Wednesday, August 31, 2016

INGAT JASA PEJUANG NEGARA



Syukur , Tahun ini kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan bagi kali ke 59 dengan aman dan sejahtera. Rakyat kita sungguh beruntung dan bertuah kerana dapat menyambutnya tanpa berasa bimbang akan sebarang ancaman walaupun keadaan dunia sekarang masih diselubungi dengan rasa ketakutan akibat keganasan, pencerobohan dan peperangan.

 Sayangnya makna kemerdekaan hari ini sudah semakin kurang difahami dan dihargai oleh ramai daripada kita. Ramai daripada kita dilahir di zaman selepas merdeka dan kita tidak berpengalaman hidup dijajah dan dihina. Jika tidak ada satu usaha untuk memperingati kita, kita akan lupa terus akan sejarah terhina kita dan kita tidak lagi akan berusaha mempertahankan kemerdekaan negara kita.

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, disaat kita menikmati udara kemerdekaan ini,  perlulah kita mengingati perjuangan generasi terdahulu sehingga kita dapat menikmati segala kejayaan dan kemakmuran hari ini. 

Negara kita sudah hampir enam dekad kekal bebas daripada penjajahan asing. Rakyat kita sudah matang dari segi politik demokrasi dan amat cintakan kepada kestabian dan keamaan. Justeru itu Malaysia hari ini semakin disegani didunia di pelbagai peringkat. Sesungguhnya kejayaan hari ini menjadi asas  dan garis panduan mengadapi masa hadapan.  

Menurut Liow lagi, semangat kemerdekaan ini dapat dilihat  dan diterjemahkan melelui azam dan cita-cita para atlet Olimpik negara pada bulan ini  sehingga berjaya menjulang nama negara dipentas dunia. 

Manakala rakyat pula dilihat bersatu padu dan berdiri teguh dibawah satu bendera memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada atlet yang berjuang untuk negara." Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia," tambah Tiong Lai lagi.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau :

31 OGOS 2016
UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN AKHBAR
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN

Perpaduan Antara Rakyat Pemacu Kejayaan Negara

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

Sempena kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 59, luangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini.

Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat. Kesungguhan dan kecekalan pejuang-pejuang negara telah menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapi serta merupakan garis panduan dalam kita mengharungi rintangan dan cabaran.

Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan oleh para atlet Olimpik negara pada awal bulan ini. Mereka telah menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi. Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia.

Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik. Sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.

Dalam kita mengejar impian negara, mari kita bersama-sama menghayati semangat Kemerdekaan sambil kita meraikan hari yang amat bermakna ini. Kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur adalah asas Rakyat Malaysia dahulu, kini dan selamanya.


Selamat Hari Merdeka dan selamat beristirehat bersama keluarga. Bagi pengguna jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.


Monday, August 29, 2016

Guiding Light



Hasil kejuruteraan Siemens AG dan dipasang di kilang pemasangan tren baru di Rasa, Hulu Selangor, reka bentuk luar MRT bertemakan “Guiding Light” melambangkan ciri-ciri kukuh, kuat serta moden.


GEMPA BUMI DI ITALI



ROM 29 Ogos - 

Pasukan penyelamat percaya mereka telah menemui lebih banyak mayat di bandar Amatrice, lima hari selepas gempa bumi yang dahsyat melanda tengah negara ini, membunuh sekurang-kurangnya 290 orang.

Penduduk bandar itu memaklumkan, sehingga kini 10 orang dilaporkan masih hilang dan pasukan perkhidmatan kecemasan berkata mereka mungkin telah menemui tiga mayat di Hotel Roma Amatrice.

“Saya pasti ada seorang (dalam hotel), kerana dia adalah bapa saudara saya. Amat penting untuk menamatkan segera usaha pencarian bagi memastikan tiada lagi mayat di bawah runtuhan berkenaan,”kata Timbalan Datuk Bandar Amatrice, Gianluca Carloni. -REUTERS





LALUAN LRT BARU UNTUK LOKASI PENDUDUK YANG PADAT

Penggunaan pengangkutan awam masih rendah di Negara ini jika hendak dibandingkan di Negara maju, penggunaan pengangkutan awam ini adalah perkara wajib bagi warga kotanya.


Kepadatan penduduk memungkinkan jalan raya yang selalu sesak, malah kemalangan jalan raya juga kerap berlaku.


Projek itu sebanyak 15 buah stesen baharu dibuka termasuk stesen integrasi Putra Heights yang menemukan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling.


Laluan terbaru ini bakal memudahkan pengguna ke pusat Bandar kuala lumpur tanpa perlu berususah payah mengahadapi jalan yang sesak sekiranya waktu puncak.


Dari Putra Heights, boleh memilih sama ada hendak menggunakan Laluan Kelana Jaya atau Laluan Sri Petaling/Ampang berdasarkan destinasi yang nak pengguna hendak tujui.


Kesambungan perkhidmatan bas elektrik BRT-Laluan Sunway disediakan oleh stesen USJ 7 manakala pertukaran dengan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang – Rawang disediakan oleh stesen Subang Jaya yang merupakan dua stesen baru di bawah penyambungan jajaran LEP Kelana Jaya.


Sepuluh lagi stesen baharu bagi Laluan Kelana Jaya adalah Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, SS15, SS18, Taipan, Wawasan, USJ21, Awan Megah dan Subang Alam.


Parkir dan gerak’ atau ‘park ‘n ride’ untuk meletakkan kenderaan anda sekiranya memilih untuk tidak menaiki bas.


Penambahan laluan sebanyak 35km akan meliputi kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi di Bandar Kinrara, Puchong, Subang Jaya dan USJ. 


Penduduk kini mempunyai pilihan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL untuk meningkatkan mobiliti mereka.


Pemanjangan laluan sepanjang 27km bermula dari Stesen Sri Petaling bagi laluan Ampang, manakala bagi laluan Kelana Jaya sepanjang 29km dari Stesen Kelana Jaya. Kedua-dua rangkaian laluan ini akan bertemu di stesen integrasi Putra Heights. Perkhidmatan bas pengantara berjadual telah disusun oleh Rapid KL bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna.









Sunday, August 28, 2016

LAUT CHINA SELATAN ATAU LAUT NATUNA ?


Daerah Natuna di wilayah Kepulauan Riau yang terletak di Tengah Laut China Selatan tiba-tiba menjadi panas apabila Indonesia mencadangkan agar nama Laut China Selatan ditukar kepada Laut Natuna. Menurut Indonesia penukaran tersebut merupakan salah satu usaha Indonesia untuk mengiktiraf kawasan perairan tersebut sebagai miliknya.

Menurut Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Binsar Panjaitan, berkata cadangan mengubah nama Laut China Selatan sesuatu tepat dan kena pada masanya kerana wilayah perairan tersebut memang berada di sekitar Kepulauan Natuna.
Bagi Indonesia nama itu amat sesuai kerana wilayah perairan itu berada dekat dengan sekitar Pulau Natuna. Namun begitu cadangan tersebut perlu dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terlebih dahulu.

Jika dirujuk kepada kedudukan geografi pulau tersebut, Natuna sebenarnya berada dalam Wilayah Pattani dan kerajaan Johor, Malaysia. Ia merupakan sebuah gugusan kepulauan di baHagian paling utara gugusAn kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memiSahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. 

Kedudukannya saNgat mEnghampiri dengan Singapura, MaLaysia,dan Vietnam.
Dari sudut fakta sejarah pula, pemerintah Riau yang menguasai Wilayah Natuna telah menyerahkannya kepada kerajaan Indonesia pada 18 Mei 1956. Beberapa kajian yang telah dibuat oleh ahli akademik dari Malaysia menunjukkan bahawa Pulau Natuna seharusnya secara sah milik Malaysia. Namun begitu sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia berusaha untuk mengelak berlakunya konflik berpanjangan, justeru itu Malaysia tidak pernah menuntut wilayah tersebut.

Namun begitu ada kemungkinan antara punca yang menyebabkan Indonesia mahu menukarkan nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna adalah kerana ancaman China dan tuntutan mereka keatas Laut China Selatan termasuk kedaulatan wilayah Natuna ini termasuk kekerapan pencerobohan nelayan-nelayan China di pinggir perairan kawasan tersebut. China mendakwa Wilayah Natuna berada di garis petanya dan mereka berhak berada dikawasan tersebut.

Alasan ini CUBA diperkukuhkan dengan pengalisis politik Victor Robert Lee yang menyatakan Natuna pada awal abad 20 dihuni oleh warga Tionghua kemudiannya dikuasai oleh orang Melayu. Victor juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada permintaan rasmi warga keturunan Tionghua agar China menuntut kepulauan itu.

Warga Tionghua yang menghubungi Presiden China Deng Xiaoping pada awal 80an meminta dokongan China agar mendokong kemerdekaan wilayah Natuna. Sekurang-kurangnya memasuk pulau tersebut dalam garisan titik petanya. Tampak jelas sekali China ingin menguasai sepenuhnya perairan Laut China Selatan dalam sengketa politik bagi mendapatkan hak untuk menguasai Laut China Selatan.

Walaupun perkara ini tidak dapat dibuktikan sampai sekarang namun secara jelas sekali China mengambarkan sembilan titik ditarik dari Pulau Spratly di tengah Laut China Selatan, lalu didakwa sebagai kawasan Zon Ekonomi eksklusifnya.

Diatas semua kemungkinan inilah menyebabkan Indonesia tampak keras mempertahankan haknya membalas tindakan China dengan mencadangkan untuk menukarkan nama perairan Laut Cina Selatan kepada nama Laut Natuna sebagai mengikitraf perairan tersebut adalah miliknya.

SYARIKAT , PENGENDALI KREN PERLU DIBAWA KE MUKA PENGADILAN



Seorang wanita maut apabila keretanya dihempap cangkuk kren pembinaan yang jatuh di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat membeli belah Pavilion. Inilah kali admin mendengar tragedi seperti ini berlaku dalam negara. 

Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dengan segera dan tindakan tegas dikenakan kepada pengendali kren yang cuai ini kerana ia melibatkan kehilangan nyawa. Semua pihak yang terlibat dalam insiden ini perlu bertanggungjawab termasuklah kontraktor yang menjalankan menguruskan kerja dikawasan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan rasa kesalnya dengan insiden ini dan mahukan pihak yang cuai dikenakan tindakan dan  dibawa kemuka pengadilan. Beliau dalam masa yang sama juga mengucapkan tahziah kepada keluarga mangsa. 

Pengendali kren dan syarikat­nya perlu dibawa ke muka pengadilan dan harus bertanggungjawab. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya menerusi laman Twitter beliau.

   Dalam kejadian tersebut seorang wanita Chin Kong Sing 24, maut ditempat kejadian apabila tersepit dibahagian pemandu apabila. Pengendali kren tersebut dikatakan telah melarikan diri sejurus kejadian tersebut berlaku.

Bertindak dari laporan tersebut, Jabatan Kese­lamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan bekerja­sama dengan pihak polis untuk mengesan pemandu yang melarikan diri itu kerana kemalangan yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi peraturan kese­lamatan. 

Menurut Ketua Pengarah­nya, Mohtar Musri ber­kata, kedudukan kren yang  berope­rasi di luar pagar tapak pembinaan.adalah salah dan  telah melanggar undang-undang kese­la­matan.

Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, kejadian  cangkuk kren jatuh sehingga melibatkan kehilangan nyawa adalah pekara yang serius , hukuman yang berat perlu dikenakan kepada pengendali kren termasuk kontraktor yang terlibat. Undang-undang dan SOP juga perlu diperketatkan agar mereka lebih peka terhadap keselamatan orang ramai yang melalui kawasan pembinaan.





Pengarah urusan syarikat ditahan reman 6 hari


PUTRAJAYA 28 Ogos -

 Seorang lagi individu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana RM15 juta.


Perintah reman bermula hari ini sehingga 2 September itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman terhadap pengarah urusan sebuah syarikat proksi kepada sebuah syarikat penerbitan.


Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.09 malam tadi ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan.


Sementara itu, mahkamah turut membenarkan tempoh reman empat individu yang disiasat berhubung kes yang sama disambung dua hari lagi bermula esok sehingga 30 Ogos ini.


Kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 atas kesalahan menggunakan kedudukan atau jawatan.

Sumber Utusan Malaysia
-

Saturday, August 27, 2016

USAHAWAN PKS PERLU BERUBAH



Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu bergerak ke depan seiring dengan persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah. PKS menyumbang 33 peratus kepada keluaran dalam negara kasar dan terus memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

PKS juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Menyedari kepentingan peranan tersebut, berbagai dasar dan program sokongan telah dibangunkan oleh kerajaan bagi meyokong pembangunannya yang melibatkan berbagai kementerian dan agensi. 

Kerajaan telah melakukan apa yang terdaya bagi membantu dan menyokong usahawan PKS dengan mengukuh dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk operasi perniagaan dan pelaburan dalam bidang seperti membantu akses kepada pasaran, pembiayaan, pemudahaan perdagangan serta latihan.

Dalam situasi ekonomi yang mencabar, tidak dapat dinafikan bahawa akses kepada pembiayaan merupakan pemangkin dalam menjana pertumbuhan yang berterusan dan mampan dalam sektor PKS.

Namun begitu Usahawan PKS juga perlu berubah sikap agar lebih profesional dan proaktif terutama dalam membuat pembayaran. Pembayaran hutang dan pengurusan kewangan perlu dibuat mengikut jadual dan berdsiplin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA  menyarankan agar usahawan PKS mencontohi budaya perniagaan orang Jepun. 

Masyarakat Jepun terkenal dengan prinsip disiplin yang kuat  dalam kehidupan seharian mereka termasuklah dalam hal ehwal urusan perniagaan. Amat sukar untuk  kita lihat syarikat Jepun tidak melunaskan hutang piutang mereka mengikut jadual. 

Justeru itu beliau menasihati agar usahawan PKS sentiasa melakukan perubahan kearah yang lebih positif untuk mereka lebih maju kehadapan. Amalan melenggah-lenggahkan pembayaran hutang piutang bakal merosakan perniagaan dan menghilangkan keyakinan terhadap syarikat sendiri.

Disebabkan pembayaran lewat dua tiga bulan, usahawan PKS akan sukar untuk mendapat pinjaman untuk mengembangkan perniagaan kerana disenarai hitamkan oleh pihak CCRIS dan lain-lain agensi serta bank. 


Kerajaan mahukan PKS ini menjadi agenda terpenting negara kerana ia melibatkan 645,000 usahawan dan menjadi nadi dari segi peluang pekerjaan dengan 60 peratus rakyat Malaysia bekerja dalam bidang berkaitan PKS. 





Thursday, August 25, 2016

MEMUDAHKAN PERJALANAN DENGAN PENGANGKUTAN AWAM



Sejak Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan pada lewat 1998 dahulu, penggunaannya amat diperlukan dan sangat memudahkan untuk ke pusat Bandar Kuala Lumpur.
Ramai menggunakan LRT ini untuk ke tempat kerja dan beriadah tanpa memikirkan jalan yang sesak untuk ke destinasi yang ditujui.


LRT atau sistem Transit Aliran Ringan disediakan dan dikendalikan oleh Prasarana Sdn. Bhd. Pada masa ini terdapat dua laluan LRT iaitu Laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak sehingga Kelana Jaya dan Laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur sehingga Ampang dan Bandar Puteri.


Projek Sambungan Laluan Kelana Jaya akan melibatkan pemanjangan laluan sehingga merentasi 13 stesen baru, termasuk Ara Damansara, Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights, di mana ia akan berhubung dengan projek sambungan Laluan Ampang. Pengguna dijangka akan dapat menikmati sambungan Laluan Kelana Jaya pada suku pertama 2016.


Untuk ke pusat Bandar, adakalanya mengambil masa 2-3 jam menggunakan kereta, walaupun laluannya tidaklah jauh, kerana kenderaan persendirian sudah terlalu banyak, maka alternatif untuk menggunakan LRT menjadi pilihan.


Kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek kemudahan awam yang selesa untuk rakyat. 


Langkah itu termasuk mengintegrasikan jalinan pengangkutan awam sedia ada supaya pergerakan orang ramai tidak terputus melalui projek penyambungan jajaran (LEP) sistem aliran transit ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).


Projek itu bakal memasuki fasa penting apabila diintegrasikan dengan rangkaian KTM Komuter bagi menghubungkan terus para penduduk di Pelabuhan Klang dan Shah Alam dengan ibu kota Kuala Lumpur.

Untuk mendidik rakyat supaya menjadikan pengangkutan awam ini menjadi satu pilihan utama, dengan projek-projek yang sedang dijalankan, pengguna tidak perlu risau berkenaan dengan tempat letak kereta, kerana sebelum ini, banyak aduan tentang tempat letak kereta yang terhad.

Tidak perlu lagi gusar mengenai kesukaran mencari tempat letak kereta dan bayaran yang tinggi.


Perancangan seterusnya bagi agenda LRT adalah pembinaan dan penyempurnaan LRT3, iaitu laluan LRT baru yang akan beroperasi dari Bandar Utama sehingga Johan Setia, Klang. Permasalahan berkaitan pemetaan laluan dan isu-isu pra-pembangunan sedang diperbincangkan.

Wednesday, August 24, 2016

BR1M

video

"Subsidi minyak merugikan, banyak ketirisan. Orang kaya dapat lebih faedah daripada orang kurang berpendapatan. Sebab orang bawa kereta Mercedes lagi untung daripada orang bawa Perodua" – YAB Perdana Menteri Najib Razak.
Tonton video penuh temu bual YAB Perdana Menteri dalam sesi 60 minit bersama Perdana Menteri di https://www.najibrazak.com/…/60-minit-bersama-perdana-ment…/

Tuesday, August 23, 2016

KENAL PASTI PUNCA KEGANASAN


Pengganas dan keganasan bukanlah istilah baru dalam sejarah negara Malaysia. Dalam konteks dalam negara, Malaysia sudah lama mengenali dan berhadapan dengan pengganas serta berjaya mengatasi mereka. Sejarah negara memaparkan kejayaan Malaysia mengekang pengganas komunis sehingga mereka meletakkan senjata pada 2 Disember 1989. Dengan kebijaksanaan pemimpin negara, perjuangan 41 tahun pengganas komunis akhirnya berkubur.
Hari ini pengganas sudah lagi tidak menunjukkan bentuk. Mereka sudah mempunyai organisasi dan dana yang besar. Apa yang lebih penting pada kerajaan adalah untuk memahami kehendak dan jiwa mereka.Oleh itu dalam usaha mengekang dan menghapuskan terus ancaman pengganas kerajaan perlu mengenal siapa mereka dan apa yang mereka mahu.
Justeru itu persoalan yang pertama sekali ialah bagaimana kita hendak menentukan siapa pengganas. Perkara ini amat penting di beri perhatian kerana terdapat segelintir rakyat kita mengiktiraf perjuangan pengganas ini. Mereka menghormati dan menganggap perjuangan pengganas ini sebagai pejuang kemerdekaan dan kematian mereka dianggap satu jihad.
Oleh itu jika mahukan semua penduduk dunia menyertai dalam peperangan menentang keganasan maka dunia perlu memastikan pengganas adalah pengganas kepada semua orang disetiap tempat dan masa.
Takrifan pengganas ini boleh berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Contohnya kumpulan pelampau Yahudi , Irgun dan Stern Gang pada satu masa dahulu pernah dianggap sebagai pengganas dan diburu oleh British, tetapi hari ini mereka menjadi pemimpin yang dihormati di Israel. Begitu juga dengan Jomo Kenyatta dan Robert Mugabe dahulu mereka digambarkan sebagai pengganas dan dikutuk oleh British hari ini menjadi pemimpin dan dihormati dinegaranya. Irish Republican Army (IRA) juga memerupakan organisasi pengganas yang dikatakan mendapat sokongan dan dokongan kewangan dari Amerika Syarikat. Jelas sekali label pengganas berubah mengikut masa, tempat dan keadaan.
Dalam keadaan dunia yang memberikan takrifan yang berbeza-beza berkenaan keganasan dan pengganas, adalah amat sukar untuk menyatukan masyarakat dunia dalam menyertai peperangan menentang pengganas. Bagaimana mungkin untuk memerangi pengganas andai di satu pihak menentang pengganas dan disebelah pihak satu lagi memberi perlindungan kepada perjuangan mereka. Justeru itu misi untuk menentang pengganas menjadi amat sukar dan mustahil.
Sesuatu organisasi pengganas perlulah disasarkan kepada akitiviti jenayah yang mereka lakukan bukannya disasarkan kepada seseorang individu, sesebuah kumpulan, kaum, bangsa atau agama tertentu. Bagaimana dunia boleh mentakrifan seorang kanak-kanak Palestin yang memegang batu sebagai entiti pengganas yang cuba menyerang tentera Israel yang lengkap bersenjata ?
Justeru itu apabila dunia bersetuju dengan satu takrifan keganasan maka ianya akan lebih mudah untuk mengenal pasti pengganas. Walaupun perjuangan mereka dianggap mulia dan menentang penindasan terhadap keganasan yang mereka terima, tetapi dengan mengunakan keganasan sehingga mencedera dan membunuh orang yang tidak berdosa maka perbuatan ini juga perlu dicegah dan ditentang. KEGANASAN TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN DENGAN MENCIPTA SATU LAGI KEGANASAN.
Pengganas hari ini bukanlah orang yang menwar-warkan hasrat mereka untuk melakukan tindakan keganasan. Mereka bukanlah askar yang berpakaian seragam, biasanya mereka tidak dapat dikenali sehingga mereka melakukan perbuatan ganas yang tidak disangka-sangka. Mereka kelihatan seperti orang biasa. Mereka tidak perlu tinggal di negara tertentu dan boleh berada mana-mana sahaja. Malahan mereka boleh hidup sebagai orang yang sangat biasa di mana-mana negara pun.
Malaysia sebagai sebuah negara yang pernah berperang menentang pengganas mempunyai pengalaman mengalahkan gerila pemberontak terlatih yang percaya bahawa mereka tidak akan dapat dikalahkan. Namun selepas mereka berjuang selama 42 tahun 1948 hingga 1990, pengganas di Malaysia telah memilih untuk meletakkan senjata. Kejayaan ini bukan hanya diusahakan duhujung muncung senjata, tetapi dengan memahami punca keganasan itu berlaku.
APA YANG LEBIH PENTING ADALAH MENGHAPUSKAN PUNCA BERLAKUNYA KEGANASAN.

SUMBER : Friends of Kedaulatan

CALON MCA TELAH BERSEDIA PRU 14





MCA mengorak langkah kedepan seawal mungkin dalam persediaan mereka menghadapi pilihanraya PRU ke 14 akan datang. Menurut Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong berkata MCA telah memuktamadkan calon-calonnya bagi  Pilihanraya Umum ke 14 nanti (PRU14). Ini  merupakan satu tindakan awal MCA untuk menawan kembali kerusi-kerusinya yang tidak dimenangi pada PRU 13 yang lalu. 

Justeru itu Tiong Liow akan mengadakan pertemuan dengan dengan semua Menteri Besar termasuk Ketua Menteri bagi menbincangkan tentang calon yang sesuai untuk dipilih pada PRU 14 nanti. 


MCA amat sedar yang sokongan kaum cina perlu ditagih semula bagi memenangkan calon Barisan Nasional. Untuk itu calon yang dipilih bukan sahaja dipersetujui oleh parti tetapi harus diterima oleh rakyat. Sebelum itu MCA telah mengemukan senarai awal kepada Presiden BN iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemilihan itu dibuat dan dibahagikan dalam beberapa kategori bagi sesuai dengan kehendak rakyat. MCA akan melipat gandakan usaha dan fokus untuk merampas kembali kerusi-kerusi tersebut. 

Menurut Tiong Lai, beliau akan memohon untuk mendapatkan kembali tiga kerusi yang telah dipinjamkan kepada UMNO pada PRU lepas iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju. 

Ketiga-tiga kerusi itu telah dipinjamkan kepada UMNO dan MCA akan mendapatkannya semula  serta yakin UMNO akan membantu MCA  bagi memenangkan kerusi-kerusi tersebut terutama pengundi Melayu. 

MCA telah bekerja keras dalam mendapat sokongan kaum cina sejak awal lagi dan akan sentiasa terus membantu dan memberi khidmat kepada rakyat walaupun dikawasan yang MCA kalah. Semangat untuk membantu rakyat tidak pernah pudar dalam jentera MCA.

MCA telah lama membuat persiapan, sekiranya berlaku pilihanraya dalam masa terdekat ini, MCA sedia menghadapinya termasuklah Pulau Pinang yang berura-ura hendak mengadakan piliharaya negeri. 

Sokongan kaum cina pada di dua PRK baru-baru ini telah menyuntik semangat MCA untuk terus melaksanakan tugas bagi memenangkan Barisan Nasional. 




Monday, August 22, 2016

SERANG HENDAP KOMUNIS TERHADAP POLIS DI KELIAN INTAN, PERAK



Komunis sememangnya layak dipanggil pengganas, penjahat serta perosak keamanan semasa mereka mengucar kacirkan keadaan negara selepas Jepun menyerah kalah kepada tentera Berikat pada perang dunia ke-2.

Setelah Jepun menyerah kalah dan sewaktu menunggu ketibaan tentera British yang mengundurkan diri dari Tanah Melayu sewaktu penjajahan Jepun, komunis telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Bintang Tiga.

Di atas sebab itulah komunis mengambil kesempatan melakukan keganasan dan kezaliman terhadap orang awam.

Sewaktu pemerintahan Bintang Tiga, mereka telah memburu sesiapa yang disyaki menjadi talibarut Jepun dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

Lazimnya hukuman yang dijatuhkan adalah hukuman bunuh. Mereka juga turut menyeksa sesiapa yang ditahan dan disyaki membantu tentera Jepun sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Kalau ditanya orang yang pernah hidup pada zaman Bintang Tiga bermaharajalela, pasti akan terungkap perkataan, “komunis memang sangat kejam dan zalim”, mereka tiada hati perut dengan sesuka hati membunuh tanpa belas sesiapa sahaja.

Bermula daripada pemerintahan sementara Bintang Tiga, Komunis membuat rancangan untuk terus menguasai Tanah Melayu dengan kekerasan.

Bagaimanapun rancangan tersebut berjaya digagalkan oleh pihak British apabila mereka kembali ke Tanah Melayu.

Peristiwa serang hendap terhadap pasukan Polis di Kelian Intan, Perak kejadian pada 10 September 1947. Serangan tersebut dilakukan pada pukul 7.30 pagi apabila dua buah bas dan sebuah lori yang membawa pihak polis telah diserang oleh lebih kurang 50 orang pengganas komunis.

Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.

Serangan bertali arus selama 10 minit, komunis berjaya merampas bekalan senjata polis dan harta benda penumpang.

Kelian Intan adalah lokasi terpencil di daerah Gerik, kerana lokasinya yang agak pedalaman serta dikelilingi hutan belantara memudahkan komunis melakukan serangan hendap tanpa diduga.

Keadaan yang tidak terkawal di kawasan pedalaman juga antara sebab komunis semakin bermaharajalela. Serangan agresif terhadap pasukan keselamatan dan orang awam merumitkan pihak berkuasa pada masa itu.

Perak merupakan negeri pertama yang mengisytiharkan darurat sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

Berniat untuk mentadbir secara kekerasan dan kekejaman yang digunakan komunis tidak berjaya menarik rakyat untuk menyertai perjuangan mereka.

Malah kekejaman mereka bukan terbatas kepada satu-satu kaum sahaja, tindak tanduk mereka tetap akan diingati sepanjang zaman, walaupaun ada segelintir menganggap komunis juga berhak untuk diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Layakkah mereka diangkat sebegitu? Sebagai rakyat Malaysia keamanan dan keharmonian dikecapi sekarang nilainya bukanlah dengan wang ringgit.

Hargailah pengorbanan mereka yang bertarung nyawa, bergolok gadai untuk sebuah kemerdekaan negara yang berdaulat.


Sumber 
Friends of Kedaulatan 

Sunday, August 21, 2016

NATUNA MILIK SIAPA ?




Natuna adalah sebuah gugusan kepulauan di bahagian paling utara gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak, merupakan salah satu Republik Indonesia.


Kedudukannya sangat menghampiri dengan Singapura, Malaysia,dan Vietnam. Dengan keluasan wilayah 141.901 km2 atau lebih tiga kali luas Wilayah Sumatera Barat. Tapi dari keseluruhan keluasan daerah tersebut, 138.666 km2 (97%) merupakan lautan dan hanya 3.232,2 km (2.4%) saja berupa daratan dari 271 pulau besar dan kecil di kawasan itu. Pulau yang terbesar di Natuna adalah Pulau Bunguran. Lain-lain pulau yang lebih kecil di antaranya Pulau Jemaja, Pulau Serasan, Pulau Midai, Pulau Bintang dan Pulau Sedanau di bahagian Selatan, serta Pulau Laut di Utara yang lebih dekat ke Vietnam daripada ke Batam.


Sejarah Natuna tidak dapat dipisahkan dari sejarah Daerah Kepulauan Riau yang pada awal kemerdekaan dulu merupakan bagian Wilayah Sumatera Tengah yang berpusat di Bukit Tinggi Berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia Wilayah Sumatera Tengah, tanggal 18 Mei 1956, yang menggabungkan Kepulauan Riau ke dalam Wilayah Republik Indonesia, Kepulauan Riau diberi status Kawasan Autonomi Tingkat II yang diketuai Bupati sebagai ketua daerah.


Wilayah Kepulauan Natuna dekat dengan zon konflik yang kerap menarik perhatian dunia antarabangsa terutama Malaysia dan terbaru adalah negara Republik Rakyat China. Konflik yang di maksud disini adalah konflik Laut China Selatan. Laut China Selatan terletak di kawasan Lautan Pasifik terbentang dari Singapura dan Selat Malaka di barat daya hingga Selat Taiwan di timur laut. Kawasan ini meliputi lebih dari 200 pulau kecil, bebatuan, dan karang yang sebagian besar berada di rangkaian kepulauan Paracel dan Spratly. Rangkaian kepulauan inilah yang seringkali menjadi rebutan sehingga menimbulkan ketegangan politik dari beberapa negara di sekitarnya. Laut China Selatan pada dasarnya merupakan no man’s island kerana kawasan ini pada dasarnya tidak dimiliki oleh siapapun melainkan digunakan sebagai laluan perdagangan antarabangsa.


Namun jika kita kembali kepada lipatan sejarah Kepulauan Natuna, ianya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu. Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18. Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau. Asal pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani. Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna.



Antara pemerintah yang terkenal di Pulau Natuna ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling.Beliau yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848 apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Sorotan sejarah pemerintahan dan kependudukan awal bangsa Melayu di Natuna ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu berbanding dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia (Jakarta). Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda.
Namun Perjanjian 1824 mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British. Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura.


Setelah Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Wilayah Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956, daerah Natuna ini kemudiannya telah dimasukan dalam Wilayah Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999. Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur. Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus. Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia.


Berdasarkan sumber sejarah, adalah lebih tepat untuk mengatakan Kepulauan Natuna tidak banyak mempunyai perkaitan dengan negara Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua. Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris. Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda.


Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu.Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.


Pada tahun 1956 Indonesia secara rasminya memasukan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya iaitu setahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Enam tahun selepas itu Indonesia mengisytiharkan berkonfrontasi dengan Malaysia. Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.


Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.



Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.


Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.



"Prescription" merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain.Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.


Selain Republik Rakyat China juga telah menyatakan tuntutannya ke atas wilayah kepulauan Natuna yang berdasarkan peta terbaru mereka dengan garis putus-putus melintasi wilayah Natuna. China mengakui bahawa mereka telah memperbaharui peta yang Nampak jelas meluaskan cakupan garis putus putus yang sengaja dirancang sebagai wilayah baru China. Indonesia menyedari bahawa China telah memasukan sebahagian wilayah perairan laut Daerah Natuna, Kepulauan Riau, kedalam peta wilayah mereka. "Pemerintah Republik Rakyat China telah menuntut wilayah perairan Natuna sebagai wilayah laut mereka. Tuntutan sepihak ini terkait sengketa Kepulauan Spratly dan Paracel antara negara China dan Filipina. Sengketa ini, akan memberi kesan besar terhadap keamanan laut Natuna. Amat jelas sekali kelihatan bahawa China ingin mengusai sepenuhnya perairan Laut China Selatan.


Fakta-fakta sejarah jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia. Akan tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia. Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia

Sumber :  Friends of Kedaulatan





Friday, August 19, 2016

TTIP BANTU PEMANDU TEKSI BERDIKARI


Sejak admin menulis berkenaan perangai segelintir pemandu teksi sejak setahun yang lalu, belum pernahlah rakyat mencebik dan marah admin bahkan banyak yang menyokong dan memberi pandangan masing-masing. 

Sikap kebanyakan pemandu teksi yang tidak mesra pelanggan telah meyebabkan mereka sendiri kehilangan pelanggan kepada pemandu grabcar dan uber. Jadi mereka janganlah pula menyalahkan pemandu grabcar dan uber. 

Kerajaan sudah membantu mereka (pemandu teksi) dengan bermacam-macam bantuan. Hendak naikkan tambang, kerajaan benarkan sehinggakan menimbulkan kemarahan rakyat.  Masalahnya mereka biasa dengan tawar menawar, jadi itulah puncanya orang ramai bosan dengan sikap pemandu teksi Malaysia. Pelancong pun merungut dengan sikap sesetengah dari pemandu teksi. di negara kita.

Kerajaan faham pemandu teksi terbeban dengan sewa harian cukup membebankan  yang terpaksa dibayar kepada syarikat teksi. Perkhidmatan tersebut amat membebankan pemandu teksi dan sebenarnya melebihi harga yang sebenar. Syarikat hanya mengambil untutng atas angin tanpa peduli nasib pemandu teksi. 

Bagi membela nasib pemandu teksi kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang akan membebaskan mereka dari jerutan pengusaha teksi yang amat membebankan. Program ini membolehkan mereka mempunyai permit sendiri 1 September ini. 

Kerajaan yang prihatin dengan nasib pemandu teksi mengumumkan peruntukan RM 150 juta bagi membantu lebih 30,000 pemandu tekksi yang berusaha keluar dari model sewa pajak. Kali ini mereka bakal mendapat permit individu seperti yang mereka idam-idamkan. 

Menurut beberapa pemandu teksi, yang menolak keputusan SPAD kebanyakannnya  pengusaha kerana bimbang pendapatan mereka terjejas kerana dengan program ini pemandu teksi bakal memiliki permit sendiri. 

Pemandu teksi sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan dan SPAD kerana sentiasa memikirkan untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan. Seharusnya selepas ini mereka lebih berusaha bersungguh-sungguh dan bukan mencari kesalahan orang lain.