Thursday, July 31, 2014

TAK APA , MEREKA KAFIR....!!!

Apabila DAP atau PKR menyatakan penentangan mereka terhadap perlaksanaan Hudud , PAS dengan mudahnya memaafkan dan menyatakan "mereka kafir, tak hairanlah mereka menolak hudud" .

 Namun ianya tidak berlaku kepada UMNO , walaupun UMNO tidak pernah menyatakan menolak hudud secara total, bahkan membenarkan dan akan meyokong PAS dalam perlaksanaan hudud, tapi PAS tetap menyatakan UMNO kafir kerana menolak hudud. Ini amat mengecewakan orang Melayu dan UMNO kususnya yg bersedia menyambut hudud dalam dewan rakyat dan parlimen.

 Saya tidak pasti , apakah PAS akan membiarkan anak cucu mereka di pukul atau dikeji dan di caci oleh DAP dan PKR dan menyatakan "tak apa , mereka bukan Islam ...memang patut pun mereka mengeji dan mencaci agama kita" ...

 Wallahualam ..renung dan fikir-fikirkan sebelum mendakwa diri anda pejuang Islam .

PAS AKAN KALAH TERUK : TONY PUA

PRN MENGEJUT: PAS BOLEH LENYAP DARI SELANGOR KATA DAP......


Setelah mendiamkan diri dalam kemelut Menteri Besar Selangor, DAP negeri itu mengingatkan PAS bahawa ia berisiko “lenyap” sama sekali jika Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut diadakan di Selangor.

Pengerusinya, Tony Pua berkata Barisan Nasional (BN) berkemungkinan memenangi semula negeri itu namun kekalahan paling teruk akan ditanggung PAS jika parti itu berdegil mahu Tan Sri Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.
"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar atau pun kalah semua kerusi yang dimenanginya. Sebuah PRN kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Survival Pakatan Rakyat menjadi tanda tanya selepas PAS menolak hasrat PKR mahukan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengganti Khalid sebagai MB.
PAS enggan akur kepada hak PKR menukar MB Selangor sungguhpun PKR menerajui kerajaan negeri itu sejak 2008.
Pua memberi amaran bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini berpecah dalam dua blok aitu BN-PAS yang menyokong Khalid dan PKR-DAP yang menentang beliau.
PKR mempunyai 14 kerusi DUN, DAP 15 manakala PAS mempunyai 15 dan BN 12 kerusi DUN.
"Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut,” kata Pua.
Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang tiga peratus undi Melayu dan 10 peratus undi bukan Melayu di tujuh daripada 30 kerusi DUN.
Menurut Pua, PKR akan kehilangan di Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek.
Keputsan itu akan menyaksikan PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi, mengikut ramalan Pua.
Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut Pua parti itu juga akan hilang tujuh daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.
Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25 peratus sekaligus akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja.
Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5 peratus manakala bukan Melayu 30 peratus.
"Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor.
"Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN," katanya.
"Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan," katanya.
Pua memberikan scenario itu selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Khalid dikekalkan meskipun beliau ditolak oleh PKR sebagai lemah dalam beberapa aspek untuk menguruskan Selangor. .
Keadaan lebih gentar apabila catatan WhatsApp AJK PAS Pusat membincangkan kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan bersekongkol dengan Umno-BN.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki menafikan beliau mengambil pendirian sebegitu menerusi WhatsApp.
Sumber: ANTARAPOS.

Wednesday, July 30, 2014

PEKUNG PERANGAI KOTOR PKR DI BONGKAR

Bocor sudah kes PKR apabila PAS membuka pekung sebenar.... duit rakyat dihabiskan demi utk mengekalkan kuasa. Allah sudah menimpakan apa kepada mereka dengan apa yang mereka katakan kepada UMNO .....CASH AND CARRY.


RAFIZI BEGITU LANTANG MENYALAHKAN PAS.

Berikut adalah kenyataan media PAS Kedah sebagai tindak balas kepada kenyataan Rafizi Ramli itu.
PAS oh PAS.. Dia ni Pengarah Strategik PKR. Dont play play. Ikut sahaja ARAHAN.
-----------------------------------------------------------
Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?
Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?
Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!
Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?
Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?
Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Todak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizinkan tolak ansur ininkalau bukan Presiden PAS tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan muat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya mendongak!
Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan PAS Kedah

PAS DI UGUT OLEH ANJING-ANJING DAP DAN PKR




Sunday, July 20, 2014

MH17 , WARTAWAN LETAK JAWATAN ...!!!


Seorang wartawan Rusia letak jawatan setelah kecewa cara liputan MH17.
Segalanya mencurigakan!!!
Fikir sendiri...!!!
WARTAWAN LETAK JAWATAN, KECEWA CARA LIPUTAN MH17
MOSCOW - RUSIA. Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.
Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT).
Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.
Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.
“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.
Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP berkata, “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”, kata jurucakap stesen itu.
Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia, Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.
“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.
Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.
“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tegasnya.
Firth telah menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Saturday, July 19, 2014

D.I.G.E.S.T : Dialog Isu GST & Ekonomi Semasa Tanah Air Bersama barisan Artis Tanahair

Barisan Artis tanahair  di beri penerangan tentang GST oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Dato Haji Ahmad bin Haji Maslan.
Dato Eizlan Yusof ,  Salwa  dan Abby Saiful  khusuk mendengar penerangan berkenaan GST.

Turut hadir sama Presiden  Karyawan Malaysia , Dato Fredie Fernandez .

MELAYU MESTI JADI BANGSA USAHAWAN - Dato Haji Ahmad Haji Maslan

Renungan Ramadhan:

Semalam saya hadir beberapa program di Pekan kws PM, antaranya melawat Bazar Ramadhan. Saya berjumpa seorng suami isteri yg lingkungan umur lewat 40an menjual martabak dgn harga rm3 sekeping & jualannya 400 keping sehari (hasil jualan rm1200 sehari). Org Melayu yg makan gaji imungkin rm1200 itu utk sebulan gaji. Beliau nampak gembira & saya yakin mereka peniaga kecil yg agak berjaya. Itu baru satu contoh sahaja. Ada puluhan ribu peniaga Bazar Ramadhan di seluruh negara. Elok agaknya diteruskan dgn Bazar Syawal, Bazar Zulkaedah, Zulhijjah....atau pasar2 yg pelbagai sbg tapak pertama utk org Melayu berdagang. Melayu mesti jadi BANGSA USAHAWAN, samada kecil, sederhana & besar. Dgn pendapatan tinggi, kos hidup boleh diatasi dll masalah kehidupan akan banyak yg selesai. Melayu juga akhirnya boleh menguasai ekonomi negara ini, berkongsi sama dgn kaum lain, bukan hanya jadi bangsa pengguna.

Salam

(Dato Haji Ahmad b Haji Maslan).


PERUTUSAN KHAS-NAHAS MH17 OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. 1. Semalam, hari Khamis, 17 haribulan Julai 2014, dunia secara am dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-222 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine. 2. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi. 3. Pihak Malaysian Airlines telah mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 4. Justeru, bagi pihak Kerajaan, saya menzahirkan perasaan sangat dukacita dan pilu terhadap peristiwa tragik yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal tersebut. 5. Jadinya, Kerajaan ingin merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa juga simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Makanya, diharapkan kepada semua, agar cekalkan semangat dan tabah menempuh dugaan amat berat ini. Rakyat Malaysia Yang Kasihi Sekalian, 6. Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atas perbuatan itu sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diabsahkan. 7. Walau apapun, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu. 8. Selanjutnya, sebagai menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia, maka saya selaku Perdana Menteri, memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 9. Hendaknya, dalam menghadapi situasi yang sangat mencabar ini, bersempena pula dengan keberkatan dan kelebihan hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan yang mulia, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, terutama bagi yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat, terus bermunajat serta berdoa kepada Allah SWT, agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara. 10. Kepada rakyat Malaysia yang menganut agama-agama lain pula, digalakkan untuk mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing. 11. Dalam perkara ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengisytiharkan bermula pada malam ini sehingga hari Isnin, 21 Julai 2014, bendera negara dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Saya juga telah menyembah maklum perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 12. Perlu diketahui juga, saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, dikuasai serta dikawal oleh pasukan pemberontak. Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha, termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan Negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar. 13. Pertama, Kerajaan Malaysia menuntut agar pihak-pihak yang terbabit, mestilah menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyiasat sepanjang operasi ini dijalankan. 14. Kedua, Kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti ditempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan. 15. Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 tersebut ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan. 16. Ketiga-tiga tuntutan ini telah saya maklumkan hari ini, kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon. Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut. 17. Malah, pada petang tadi, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa pasukan khas, terdiri daripada pasukan SMART, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Rakyat Malaysia Yang dikasihi Sekalian, 18. Kesimpulannya, pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi kejadian yang menyayatkan ini. Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya.



Friday, July 18, 2014

KETUA PEMUDA PAS BAGAIKAN BURUNG TIONG MALAYSIAKINI

20 Ramadhan 1435H
Juma'at 8.00p.m.

Tatkala seluruh media zionis Barat berusaha membongkar dan melaporkan bahawa juruterbang pesawat MH17 mengikuti laluan konflik perang, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dilaporkan Malaysiakini menyatakan perkara yang sama. 

Saya merasa pelik seorang pemimpin yang mengaku pejuang Islam tidak meneliti sumber berita sebagaimana saranan al-Quran & Hadis. 

Kenyataan Menteri Pengangkutan Dato' Seri Leow Tiong Lai sendiri dilaporkan oleh The STAR sebagai berkata bahawa pesawat tersebut melalui laluan yang betul dan tiada perubahan laluan di saat akhir.

Demikian jua kenyataan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak. Pihak yang berautoriti untuk mengeluarkan kenyataan ini adalah International Air Transport Associaton (IATA) adalah sebagaimana berikut:-

Date: 17 July 2014

Statement on MH17
Geneva, Switzerland - 7pm

We extend our deepest sympathies to the families and friends of the passengers and crew of MH17. Based on the information currently available it is believed that the airspace that the aircraft was traversing was not subject to restrictions.

Dan semua sedia maklum bahawa hampir semua laluan penerbangan ke Lautan Pasifik melalui laluan yang sama samada sebelum atau selepas insiden tersebut.

Jelas di sini bahawa suara dan nada kenyataan Ketua Pemuda PAS tersebut adalah suara dan nada pihak yang mempunyai kepentingan untuk mengkambinghitamkan penerbangan Malaysia (MAS) dan Negara.

Demikian suatu contoh terkini bagaimana PAS cuba menangguk di air keroh terhadap tragedi yang menimpa Negara sedangkan pada saat dan ketika ini setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang dan ideologi perlu berdiri teguh menyokong sebarang usaha Kerajaan bagi merungkai setiap isu dalam tragedi ini.

Sekiranya dalam menghadapi isu-isu dalam Negara, PAS lebih dikenali sebagai BARUA DAP & PKR, maka sekiranya tercetus sesuatu yang melibatkan kedaulatan & kepentingan Negara di peringkat antarabangsa,PAS pastinya sesuai dianggap sebagai BARUA zionis.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=908447395839328&id=100000222294669

Tuesday, July 15, 2014

ILMU ASAS KEKUATAN UMAT ISLAM

APAKAH kita (umat Islam) perlu menderita dalam senyap dan menanti syurga kita di akhirat ? Ini bukanlah cara Islam malah ia amat bertentangan dengan sunnah Nabi.

Al-Quran menyuruh kita menyediakan kekuatan untuk menghalang dan mengalahkan musuh dengan kekuatan senjata , jika dahulunya angkatan Kuda perang dan pasukan memanah. Ramai yang berfikir bahawa jika kita mempunyai angkatan kuda perang dan pasukan memanah maka kita telah memenuhi kewajipan kita sebagai umat Islam. Tetapi apa yang penting bukan kuda perang atau pasukan memanah. Yang lebih penting ialah adakah kita mampu menghalang dan mengalahkan musuh-musuh kita. Dan sudah tentu pada hari ini kita memerlukan senapang , roket, kapal perang , pesawat pejuang, kereta perisai dan lain-lain senjata yang canggih. 

Kita tidak boleh bergantung pada orang lain untuk membekalkan kita dengan perkara ini selama-lamanya, lebih-lebih lagi dibekalkan oleh mereka yang menentang kita. Kita sendiri perlu mengadakannya, mereka bentuk, menghasilkan dan menguji senjata dan pertahanan sendiri .


Sudah tentu untuk melakukan semua ini kita perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Oleh itu mereka yang menguasai ilmu sains, matematik dan memperoleh kemahiran teknologi adalah mereka yang mentaati dan memenuhi ajaran Islam. 


Manakala Mereka yang menghalang umat Islam daripada belajar dan menguasai mata pelajaran ini dengan mengatakan bahawa hanya pelajaran agama akan mendapat pahala di sisi Allah maka kita sebenarnya sedang bertentangan dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi SAW. Ini sudah tentu akan melemahkan umat Islam dan menghalang mereka daripada meletakkan ketakutan di hati musuh-musuh Islam.


Orang-orang seperti ini yang menghalang orang Islam daripada mempunyai kapasiti mereka sendiri untuk melindungi diri mereka dari musuh Islam sebenarnya membantu penindasan umat Islam.

Sunday, July 13, 2014

DUNIA TIDAK MENZALIMI KITA

Ramai orang Islam cuba untuk menerangkan nasib yang menyedihkan umat Islam dengan mengatakan bahawa dunia ini bukan untuk kita. Bagi kami tempat di syurga telah dikhaskan. Di dunia akan datang musuh-musuh Islam akan dihukum dan dibuang ke dalam neraka disebabkan apa yang mereka lakukan untuk kita di dunia ini.
Adakah ini benar-benar apa yang Islam mengajar kita? Adakah Nabi s.a.w. menerima penganiayaan beliau kerana tempatnya di syurga telah terjamin? Adakah dia menikmati hakikat bahawa persecutors Quraisy beliau akan berakhir di dalam neraka? Apa yang akan berlaku kepada penyebaran Islam jika Nabi tidak berjuang menentang musuh-musuhnya, dihantar pengikut ke tempat selamat, berhijrah ke Madinah untuk membina kekuatan umat Islam, jumlah yang semakin meningkat mereka untuk melawan? Jika dia telah berundur ke menanti ganjaran selepas kematian, kita tidak akan menjadi orang Islam hari ini.
Jangan kita lupa bahawa Nabi SAW membina kekuatan Islam setelah berhijrah ke Madinah setelah menerima segala macam penganiayaan oleh kaum Quraish di kota Mekah.

Tuesday, July 8, 2014

SUAMI PUKUL ANAK SAMPAI MATI





SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
8 Julai 2014

Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam.

MELAKA - "Saya reda jika dia ditahan," kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafis, 17, remaja yang meninggal dunia akibat dipukul bapanya sendiri dengan kayu, kelmarin.

Menurut Siti Habibah, dia mahu suaminya itu bertanggungjawab terhadap perbuatannya memperlakukan anak sulung mereka sebegitu.

"Cuma saya terkilan kerana rasa pengorbanan saya selama ini tak berbaloi. Saya tinggalkan keluarga, sanggup dibenci keluarga dan sudah empat tahun tak balik kampung di Kelantan. Saya ada hubungi keluarga di kampung tapi mereka macam tak boleh terima saya lagi," katanya.

Menurutnya, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memang panas baran, namun sebelum ini sekadar meninggi suara dan memukul dengan tangan, tetapi tidak pernah menggunakan senjata termasuk kayu.

Selain itu, dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan suaminya yang tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak mereka berusia 4 hingga 16 tahun, termasuk seorang OKU, menyebabkan kesemuanya tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.

“Selepas kejadian ini, saya tekad cari kerja dan bina kehidupan baru bersama anak- anak. Cukuplah selama ini hidup berpindah-randah disebabkan sikap suami.

"Saya ingin melupakan apa yang berlaku dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam ketika urusan tuntutan jenazah.

Siti Habibah berkata, Allahyarham Muhamad Hafis yang mesra dipanggil Abang itu dikebumikan di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Menyesal sungguh...!!!

Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..'

Sunday, July 6, 2014

MEREKA SUKA KITA MENJADI PEMINTA SEDEKAH

Mereka menaikan harga berlipat kali ganda, dapat keuntungan berganda-ganda sampai bangsa ini jadi gelandangan merempat melutut menyembah meminta simpati untuk hidup di bumi sendiri....

Maka barulah mereka menghulurkan sedikit bantuan hasil dari wang untung berjuta-juta dengan sekotak rumah 3 bilik. 

Maka Bertempiklah Hamba-hamba abdi lalat hijau mereka bahawa inilah Khalifah yang di tunggu-tunggu.

Saturday, July 5, 2014

FITNAH PEMBANGKANG KEPADA KU NAN - INI JAWAPANNYA


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888 Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my

KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
"KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR"

Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:

Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;

Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.

Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai
kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.

Kawasan “Hot Spot” masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.
Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses “pungutan” terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan in
i mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep “Anjung Singgah” yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;
Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’.

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memasti
kan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.

Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR 

Thursday, July 3, 2014

DILEMA HUKUM ISTERI SOLEHAH BERSUAMIKAN FIR’AUN


Saban hari inbox Warga Prihatin semakin dipenuhi dengan pelbagai keluh kesah Sang Isteri yang mengutarakan masalah suaminya. Biasa memang kami rajin memberikan highlight terhadap isu yang mengajak isteri membanyakkan sabar dan meningkatkan ketaatan kepada suami sehingga RPWP seringkali dinampakkan agak berat sebelah.
Memanglah dalam sejarah, isteri yang terbaik yang Allah pernah nukilkan ialah isteri Firaun sendiri iaitu Asiah Binti Mahazim. Sekalipun suaminya seorang yang togho (melampaui batas) beliau tetap bersabar dan menyembunyikan keimanannya kepada Allah.
"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata:" Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. " (QS: At-Tahrim [66]: 11)
Perkahwinan Asiah yang amat jelita juga tidak atas kerelaan diri. Ia semata-mata kerana ingin menyelamatkan ibubapanya yang disiksa oleh Firaun agar Asiah menerimanya sebagai suami. Salah satu perjanjian Asiah ialah beliau sanggup menjadi isteri termasuk menemani Firaun ke majlis rasmi, namun beliau tidak mahu ditiduri Firaun.
Pelbagai kekejaman Firaun diperhatikan oleh Asiah di istana itu namun beliau tetap sabar. Akhirnya beliau dihadiahkan anak angkat lelaki bernama Musa a.s. lalu menjaganya dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Kesabaran Asiah dan Musa a.s. itu jugalah yang berjaya mendidik anak angkatnya itu sehingga menjadi seorang rasul.
Sepertimana sejarah nabi nabi yang lain, rata-rata golongan anbiyak ini dibesarkan dalam persekitaran jahiliyah. Pengalaman hidup itu lalu dijadikan pelajaran untuk mereka membetulkan akhlak umat. Musa a.s. banyak mendapat jalan keluar hasil dari melihat kejahatan Firaun, Ibrahim a.s. pula banyak memerhatikan kebatilan amalan ayahnya. Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang memerhatikan kejahatan Abu Jahal dan Abu Lahab bapa saudara baginda.
KEGAGALAN LELAKI PUNCA RUKUN NIKAH TIDAK BERFUNGSI
Tegak runtuhnya sebuah rumahtangga itu bermula dari peranan LELAKI. Dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang selalu kami utarakan, peranan lelaki yang paling utama ialah qowwam terhadap nisa’ (ISTERI). Antara unsur qowwam yang penting ialah kemampuan suami untuk MENDIDIK serta MENASIHATI isteri, memberi nafkah, dan kemampuan MENGHUKUM ISTERI dengan wajar dan adil. Suami yang tidak mampu mendidik dan menasihati isteri biasanya memiliki isteri yang nusyuz dan tidak mampu pula menegur atau menghukum dengan adil. Maka jadilah ia suami yang dayus.
Hari ini semuanya sudah tunggang terbalik. Ramai isteri-isteri yang mengadu tentang kerja buat suami mereka yang melepaskan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ramai yang mengadu sampai teresak-esak menangis. Dari tangisan itu dapat kami rasakan sejauh mana tekanan dan penderitaan yang dialami. Ada yang suaminya dari kalangan ustaz, atau tok lebai yang sentiasa solat berjemaah 5 waktu di masjid, namun sarana kehidupan serba kekurangan, keselamatan dan kesejahteraan anak isteri tidak diambil berat.
Bukan mereka perlukan kemewahan sangat. Tapi kalau sampai tombol pintu utama rumah sendiri pun sampai tidak boleh guna sampai rumah tidak berkunci, di manakah fungsi seorang suami? itu tidak termasuk anak-anak yang ramai dan besar-besar belaka. Bilik hanya dua. Lelaki perempuan tidur bersama dalam satu bilik. Amat menyedihkan apabila ada yang mengadu anak-anak mereka mengakui pernah melakukan sumbang mahram sesama mereka. Itulah keadaan hidup masyarakat kita hari ini.
Rukun nikah itu ada 5 dan setiap rukun itu perlu ditegakkan di sepanjang hayat perkahwinan. Pernikahan bukan hanya pada saat tok kadi bersalam dan mengakadkan kita sahaja tetapi ia harus berlaku di sepanjang hidup berumahtangga itu sendiri.
Rukun-rukun seperti Lelaki, Wanita, Wali, Saksi dan Lafaz Ijab & Kabul kini hanya menjadi hafalan untuk melayakkan lelaki itu menikahi gadis pilihannya. Tetapi selepas itu, terlalu banyak pengabaian RUKUN nikah itu sendiri. Jika rukun itu menjadi tiang rumah tangga, wajarlah rumah tangga runtuh kerana semua tiangnya tidak berdiri tegak.
Rukun PERTAMA iaitu fungsi LELAKI itu sendiri sebagai abal-hakam adalah yang awal awal dilupakan. Suami yang perlu qowwan memimpin isteri tidak berlaku. Bila lelaki gagal memimpin, maka fungsi isteri (WANITA) untuk taat kepada suaminya pula tidak berlaku. SAKSI dan WALI nikah juga tidak membantu dalam perjalanan rumahtangga itu. IJAB & KABUL juga terhenti di situ. Selepas nikah tiada lagi isteri salam, cium tangan dan meminta izin dari suami. Kehidupan harian berjalan tanpa amalan akad, doa, izin dan salam lagi.
Selama ini, semua kegagalan itu banyak dibaca sebagai kelemahan wanita. Kita lupa bahawa wanita itu memang fitrahnya bengkok dan memerlukan lelaki yang qowwam untuk meluruskannya. Fenomena semasa pula peranan LELAKI tidak berlaku. Ia seperti seorang lelaki yang kelihatan fiziknya seperti lelaki tetapi rohani / fungsinya tidak seperti seorang lelaki. Rukun nikah telah gagal diteruskan jika lelaki tidak berfungsi seperti sepatutnya sehingga ISTERI tidak mampu dibentuk olehnya. Lambat laun, bercerai juga akhirnya.
Apabila disebut tentang tanggungjawab isteri, pandai pula si suami menggunakan klausa peruntukan untuk memukul isteri yang nusyuz (QS:4/34) tetapi tidak pula dia qowwam untuk menjadi pengatur rumahtangga yang baik. Hidup suami hanya menghadap telefon bimbit berwhatsap dan berwechat dengan ‘kekasih gelap’ sepanjang hari. Ada pula yang leka di hadapan komputer dengan laman sosial mereka dan tidak kurang juga hantu-hantu game komputer yang lagho tidak kira siang atau malam.
Bila cerita tentang kahwin 4, laju sahaja LELAKI menyokong sunnah, namun apabila bercerita tentang tanggungjawab ramai pula yang buat-buat tak dengar. Terlalu banyak juga kes suami kawin 4 kerana nak mengumpul harta yang dijana oleh isteri. Dia jadi taukeh atau jantan sewaan sahaja. Bila cerita tentang adil contohnya, pandai pula kata, “Nabi lain lah...nabi memang adil...kita ni orang biasa sahaja”.
Sudahnya, tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak terabai. Suami asyik guna masa senggang untuk menghibur diri sendiri dan bukan ke arah pembangunan ekonomi dan sahsiah isi rumah. Sebab itu pendapatan tidak kecukupan lantas isteri-isteri yang NABI SUDAH ARAHKAN untuk berada di belakang hijab (di rumah) dipalau keluar untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walhal itu semua ialah tanggungjawab sang suami.
Semasa menulis artikel ini, kami baru sahaja selesai membincangkan dalam syuro kami tentang kes-kes aduan rumahtangga terkini. Satu daripadanya ialah tentang pasangan yang bijak pandai lulusan universiti dan sedang dalam proses bercerai. Mengapa? Kerana macam biasa, suaminya tidak berfungsi sebagai suami.
Antara kes yang biasa ialah rungutan isteri yang kena buat kerja suami cari nafkah di luar. Hasilnya habis dibayar bil-bil, sewa rumah, susu anak, pengasuh dan macam-macam lagi. Wang suami habis buat bayar motorsikal superbike, kereta sporty, ikut konvoi sana sini, beli gadget komputer, aksesori kereta dan macam-macam lagi. Kasih sayang kepada isteri dan anak juga tidak dapat ditumpahkan kerana mata terlalu fokus kepada telefon bimbit dan komputer ribanya.
Fungsi WANITA itu juga salah satu klaus dalam rukun nikah. Hari ini banyak fungsi wanita telah hilang selepas akad nikah. Seterusnya ia mematikan pula fungsi AKAD, sehingga ikatan pernikahan (aqad) itu jadi longgar dan terputus. AKTUAL AKAD di mana amalan isteri agar meminta izin ke sana dan ke mari sudah tidak diperduli. Mereka bebas keluar rumah atas dasar kerja, berniaga atau urusan rumahtangga yang telah diabaikan suami. Bila pendapatan isteri lebih besar dari suami nanti, ada pula yang jadi queen control.
DILEMA KESAHIHAN NUSYUZ DAN ISTERI YANG MINTA CERAI
“Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq”. [HR: al-Tirmizi, Shahih Sunan no: 1186]
“Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga.” [HR: Abu Daud, Shahih Sunan No: 2226]
Sesungguhnya ini persoalan yang paling berat sekali. Analisa kami menunjukkan bahawa majoriti yang berusaha mencari penyelesaian, samada yang datang sendiri, ajuan melalui inbox atau komen munakahat dan parenting ialah golongan isteri. Kadangkala sudah datang bersama suami berkali-kali pun, namun hanya isteri yang berbicara dan bertanya itu ini sedangkan suami tidur dalam kereta. Urusan anak sekolah, pendaftaran universiti, malah anak-anak yang ditahan di lokup polis juga isteri yang uruskan.
Dalam hal ini, ramai ustaz yang mengulangi nasihat untuk isteri terus bersabar dan mentaati kehendak suami sekalipun perangainya macam Fira’un. Soalan mereka dalam kes begini: wajarkah isteri memisah diri dari bilik tidur, atau menolak ajakan suami sedangkan Allah dan rasul telah tegas menyatakan bahawa itu menjadi punca murka suami dan Allah?
Wajarkah isteri menuntut cerai jika suami bukan sahaja sudah tidak menyediakan nafkah asas, malah berpoya-poya dengan perempuan lain, gila menambah isteri, bahkan menggunakan pendapatan isteri tua yang dipalau bekerja menyara keluarga. Tugas mendidik anak isteri dengan ilmu agama jauh sekali. Ini memang amat menepati dengan statistik yang merujuk kepada kami.
Pendirian kami dalam hal isteri menolak ajakan suami yang macam Fir'aun ini adalah 'harus' dari hukum syarak. Ini merujuk kepada sunnah Asiah isteri Firaun yang Allah nukilkan sebagai contoh terbaik seorang isteri beriman. Asiah telah membuat perjanjian untuk tidak mahu ditiduri Firaun kerana kekafirannya. Syarat itu kekal sehingga beliau mati akibat disiksa oleh Fir’aun. Salah satu ciri kekafiran Fir'aun ialah menindas dan berbuat sewenang-wenang.
Segala hadis dan firman yang menuntut isteri tidak sekali-kali menolak ajakan suami yang kami utarakan di rencana sebelum ini adalah khusus untuk suami yang beriman dan adil sahaja. Jadi bagi isteri yang tertindas dan tidak redha dengan suami Fir'aun begini, wajar sekali menolak ajakan suami kerana situasi tegang ini akan menggalakkan pelbagai kesan keganasan 'sewaktu bersama'.
Langkah seterusnya terpaksalah siisteri menuntut cerai. Ada banyak riwayat hadis yang mengatakan ‘jatuhnya talak dengan sendiri’ bagi seorang isteri yang beriman sedangkan suaminya masih ingin kekal kafir. Huraian kafir yang ingin diperluaskan ialah situasi bagaimana jika suami masih terus mengingkari hukum dan perintah syarak, sedangkan isteri sudah mendapat hidayah dan mahu memulakan hidup di jalan Allah.
Hujah seterusnya kami petik dari riwayat 2 orang puteri Rasulullah SAW yang berkahwin dengan sepupu mereka, anak kepada saudara ibunya Khadijah r.a., yang juga merupakan cucu Abu Lahab bapa saudara Rasulullah SAW. Kesemua tuntutan cerai itu mesti atas dasar akidah dan dengan cara berhemah semata-mata, tanpa disertai hasad dan dendam. Setelah suami kembali kepada jalan Allah, maka wajar rujuk semula jika mahu.
Ruqayyah binti Muhammad SAW telah menikah dengan Utbah bin Abu Lahab, kemudian dituntut oleh baginda lalu dinikahkan dengan Utsman bin Affan ra. Demikian juga tuntutan membebaskan puteri baginda yang bernama Zainab daripada suaminya Abul 'Ash. Setelah dia masuk Islam maka Rasulullah SAW. pun mengembalikan Zainab kepadanya.
Rasulullah juga pernah membenarkan tuntutan cerai isteri kepada Tsabit bin Qais yang walaupun tidak memberitahu kemungkaran dan penganiayaan suami beliau terhadap dirinya (kerana menjaga aib suami). Syaratnya (tanpa alasan ciri Fir'aun yang dikemukakan) hanya dengan mengembalikan mahar berupa kebun yang dihadiahkan sewaktu nikah. [ringkasan riwayat dari Shahih al-Bukhari, no: 5273]
Kesimpulannya, jika hukum Allah tidak dipatuhi, maka seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki alasan yang sah dari sudut syarak yang kuat lagi munasabah. Namun nasihat kami jadikanlah ini jalan keluar yang terakhir, bukan sewenang-wenang. Justifikasi nusyuz dan suami bertaraf fir'aun harus diperhalusi sepenuhnya dengan akal dan iman.
KESIMPULAN
Analisa kami menunjukkan punca utama keruntuhan rumahtangga ialah ‘suami yang hilang fungsi’ sebagai abal hakam (pembuat/bapa hukum) selaku pemimpin bagi sebuah unit keluarga. Akhirnya isteri yang tidak terdidik pula jadi hilang fungsi kewanitaannya. Ini kerana salah satu fungsi utama suami itu sendiri ialah MENDIDIK ISTERI untuk memainkan peranan sebagai WANITA / ISTERI dengan betul.
Fenomena lelaki dayus ataupun 'cucuk hidung' juga semakin meluas hari ini. Berdasarkan kajian kami sendiri, isteri yang menjadi queen control berasal dari sebuah rumahtangga yang suaminya tidak mampu untuk qowwam dan menjadi abal hakam yang baik. Lalu si isteri yang asalnya bergantung kepada suaminya terpaksa bekerja dan mencari nafkah, terpaksa memandu untuk mengurus anak dan survival rumahtangga.
Lambat laun pendapatan isteri lebih tinggi dari suaminya. Di situ mulanya bagi Sang Isteri yang LUPA akan tanggungjawabnya dan menggunakan kelebihan itu untuk menjadi queen control mendominasi suaminya. Suamipun tak dapat nak buat apa-apa sangat kerana bekerja pun susah naik pangkat ataupun naik gaji kerana sikap pemalas dan lalainya. Akhirnya suami pula nak kena jadi pak turut oleh isterinya sendiri. Di situ juga fungsi seorang lelaki tidak berlaku. Adakah pernikahan masih sempurna? Atau telah dikhianati?
Kami seru kepada semua para suami untuk qowwan dan menjadi suami sehebat Ibrahim AS yang mampu mendapat dan mendidik isteri yang setaat Siti Hajar lalu menghasilkan anak sehebat Nabi Ismail. Rujukan berikut mungkin membantu:
Janganlah para suami ambil kesempatan dengan perintah Allah dan Rasul agar isteri sentiasa taat dan patuh kepadanya lalu berbuat sewenang-wenang. Hujjah di atas jelas menunjukkan bahawa jika suami gagal memainkan peranan, bermakna kita telah mengingkari (kufur) perintah Allah. Kerana itu, ketatapan isteri patuh kepada suaminya juga terbatal kerana Islam itu sangat adil.
Kudap munakahat
WARGA PRIHATIN

TOLAK TAWARAN MENJADI PENGERUSI MAJLIS KONSULTASI PERPADUAN NEGARA

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.
Ikuti luahan beliau tentang Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.
"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."
"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."
"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".
"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".
"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"
"Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam”.
"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".
1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."
"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".
"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".
"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang”.
"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-
“Akhirnya pengundi-pengundi telah matang”.
(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.
"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"
"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"
"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."
"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."
"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."
"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."
"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."
"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."
"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."
"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."
"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".