Semenjak nama Datuk Zulkifli Nordin@ Zul Nordin diumumkan sebagai calon Parlimen Shah Alam mewakili BN , saban hari kehidupan Khalid Samad bagaikan tidak keruan. Setiap hari kalau beliau tak sebut nama Zul Nordin10 kali di twitternya, seolah-olah kehidupannya pada hari itu tidak bermakna.

Pagi tadi ketika penamaan calon sedang berlangsung di Shah Alam, sekali lagi beliau menjadi 'hilang akal'? Pusat penamaan calon bagi Parlimen Shah Alam dan dua Dun dalam parlimen berkenaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.

Atas faktor keselamatan pihak SPR telah mengasingkan tempat berkumpul bagi penyokong parti-parti yang bertanding dengan jarak 50 meter. Penyokong BN disebelah kanan dewan dan penyokong Pakatan Haram di sebelah kiri dewan. Pada peringkat awal semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada mana-mana pihak yang membuat bantahan.

Namun apabila tiba masa pengumuman nama-nama calon bertanding, Khalid Samad cuba menimbulkan masalah. Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan nama berdasarkan siapa yang kemukakan borang pencalonan terlebih dahulu.

Apabila nama calon BN, Datuk Zulkifli Nordin@ Zul Nordin diumumkan ianya disambut dengan sorakan meriah oleh penyokong-penyokong BN. Bila nama Khalid Samad diumumkan , kelihatan tiada sebarang sorakan kedengaran dari penyokong mereka?

Ketika itu Khalid Samad menjadi berang lalu memarahi Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana keadaan menjadi senyap apabila namanya diumum . Beliau mendakwa penyokongnya ditempatkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan.

Datuk Bandar Shah Alam menjelaskan bahawa jarak tempat penyokong diletakkan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Khalid Samad menuntut supaya penyokong-penyokongnya dibenarkan mara ke hadapan dewan. Datuk Bandar berkata, jika itu yang dituntutnya maka beliau terpaksa mengadakan mesyuarat dengan polis dan beberapa agensi lain terlebih dahulu dan ianya memakan masa.

Kelihatan Khalid Samad terus berkeras untuk keluar dari pagar bagi memanggil penyokongnya ke hadapan dewan. Datuk Bandar melarangya, namun beliau tidak hiraukannya. Akhirnya ada penyokong PKR yang menasihatinya supaya jangan keluar. Pembesar suara dihalakan kepada penyokong-penyokong mereka supaya mereka dapat mendengar dengan jelas nama-nama yang diumumkan.

Khalid menuntut Pegawai Pengurus Pilihanraya mengulang pengumuman namanya dan apabila diulang sekali lagi pun, tiada bunyi sorakan yang kedengaran. Merah padam muka Khalid ketika itu kerana malu dengan apa yang berlaku! Yang menariknya apabila nama dua lagi calon PKR yang bertanding untuk kerusi DUN diumumkan, ramai penyokong-penyokong mereka bersorak. Lagilah bertambah merah padam muka Khalid dan akhirnya dengan tebal muka, beliau melambai-lambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya.

Ternyata manusia yang bernama Khalid Samad itu nampaknya agak 'gila glamor' sedikit. Walaupun sekarang beliau baru mengetahui yang penduduk di Shah Alam tidak sukakannya, namun masih lagi mahu berlagak 'bodoh sombong' menawarkan diri mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam.

Ibarat buku bertemu ruas, pertarungan dengan Zul Nordin bakal menyaksikan Khalid Samad mengucapkan Selamat Tinggal kepada Shah Alam...!!! InsyaAllah.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN.
UNDILAH BARISAN NASIONAL.
-Tok Guru.

TRADISI MEMBELA RAKYAT : BN terus bela nasib 831,860 ibu tunggal



DATUK Seri Najib Razak mengumumkan pemberian Kad Diskaun Pengguna kepada ibu tunggal ketika melancarkan Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) di Dewan Merdeka PWTC, semalam.
Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) membela nasib 831,860 ibu tunggal seluruh negara dengan menganugerahkan mereka Kad Diskaun Pengguna bagi meringankan beban sara hidup. 

Kad itu membolehkan mereka membeli barangan pada harga lima hingga 50 peratus lebih rendah di kedai terpilih di seluruh negara bertujuan membantu mereka membiayai perbelanjaan harian. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan BN juga sedia menimbangkan cadangan menyediakan skim insurans berkelompok bagi memastikan ibu tunggal dilindungi insurans untuk kematian akibat kemalangan bernilai RM10,000 manakala khairat kematian (RM1,000) dan kecacatan kekal akibat kemalangan (RM10,000). 


Khidmat guaman percuma

Beliau turut mengumumkan khidmat guaman percuma kepada ibu tunggal bagi kes perceraian dan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah melalui perkhidmatan Yayasan Majlis Bantuan Guaman Malaysia.

Katanya, langkah itu membuktikan Kerajaan BN amat prihatin terhadap nasib ibu tunggal seluruh negara yang diyakini tetap setia menyokong BN meskipun cuba dipengaruhi pembangkang melalui pelbagai dakyah. 

“Kita perlu lakukan apa yang termampu supaya ibu tunggal tidak terpinggir dalam arus transformasi negara. Saya percaya ibu tunggal tidak mahu semata-mata belas kasihan,” katanya. 
Najib berucap melancarkan Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) yang dihadiri kira-kira 13,000 ibu tunggal di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, Datuk Melati Ali.

JUWITA berfungsi sebagai sekretariat atau payung bagi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hal ehwal ibu tunggal bagi membantu memelihara kebajikan mereka.

Bantuan di bawah AIM

Najib berkata, usaha membantu ibu tunggal sudah digerakkan dari peringkat daerah hingga negara, termasuk menyediakan bantuan perniagaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Dengan mengambil contoh seorang ibu tunggal yang memulakan perniagaan menjual ayam di depan rumah melalui pinjaman mikro kredit AIM, Najib berkata, sekarang wanita terbabit sudah mampu memiliki beberapa kereta mewah dan rumah besar.

Bagi memastikan ibu tunggal terus dibantu, katanya, mereka harus membantu kemenangan BN pada hari mengundi 5 Mei ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan aplikasi telefon pintar Sohonista, iaitu sekretariat penggerak usahawan wanita melalui dalam talian.

Sementara itu, Shahrizat menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana setuju meluluskan pemberian kad diskaun 1Malaysia, serta mempertimbangkan penawaran skim insurans bagi ibu tunggal yang berdaftar dengan JUWITA.
#BNBagus #ManifestoBN #Transformasi #GE13 #PRU13 #BetterNation

PSM DI "LIWAT" PKR PULA #TolakPR #SayangiSelangor #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13 #BetterNation


Kegilaan merebut kerusi di kalangan pembangkang makin menjadi-jadi. Kali ini PSM pula menjadi mangsa penipuan PKR . Setelah bertelagah sesama sendiri akhirnya PSM di beri tempat dengan syarat mengunakan logo PKR. 
Namun PAS pula nak letak calonnya dengan alasan PSM bukan dari penganut ajatan Pakatan Longkang. 
Begitulah kisah kasih sayang saudara mara Pakatan longkang yang gila berebut kerusi. Tak lama lagi ada lah kerusi yang akan melambung ....kikiki

PAS TERDESAK , TUDUH BEKAS CALON UMNO KHIANATI BN

Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Datin Khazuni Othman hari ini menafikan dakwaan Pas bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menyokong Pas pada PRU13 ini.

Bekas Ketua Puteri Umno Kota Baharu itu menegaskan tindakan seorang pemimpin Pas yang mengumumkan beliau akan menyertai Pas semasa berucap sebelum perarakan calon bagi penamaan calon kerusi Parlimen Kota Baharu hari ini, adalah fitnah.

"Saya dengan ini meminta pemimpin Pas itu memohon maaf kepada saya berhubung fitnah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada PRU12, Khazuni kalah kepada calon Pas, Rohani Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Mas.

Khazuni yang kini tidak lagi aktif berpolitik dan menumpukan kepada perniagaan berkata, tuduhan pemimpin Pas itu adalah bersifat fitnah dan akan menjelaskan perkara sebenar kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

"Jiwa saya adalah jiwa Umno dan darah yang mengalir di badan saya ini juga adalah darah Umno. Saya tidak akan sekali-kali keluar daripada Umno dan menyertai Pas," katanya.