Sunday, December 23, 2012

Defeat would be a blow to Islamic state


WHETHER or not the opposition boycott is carried out, the Muslim Brotherhood is confident it has enough support to win the referendum, which will be decided on a straight majority. It believes the liberals represent a minority view and that most Egyptians are happy to see the emphasis on Islam that runs through parts of the draft.
''The seculars and liberals are mobilising people to bring down the Islamic state,'' said Mohammed Bishawi, a Muslim Brotherhood member, at a rally at the organisation's headquarters on the outskirts of Cairo.
Mr Bishawi said the wave of opposition to the President, Mohammed Mursi, in the past two weeks, since he announced his new powers, was ''manufactured by the media''.
''We, the Islamic powers, chosen by democratic election, want to prove to the world that the Egyptian people are with President Mursi and their new constitution,'' he said. ''The liberals don't have any real existence on the street.''

The opposition risks making itself look irrelevant if the constitution is passed by a large majority. But if the Brotherhood loses the referendum or has a low turnout, it will be a blow to its assumption that political Islam is the dominant voice of Egyptians.
Defeat would also suggest the public accepted the opposition view that the Brotherhood is showing increasingly authoritarian tendencies.
If there is a ''no'' vote in the referendum, a constitutional assembly of 100 members would have to be elected within three months, and a constitution agreed within six months and put to a referendum within a month after that. Only then can there be elections, by which time the Brotherhood may have lost the popularity it had when it won elections earlier this year.

http://www.smh.com.au/world/defeat-would-be-a-blow-to-islamic-state-20121210-2b5o0.html

MUJAHIDDIN TURUT MENENTANG KEMUNGKARAN PAS


KENAPA MUJAHIDDIN AFGANISTAN INI MENENTANG PAS...??? 
>ADAKAH KERANA UMNO MERASUAH BELIAU....???
>ADAKAH KERANA DUIT TABUNG MEMALI DI SONGLAP OLEH LEBAI CELUP PAS...???
> ADAKAH KERANA INGIN MENEGAK KEBENARAN DAN MENENTANG KEMUNGKARAN DI DALAM PAS...???
BOLEHKAH MINDA ORANG PAS TERBUKA DAN MENERIMA KRITIKAN SEORANG PEJUANG ISLAM YANG PERNAH MEMBURU SYAHID DI AFGANISNTAN...???


NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.
Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.

MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.

Saturday, December 22, 2012

CACIAN SEORANG YAHUDI BUTA



Apabila seorang pendakwah bertanya kepada aku hari ini mebuatkan aku terfikir dan bertanya dalam hati..., sudah sempurnakah Islam yang kita amalkan sehingga kita sanggup mendakwa orang lain jahil, ahli neraka, kafir dan sebagainya.

Pendakwah yang juga Imam 2 di At-Takwa , menyambung kisah Nabi Muhammad SAW yang setiap hari menyuapkan Roti kepada seorang Wanita tua Yahudi yang buta , roti itu dikunyah2 sampai lembut lalu disuapkan kemulutnya. Yahudi tua itu tidak tahu yang menyuapnya itu ada seorang Nabi Allah yang selalu di caci makinya. Setiap hari dia akan memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW. Namun Rasulullah SAW tetap dengan tugasannya menyuapkan roti kedalam mulutnya. Sikit pun Rasulullah menunjukkan rasa meyampah dan masam muka. Sehinggalah Nabi SAW hampir wafat , Nabi SAW berpesan kepada Abu Bakar agar menyambung tugasnya menyuapkan roti ke dalam mulut Yahudi tua tersebut.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW yang amat kita kasihi, Abu Bakar as-Siddiq menyambung tugas Nabi SAW menyuapkan roti kepada Wanita tua Yahudi tersebut. Sambil mengutuk dan mencaci Rasulullah , wanita tua ini merasa kelainan , suapannya tidak selembut lelaki yang menyuapkan seperti biasa. Roti pun tidak dikunyah2 lembut terlebih dahulu. Lalu dia bertanya , siapakah gerangan yang menyuapkan roti kemulutnya ??? Tidak sama seperti lelaki yang biasa menyuapkan kemulutnya dulu, lsiapakah engkau,? engkau ini bukanlah orang yang sering menyuapkan makanan kepadaku setiap hari.
Abu Bakar berkata bahawa akulah yang menyuapkan kamu pada setiap hari. "Tidak" kata Wanita tua Yahudi itu dan manyambung dengan berkata "orang yang sering menyuapkanku itu memang ada kelainan daripada kamu. Ia menyuapkan aku dengan lembut dan ikhlas sekali, Makanan yang keras dilembutinya terlebih dahulu sehingga ianya menjadi lembik dan mudah aku menelannnya. dan cara suapannya amat selesa dan disenangi sekali. "Engkau bukan orangnya" marah Wanita tua buta kepada Abu Bakar. Akhirnya mengakulah Abu Bakar bahawa selama ini yang menyuapkan makanan itu adalah orang lain. Wanita tua Yahudi itu bertanya " Dimanakah orang mulia itu " Jawab Abu Bakar, beliau telah wafat. Bertanya lagi pengemis buta ini. Siapakah yang sebenarnya orang yang telah menyuapkan aku selama hari ini. Kata Abu Bakar : Yang menyuapkan makanan pada setiap hari kemulutmu itu adalah Nabi Muhammad SAW. Wanita tua Yahudi ini menangis teresak resak dan amat menyesal atas perbuatannya kerana telah menghina dan mencaci Nabi, sedangkan orang yang dihina itulah yang telah menyuapkan makanan kepadanya pada setiap hari. Asbab ini, ia telah memeluk agama Islam atas kagumnya terhadap akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, yang sanggup menyuapkan makanan kepada orang yang menghinanya pada setiap hari.

BEGITULAH KISAH MULIA NABI MUHAMMAD SAW YANG PATUT KITA CONTOHI,.... BUKAN DENGAN CARA MENGHINA , MENGHUKUM DAN MELABEL ORANG LAIN YANG TIDAK SEPENDAPAT DENGAN KITA DENGAN LABEL2 YANG BURUK. HATI DICIPTAKAN BUKAN UNTUK MENERIMA CACIAN DAN KATA NISTA.
KEPADA MEREKA YANG MERASAKAN DIRINYA SUDAH SEMPURNA DAN LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN .....RENUNGI DAN FAHAMILAH KISAH INI.

Thursday, December 20, 2012

JANGAN UNDANG MURKA ALLAH




Umat Islam tidak boleh memandang ringan ancaman kaum Nabi Luth yang suka melakukan seks luar tabii kerana ia bertentangan dengan fitrah yang Allah kurniakan kepada manusia. Ini adalah fitrah yang di tanam oleh nafsu dan syaitan. Love for lust, jika semua pihak sama ada sama ada kalangan agama, politik, pendidik dan Ibubapa tidak peka, apakah tidak mustahil generasi mendatang  dengan senang hati mengaku beragama Islam tetapi buat kerja-kerja songsang. Apakah kita tidak takut dengan kemurkaan Allah ?

Enam ratus lima puluh sembilan pasangan dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan sejenis di New York  pada 24 julai 2011 mencatatkan rekod jumlah perkahwinan gay dan lesbian yang terbanyak dalam sehari" New York adalah negeri keenam di Amerika Syarikat (AS) yang menghalalkan perkahwinan sejenis. ini bermakna 44 negeri sahaja lagi di negara pengeksport ideologi demokrasi , kebebasan dan hak asasi manusia itu yang belum mengiktiraf seks dan perkahwinan sejenis . Apakah tidak mustahil negeri-negeri lain juga akan mengkut jejak langkah New york ? Semua keseronokan , buat dosa, melakukan seks luar tabie ini ada  di Bangkok. Logiknya hanya masa yang menunda perlaksanaan kebebasan yang amat bertentangan dengan syariat agama Islam.

UMAT Islam sebenarnya bukannaya lemah tetapi kurang kesedaran terutama apabila banyak sangat duit-duit angin, mulalah lupa diri , tidak mengunakan seluruh kekuatan potensi , tidak berdikari  dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah akibat banyak bergantung kepada budaya barat yang menyesatkan dan membawa kita ke neraka. Apa yang kita pernah lihat di Bangkok kini ada di Kuala Lumpur dan Jakarta. Semakin hari semakin ramai ynag mengikut perangai buruk kebebasan ala Barat dari kejayaan di bidang teknologi dan lain-lainnya.

BALA bencana yang paling besar menimpa dunia hari ini adalah "Seksualiti Merdeka" menuntut kebebasan bagi seks semua jenis (termasuk pondan) yang dinamakan LBGT Akronim bagi Lesbian , Gay , Biseksual , transgender . Nauzubillah . Apakah kita mahu  Tuhan terbalikkan bumi Malaysia ini seperti yang berlaku di bandar Sodom iaitu bandar kaum Nabi Luth AS ?

SHaA

UMNO HAK MILIK ORANG MELAYU

UMNO bukan kelab hiburan milik orang tertentu. Dulu ada Tan Sri Syed Jaafar Albar 'Singa UMNO' Datuk Harun Idris sebagai pahlawan yang berani menyuarakan isi hati Melayu.

Begitu juga dengan Tan Sri Syed Nasir yang memperjuangkan bahasa jiwa bangsa hingga ke akhir hayatnya. Begitu juga dengan Tun Dr. Ismail , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang tak ada tolok bandingannya. Mereka brpolitik bukan kerana mahukan kerusi. Mereka sanggup letak jawatan jika tidak sesuai dengan prinsip . Masih adakah kepimpinan UMNO hari ini yang mengutamakan prinsip seperti mereka ?

UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib semua orang melayu bukan hanya milik orang melayu tertentu saja. itulah prinsip perjuangan perjuang melayu sebelum dan selepas merdeka untuk memaktubkan hak istimewa orang melayu dalam perlembagaan. Itulah tujuan menuntut kemerdekaan memerusi perkongsian kuasa namun ketuanan Melayu tetap kekal. Tanpa keistimewaan orang melayu tak akan ada kemerdekaan.

ULAMA PEWARIS NABI ATAU ....


Kini kita berada di era globalisasi . Musuh kita berada di sekeliling. Kita kena kenal diri kita . Selaku seorang Islam kita wajib membersihkan diri dari perangai HASAD DENGKI kerana bila hati kita kotor betapa handsome, segak, lawa dan cun pada luaran kita , kita tetap ugly. Maka janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana adanya kebencian dan sifat mahmuzah seluruh keindahan yang sepatutnya ada dalam diri insan , kita jadikannya sebagai buruk.

Dengki dan busuk hati membuat kita yang sudah benci pada seseorang tidak bersedia memaafkan kesalahan mereka. Semua kebaikan orang , kerana silap yang sikit , orang itu dimusuhi. Ini ke sifat pewaris Nabi ...???
Di mana letaknya sifat Nabi SAW yang sentiasa kesihkan umat? Bagaimana Nabi SAW memiliki sifat pemaaf?
Nabi Muhammad SAW tidak pernah memusuhi sesiapa tapi kita berperangai sebaliknya . 

Kalaulah Nabi SAW berperangai seperti ulama hari ini yang menggunakan pentas politik untuk kepentingan diri dan kaum keluarganya siapa pun tidak mahu Islam. Sunnah Nabi Muhammad SAW , sifat Nabi yang penuh kasih sayang, sentiasa pemaaf menjadi contoh sehingga ke akhir zaman. Nabi Muhammad SAW itu adalah Ai-Quran yang hidup, sentiasa membawa Rahmat kepada sekelian alam bukan kasih sayang puak-puak sendiri sahaja. Nabi SAW  sebarkan Islam untuk Bani Hasyim atau kaum Quraisy sahaja. Benci pada selain puak sendiri itu assobiah namanya.

Orang buat apa pun Nabi Muhammad SAW tidak pernah marah. Muhammad SAW itu adalah satu rahmat untuk sekelian alam. Ada ke patut mereka sebagai pewaris Nabi SAW , tapi di suruh umat Muhammad SAW supaya orang ramai memusuhi orang kerana mereka mahukan kuasa politik yang ada pada orang tersebut? kenapa kita tidak tunjukkan contoh sifat sabar dan toleransi?

Rata-rata umat Islam di seluruh dunia asyik bergaduh sesama sendiri. Mereka mendewa-dewakan tok -tok guru, ustaz- ustaz dan ulama mereka, maka sebab itu rata-rata di negara Islam kita hidup dalam keadaan hina . Ini kerana kita tidak ikut ajaran Al-Quran yang sebenar. Ketaksuban dan kejumudan membawa umat Islam terkebelakang di dalam segala hal. Pembantaian umat Islam di Iraq , Afghanistan dan Palestin langsung tidak memberi kesedaran kepada umat Islam agar bersatu padu dan berganding bahu. Apakah tangisan berdarah saudara kita di sana tidak memberi kesan ? jawapan ini perlu anda jawab sendiri.

SEKIAN , WASSALAM.

Sunday, December 16, 2012

MUFTI PERAK ASSOBIAH ...???

APA SAHAJA USAHA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM TERUTAMA ORANG MELAYU DI MALAYSIA AKAN DIANGGAP SEBAGAI ASSOBIAH OLEH KAUM KHAWARIJ DAN SYIAH . MANAKALA AGEN ZIONIST DALAM PKR PULA AKAN BERUSAHA MEMASTIKAN PERPADUAN UMAT ISLAM ANTARA UMNO DAN PAS TIDAK AKAN BERLAKU. ANDAI ITU BERLAKU , AKAN HANCURLAH SEGALA USAHA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN SELAMA INI. MAKA OLEH ITU ADALAH AMAT PENTING UNTUK MEMASTIKAN UMAT ISLAM TERUS BERPECAH DAN BERSENGKETA.

KUALA LUMPUR: Perpaduan antara UMNO dan Pas dapat memperkembang serta memartabatkan perjuangan Islam di negara ini seterusnya memperkuatkan wadah politik masyarakat Melayu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti tersebut tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam. Kata beliau lagi, terdapat kecenderungan parti terbabit menuduh pemimpin serta ahli parti berlawanan sebagai kafir hanya kerana berbeza ideologi politik.

"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.
"Pas dan UMNO, kedua-duanya cakap mempertahankan Islam, masing-masing bertelagah, saya seronok kalau dua kumpulan itu bergerak mengembangkan Islam kerana usaha itu pasti berjaya," katanya

Menurut Harussani, perpecahan kedua-dua parti itu disebabkan pemimpin dan ahli masing-masing terlalu taksub dalam memperjuangkan ideologi mereka.
Menurut beliau, perbezaan ideologi seharusnya membawa kepada kemajuan serta perkembangan Islam dan bukannya kehancuran.

"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," tegasnya.
Harussani sebelum itu menerima Anugerah Bintang Perkasa daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atas sumbangan serta ketokohan dalam memperjuangkan Islam selama ini.