Thursday, April 30, 2015

TIDAK BIAR RAKYAT SUSAH - Muhyiddin

HARIAN METRO
Rompin: Kebajikan rakyat termasuk usaha menangani peningkatan kos sara hidup menjadi perkara pokok dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, BN sebagai parti yang memerintah sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini dalam pelbagai aspek kehidupan.
Beliau berkata, perkara itu juga keutamaan yang dibincangkan antara pemimpin parti setiap hari.
“(Sebagai Timbalan Perdana Menteri) saya tahu apa yang bermain di benak kepala saudara-saudara.
“BN peka dengan masalah rakyat dan kami (BN) tidak berdiam diri membiarkan rakyat negara ini susah seperti (penduduk) di negara lain.
“Ia supaya rakyat tidak hidup susah seperti yang berlaku di negara lain.. teruk (dengan) pergaduhan, peperangan, pertumpahan darah dan ada yang hadapi malapetaka seperti (gempa bumi) di Nepal,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Rompin di sini, semalam.
Menurutnya, tiada parti selain BN yang boleh memastikan pembangunan di daerah ini.
Katanya, ia dilihat menerusi kemajuan dinikmati penduduk Rompin pada masa kini dalam tempoh 20 tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan jentera parti tidak terlalu leka dengan menganggap pengundi tetap menyokong BN pada PRK itu.
Menurutnya, jika sebahagian besar ahli dan penyokong parti mempunyai pandangan sedemikian, ia memberi kesan kepada peratusan pengundi keluar mengundi sekali gus kepada majoriti undi diraih BN.
“Penting untuk kita tunjukkan Rompin kubu kuat BN... makna kubu kuat adalah sokongan padu, jika PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13) Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dapat majoriti 15,000.
“Saya harap (pada PRK ini)... BN dapat tak kurang 15,000 undi majoriti,” katanya.
PRK Parlimen Rompin diadakan susulan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih.

GST - RESTORAN PREMIS PERTAMA DIDAKWA

Sebuah restoran menjadi premis pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap lima pertuduhan berkaitan kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Restoran Hameeds Corner yang diwakili‎ pemiliknya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen sebagai orang berdaftar mengaku tidak bersalah mengeluarkan 2,000 invois cukai yang tidak mengandungi butir ditetapkan di bawah Seksyen 22, Peraturan-Peraturan GST.

Raja Bunesh selaku orang kena saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu di premis berkenaan di Seksyen 16 Shah Alam pada 7 hingga 11 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 33(2)(b) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) yang memperuntukkan hukuman denda sehinga RM30,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Tohan mencadangkan jaminan RM100,000 namun dibantah peguam, Cullin Andrew dengan alasan kes saman tidak memerlukan jaminan.

"Sekiranya OKS tidak hadir, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap.

"Anak guam saya juga telah mengemukakan bon RM15,000 kepada Jabatan Kastam," katanya.

Hakim, Ahmad Azhari Abdul Hamid membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei ini sebagai sebutan.

KAD PRABAYAR KEMBALI HARGA ASAL

KHAZALI AHMAD semasa mengadakan sidang akhbar mengenai cukai barang
KHAZALI AHMAD semasa mengadakan sidang akhbar mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Putrajaya, semalam. UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 29 April - Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep tax inclusive (termasuk cukai) berkuat kuasa 1 Mei ini, seperti rejim cukai sebelum ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sehubung­an itu, surat arahan berhubung perkara berkenaan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.
Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu, setiap harga kad prabayar telah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah tersebut sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 tanpa sebarang caj tambahan.
“Oleh itu sekiranya harga kad prabayar itu RM10 akan kekal RM10 (termasuk GST). Sebenarnya sebelum pelaksanaan GST penjualan kad prabayar telah pun mempunyai elemen cukai iaitu cukai perkhidmatan.
“Justeru, sistem yang sama akan digunakan oleh syarikat telekomunikasi dalam melaksanakan GST. Jangan pula nanti apabila harga satu kad prabayar RM10, ejen-ejen pula yang mengenakan GST. Jika berlaku kita akan kenakan tindakan terhadap mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Isu itu mula tercetus apabila syarikat-syarikat telekomunikasi memutuskan untuk mengenakan caj enam peratus GST pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta tetapi pada masa sama, pelanggan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan ­khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi cukai enam peratus, awal bulan ini.
Bagaimanapun, isu kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST itu menjadi hangat apabila pengguna enggan membayar caj tambahan yang dikenakan.
Rentetan daripada itu Pengarah Bahagian GST JKDM, Datuk T. Subromaniam telah membayangkan bahawa pengguna perkhidmatan telekomunikasi prabayar mungkin akan menikmati semula kadar asal yang dibayar sebelum ini bagi membeli kad tambah nilai walaupun dikenakan GST.
Khazali berkata, hakikatnya para pengguna negara ini khususnya golongan muda mahukan harga asal kad prabayar dikekalkan iaitu harga sebelum pelaksanaan GST pada 1 April lalu.
“Ini semua yang difikirkan dalam usaha kita memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang memang sentiasa menggunakan telefon. Kita prihatin tentang masalah mereka lebih-­lebih lagi golongan pelajar.
“Bagi mereka jika harganya RM10, mereka mahu bayar RM10 dan bukannya RM10.60. Mereka mahu seperti mana harga sebelum 1 April. Oleh itu pihak syarikat telekomunikasi perlu akur dengan kehendak ini,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta pengguna melaporkan kepada pihak kastam sekiranya arahan tersebut gagal dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi.
“Arahan kastam jelas mulai 1 Mei syarikat telekomunikasi mesti mula mengenakan atau melaksanakan GST seperti mana mereka laksanakan semasa rejim cukai perkhidmatan yang lalu. Tiada alasan sama ada stok baharu atau stok lama,” katanya.
Berhubung masa berbual, jumlah SMS serta kadar Internet dalam satu kad prabayar beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada syarikat telekomunikasi.
Dalam perkembangan lain ketika mengulas kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bahawa harga bagi satu kad prabayar RM10 akan dijual dengan RM10.60 disebabkan GST dan bukan seperti diumumkan oleh JKDM, Subromaniam me­negaskan, segala urusan berkaitan cukai itu tertakluk di bawah bidang kuasa kastam.
“Kastam merupakan pentadbir cukai di negara ini,” tegasnya ketika dihubungi.

Wednesday, April 29, 2015

MAZLAN ROSAKKAN KEMPEN PAS

MAZLAN ALIMAN, ANAK – PUNCA KEGAGALAN KEMPEN PAS
AGAK menyedihkan juga nasib Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya (Anak FELDA Kebangsaan) bilamana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kehadiran mereka di Parlimen Rompin dilihat sebagai liabiliti kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS.
Program anjuran ANAK dengan kerjasama PAS, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 di FELDA Keratong 4 hujung minggu lalu dilihat gagal dalam meraih sokongan dan kepercayaan pengundi di FELDA Gugusan Keratong. Kegagalan yang masih cuba diputar belitkan!
Program tersebut yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut sepatutnya diakhiri dengan ceramah Mat Sabu pada malam 26hb April, namun program tersebut telah dibatalkan keseluruhannya secara tiba-tiba pada tengahari.
Peniaga pula sudah mula mengemas tapak jualan seawal lebih kurang jam 1 petang manakala kerusi meja diangkut pada sebelah petang lebih kurang jam 6.
Pembatalan program tersebut dan ceramah penutup tanpa alasan yang kukuh menjadi tanda tanya dan bahan sendaan penduduk tempatan apabila menggelarkan Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 sebagai ‘Himpunan Selamatkan Diri 2.0′.
Alasan yang diberikan berikutan pembatalan program tersebut secara mendadak kononnya berlaku perbalahan antara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Alasan perbalahan dua kepimpinan PAS itu digembar-gemburkan dan dijaja merata tempat oleh ANAK, namun persoalan mula timbul bukan sahaja kepada penduduk tempatan di Keratong malah turut dipersoalkan oleh pengikut PAS sendiri.
Ini adalah kerana pada malam 26hb April iaitu malam yang sepatutnya menjadi malam penutup Himpunan Selamatkan FELDA 2.0, Mat Sabu dan Tuan Ibrahim telah berkongsi pentas ceramah yang sama di markas PAS FELDA Selancar 2 untuk kempen PAS PRK Rompin.
Ironinya, ceramah kempen PAS di FELDA Selancar 2 tersebut tanpa kehadiran Mazlan Aliman mahupun pertubuhannya, ANAK.
Ini menimbulkan tanda tanya terutama kepada pengikut dan penyokong PAS sendiri di Rompin, kesahihan alasan pembatalan program ANAK cukup mencurigakan!
Selain isu pembatalan program ANAK, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 secara tiba-tiba, kehadiran Datuk Sarchu Sawal, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA (KPF) iaitu KPF Quality Foods Sdn Bhd yang berceramah pada malam 25hb April turut menjadi buah mulut masyarakat FELDA di Parlimen Rompin khususnya di FELDA Gugusan Keratong.
Isu yang ditimbulkan oleh penduduk FELDA disini adalah Sarchu diumumkan sebagai bekas CEO KPF sedangkan Sarchu hanyalah CEO kepada anak syarikat KPF.
Warga FELDA merasa cukup tertipu apalagi bila media utama PAS, Harakah turut menamakan Sarchu sebagai bekas CEO KPF.
Selain isu menipu jawatan yang pernah disandang oleh Sarchu, perkara yang menjadi perhatian utama warga FELDA adalah isu etika dan kredibiliti Sarchu yang dipersoalkan apabila terbongkar perihal Sarchu yang didakwa pecah amanah iaitu menyeleweng dana syarikat sebanyak RM16 juta daripada jumlah keseluruhan dalam kes, RM30 juta (pendakwaan terhadap 2 individu termasuk Sarchu).
Warga FELDA mempersoalkan kredibilit Sarchu yang masih dalam perbicaraan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pecah amanah tersebut.
Ramai yang mempersoalkan kelayakan Sarchu untuk ‘selamatkan FELDA, selamatkan KPF’ sedangkan beliau masih dalam perbicaraan kesnya di SPRM dan dipecat!
Ada juga yang menyindir, sebaiknya Sarchu selamatkan dirinya terlebih dahulu sebelum sibuk hendak menyelamatkan organisasi gergasi orang Melayu, FELDA.
Bagi warga FELDA disini, Sarchu dilihat sekadar menggunakan peluang berceramah atas pentas PAS hanyalah atas sebab dendamnya kepada FELDA dan KPF, bukan kerana hendak menyelamatkan FELDA dan KPF.
Selepas Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 anjuran ANAK, PAS sekali lagi menggunakan khidmat Sarchu pada 28hb April (semalam) dalam kempen PAS PRK Rompin di kawasan kedai FELDA Keratong 4.
Namun semalam, kempen PAS di FELDA Keratong 4 bersama Sarchu tanpa kehadiran Mazlan Aliman mahupun pertubuhan ANAK.
Situasi menunjukkan seolah-olah Mazlan Aliman lebih hina jika dibandingkan dengan Sarchu pada pandangan PAS bilamana Sarchu yang masih dibicarakan kes seleweng duit syarikat dijemput namun Mazlan Aliman dan ANAK diketepikan.
Ini menjadi isyarat jelas kepada warga FELDA khususnya di Gugusan Keratong, Gugusan Selancar dan Gugusan Selendang, bahawa Mazlan Aliman dan ANAK adalah liabiliti terbesar PAS untuk kempen PRK Rompin.
Persoalan ini mula ditimbulkan oleh kerana PAS kini dilihat bergerak sendiri dalam kawasan-kawasan FELDA di Parlimen Rompin tanpa kehadiran Mazlan Aliman dan ANAK.
Melalui tinjauan bersama warga penduduk (pengundi) FELDA Gugusan Keratong, Mazlan Aliman dan ANAK bukan sahaja dilihat sebagai liabiliti PAS malah Mazlan Aliman dan ANAK menjadi liabiliti terbesar mkepada warga FELDA seluruh negara.
Warga FELDA mempersoalkan peranan Mazlan Aliman dan ANAK yang kononnya ingin menjadi jaguh kampung dalam kalangan warga FELDA.
Dimanakah kelibat Mazlan Aliman dan ANAK saat warga FELDA seluruh negara berdepan malang sewaktu banjir besar melanda negara?
Inilah persoalan yang paling banyak dikemukakan oleh warga penduduk FELDA disini apabila mengenangkan nasib warga FELDA ketika menerima bah banjir besar baru-baru ini terutama dalam negeri Pahang khususnya Wilayah Jengka, Wilayah Mempaga dan sudah pasti jiran-jiran Gugusan FELDA Wilayah Kuantan.
Malah paling buruk, adalah warga FELDA di Wilayah Gua Musang, Kelantan.
Selain itu, mereka juga turut tertanya-tanya kenapa Mazlan Aliman dan ANAK tidak membantu 271 orang peneroka FELDA Kemahang 3 dalam tuntutan mereka untuk memaksa Wan Rohaimi membayar mereka sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, sedangkan Mazlan Aliman telah melantik Wan Rohaimi sebagai peguambelanya.
Lebih lagi, peranan Mazlan Aliman dan ANAK dipersoalkan apabila kerajaan PAS Kelantan menaikkan premium tanah sebanyak 400% iaitu dari RM3 ribu kepada RM29,000. Hampir sepuluh kali ganda!
Kenapa Mazlan Aliman dan pertubuhannya, ANAK, tidak memperjuangkan nasib warga peneroka di negeri Kelantan?
Persoalan ini yang majoritinya berlaku di Kelantan, dibangkitkan oleh warga FELDA dalam Parlimen Rompin kerana Kelantan adalah negeri dimana PAS berkuasa sepenuhnya namun nasib warga FELDA disana ditindas tanpa pembelaan individu ‘jaguh kampung’ yang amat taksub kepada PAS ini, Mazlan Aliman.
Warga FELDA mempersoalkan kredibiliti Mazlan Aliman, ANAK dan PAS malah menurut mereka, “jika peneroka dalam negeri mereka sendiri tidak terbela, apalah nasib kami jika diwakili Ahli Parlimen PAS dalam negeri yang tidak diperintah oleh mereka“, begitulah luahan beberapa penduduk dalam FELDA Gugusan Keratong yang sempat ditemui.
Maka, benarlah telahan ramai pihak bahawa Mazlan Aliman dan ANAK hanya akan dilihat kewujudannya dalam musim Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja selain aktiviti kegemaran mereka iaitu berdemonstrasi serta berhimpun seakan makhluk yang tidak bertamadun sambil mengutip ‘cukai’ demonstrasi dan himpunan.
Selepas habis musim pilihan raya, mereka akan ‘berhibernasi’ dan hilang dari muka bumi!

TARIF AIR NAIK ~ RAKYAT PULAU PINANG PERLU DIDIDIK BERDISIPLIN MENGUNAKAN AIR - DAP

Oleh kerana Rakyat Pulau Pinang tidak berdisiplin , membazir dan sering mengunakan air yang banyak terutama diwaktu malam, maka kerajaan DAP mengenakan tindakan dengan menaikkan TARIF AIR  16.7% bagi mendisiplinkan mereka. 

Mungkin kerana mereka sudah lama sangat duduk dibawah pemerintahan BN dahulu, sebab itulah tidak berdisiplin macam pemimpin-pemimin DAP. 

Apakah kerana orang Islam mengunakan air untuk berwudhuk atau  membasuh baju dikatakan membazir dan tidak berdisiplin ...???

Ketika ditanya kepada calon Permatang Pauh adakah kenaikan itu turut membebankan penduduk di Permatang Pauh, tanpa memberi apa-apa reaksi Wan Azizah , Presiden PKR itu terus bergegas meninggalkan majlis bersama kipas lipasnya.


PERMATANG PAUH 28 April – Walaupun dikritik pelbagai pihak kerana meluluskan kenaikan tarif air sebanyak 16.7 peratus baru-baru ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang terus mendakwa kononnya langkah itu tidak membebankan rakyat.

Seperti menegakkan benang yang basah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, kenaikan itu juga perlu bagi mendidik pengguna supaya lebih berhemat ketika menggunakan air.

“Berbanding negeri-negeri lain, Pulau Pinang merupakan antara yang mencatatkan penggunaan air paling tinggi dan sesuatu harus dilakukan untuk mendidik rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis jamuan bersama pengundi Cina di Kubang Semang di sini malam tadi.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan kenaikan tarif air bermula 1 April lalu iaitu kenaikan kali kedua dalam tempoh dua tahun yang didakwa bertujuan mendidik pengguna supaya berjimat.

Menurut Boon Poh, pada masa sama, kerajaan negeri memerlukan sumber kewangan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk negeri ini.

Katanya, lagi pun langkah tersebut berbeza dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana tidak membebankan.

Sementara itu, Wan Azizah tidak memberikan sebarang reaksi ketika ditanya sama ada kenaikan itu turut membebankan penduduk di Permatang Pauh.
Sebaliknya, Presiden PKR itu terus bergegas meninggalkan majlis.


Tuesday, April 28, 2015

WAJIB PAMER NOTIS CAJ PERKHIDMATAN

PUTRAJAYA 24 April – Berkuat kuasa 1 Mei ini, semua hotel dan restoran diwajibkan mempamer notis caj perkhidmatan di pintu masuk premis masing-masing seperti diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015.


Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya gagal mempamerkan notis caj perkhidmatan tersebut, pemilik hotel serta restoran boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000.
Beliau berkata, penguatkuasaan itu tertakluk kepada Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015 yang ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek semalam.


“Pemilik, pengurus atau pengendali sesebuah hotel atau restoran yang mengenakan caj perkhidmatan hendaklah mempamerkan caj perkhidmatan de­ngan menggunakan huruf besar dan dalam bahasa Melayu sebelum diikuti terjemahan lain-lain bahasa.
“Kementerian juga meletakkan syarat bahawa huruf yang digunakan perlu berketinggian tidak kurang daripada lima sentimeter serta ditulis tangan atau dicetak,” katanya dalam sidang akhbar berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di sini hari ini.

Menurut Alias, selain di pintu masuk premis, pemilik hotel dan restoran juga boleh mempamerkan notis di mana-mana tempat yang mudah dilihat oleh pengguna.
Selain itu, katanya, melalui perintah tersebut kementerian turut menggariskan hanya dua ungkapan yang boleh digunakan oleh pemilik hotel dan restoran iaitu:

 SEMUA HARGA ATAU CAJ TERTAKLUK KEPADA___% CAJ PERKHIDMATAN atau

 SEMUA HARGA ATAU CAJ TERTAKLUK___% CAJ PERKHIDMATAN.


“Pemilik hotel atau restoran hendaklah memasukkan kadar peratusan caj perkhidmatan yang dikenakan dalam ungkapan yang digunakan.

“Selepas 1 Mei sekiranya pe­langgan dikenakan caj perkhidmatan tanpa ada notis pembe­ritahuan mereka boleh membuat laporan kepada kementerian,” katanya.

Sementara itu, katanya, sehingga semalam melalui operasi Ops Catut Fasa II, kementerian telah menjalankan sebanyak 152,129 pemeriksaan serta pe­nguatkuasaan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 423 kes telah diambil tindakan.

“Mulai esok kementerian akan melaksanakan strategi baharu dalam melaksanakan Ops Catut Fasa II iaitu dengan memberi penumpuan di kawasan luar bandar kerana ketika ini banyak laporan daripada pengguna kawasan tersebut mengenai kenaikan harga barang,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

GST - SEGERAKAN TINDAKKAN UNDANG-UNDANG

UTUSAN MALAYSIA

ROMPIN 27 April – Peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu segera dibawa ke muka pengadilan bagi memberi pengajaran kepada peniaga lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan.

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan pelaksanaan GST sehingga membebankan hidup pengguna.
“Apa yang perlu peniaga lakukan adalah tolak dahulu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baharu campur dengan GST, ini peniaga yang beretika buat. Peniaga yang tidak beretika, mereka tidak tolak tetapi campur dengan GST, jadi barang akan naik harga.
“Kita harap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertindak dengan membawa segera peniaga terlibat ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pontian di sini hari ini.
Ahmad berkata, antara kesalahan serius memerlukan tindakan undang-undang segera ialah peniaga yang mengenakan GST pada barangan dikecualikan, selain memungut cukai berkenaan walaupun tidak berdaftar.
“Saya minta penasihat undang-undang kementerian berkaitan agar segera menyiapkan kes-kes berkaitan GST. Kita tahu kes akan dibawa kepada penasihat undang-undang kementerian dahulu untuk dilihat satu persatu, saya juga menggesa JKDM menyegerakan tindakan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, sesi ceramah berhubung GST dijalankan secara berterusan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat.
Dalam pada itu, beliau percaya penduduk di Rompin akan membuat pilihan tepat dengan mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 5 Mei ini kerana calon parti, Datuk Hasan Arifin mampu melaksanakan tugas dengan baik dalam meneruskan pembangunan di situ.


FELDA TOLAK HASUTAN PEMBANGKANG

DENDAM kesumat pembangkang terhadap FELDA tidak pernah kunjung padam. Apatah lagi beberapa pemimpin Taiko mereka dikenakan tindakkan undang-undang kerana menfitnah FELDA. Oleh itu kesempatan dalam pilihanraya kecil di Rompin ini, mereka sekali lagi menaburkan racun fitnah kepada penduduk Rompin terutama peneroka FELDA. 

Dengan mengunakan slogan "Himpunan Selamatkan FELDA 2.0" mereka dilihat bergerak aktif dikawasan FELDA di parlimen Rompin. Kononnya saham FGV merudum, tanah peneroka FELDA akan tergadai, kerajaan  tidak pandai menguruskan kewangan FELDA dan bermacam-macam lagi fitnah yang ditaburkan.  Persoalannya, apa benda yang mereka hendak selamatkan ??? Peneroka FELDA tenang saja.

 FELDA Global Ventures Bhd (FGV) sebenarnya telah mencatatkan peningkatan dalam perolehan  30.8 peratus, iaitu sebanyak RM16.4 bilion bagi tahun kewangan berkakhir 31 Disember 2014 dengan memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM2.14 bilion.

Untuk suku keempat 2014 sahaja, FGV mencatatkan keuntungan bersih RM20.21juta yang mana sebelum itu pada suku ketiga hanya kerugian RM9.3 juta. Jadi dimana kerugian yang pembangkang gembar gembur sangat tu ? Belum ada lagilah peneroka yang kena gadai harta benda dan tanah kerana saham FGV. Tidak ada  seorang pun peneroka yang terjun dari bangunan tingkat 11 ataupun terjun dari rumah tiga tingkat mereka.

Adalah lebih baik pembangkang terutama PAS menyelesaikan masalah Ladang Rakyat mereka di Kelantan yang sah-sah meniru model FELDA tetapi diselubungi dengan pelbagai masalah tanah dan hak pemilikan. Sepatutnya PAS berasa malu untuk bercerita masalah orang lain sedangkan mereka juga berhadapan dengan masalah yang jauh lebih besar.

Warga FELDA dan peneroka hidup aman dan tenteram sambil menikmati pelbagai faedah dan peningkatan taraf hidup, insentif, bantuan dan lain-lain kemudahan untuk warganya. FELDA kini juga memiliki kolej sendiri, pusat latihan serta berjaya melahirkan ahli perniagaan hasil daripada program kemahiran yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Oleh itu tidak usahlah pembangkang cuba menghasut peneroka FELDA kerana itu merupakan satu perbuatan yang sia-sia. Hasil titik peluh yang mereka usahakan sehingga berjaya kini tidak akan mereka persia-siakan hanya dengan hasutan jahat pembangkang. Peneroka FELDA dengan kerajaan bagaikan isi dengan kuku, aur dengan tebing saling perlu dan bantu membantu.








Sunday, April 26, 2015

MUDHARAT UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man

Tuan Ibrahim Tuan Man beranggapan dengan memilih UMNO, boleh mendatangkan mudharat lebih besar kepada negara.
Apakah Tuan Man lupa, PAS merupakan satu parti Melayu terkuat selepas UMNO sebelum kewujudan PKR.
PASMA tidak wujud dalam PAS sebelum tertubuhnya PKR dan negara tidak pernah terancam oleh kuasa luar sebelum kewujudan PKR.
Kini yang paling mudhrat bukannya negara tetapi PAS sendiri yang bakal menerima mudharat yang lebih besar jika PKR menang.
PKR bukan sahaja tidak mahu negara Islam dan hudud wujid di Malaysia, bahkan ingin menguburkan ulama-ulama PAS seperti dirinya sendiri.
Tuan Man bagaikan menguncikan dirinya dan ahli PAS yang setia kepada kepimpinan Ulama dalam rumah yang dipenuhi ular dan kalajengking, sedangkan dia mampu menyelamatkan mereka.

"Sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak". Tuan Ibrahim Tuan Man

Saturday, April 25, 2015

MODUL BARU PLKN MENINGKATKAN NILAI MODAL INSAN


Penanguhan PLKN selama setahun rupa-rupanya membawa rahmat kepada bakal-bakal pelatih akan datang apabila PLKN melakukan penambahbaikan modul latihan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Penambahan elemen teknikal dan Vokasional  ini akan melibatkan kerjasama dengan syarikat swasta yang mana akan menyediakan pelatih-pelatih PLKN kemahiran awal sebelum berhadapan dengan alam sebenar pekerjaan. 

Menteri  Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata ,"Cara bagaimana syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan dalam transformasi ini akan kita putuskan segera dalam waktu terdekat," katanya dalam sidang media selepas meninjau Hari Terbuka Transformasi PLKN.


Hishammuddin berkata dengan penglibatan syarikat swasta, sijil yang diperoleh akan menjadi lebih bernilai manakala pihak swasta tidak dengan mudah menolak permohonan kerja bekas pelatih yang pernah mendapat latihan sepertimana yang diperlukan syarikat berkenaan di PLKN.

Hishammuddin juga yakin sesi baharu PLKN boleh bermula awal tahun depan selepas pihaknya membentangkan laporan makmal dan input hari terbuka kepada jemaah menteri apabila proses mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berakhir minggu depan. -BERNAMA


Selain itu modul  PLKN kali ini akan lebih menerapkan semangat patriotisme, kesukarelawan dan pembinaan modal insan selain mempersiapkan pelatih dengan elemen keganasan, cabaran ekonomi dan perubahan lanskap politik.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Hussein, penangguhan setahun PLKN memberikan pihaknya sedikit ruang untuk lebih memperincikan cadangan yang ada dengan jelas dan tersusun.



Sebelum ini Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid dan juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara telah menegaskan bahawa program penambahbaikan PLKN ini akan berdasarkan kesesuaian semasa. 

Beliau juga berharap mendapat maklumbalas daripada rakyat Malaysia terutama ibubapa peserta berkenaan penambahbaikan modul terbaru PLKN. Untuk itu PLKN telah membangunkan portal bagi memudahkan rakyat Malaysia memberi maklumbalas dengan lebih mudah dan efisyen. 

Semoga apa yang diusahakan ini memberikan impak yang terbaik kepada peserta PLKN dan negara pada masa akan datang.

  







Thursday, April 23, 2015

AKU, KAMBING DAN KO MENG.

Aku nak bela kambing, tapi tak de duit jadi aku pun berhutang dengan Ahmad RM2.50 kupang. Ahmad luluskan pinjaman aku dan bagi aku pinjam RM2.50 kupang.
Buat permulaan aku beli dulu kambing 50 ekor = RM0.50 kupang, ada lebih kat aku RM2.00. Lepas tu aku dapat tahu Mat Sabu nak jual rumah flat dia dengan harga yang sangat murah RM0.70 kupang.
Aku bercadang nak beli rumah flat tu dengan harapan aku dapat jual pada harga yang tinggi pada masa akan datang, dapat la aku beli kambing lebih nanti. Jadi aku pun beli laa rumah flat tu kat Mat Sabu RM0.70 kupang dari wang pinjaman aku daripada Ahmad hari tu. Maka Wang pinjaman aku dari Ahmad tinggal lagi RM1.30 kupang untuk "backup" beli kambing di masa akan datang. Jadi Aku simpan duit tu dalam bank Rafizee Haprak Bank.
Tiba-tiba Ko Meng dapat tahu yang aku telah membeli rumah Flat tu lalu menyebarkan fitnah menyatakan aku telah menipu Ahmad dengan membeli rumah Flat itu dengan duit yang di pinjam daripadanya. Ko Meng juga menfitnah aku dengan menyatakan aku bela kambing dalam Flat itu.
Ehh...apakah salah aku membeli rumah flat itu dengan duit pinjaman aku sendiri. Aku yang bayar hutang ke Ko Meng ? Aku beli flat tu dengan harapan dapat menjualnya pada masa depan dengan harga yang berlipat kali ganda, dapat la aku beli kambing lebih.
Ehh ...Ko Meng tu dah lupa ke yang Ahmad juga luluskan pinjaman dia RM16 untuk beli tanah balak kat Kampung Pantai Timur. Sampai botak Hutan tu Ko Meng kerjakan. Ko Meng lupa ke yang Banjir kat Kampung Pantai Timur tu punca dari pembalakan haram yang syarikat dia lakukan ?
Apakah Ko Meng sengaja nak orang kampung lupa perbuatan dia dengan mencipta isu untuk menyalahkan orang lain?
Harap orang kampung dapat memahami tipu daya Ko Meng dan Rakan sekutunya.

Tuesday, April 21, 2015

FATAMORGANA HUDUD PAS



APA  yang pemimpin pakatan DAP, PAS, PKR tidak  mengata kepada  pemimpin UMNO...??? Apa yang pemimpin DAP, PAS PKR tidak menghina, mengutuk dan mencaci pemimpin dan parti UMNO... ???

Rasuah, Kronisme, Nepotisme, Jahat, Kafir, Munafik, Tolak Islam ..... entah pelbagai lagi kata nista dan tohmahan yang tak sanggup kita nak cakap kepada pemimpin parti mereka.

Dahulu apabila kita bagitahu hudud yang mereka drafkan  dulu itu penuh dengan kelemahan, perlu diperbaiki dan tak menepati kehendak Islam, mereka melenting dan  menuduh UMNO menolak Islam, UMNO menentang hudud.

Hari ini apabila UMNO menyokong penuh 100% perlaksanaan Hudud di Kelantan. Tiba -tiba bangkit pemimpin-pemimpin PAS yang dulunya menuduh UMNO  tolak hukum Islam kini menentang pula peraksanaan hudud di Kelantan. Bukankah dahulu hudud inilah yang mereka perjuangkan dan canang-canangkan selama ini.

Sedangkan Kerajaan dibawah  pemerintahan UMNO telah melaksanakan hukum-hukum Islam sehingga mencapai 80% atau lebih. 

Hanya kerajaan tidak melaksanakan hukuman Rejam bagi kesalahan zina dan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri. Itupun kerana mengikut realiti semasa sepertimana yang telah dilakukan oleh Khaifah Umar AlKhatab dan Kerajaan Umaiyah. 

Namun PAS tetap menuduh kerajaan pimpinan UMNO menolak hukum hudud kerana tidak melaksanakan dua pekara ini. Apakah dengan tidak melaksanakan dua hukuman ini bermakna kerajaan telah menjadi kufur ??? 

Adakah rakyat tahu  bahawa sebenarnya PAS telah menipu mereka terutama orang Islam dengan mengambarkan bahawa PAS  telah mengusulkan pindaan perlaksanaan  hudud.

Yang sebenarnya PAS hanya mengusulkan pindaan untuk akta mahkamah syariah 1965 atau akta 355 yang berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman.

Iaitu meminda kuasa mahkamah syariah untuk diberi kuasa menjatuhkan hukuman daripada had masakini iaitu hukuman penjara maksima 3 tahun kepada 7 tahun dan kuasa mendenda melebihi RM3000 dan kuasa menjatuhkan hukuman sebat.

Lebai-lebai PAS langsung tidak mencadangkan hukuman Rejam untuk kesalahan Zina dan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri dan merompak. 

Nampaknya untuk ke sekian kalinya Umat Islam tertipu dan terkeliru lagi dengan politik Ular lebai-lebai PAS yang seolah-olah mengusulkan hukum hudud di parlimen. 

Cara biasa mereka untuk menutup penipuan itu dengan meletakkan lebai atau serban dikepala, menyimpan sedikit janggut dan menghafal dua tiga ayat Quran dan hadis.