Friday, February 22, 2013

Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT


Assalamualaikum..


Amalan Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT serta mendapatkan kemanisan di dalam ibadat.

Pertama sekali kita kena fahami tujuan kita hidup di atas muka bumi iaitu ada dua tujuan :
  1. Sebagai hamba Allah SWT
  2. Sebagai khalifah di atas muka bumi
Sebagai seorang hamba sudah tentulah Allah jadikan kita tiada tujuan lain selain untuk beribadat kepada-NYA. sepertimana Firman-NYA :

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Kuâ€� (Surah az-Zariyat ayat-56).

Dalil ini jelas menujukkan bahawa tujuan kita dijadikan adalah untuk menjadi hamba-NYA. Beribadat itu bukanlah hanya tertakluk kepada solat, puasa dan sebagainya sahaja ianya sangat luas dalam tidur pun boleh jadi ibadat jika saudaraku semua mengetahuinya.

Dan tujuan yang kedua ialah sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: â€�Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: â€�Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahuiâ€�(Al-Baqarah:30)

Saudaraku mari kita cuba mengamalkan amalan di bawah ini agar kita lebih dekat kepada Allah SWT. Lakukan sedikit demi sedikit secara istiqomah selama 40 hari berturut-turut. Angka 40 dipilih kerana ulama terdahulu mengamalkan secara 40 hari dan ternyata berkesan menjadi tabiat yang terus dilakukan hingga ke akhir hayat.

Selain itu sains juga telah membuktikan jika kita melakukan amalan selama 40 hari berturut-turut maka ianya menjadi sebati dalam diri. Cuba saudara baca satu ayat yang panjang selama 40 kali. Sudah tentu saudara dapat menghafal ayat tersebut, berbanding dengan jika saudara baca hanya 2 atau 3 kali sukar untuk kita mengingatinya.

Pertama sekali syarat yang perlu untuk kita mengamalkan amalan ini ialah ada 4 syarat iaitu :
  1. Ikhlas kerana Allah SWT
  2. Jauhkan dari sifat riak, ujub dan takbur
  3. Niat untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata dan bukan untuk mendapat ganjaran pahala atau syurga atau juga untuk mendapatkan karomah dan sebagainya.
  4. Utamakan amalan yang wajib terlebih dahulu baru lakukan amalan di bawah.
  5. Lakukan secara istiqomah selama 40 hari jika tertinggal sehari ulang dari kiraan pertama semula.
Saudara boleh pilih mana-mana amalan sunat atau boleh mengamalkannya sekaligus.
  1. Masuk dan duduk di dalam majlis ilmu 1 kali seminggu, jika boleh 3 x seminggu.
  2. Membaca ayat suci al-Quran setiap hari sekurang-kuranya 10 ayat sehari. (Dalam pada itu berusaha mencari guru untuk membetulkan tajwid dan memperbaikki bacaan).
  3. Bangun solat malam (tahajjud) sekurangnya 1 kali seminggu, jika boleh 3 x seminggu.
  4. Puasa sunat sekurangnya 3 hari dalam sebulan terutama pada hari putih iaitu 13hb, 14hb, 15hb (bulan Islam) kecuali pada 13hb zulhijjah (hari tasyrik).
  5. Menjaga solat berjamaah di masjid sekurang-kurangnya 1 waktu atau lebih dalam sehari.
  6. Sentiasa berusaha memahami makna ayat-ayat al-Quran (mengamalkannya serta menyebarkannya).
  7. Bersedekah dalam sebulan sekurangnya 3 kali bergantung kepada kemampuan.
  8. Perlu cari sekurangnya sekali dalam sebulan untuk menolong orang lain yang memerlukan pertolongan.
  9. Beristigfar 3x setiap kali lepas solat fardhu atau sunat.
  10. Bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil sekurangnya (33x) dalam sehari.
Saudaraku amalkanlah dahulu perkara di atas dan tambahan selepas itu adalah amalan di bawah :
  1. Mencegah perbuatan mungkar dan maksiat (Insyallah jika saudara amal di atas, niatkan dalam hati untuk melakukan amalan ini, dengan rahmat Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalannya.)
  2. Niatlah untuk mengenal Allah dengan lebih baik dari sekarang. (insyallah dengan rahmat Allah akan bukakan jalannya)
  3. Niat untuk menjadi ahli khidmat masyarakat. Insyallah dengan rahmat Allah, maka Allah akan bukakan jalan untuk saudara menjadi ahli khidmat masyarakat ikhlas kerana-NYA.
  4. Niat untuk menjadi hamba-NYA. (Insyallah dengan rahmat-NYA akan terzahirlah rasa kehinaan dalam diri kita, walaupun kita adalah sebaik kejadian namun dihadapan-NYA kita terlalu hina sepertimana ahli Sufi merasakan bahawa manusia ini lebih hina dari sampah, mungkin saudara berasa pelik dan tidak bersetuju, insyallah jika Allah izinkan kita sama-sama berdoa untuk mencapainya).
Hasilnya saudara akan mendapati :
  1. Sifat iri hati kepada orang lain akan hilang sedikit demi sedikit
  2. Sifat marah akan menurun
  3. Sifat dendam akan padam
  4. Sifat benci kepada orang akan padam
  5. Sifat bersangka buruk pada orang lain akan menurun
  6. Sifat mengata, mengeji, mengumpat akan hilang sedikit demi sedikit
  7. Sifat sombong, ego dan takbur akan padam
  8. Sifat bakhil akan terhapus
  9. Sifat berbohong atau tidak menepati janji akan hilang
  10. Sifat mementingkan diri sendiri akan terhapus
Apa yang saudara akan dapati ialah :
  1. Sentiasa mengingati Allah, terasa Allah sentiasa memberi pertunjuk dan terasa Allah sentiasa melihat
  2. Hari-hari berkeinginan melakukan kebajikan
  3. Suka menolong orang
  4. Tidak selesa bersama orang yang bersembang kosong dan kumpulan yang menceritakan keburukan orang lain.
  5. Rasa kasih sayang kepada orang lain sama seperti mengasihi diri sendiri
  6. Dahagakan ilmu-ilmu agama
  7. Doa mudah dimakburkan
  8. Kefahaman ilmu agama terbuka sedikit demi sedikit
Maka saat itu Allah titipkan rasa kemanisan beribadah sedikit demi sedikit dalam hati kita. Saat itu kita rasakan segala kemusykilan agama dalam fikiran kita Allah terus bukakan dengan pelbagai cara.

Waktu itu kita pasti merasakan Allah Maha Besar, apa tidaknya dalam hati kita terdetik saja Allah terus bukakan ilmu-NYA Yang Maha Luas itu.

Saat itu kita benar-benar meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui walaupun kita hanya terdetik di dalam hati. Sama-samalah kita berusaha untuk mengecapinya.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Ayuh amalkannya…

SI KITUL ZAMAN MODEN



clip_image001.jpg
Deepak Jaikishan Si Kitul Zaman Moden
1)    Deepak seorang penipu dan tidak amanah.

a)    Deepak menipu bank. Deepak Jaikishan, 40 tahun, adalah seorang ahli perniagaan yang bermasalah. Masih berhadapan dengan kes mahkamah bila didakwa menipu RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH). Deepak juga gagal membayar ansuran bulanan pinjaman bank.

b)    Deepak bersubahat dengan pegawai bank untuk tipu pinjaman bank. Deepak didakwa berkomplot dengan pegawai tertinggi Kuwait Finance House untuk menipu pihak bank bagi meluluskan pinjaman RM170 juta. Bila konspirasi tersebut terbongkar maka KFH telah mengambil tindakan dengan memindahkan pegawai bank terbabit dan membekukan baki pinjaman yang dipohon oleh Deepak.



c)    Deepak tidak amanah pada syarikat keluarga. Syarikat karpet milik Deepak adalah Carpet Raya Sdn Bhd. Deepak mengambil alih perniagaan bapanya yang beralamat di No. 245, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras. Menggunakan profil syarikat milik keluarga sendiri untuk menipu pihak bank dan tidak amanah uruskan dana syarikat.

d)    Deepak membesarkan cerita hubungan dengan Datin Seri Rosmah. Datin Seri Rosmah Mansor hanya mengenali Deepak atas dasar pembeli dan peniaga. Namun setelah terperangkap dengan kes hutang, Deepak cuba membesarkan cerita bahawa kononnya beliau punyai hubungan yang rapat dengan Datin Seri Rosmah.

Ravi Dharan adalah operator Anwar Ibrahim di Indonesia.

2) Deepak diarah oleh Anwar Ibrahim untuk buat cerita propaganda.

a)    Deepak jumpa Anwar di rumah Ravi. Deepak tersepit dengan kes mahkamah dan hutang bernilai jutaan ringgit. Oleh itu, Deepak mulai berjumpa dengan Anwar Ibrahim atas bantuan Datuk Ravi Dharan (Chairman Daya Group Of Companies). Datuk Ravi Dharan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Deepak bila anak lelaki Ravi Dharan bertunang dengan sepupu isteri Deepak. 

b)    Ravi funder Anwar Ibrahim. Datuk Ravi Dharan pelobi &funder Anwar Ibrahim sejak Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan lagi. Ravi Dharan, 59 tahun, mendapat projek arang batu di Kalimantan. Ravi Dharan tersepit bila Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ketika 16 September 2008, Ravi Dharan adalah antara pelobi untuk berhubung dengan beberapa orang ahli parlimen bagi tujuan lompat parti. Malah ibu pejabat PKR yang pertama di Phileo Damansara (sehingga 2002) turut dibiayai oleh Ravi secara bulanan.

c)    Anwar bayar Deepak melalui Ravi?  Ravi Dharan sekarang memainkan peranan sama seperti Nallakarupan suatu ketika dahulu. Tidak mustahil Anwar Ibrahim membayar Deepak dengan sejumlah wang bagi melakukan propaganda untuk terus memburukan Datin Seri Rosmah dan Dato Seri Najib Razak.

d)    Anwar hantar Sivarasa sebagai peguam Deepak.Selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah diarahkan membantu Deepak untuk menyelesaikan kesnya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd. Deepak menyaman Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (Ketua Wanita Umno Selangor) dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja. Malaysiakini mula mulai memainkan peranan sebagai “hakim” dalam kes Awan Megah Sdn Bhd biarpun dianya masih dibawah siasatan mahkamah.


e)    Deepak beri kenyataan seperti yang disuruh oleh Anwar. Deepak mula membuat kenyataan secara terbuka mengikut skrip propaganda yang sudah dikarang oleh Anwar Ibrahim pada 27 November 2012 untuk memburukkan Datin Seri Rosmah. Deepak ke pejabat Harakahdaily untuk membacakan skrip yang sudah pun dirancang awal.

Analisa Deepak :
1)    Deepak memang seorang yang tidak boleh dipercayai. Menipu dan suka mengaitkan sesiapa sahaja sebagai rapat dalam hidupnya biarpun yang membeli karpet itu adalah seorang makcik daripada Permatang Pauh.
2)    Deepak ada rekod menipu. Deepak sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya daripada krisis hutang dengan bank.
3)    Deepak sudah digunakan untuk tujuan politik Anwar Ibrahim. Selepas ini Deepak akan digunakan sebagai puppet untuk Anwar Ibrahim terus menikam bertubi tubi Dato Seri Najib dengan tuduhan yang palsu, karut dan sengaja direka reka bagi tujuan propaganda murahan politik.
4)    Anwar Ibrahim memang suka mengambil orang orang yang karut seperti Nick Xenophone (Senator Gay), Dr Pronthip (Juru Bedah yang ada rekod menipu di Thailand) dan Deepak (Ahli Perniagaan Korup) untuk dijadikan sebagai ikon politiknya.
5)    Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya, Deepak adalah sebahagian daripada askar upahan Anwar Ibrahim untuk porak perandakan negara. Umpama Kitul pada zaman Melaka.

Sememangnya elok direnung kembali sejarah Si Kitul yang direkodkan dalam Sejarah Melayu Melaka, sekarang Si Kitul menjelma dalam cara lain. Jelmaannya adalah Deepak.
Rasuah, nafsu, fitnah, dendam kesumat yang melanda pemerintahan Melaka pada ketika itu dengan watak utamanya dimainkan oleh Si Kitul akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Melaka.
Inilah barah yang melapah kekuatan mana-mana masyarakat dan negara. Bukan sekadar negara kota seperti Melaka hancur berderai, bahkan empayar raksasa pun bisa roboh.
Menurut kata Sahibul Hikayat, pengarang Sejarah Melayu, Raja Mendeliar merupakan orang terkaya di Melaka dan beliau berbalah dengan Nina Sura Dewana iaitu penghulu segala saudagar Melaka.
Namun kerana peranan Si Kitul, akhirnya Raja Mendeliar percaya bahawa Nina Sura Dewana telah berpakat dengan bendahara untuk membunuh beliau. Apabila Raja Mendeliar mendengar cerita Si Kitul, maka beliau mengambil surat hutang Kitul dan mengoyakkannya dan berkata yang hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat.
Akibat hasutan dan fitnah Si Kitul, Raja Mendeliar memberikan hadiah emas kepada laksamana dan meminta laksamana menyampaikan kepada sultan bahawa bendahara cuba untuk menderhaka.
Sultan, apabila disembahkan oleh laksamana mengenai penderhakaan bendahara terus membuat keputusan tanpa usul periksa dengan membunuh bendahara dan keluarganya kecuali Tun Fatimah.
Moral cerita berkenaan cukup jelas. Jangan percaya dengan Si Kitul zaman moden. Kerana tersepit dengan hutang Kitul sanggup porak perandakan negara.

The Economist RAMAL BN TAK KALAH


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008.
Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti.
Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my, EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti.
"Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk melaksanakan semua janji yang lepas.
"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan tinggi percuma memakan belanja RM43 bilion kepada kerajaan sementara menghapuskan duti kenderaan akan mengurangkan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun kepada negara," kata blog berkenaan.
Menurut blog thechoice lagi, laporan EIU itu juga menyebut bahawa pakatan pembangkang telah memungkiri banyak janji yang dibuat sebelum ini termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pendidikan pra sekolah, pelajar universiti, warga emas dan orang kurang upaya selain menurunkan cukai hartanah dan bantuan bagi rakyat membeli rumah.
Berdasarkan laporan itu juga, blog itu memberitahu, walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menegaskan manifesto bukan satu janji kepada rakyat, tetapi rakyat akan tetap menganggap apa yang disenaraikan pembangkang itu sebagai janji yang perlu ditunaikan oleh kerajaan memerintah.
Blog itu menjelaskan, EIU juga menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bermula 2013 sehingga 2017 akan terus tumbuh dengan baik.
"Faktor itu menjadi satu lagi sebab kukuh kepada kebangkitan semangat parti pemerintah yang dipimpin oleh Najib," menurut blog itu lagi.


AIR KURANG BERSIH DI KELANTAN



Bekalan air di Kelantan diuruskan oleh syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Setakat ini hanya 55.7% daripada 4.54 juta penduduk Kelantan menerima air terawat.
Kira-kira 45% rakyat Kelantan bergantung
kepada bekalan air perigi, telaga tiub dan sungai.
• Walau bagaimanapun bekalan air daripada sumber-sumber ini semakin susut akibat :
o Pencerobohan terhadap alam sekitar seperti aktiviti mengorek pasir secara haram.
o Pelupusan sampah secara tidak teratur.
o Pembuangan sisa industri.

Data Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai status bekalan air bersih
di seluruh negara menunjukkan bahawa:
o Kelantan menduduki tempat paling bawah dan dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang bersih.

Hasil uji kaji Kementerian Kesihatan bagi tempoh 2008-2010 mendapati:
o Air di Kelantan mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum.
o Boleh memudaratkan kesihatan seperti penyakit kanser, komplikasi hati, jantung
dan gangguan saraf (menggeletar seperti penyakit parkinson).

Thursday, February 21, 2013

DATO HARUN DIN KELUAR PAS ....???




Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.

UrukHai.

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah nyata)



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustadz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di Hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima menit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Berbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustadz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih. "Mak cik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mau beritahu, saya tak mau uruskan jenazah anak mak cik ini." kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustadz, anak saya ini memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi... "tambah wanita itu lagi" apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang; Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak mak cik ini akan terus naik angin. "Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawabannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadits nabi bahwa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin karena perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telepon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke Hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang. "Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustadz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam arti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadits nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah siksaan yang akan dilalui karena satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah... Azab meninggalkan sholat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat... Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga sholat. InsyaAllah...

MANFAATKAN ILMU


Elak penyalahgunaan ilmu - Dr. Mahathir


PUTRAJAYA 20 Feb. - Universiti di Malaysia disaran memberikan fokus kepada pembinaan watak graduan yang bermoral supaya mereka tidak menyalahgunakan ilmu yang dipelajari untuk tujuan yang tidak baik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, graduan yang berpengetahuan tetapi tidak bermoral akan menyalahgunakan ilmu yang dipelajari untuk tujuan membunuh dan memusnah.
Beliau memberi contoh, perkembangan ilmu sains akan mendorong penciptaan senjata pemusnah yang semakin kecil dan orang yang tidak bermoral akan menggunakannya untuk membunuh sesiapa sahaja yang tidak disukai.
''Jika orang berpengetahuan itu melontar bom atom di sesuatu tempat, ramai manusia pasti akan mati disebabkan letupan dan bahan radioaktif yang dibawa angin.
''Kita perlu mewujudkan sistem untuk memastikan ilmu itu digunakan untuk tujuan yang baik, supaya boleh membawa kebaikan kepada manusia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Pengajian Tinggi Dalam Milenium Seterusnya sempena Mesyuarat Plenari Rangkaian Universiti Akademi ASEAN-Eropah anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini malam ini.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, pengajian sains merupakan bidang yang mengalami perubahan setiap masa dan universiti perlu mengemaskini program pengajian yang ditawarkan supaya selari dengan perkembangan terkini.
''Dalam sains, penemuan baharu berlaku setiap hari. Pendidik mesti menerima hakikat bahawa tidak ada penghujung dalam penyelidikan sains," katanya.
Beliau berkata, walaupun sains merupakan bidang yang penting, namun bidang kemanusiaan seperti sejarah masih relevan dalam kehidupan manusia.
''Melalui sejarah, kita boleh belajar daripada kesilapan dahulu dan tidak akan mengulangi kelemahan yang sama," katanya.