Thursday, March 31, 2016

TITANIC BUKTI KESOMBONGAN MANUSIA



Anda kenal Leonardo Di Caprio? Yang terkenal dalam filmnya yang melegenda kapal tenggelam , ya kapal Titanic yang tenggelam, yang hampir menenggelamkan seluruh awak kapal maupun penumpang kapal, ternyata selidik punya selidik ada beberapa fakta atau berita yang unik yang berhubungan dengan kisah kapal karam ini.

 Titanic merupakan kapal raksasa dan super mewah pada tahun 1910an yang berlayar dari Sothhampton menuju New york, Amerika Serikat. Titanic merupakan kapal terbesar dan termewah saat itu dan dipercaya kapal tersebut tidak bisa tenggelam kala itu, namun kenyataannya kapal itu menabrak gunung es dan akhirnya tenggelam.

 Didalam film kapal Titanic garapan James Calderon, telah diceritakan dari awal mula kapal Titanic berlayar hingga tenggelam di samudra Atlantik pada tanggal 15 april 1912. Tenggelamnya kapal Titanic merupakan tragedi tenggelamnya kapal persiar terparah sepanjang sejarah dengan memakan korban jiwa sebanyak 1500 orang. Namun dari kisah kapal Titanic yang sangat melegenda tersebut ada beberapa fakta yang mungkin tidak semua orang tahu. Anda penasaran, berikut fakta kapal Titanic yang tidak banyak diketahui oleh orang. 

Inilah Fakta Dari Kisah Kapal Titanic Yang Tidak Banyak Diketahui Orang 

1. Misteri Anagram pada kapal Titanic Ketika bencana terjadi pasti akan dilakukan berbagai penyelidikan dan penelitian tentang bencana musibah tersebut. Begitu juga dengan musibah yang menimpa kapal Titanic. Banyak orang yang mencari sedetail mungkin kejanggalan yang ada seperti anagram “The Titanic Disaster” susun ulang kata-kata tersebut dan jika kamu berhasil akan berubah menjadi kata “death, it starts in ice”. Hal tersebut membuat banyak orang heboh, apakah itu kebetulan atau memang di sengaja. 

2. Tidak ada satupun awak kapal yang selamat Dalam peristiwa yang sangat na’as tersebut tidak ada satupun awak kapal yang selamat, padahal mereka itu adalah pahlawan dalam musibah tersebut. Mereka berusaha menyelamatkan para penumpang dan menjaga agar sumber tenaga kapal tetap menyala, tanpa memikirkan keselapatan diri mereka sendiri. Merekalah pahlawan yang jasanya ikut tenggelam bersama kapal na’as tersebut.

 3. Ada seorang penumpang banci Seperti yang telah kita saksikan dalam flem kapal Titanic. Semua orang berebut menyelamatkan diri dengan menaiki kapal atau scoci. Namun dalam hukum kelautan , wanita dan anak-anak menjadi prioritas utama. Namun ada seorang penumpang yang menyamar sebagai wanita agar bisa naik ke kapal terakhir.

 4. Akan ada kapal Titanic baru Setelah kapal Titanic menjadi kapal paling melegenda dan merupakan kapal termewah sepanjang sejarah. Namun beredar kabar jika tahun depan tepatnya tahun 2016 akan ada kapal Titanic II yang sekarang dalam proses pengerjaan dan diperkirakan sudah bisa berlayar tahun depan. Kapal tersebut diberi nama JELMAN, yang akan dimiliki oleh pengusaha tambang kaya raya yaitu Clive palmer. Kita tunggu saja apakah kapal tersebut akan bernasib sama dengan Titanic.

 5. Penumpang yang selamat masih harus mengeluarkan uang Setelah para penumpang selamat dari tenggelamnya kapal Titanic, para penumpang tak lantas bisa berlega hati, karena mereka harus mengeluarkan uang demi mengabarkan kepada sanak sodara mereka bahwa mereka selamat. Para penumpang kapal yang selamat dikenakan biaya 1 dollar perkata untuk mengirimkan telegram dari kapal penyelamat.

 6. Ucapan kapal Titanic yang tidak bisa tenggelam merupakan kesombongan manusia saat itu Kapal Titanic memang merupakan kapal termegah pada saat itu sehingga banyak orang yang beranggapan bahwa kapal tersebut tidak akan bisa tenggelam, bahkan Tuhan sekalipun tidak bisa menenggelamkannya. Anggapan tersebut memang terkesan sangat sombong dan seperti menantang takdir Tuhan.

 7. Lukisan Kate Winslett adalah buatan Jika kalian menonton flem Titanic kalian pasti tahukan, jika dalam flem tersebut Leonardo Decaprio melukis tubuh Kate Winslett dengan pose yang sangat berani. Namun sebenarnya pelukis asli lukisan tersebut tak lain adalah director flem yaitu James Cemeron. Dialah orang yang bertanggung jawab atas lukisan tersebut. Dan kabarnya lukisan asli tersebut laku terjual hingga ratusan millyar rupiah di tahun 2011 pada acara pelelangan.

 Demikianlah Fakta Dari Kisah Kapal Titanic Yang Tidak Banyak Diketahui Orang. Semoga informasi diatas menambah pengetahuan anda semua dan terimakasih

Tiada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi PM


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad


Tiada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi PM

1MDB secara konsisten telah menegaskan bahawa  tiada sebarang dana disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri.
Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan dengan teliti, perkara ini juga telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah, yang mengesahkan bahawa dana yang terlibat datang dari Arab Saudi.

Walaupun begitu, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberikan sebarang bukti kukuh untuk menyokong tuduhan-tuduhan mereka.

Serangan terkini, hanya datang selepas beberapa hari 1MDB mengumumkan bahawa pihak kami telah berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian bagi Edra Energy Global Berhad.

Tambahan pula, pihak kami telah mengesahkan hasrat untuk membayar balik hutang sebanyak RM6 bilion pada minggu-minggu yang akan datang, yang akan memperlihatkan semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada kunci kira-kira syarikat.
Tindakan ini membuktikan kejayaan besar 1MDB yang dibuat dengan pelan rasionalisasi dan kami kekal komited untuk memastikan tamatnya proses ini, walaupun akan terdapat serangan yang berulang-ulang terhadap syarikat.

Diterjemah oleh: JASA

MB KEDAH SARAN SOLAT SUNAT




"Solat sunat ini adalah jalan memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan berikutan fenomena El Nino yang melanda negeri ketika ini. Saya menyarankan masjid dan surau di negeri ini melakukan solat sunat Istisqa' secara berterusan supaya usaha ini dimakbulkan Allah." - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah -

#RakyatDidahulukan

DUN SARAWAK BUBAR...???



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dibubarkan pada 11 April depan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Beliau mengumumkannya ketika mengadakan sidang  media di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

#BNMalaysia
#RakyatDidahulukan

Wednesday, March 30, 2016

INVENTORI BARU ATM DILANCARKAN



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kali melancarkan latihan tembakan peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD) tercanggih, Starstreak di Lapang Sasar Bumi Ke Udara (LSBU), Tanjung Logok.

Sistem Starstreak merupakan inventori baharu ATM dan merupakan sistem pertahanan udara yang berkelajuan tinggi serta mampu memberikan keupayaan kuasa tembakan jitu dengan tahap kelajuan hampir 1,000 meter/saat.

#RakyatDidahulukan

ANAK PENEROKA CEO BARU FGV




Teka-teki bekenaan siapa yang bakal mengantikan tempat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Berhad (FGV) telah terjawab apabila Datuk Zakaria Arshad telah dipilih berkuatkuasa 1 April ini. 

Anak peneroka Felda Palong 1, Negeri Sembilan ini dipilih bagi mengantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah  yang telah berkhidmat sejak Julai 2013. Pemilihan Datuk Zakaria dikatakan satu pilihan yang kena pada tempatnya kerana selain berasal dari keluarga peneroka beliau sebenarnya telah mencurahkan baktinya kepada Felda sejak 32 tahun yang lalu. 

Beliau telah memulakan khidmatnya dengan kumpulan Felda sejak 1984 menerusi syarikat Rubber Products Sdn.Bhd. , Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd. Felda Rubbers Sdn. Bhd. dan Felda Marketing Services Sdn. Bhd.  Dengan pengalaman yang luas ini, rasanya tidak perlu lagi dipertikaikan lagi  kemampuan beliau memikul tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV.

Beliau juga sebenarnya telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd. dan juga selepas itu dilantik sebagai Ketua Kluster Huluan Sawit pada Januari 2014.  

Tidak perlulah kita tanya pendapat pembangkang, kerana siapa pun yang dipilih tidak pernah elok dimata mereka. Jika ditanya kepada mereka mungkin Mat Sabu yang akan menjadi pilihan mereka.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad berpendapat dengan perlantikan Zakaria ini akan megukuhkan lagi kedudukan FGV sebagai pemain agro bisnes terkukuh di dunia. Dalam masa yang sama beliau bagi pihak FGV mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Mohd. Emir diatas sumbangannya yang merangka pelan tranformasi sehingga memacu FGV sehingga menjadi antara pemain terbaik dunia. 

Zakaria merupakan pemegang Ijazah Sains Sosial (ekonomi) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menghadiri kursus perniagaan eksekutif di Fakuliti Perniagaan Havard dan Kolej Pembroke, Universiti Cambridge.  






BUKAN MUDAH MEMBINA MASA DEPAN NEGARA



Menurut Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak, usaha membina masa depan negara bukan mudah malah penuh dengan ujian, cabaran, tohmahan dan persepsi.

Namun demikian, beliau sebagai pemimpin berjiwa besar dan mengasihi negara ini, beliau terus berikrar untuk mempertahankan perjuangan ini walau sekecil zarah ianya digugat.

#BNMalaysia
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

Apa yang boleh nak diharap sangat dengan dunia Arab ?

video


Ada yang menyatakan Pendidikan kita tidak cukup Islamik, dan atas sebab itu pada pendapat mereka kerajaan sekarang perlu ditukar kepada lebih Islamik. 

Biasalah, sejak sebelum Merdeka  ajaran Islam di sebar diseluruh Tanah Melayu ini dengan keadaan yang penuh susah payah.

Selepas Merdeka, kerajaan yang dikuasai oleh umat Islam telah mengerakkan usaha syiar Islam diseluruh pelusuk negara. 

Sudah tentulah ada kelemahan dan kecacatan disana sini, namun begitu usaha penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa.

 Kini institusi pendidikan Islam, antaranya institusi pondok yang  dulunya berada dikampung -kampung diangkat oleh kerajaan Islam Malaysia ditempat tertinggi dan diberi penuh penghormatan. 

Andai jika ada diantara pembaca disini, yang tak tahu langsung apa itu rukun Islam, surah AlFatihah, surah ikhlas,  apa itu solat dan pekara-pekara asas dalam Islam, saya setujulah kerajaan yang ada sekarang  ini ditukar.

Sebelum itu, tonton lah link video dibawah ini


CUACA PANAS : AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA




Berikutan cuaca panas yang melanda negara kini, Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga termasuk minum air secukupnya serta mengehadkan aktiviti luar.

Perdana Menteri juga meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memantau golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan dan warga tua untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika diperlukan.

#RakyatDidahulukan

KITA MENDAPAT PENGIKITRAFAN



Ekonomi negara mendapat pengiktirafan apabila Kumpulan Bank Dunia (WBG) mengambil keputusan membuka hab kajiannya di ibu negara meskipun Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran terutama selepas kejatuhan nilai ringgit dan harga komoditi utama.

Kerajaan akan meneruskan kerjasama rapat dengan WBG dalam menjayakan misi membasmi kemiskinan tegar dan menggalakkan kemakmuran ekonomi di rantau ini dan peringkat global.

#RakyatDidahulukan

Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dari UTC Dan RTC





Kerajaan Barisan Nasional menggunapakai kaedah 'Strategi Lautan Biru' yang ternyata merupakan satu pendekatan tuntas dan 'serampang dua mata' iaitu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos rakyat untuk mendapat perkhidmatan dari pelbagai agensi Kerajaan.

http://www.barisannasional.org.my/kolumnis/rakyat-dapat-banyak-manfaat-dari-utc-dan-rtc

Monday, March 28, 2016

DEMI SEBUAH KEBENARAN: PEMUDA SELEMPANG MERAH MENANGKIS PERSEPSI BURUK TERHADAP McDONALD's



Walau pelbagai fakta dan bukti dibentangkan, serta segala penjelasan telah diberikan masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerakusan fitnah di media sosial. Jelas sekali pengetahuan yang mereka perolehi di laman sensawang tidak mampu membentuk kewarasan akal dan budi pekerti yang mulia. 


Telah berulang kali dijelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak pernah ada kaitan dengan negara Israel apatah lagi hendak memberi dana bantuan kepada militari Israel untuk menyerang RAKYAT PALESTIN. Ini satu fitnah yang dirancang untuk merosakkan reputasi rangkaian restoran McDonald's diseluruh Malaysia dan dunia.


Kenyataan ini sebenarnya telah disokong oleh JAKIM dan kerajaan Malaysia. Namun kebencian yang melampau masyarakat Malaysia terutama umat Islam kepada Israel telah membutakan mata hati mereka untuk menerima fakta dan kebenaran. Ternyata sentimen keagamaan telah berjaya dimanipulasikan oleh beberapa individu dalam usaha mereka memberi takanan kepada Israel. 


Malang sekali, usaha mereka itu sebenarnya langsung tidak memberi kesan kepada Regim Israel kerana memang tidak ada hubungkait langsung McDonald's dengan negara tersebut. Apa yang lebih mengecewakan ialah rangkaian restoran McDonald's yang terdapat diseluruh negara terjejas. Tahukan mereka bahawa hampir 90 peratus pemilik rangkaian restoran McDonald's adalah hak milik orang Melayu Islam ? 


Berapa kali hendak dijelaskan, McDonald's ini bukan milik orang berbangsa Yahudi. Sensitif sangat orang Melayu kita bila sebut Yahudi. McDonald's ini syarikat milik awam. McDonald's adalah sebuah syarikat pegangan awam (Public Traded Company atau PTC). Syarikat McDonald's ini disenaraikan dalam Bursa Saham New York bukannya bursa saham Israel. Bukan sedikit pemegang sahamnya, ada lebih 1.8 juta orang pemegang saham. 


Ini bermaksud ada pelbagai bangsa, keturunan, kepercayaan dan ideologi politik dikalangan pemegang saham McDonald's. Tetapi itu tidak mencerminkan pendirian polisi McDonald's. Bahkan setiap individu pemegang saham McDonald's ini tidak dibenarkan memiliki lebih 10 peratus saham McDonald's. Bermakna tidak ada sesiapa boleh mendakwa McDonald's adalah haknya.  


Saya lebih gemar untuk memberi pemahaman dalam bahasa yang mudah agar segenap lapisan masyarakat mudah memahami maksud yang ingin disampaikan. Sesuatu yang perlu anda tahu tentang  Polisi McDonald's ialah syarikat ini tidak akan mencampuri urusan, terlibat  dengan konflik politik dan keagamaan diseluruh dunia. Jadi tidak ada logiknya istilah "satu ringgit untuk McDonald's adalah bersamaan satu peluru untuk rakyat Palestin." Itu semua propaganda untuk menimbulkan kebencian masyarakat kepada McDonlad's.


Fikirlah dari segi logik akal, tak mungkinlah negara sekaya Israel itu memerlukan dana dari syarikat makanan segera ? Padahal dana itu disumbangkan oleh pekerja-pekerja McDonald's untuk NGO-NGO yang berkaitan dengan kebajikan, pelajaran dan kesihatan samada kanak-kanak , orang tua dan orang kurang upaya. 


Ada banyak NGO yang mendapat sumbangan dari McDonald's antaranya termasuklah NGO Islam, kristian , Yahudi dan pelbagai lagi jenis NGO yang menerima sumbangan tersebut. Ini tidak bermaksud McDonald's terlibat dengan program yang mereka jalankan. Namun begitu NGO-NGO ini perlu mematuhi kreteria dan syarat seperti yang disebutkan diatas tadi.


Jika diselusuri sejarah sekalipun jelas sekali penubuhan negara Israel bermula pada tahun 1948, sedangkan McDonald's diasaskan oleh dua orang adik beradik Dick dan Mac McDonald's pada tahun 1940. Dari sejarah ini pun kita susah hendak mengaitkan kedua-duanya, apatah lagi ada yang menyatakan McDonald's membayar loyalty fee atau dana kepada Israel.  Memang langsung tidak ada kaitan dan sangat menyeleweng. 


Apa yang saya ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia, datanglah bawa keluarga anda makan di restoran McDonald's tanpa ada rasa ragu-ragu dan bimbang. Kerana makanannya HALAL, BERSIH, BERMUTU dan BERKHASIAT.  Antara menu kegemaran saya jika bertandang ke sana ialah Bubur ayam McD dan Beef Samurai Junior burger, memang best ! 

Jangan risau anda tidak menyumbang kepada Israel melainkan kepada ekonomi negara. Jom ke McDonald's !















FITNAH PEMBANGKANG TIDAK MAMPU MENGHALANG FELDA MENGANUGERAHKAN DIVIDEN KEPADA PENEROKA


Peneroka Felda tetap akan menerima imbuhan dividen masing-masing walaupun keuntungan Felda Global Ventures (FGV) tidak tinggi seperti sebelum ini. Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi, Felda masing lagi membuat keuntungan. 

Peneroka tidak perlu bimbang jika mereka masih mempunyai saham, mereka tetap akan mendapat keuntungan melalui dividen, cuma nilainya sahaja samada sikit atau banyak.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pun sudah menyatakan bahawa jumlah dividen akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yag bakal diadakan pada Jun tahun ini.

Peneroka jangan termakan dengan hasutan beberapa portal pembangkang yang menyatakan Felda dan FGV mengalami kerugian. Jika betul Felda kerugian, mana mungkin Felda masih mampu memberi dividen kepada peneroka. Sebenarnya mereka sendiri tidak ada maklumat langsung dalam hal ini.

Bukan sekali Felda difitnah dengan pekara-pekara sebegini, namun pada akhirnya mereka yang menfitnah akan kecewa dan malu sendiri kerana harapan mereka hendak tengok Felda bergolak tidak menjadi. 

Dalam otak pembangkang ni, kerja mereka adalah untuk menjahanamkan Felda. Selagi mereka tidak nampak Felda hancur selagi itulah mereka terus menyerang dengan pelbagai fitnah. Malangnya ada juga yang percaya dan termakan dengan hasutan mereka.

Untuk pengetahuan, FGV merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) Felda Global Ventures Berhad (FGV) mencecah RM310 juta gi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, dan hasil meningkat naik  3 peratus kepada RM15.67 bilion pada tahun kewangan 2015 berbanding RM 15.26 bilion pada tahun sebelumnya. 

FGV  akan meningkat lagi sektor hiliran agar terus berdaya maju dan terus mampan dalam usaha meningkatkan lagi perolehan syarikat dalam pada masa yang sama dapat memacu ekonomi Felda lebih tinggi dan berdaya saing. 

Peneroka perlu yakin dengan Felda dan kerajaan Barisan Nasional yang selama ini telah sedaya upaya untuk memaju dan meningkatkan taraf hidup peneroka Felda. Semoga badai fitnah yang melanda Felda selama ini tidak akan mengoyahkan keyakinan peneroka kepada Felda. Banyak jasa telah dicurahkan Felda demi menjaga kebajkan dan kesejahteraan peneroka.

  

Sunday, March 27, 2016

20,000 LEPASAN SPM SUKARELA SERTAI #PLKN




Setelah setahun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyepikan diri, hari ini ia kembali dengan wajah baru yang lebih menarik. Program PLKN kali ini telah menarik lebih ramai lepasan SPM secara sukarela menampilkan diri mendaftar untuk program ini. Cara pengambilan baru sukarelawan ini telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM1 juta. Program ini juga dikatakan telah mencapai kumpulan sasaran yang dimaksudkan.

Kali ini program PLKN berjaya mengumpul seramai 20,000 pelatih PLKN 2.0 yang diadakan selama dua bulan di 81 buah kem PLKN diseluruh negara. 

Dalam program PLKN kali ini ada keistimewaan sikit dari yang dulu, pelatih tidak hanya menjalani latihan dalam kem selama lapan minggu, tetapi mereka juga diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan amali kemahiran di 400 institusi latihan vokasional yang diiktiraf oleh kerajaan di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun, selain memberi fokus kepada kepada tiga elemen iaitu sukarelawan,  patriotik dan perpaduan, PLKN 2.0 juga mendedahkan kepada pelatih latihan kemahiran, kecergasan dan nilai-nilai moral. Elemen ini bertujuan untuk memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan diri pelatih selain membuka peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi yang sesuai dengan kehendak mereka. 

Apa yang menarik pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan yang mana  akan mendedahkan kepada mereka akan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia agar dapat mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara kaum dimasa akan datang. Inilah yang dicemburui sesetengah kumpulan yang suka mencetuskan pergaduhan antara kaum. 

 Jika sebelum ini pelatih berada dalam kem selama 12 minggu, kali ini dengan masa yang telah disingkatkan kepada 8 minggu dengan program kemahiran dan kebolehpasaran pelatih dalam tenaga kerja ditingkatkan. Usaha kerajaan ini amat bertepatan dengan kehendak semasa yang memerlukan tenaga kerja yang mahir, cekap dan berintegriti tinggi. Ia juga mampu mengikiskan pergantungan pekerja asing dalam negara. 

Menurut Datuk Ehsan lagi, selepas menamatkan program latihan dan kemahiran, setiap pelatih akan menerima sijil dan diploma yang akan menjadikan mereka sesuai dan mudah memasuki mana-mana bidang pekerjaan disektor awam dan swasta. 

Semoga para peserta dapat memanfaatkan peluang yang berada didepan mata. Jangan sia-siakan harapan ibubapa dan impian anda sendiri demi masa hadapan yang lebih gemilang.


Saturday, March 26, 2016

KEBERSIHAN MERUPAKAN KOMPONEN HALAL DI McDONALD's


Apabila bercakap tentang halal, ramai antara kita hanya terbayang sumber makanan dan cara penyembelihan itu dilakukan. Namun di McDonald's konsep halal adalah lebih luas daripada itu. 

Di McDonald's konsep halal bukan hanya sekadar mendapatkan sumber material, cara penyembelihan dan memasak makanan sahaja bahkan ianya juga melibatkan semua aspek daripada rangkaian bekalan, cara pembuatan dan operasi seharian di premis McDonald's termasuklah memastikan semua premis sentiasa berkeadaan bersih. 


Banyak pekara yang diberi perhatian di McDonald's terutama berkenaan halal dan bersih. Artikel sebelum ini saya telah banyak membicarakan tentang kepentingan produk halal dan berkualiti, kali ini kita membicarakan Halal dari konsep kebersihan yang diamalkan di McDonald's.


Standard halal yang tinggi juga bermaksud tahap kebersihan dan keselamatan yang tinggi serta kualiti yang terjaga. Di McDonald's tiada kompromi didalam perkara penjagaan kebersihan ini. Ianya amat dititik beratkan. 


McDonald's amat menitik beratkan kebersihan di setiap premisnya dan juga pada setiap krunya yang telah dilatih dengan sebaiknya. Setiap hari di McDonald's premis perniagaan akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan bersih. Setiap hari juga mesin penyediaan akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum menu sarapan pagi di tukar kepada menu makan tengahari. Jangan hairan kerana ada lebih dari 70 kain untuk mengelap setiap hari  di premis perniagaan McDonald's. Setiap peralatan kecil penyediaan akan dibasuh dan dinyah kuman setiap empat jam sekali.


Antara prosuder yang perlu kru McDonald's lakukan ialah mereka perlu membasuh tangan sebelum melakukan kerja dan setiap kali balik ke stesen penyediaan makanan apabila meninggalkanya. McDonald's juga telah menetapkan beberapa  polisi tentang kebersihan tangan iaitu setiap kru perlu membasuh setiap satu jam sekali dan juga selepas melakukan beberapa aktiviti seperti menyapu lantai dan sebagainya.


Apabila hendak memegang makanan, kru McDonald's perlu mengunakan dua jenis sarong tangan plastik yang telah disediakan iaitu sarong tangan plastik biru dan putih. Sarong tangan biru untuk mengalihkan produk yang belum dimasak dan putih untuk mengenalikan produk yang telah dimasak. Kedua-dua makanan yang belum masak dan sudah masak tidak boleh bercampur atau bersentuhan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran kilang.


Setiap produk makanan di McDonald's juga ada waktu guna tertentu tersendiri, prosuder ini bagi memastikan kesegaran setiap produk terjaga kualitinya, contohnya daging burger tidak boleh lebih dari 15 minit, kentang goreng 7 minit manakala sayuran dalam setiap hidangan tidak akan digunakan selepas 2 jam dan sos tidak boleh digunakan dalam masa 24 jam. 


Setiap pagi daging burger akan dimasak untuk memastikan suhu produk yang dimasak mencapai standard yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti dan keselamatannya. Pemeriksaan pula akan dibuat dari semasa ke semasa. Semua langkah tadi adalah bagi memastikan keselamatan makanan yang dimasak dan ini adalah salah satu dari komponen halal yang telah ditetapkan. 



Begitulah ketat sekali kawalan keselamatan dan kebersihan makanan di restoran McDonald's. Anda dan keluarga tidak perlu rasa bimbang dan ragu-ragu kerana produk makanan di restoran McDonald's bukan sahaja halal, bersih dan berkualiti bahkan ia juga berkhasiat untuk tubuh anda. 















PM KOMEN PERTANDINGAN AKHIR PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU





Semalam di perasmian Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, saya berasa bangga melihat orang asing berpidato dan berucap dengan begitu petah sekali dalam Bahasa Melayu.




Bahasa Melayu lama dahulu pernah menjadi lingua franca atau bahasa pengantar diguna pakai semua untuk urusan perdagangan dan banyak lagi.

Insya-Allah, kerajaan akan terus berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di Malaysia tetapi juga mengembangkannya di persada antarabangsa, moga satu hari nanti boleh kembali menjadi bahasa pengantar seantero dunia.



POLIS AKAN AMBIL KETERANGAN LIM GUAN ENG

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown, Phang Li Koon dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis daripada pelbagai pihak berhubung isu penjualan banglo itu.

Menurutnya, siasatan yang dilakukan pihaknya berbeza dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana siasatan polis menjurus kepada perakuan palsu.

"Kita telah mulakan siasatan dan akan panggil saksi-saksi yang terlibat termasuk Guan Eng dan Phang pasa bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-209 di Pulapol, di sini, hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Li Koon pula dalam akuan berkanunnya pada Selasa lepas menyatakan dia menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.     

Menurut Li Koon, penjualan rumah itu tidak memberinya sebarang manfaat daripada kerajaan negeri, dan beliau tidak ditekan atau dipaksa atau telah dipengaruhi dengan cara yang tidak sewajarnya oleh ketua menteri atau mana-mana pihak supaya menjual rumah berkenaan.

Rabu lalu, SPRM menerima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo berkenaan. - Bernama

Friday, March 25, 2016

MH17 : PENJENAYAH TIDAK AKAN DIBIARKAN



Bagaimana sukar sekalipun, penjenayah yang menembak jatuh pesawat MH17 tetap akan kita perjuangkan sehingga mereka yang bertangungjawab dihadapkan kemuka pengadilan.

Walaupun Russia mengunakan kuasa vetonya  menolak resolusi yang dibentangkan oleh Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan tribunal antarabangsa, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang dianggotai oleh Malaysia, Belanda., Australia, Belgium dan Ukraine akan tetap menfailkan pertuduhan sebaik sahaja siasatan jenayah perbuatan menembak jatuh pesawat MH17 selesai.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pasukan JIT telah tiba dinegara bagi mebincangkan prosuder tindakan undang-undang seterusnya terhadap pihak yang menembak jatuh pesawat MH17. 

Malaysia hanya menunggu siasatan jenayah diselesaikan setelah siasatan teknikal insiden tersebut telah mendapat keputusannya. Bagi pihak negara kita, Peguam Negara sedang berusaha mencari kaedah terbaik bagi membawa penjenayah yang menembak jatuh MH17 dibawa ke muka pengadilan. Syukurlah usaha Malaysia ini juga mendapat kerjasama dari pihak berkuasa undang-undang dari negara lain yang terlibat dengan insiden ini. 

Malaysia dan negara-negara yang terbabit dalam insiden MH17 akan terus berusaha dan terus berjuang bagi mendapatkan keadilan untuk semua mangsa dan juga keluarga mereka.

 Kerajaan sedar dan memahami penderitaan mereka kehilangan orang tersayang dan tempat bergantung. Oleh itu kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan jawatankuasa dalam menyelaraskan pemberian pampasan kepada waris mangsa MH17.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeriannya akan mempercepatkan pemberian pampasan dan juga akan membantu menyelesaikan masalah segelintir waris mangsa MH17 yang mempunyai dua sijil kerakyatan. Kerajaan juga sebelum itu telah sudi memberikan bantuan secara "one off" sebanyak RM20,300 kepada setiap waris penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden MH17. 

Pemuda Selempang Merah yakin pekara ini tidak akan selesai dengan mudah dan akan mengambil masa yang panjang. Semoga kaum keluarga mereka yang terlibat dalam insiden ini dapat terus bersabar dan yakin dengan usaha yang telah dilakukan kerajaan Malaysia. 



  







Thursday, March 24, 2016

ERCL BAKAL MENGERATKAN HUBUNGAN KUALA LUMPUR DENGAN NEGERI PANTAI TIMUR




Kerajaan telah berusaha dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam setaraf negara maju. Pelbagai projek berimpak tinggi telah dilakukan oleh kerajaan bagi menghubungkan jaringan antara bandar bagi membantu meningkatkan kegiatan ekonomi secara tidak langsung. Semua yang kerajaan usahakan ini adalah untuk kepentingan rakyat.


Kerajaan melihat pengangkutan jalan darat menuju ke Pantai Timur seringkali mengalami kesesakan yang teruk terutama apabila tiba musim perayaan. Justeru itu kerajaan melalui Suruhanjaya Jaya Pengangkutan Awam Darat telah merancang untuk mewujudkan satu lagi perkhidmatan awam darat yang lebih canggih dan moden iaitu Laluan Kereta Api Pantai Timur (ERCL). 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah,  perkhidmatan tren sepanjang 600 kilometer itu  akan merentasi Banjaran Titiwangsa. Ianya akan melalui beberapa  bandar utama disepanjang jalan ke Pantai timur. Bermula dari Gombak seterusnya menuju ke Mentakab, Jengka,  Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Baharu dan perhentian terakhirnya di Tumpat.


Projek yang masih berstatus kajian ini masih diperingkat awal  dengan satu kaji selidik dijalankan melalui kaedah  Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) oleh SPAD dengan bantuan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi  Pantai Timur (ECERDC).  Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah kerana ingin mendapatkan maklumat dan pandangan industri yang mana akan membantu dalam menentukan proses maklum balas pasaran yang sangat berguna untuk melaksanakan projek ini. Mana-mana syarikat dan konsortium yang boleh mengambil bahagian dalam proses RFI ini jika berminat.


Proses RFI ini juga termasuk dalam mereka cipta bentuk design kereta api ECRL, pembiayaan, pengendalian operasi, pembinaan dan penyelengaraan keseluruhan rangkaian bergantubng kepada kepakaran dan pengkhususan syarikat tersebut. 


Jika projek ini dapat direalisasikan kelak ianya akan dapat membantu mengurangkan kos dan masa perjalanan disamping membantu pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggarkan mempunyai populasi seramai 4.43 juta penduduk. 


Ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat disamping dapat meningkatan ekonomi secara keseluruhannya. Selain itu, jaringan integrasi perkhidmatan awam seperti bas dan teksi di setiap stesen juga akan dikaji bagi memudahkan orang awam. 

Jika ia berjaya dilaksanakan kelak besar impaknya kepada bandar-bandar disepanjang lalaun ke Pantai Timur. Peluang ekonomi dan pekerjaan akan bertambah. Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu sudah tentu akan menjadi sebuah bandar yang moden dan bertambah maju. Boleh jadi Kuala Lumpur akan menjadi desitnasi  harian bagi sesetengah dari mereka yang bekerja. 

Dikatakan pembinaan ERCL ini akan meningkatkan KDNK sebanyak  rm50.1 bilion dan merangsang pertumbuhan .5 peratus setiap tahun kepada KDNK Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 

Dengan merealisasikan ERCL ini, warga pantai timur yang menetap di Kuala Lumpur  akan lebih mudah berulang alik dari Kuala Lumpur ke kampung masing-masing. Kesesakan di musim perayaan akan berkurang. 

Walaupun ianya tidaklah sepantas kereta api harapan ADUN Salor, Dato' Husam Musa yang mahukan kereta api selaju satu jam Kota Bahru ke Kuala Lumpur, tapi dengan adanya ERCL ini akan banyak memberi manfaat kepada mejoriti penduduk pantai timur.  


Menjadi harapan rakyat agar usaha ini berjaya dilaksanakan. 






Wednesday, March 23, 2016

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA




Jelajah Pendidikan Bumiputera Ubah Destini Anak Bangsa

Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 merupakan sebuah deklarasi yang bermakna dalam usaha menjadikan seseorang insan daripada keluarga yang daif, miskin menjadi insan yang berjaya dan cemerlang.

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak turut mengingatkan rakyat agar tidak terbawa-bawa sikap suka berdemonstrasi sana sini, berkumpul dan membuat deklarasi tanpa tujuan.

#BNMalaysia
#RakyatDidahulukan

Tuesday, March 22, 2016

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA



Jelajah Pendidikan Bumiputera Sasar Bantu 150,000 Pelajar Miskin Lepasan SPM, STPM

Jelajah Pendidikan Bumiputera merupakan antara inisiatif kerajaan dalam membangunkan pendidikan dari kalangan bumiputera cemerlang miskin dan kurang kemampuan dengan memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian  di peringkat tinggi sekali gus menangani masalah keciciran.

#RakyatDidahulukan

MH370 : SERPIHAN MISTERI TIBA DI AUSTRALIA



Serpihan kapal terbang yang dikatakan dari pesawat MH370 telah dibawa ke Australia bagi tujuan siasatan. Serpihan yang ditemui di Mozambique baru-baru ini telah dibawa ke Australia oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370). Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diputuskan walaupun serpihan pesawat itu diyakini dari sebuah kapal terbang.

Oleh kerana proses ini amat rumit maka kita memerlukan kepakaran dan bantuan dari pakar-pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Airlines (MAS), Boeing dan juga dari Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370. 

Proses siasatan ini memerlukan ketelusan dan akauntibilit. Dimana semua protokol antarabangsa perlu diikuti bagi mendapat keputusan yang betul-betul sah dan diakui oleh semua pihak. Ketelitian dan kepakaran mereka amat diperlukan ketia ini.

Justeru itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru agar rakyat Malaysia bersabar menunggu keputusan ini. Janganlah menimbulkan sebarang khabar angin atau spekulasi sehingga menganggu dan menyusahkan kaum keluarga Mangsa. 
Bersabar lah dan tunggu keputusan yang sah dikeluarkan.

Beliau juga berharap agar keputusan mengenai siasatan ini segera diketahui secepat mungkin. Menurut Liow kerajaan tidak pernah berputus ASA dan berikrar akan meneruskan pencarian ini sehingga akhir.

Kerajaan juga amat prihatin dengan hal ehwal keluarga Mangsa dan sentiasa berhubung dengan mereka bagi memaklumkan maklumat terkini berkenaan siasatan MH370.

Kepada rakyat Malaysia, saya mohon Mengingatkan, Usahlah susah-susah diri dengan membuat pelbagai teori berkenaan Nahas ini. Jika tidak mampu menolong, jangan menyusahkan kerajaan dan keluarga Mangsa. Hormatilah hak-hak privasi mereka.

  Pandanglah usaha kerajaan kita yang begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam pencarian MH370 yang menjadi satu misteri dunia hari ini.

MEREKA PEMIMPIN HIPOKRIT DAN MENGELIRUKAN RAKYAT




Deklarasi Rakyat melihatkan beberapa pemimpin parti yang dahulu bermusuhan kini boleh duduk bersama semeja kononnya demi untuk "Selamatkan Malaysia". 

Jika Dahulu adalah amat mustahil untuk melihatkan Lim Kit Siang duduk semeja dengan musuh ketatnya Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh pula sama-sama berada diatas satu pentas "Selamatkan Malaysia" kerana untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ini sebenarnya bukan Deklarasi Rakyat, ini adalah Deklarasi Tun Mahathir. Dek kerana tertarik dengan slogan "Selamatkan Malaysia" , maka Lim Kit Siang pun terperangkap dengan kerakusan Tun Mahathir.


Padahal dia dulu dengan Wan Azizah kononnya sanggup mengadakan kerjasama dengan Najib (Barisan Nasional). Inilah kepelikan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini. Mereka seolah-olah mengalami kecelaruan jiwa.


Kenyataan seperti inilah yang "dilibas" oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menyifatkan pemimpin politik pembangkang ini hipokrit dan bermain sandiwara dengan rakyat. Kegilaan mereka bermain politik memungkinkan mereka membuat kenyataan-kenyataan yang pelik dan tidak waras. 


 Mereka semua ini sebenarnya hanya ingin mengelirukan rakyat. Tidak ada sebenarnya dihati mereka ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional atau pun untuk selamatkan Malaysia. Mereka hanya ingin mengunakan sokongan rakyat untuk memenuhi nafsu rakus mereka untuk merampas kuasa secara tidak demokratik. 


Rakyat sendiri keliru dengan pendirian mereka yang berdolak-dalik dan tunggang langgang. Sekejap hendak bersama , sekejap menentang. Apa sebenar pendirian mereka pun rakyat tidak tahu. Boleh jadi faktor umur Lim Kit Siang yang sudah lanjut dan Wan Azizah yang kehilangan suami di pejara menyebabkan mereka sudah tidak dapat berfikir dengn betul, mungkin !

Inilah yang dikatakan "tidur sebantal, mimpi lain-lain". Mimpi Kit Siang lain dan mimpi Tun Mahathir pun lain. Yang mungkin boleh dikatakan sama, ialah mereka hendak jatuhkan Najib. Itu sahaja yang sama. 

Budaya hipokrit yang mereka tunjukkan kepada rakyat ini perlulah ditolak. Kita tidak mahu rakyat menilai pemimpin parti politik ini adalah manusia yang sanggup menjaja pembohongan demi tamakkan kuasa.

 Seperti yang disebut oleh Datuk Wee Ka Siong, mereka ini hanya mengelirukan rakyat dan berharap rakyat memilih mereka pada PRU akan datang. Pemimpin macam ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara. Rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini.  



Monday, March 21, 2016

NAJIB , PEMIMPIN PAS BERSUA DI MASJID BERSAMA PARA HAFIZ AL-QURAN



Kelihatan nampak kemesraan pemimpin-pemimpin Islam Datuk Seri Najib, Datuk Jamil Khir Baharom, Ustaz Tantawi dan Ustaz Nik Abduh  beramah mesra dengan para Hafiz di Masjid Wilayah.

Semoga Allah tambah nikmat kasih Sayang sesama kaum Muslimin.

Kepada kaum kuffar dan munafiqin yang sakit Hati melihat gambar ini, ingatlah usaha kalian memporak perandakan persaudaraan umat Islam akan ditendang habis-habisan.

Orang yang Beriman digalakkan ucap Alhamdulilah.

Sunday, March 20, 2016

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR GEMAS - JOHOR BAHRU BERMULA 2016



Satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat dalam meningkatkan pengangkutan  awam di seluruh negara. Projek Landasan keretapi berkembar elektrik (ETS) Gemas ~ Johor Bahru dikatakan bakal melonjakan pembangunan ekonomi terutama di negeri Johor. Projek landasan kereta api ini akan melalui empat daerah bertujuan untuk menaik taraf prasarana pengangkutan .


Dengan membelanjakan  RM100 juta, landasan yang sepanjang 197 kilometer ini dibina dan dijangkakan akan beroperasi pada tahun 2021. Kereta api ini dikatakan mempunyai kapasiti had laju reka bentuk sehingga 160km / jam dengan had laju operasi yang dibenarkan 140km / jam. 


Laluan kereta api ini akan melalui 11 stesen yang merangkumi tiga stesen utama iaitu Segamat , Kluang dan Kempas Baru. Manakala enam lagi stesen kecil iaitu di Genuang, Labis, Paloh, Mengkibol, Layang-Layang dan Kulai dan dua perhentian di Bekok dan Renggam. Dan di masa hadapan stesen akan ditambah lagi di Tenang, Chambek dan Senai. 

Stesen keretapi ini juga akan dilengkapi dengan sistem yang canggih seperti Sistem Persemboyanan, Sistem Komunikasi dan Sistem Elektrifikasi. 


Sistem persemboyanan dwi-arah adalah automatik sepenuhnya berdasarkan pergerakan tren yang dikawal oleh lampu rona tiga aspek. Ia juga menyediakan sisem perlindungan tren automatik (ATP), sistem persemboyanan dan kuncikait yang moden. Landasan ini juga akan dilengkapi dengan tambahan sistem kawalan di Pusat Kawalan dan Penyelenggaraan Tren di KL Sentral dan Gemas merangkumi Sistem Pengenalan Tren (TDS) dan Sistem kawalan laluan automatic (ARSS).


Laluan kereta api ini juga akan dilengkapi dengan  Sistem Transmisi Optik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Ia juga dilengkapi dengan Sistem PABX, Sistem Maklumat dan Maklumat penumpang di setiap stesen dan perhentian. 


Bagi meningkatkan lagi keselamatan awam, CCTV akan sediakan disetiap lokasi strategik di setiap stesen. Sistem Kawalan juga akan disediakan di pintu masuk disetiap stesen dan perhentian. 


Landasan ini juga akan dilengkapi dengan sistem elektrifikasi 25kV setiap satu fasa bekalan kuasa ulang alik serta integrasi dengan sistem eektrifikasi yang sediaada .


Apabila siap kelak landasan ini akan mampu menyediakan perkhidmatan Electric Train Set (ETS), Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang bagi perkhidmatan antara bandar (Intercity), Perkhidmatan Ulang - Alik (Shuttle Services), Perkhidmatan ETS dan Pangangkutan Kargo. 


Jangkaan bilangan penumpang jika berdasarkan 8 perkhidmatan ekspress, 6 perkhidmatan shutlle dan 8 prkhidmatan ETS pada pada tahun 2020 mampu mececah 1.45 juta penumpang. Anggaran kekerapan pula ialah 22 perkhidmatan sehari merangkumi perkhidmatan antarabandar (Intercity), perkhidmatan ulang alik dan perkhidmatan ETS. 

 Landasan keretapi berkembar elektrik  ini  akan menjadi pelengkap kepada jaringan landasan berkembar elektrik dari Padang Besar hingga ke Johor Bahru. Ia juga akan membantu menyediakan sistem pengangkutan awam berasaskan rel kepada penduduk serta meningkatkan jaringan sosial  dan juga ekonomi. 

Selain itu ia juga meningkatkan kapasiti lanndasan serta bilangan perkhidmatan dapat dipertingkatkan disamping dapat mengurangkan tempoh perjalanan dan hadlaju perkhidmatan dapat ditingkatkan sepenuhnya. 

Oleh kerana ia mengunakan tenaga elektrik maka perkhidmatannya lebih mesra alam. Mereka yang ingin selalu terjerat dengan kesesakan jalanraya dan ingin lebih selesa dalam perjalanan boleh mengunakan perkhidmatan kereta api. Selain  dapat menjimat petrol ia juga lebih selamat. 

Selamat menikmati perjalanan yang selesa dan mesra.