Sunday, April 20, 2014

PAS PERLU KELUAR DARI KAPAL DAP DAN PKR

Adalah sesuatu yang tidak wajar lagi apabila Pas memusuhi UMNO yang menyokong Pas 100% dalam perlaksanaan hudud, sedangkan Pas boleh pula bersama-sama dalam satu kapal dengan Dap dan Pkr padahal mereka merancang untuk mencampakkan Pas ke dalam laut. 

Lebih baik Pas berpindah kapal sebelum Pas dibuang ke laut oleh Pirate of Pakatan. Dikala itu Pas tiada pilihan samaada sambut tangan UMNO atau terus tenggelam dalam lautan politik tanpa dapat dikesan oleh radar. UMNO tidak sanggup untuk mentalkin Pas dikala Islam ditindas di seluruh dunia.

Kebebasan yang tiada sekatan

Catatan seorang Zamzuri

20 Jamadil Akhir 1435H
Ahad 1.00a.m.

Tatkala Nurul Izzah (PKR) menyatakan di dalam suatu forum bahawa orang-orang Melayu juga berhak bebas untuk murtad, Rakyat Malaysia mendapati ianya amat selari dengan faham kebebasan dan hak individu mengikut acuan zionis Barat.

Isu yang menjadi hangat pada suatu ketika dahulu sebenarnya menyentuh persoalan aQidah dan begitu bersifat mendasar (usul agama dan bukannya furu'iyyah/cabang).

Akibat tiadanya penguatkuasaan dan perundangan (yang sesuai), maka ianya dilihat sebagai pendapat peribadi yang tiada kaitan dengan aQidah dan ideologi sesebuah parti politik.

Ternyata gerakan untuk menghakis aQidah dan stratifikasi sosial masyarakat diteruskan dengan penuh konsisten tatkala Ngeh Khoo Ham (DAP) menyatakan suatu perundangan perlu digubal bagi membolehkan umat Islam Melayu dikahwini/mengahwini bukan Islam.


Lebih parah dari itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkahwin dengan seorang India beragama Hindu sedangkan beliau merupakan seorang Cina Kristian dan telah pun melahirkan seorang anak.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah ideologi zionis Yahudi, pluralisme agama serta liberalisasi sosial BUKAN SEKADAR menjadi prinsip dan ideologi perjuangan pakatan haram, BAHKAN MENJADI AMALAN HIDUP mereka.

Ianya suatu kaedah halus dan sistematik untuk menghapuskan identiti etnik masyarakat Malaysia dan meruntuhkan tamadun kemanusiaan secara halal dan sah dari perspektif perundangan dan sasarannya adalah agama dan bangsa yang dominan di Malaysia, iaitu Melayu Islam.

Tuesday, April 15, 2014

KAMI AKAN TENTANG HABIS-HABISAN HUKUM ISLAM "DAP & PKR"

DAP DAN PKR TOLAK HUDUD...!!!

Pada dasarnya UMNO telah bersetuju untuk bersama-sama PAS dalam kerangka kerjasama untuk melaksanakan hudud. Namun ianya bukan jaminan bahawa hudud dapat dilaksanakan kerana PAS masih memerlukan 35 lagi kerusi untuk menjayakan agenda ini. Persoalannya kini adakah PAS mampu untuk memujuk rakan pakatannya untuk bersama-samanya kini. Atau PAS akan ditentang habis-habisan oleh rakan sepakatan tahalus siasinya sedangkan musuh tradisinya UMNO bersama-sama ingin mendaulatkan hukum Allah di bumi Malaysia ini. 

SALAH UMNO LAGI KAH ANDAI DAP DAN PKR MENOLAK HUDUD...???






KUALA LUMPUR 14 April - 

Pas Kelantan terus menerima tekanan daripada rakan sekutunya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertegas mematuhi perjanjian pada 2011 untuk tidak melaksanakannya.
Perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang itu antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud demi menghormati penentangan konsisten yang dibuat oleh DAP berhubung pelaksanaan hukum tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian tersebut kekal selagi belum ada apa-apa penjelasan daripada Pas untuk menguatkuasakan hukum Islam itu di Kelantan.
Menurut beliau, PKR akan menunggu keputusan mesyuarat Biro Lajnah Politik Pas yang akan membincangkan perkara berkaitan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat sebelum pimpinan tertinggi PKR membuat ketetapan.
“Saya difahamkan perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat Pas Pusat dan kemudian dibawa kepada biro politik yang masih belum bermesyuarat tetapi belum ada keputusan jelas bagaimana proses itu akan dijalankan.
“Sehingga kita jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Pas dengan enakmen ini barulah PKR akan bawa perkara ini kepada perbincangan peringkat tertinggi parti," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Rakaman sidang akhbar itu disiarkan di laman portal, Harakah Daily yang turut dimuat naik di laman sosial YouTube.
Semalam, Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.
Malah, katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.
Baru-baru ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Saifuddin berkata, pakatan pembangkang telah mencapai tiga perkara pada mesyuarat MPP tiga tahun lalu itu iaitu Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan Pas Kelantan yang melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah pada 1993 sebelum pakatan ditubuhkan.
Malah, katanya, Majlis Presiden turut mengakui dan menyedari penentangan daripada DAP terhadap enakmen tersebut yang kekal konsisten sehingga hari ini.
Selain itu, katanya, pada mesyuarat itu juga pimpinan pakatan pembangkang turut mengakui kerjasama politik untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Keputusan terakhir masih kekal melainkan perkara sekarang yang dicadang Kelantan itu dibawa Pas kepada Majlis Presiden dan dibincang semula untuk mencapai apa-apa keputusan.
“Sekiranya masih belum berlaku, pakatan pembangkang terikat dengan ketetapan itu dan PKR sebagai komponen dalam pakatan juga terikat," katanya.

Monday, April 14, 2014

DEMOKRASI SEBAGAI SATU AGAMA BARU SEMBAHAN MANUSIA

Manusia akhir zaman kini menjadikan Demokrasi sebagai satu agama baru. Apa sahaja tuntutan demokrasi semuanya hendak dipenuhi walaupun menyalahi tatasusila, kesopanan dan fitrah sebagai manusia. 

Bahkan ada beberapa kumpulan orang yang mengaku Islam membela dan membantu kaum songsang ini menghalalkan gaya kehidupan mereka.

Sungguh amat mencabar dunia hari ini. Kita bila-bila masa sahaja boleh terjerumus secara tidak sedar kepada kesyirikan yang tersembunyi ini . Iman boleh terbang dari dada-dada orang beriman seperti terlepasnya anak panah dari busarnya
.

“Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Secara umum, manusia moden menganggap demokrasi merupakan satu sistem yang sangat baik - suci dan murni. Ini kerana demokrasi didakwa sebagai sistem politik rakyat. Kerajaan rakyat, oleh rakyat untuk rakyat. Kata Lincoln. 

Dan sudah tentu sistem feudalisme merupakan musuh kepada demokrasi. Kita lupa, pendukung demokrasi sebelum Pax Americana adalah Rom. Di akhir-akhir zaman republikan Rom, kebobrokan demokrasi semakin terserlah hingga Rom sendiri menjadi empayar dengan adanya Maharaja di era Pax Romana.

Kemudian datanglah 'liberty', 'hak asasi', 'kebebasan bersuara', 'equality'. Saya sendiri sebenarnya sangat menghargai kebebasan saya. Malah masih menjadi ungkapan keramat bagi saya: "Libertas virorum fortium pectora acquit" atau "liberty stimulates spirit of a strong man".

Namun lagi sekali manusia melupakan sejarah. Demokrasi memang bagus namun bukan tanpa cacat cela. Selepas Revolusi Perancis yang memancung ratusan ribu rakyatnya untuk menggulingkan sistem feudal, Perancis di bawah 'Reign of Terror' jauh lebih kejam, menindas dan menzalimi rakyatnya. 

Dengan cogan 'Liberty, Equality dan Fratenity' kekecohan dan kebobrokan berada di mana-mana hingga muncul Napoleon dengan keupayaan tinggi ketenteraannya mampu mewujudkan keamanan dan kestabilan. Dan Napoleon memilih untuk menjadi Maharaja. Rakyat Perancis berasa lebih aman ketika itu jika dibanding dengan zaman revolusi.

Akhir-akhir ini kita melihat demokrasi di Malaysia dengan slogan 'kebebasan, hak asasi, persamaan' sudah mengambil bentuk yang makin menakutkan. Ia bukan hanya menakutkan pihak berkuasa tetapi menakutkan silent majoriti yang non partisan.

Beberapa puak sudah tanpa segan silu sanggup mencerca agama lain, sanggup menghina Raja-raja Melayu, lagu kebangsaaan dan bendera Malaysia. Semuanya atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara.

Hari Kemerdekaan dipolitikkan dan dilihat sebagai sambutan pihak pemerintah. Hasutan dan tarbiah kepada anak-anak muda yang 'hanya bersemangat' tapi kosong otaknya berjaya membawa politik demokrasi Malaysia semakin menghampiri 'anarchy' dan 'chaos'.

Sementara pihak pemenrintah takut untuk melakukan sesuatu walapun sudah ada peruntukkan undang-undang kerana takut dilabel zalim. Mereka bimbang hilang undi golongan 'liberal'.

Namun demokrasi hanya sistem. Ia bukan agama. Ia tidak 'written in stone'. Dan ada pihak takut dituduh tidak demokratik kerana bimbang dengan pandangan 'orang luar'. Apa guna kemerdekaan?

Seperti ungkapan Tywin Lannister dalam Game of Thrones: "the lion doesn't cares the opinions of sheeps".


Kebiasaan dalam sejarah selepas demokrasi menjadi terlalu kucar kacir, kuasa akhirnya akan dipusatkan kepada sesuatu individu atau institusi yang kuat tanpa mendengar rungutan 'sheeps' dan 'monkeys' yang suka tunjung punggung, pijak gambar dan tukar bendera.

MANUSIA SUDAH JADIKAN DEMOKRASI SEBAGAI SATU AGAMA



1. Bagaimana Tun melihat sistem demokrasi?
Sekarang saya dapati ramai daripada kita menjadikan demokrasi satu "agama". Itu yang menjadi masalah pada masa kini. Kita tetap amalkan demokrasi walaupun mampu membinasakan kita. Saya bagi contoh Mesir, negara negara Timur Tengah, Thailand yang menyalahgunakan demonstrasi. Kerajaan yang dipilih secara adil, dijatuhkan oleh demokrasi melalui demonstrasi jalanan. Ada kala kita perlu mempertimbangkan sama ada demokrasi itu lebih utama atau kelebihan rakyat itu lebih utama. Demokrasi ciptaan manusia, maka ia pasti tidak sempurna.
2. Mengenai sosial media yang berkembang luas dan bebas tanpa had, apa pesan Tun kepada generasi muda?
Pisau boleh mengukir ukiran yang cantik, juga boleh digunakan untuk membunuh. Sama seperti sosial media. Kita perlu pupuk nilai baik kepada generasi muda sejak kecil supaya tidak ada salah guna dalam sosial media. Selain itu,
kita perlu ada sekatan terhadap sesetengah saluran seperti bahan lucah yang menjadi punca masalah sosial pada masa kini. Kebebasan perlu ada batasan. Media ini perlu dikaji secara bersama supaya kesan buruk ini tidak mempengaruhi generasi muda.
3. Kenapa tenaga kerja Indonesia (TKI) di negara-negara seperti Taiwan, Singapura tidak mempunyai sebarang masalah seperti tenaga kerja Indonesia di Malaysia?
Sebenarnya jumlah TKI Indonesia di Malaysia adalah paling ramai, kerana kita hampir sama. 1 juta rakyat Indonesia ada di Malaysia, dan ada antara mereka yang datang secara haram. Ada juga yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan. Undang-undang di Malaysia menetapkan sesiapa yang bekerja lebih masa di Malaysia akan memperoleh elaun yang lebih. Ini antara sebab kenapa ramai yang datang ke Malaysia. Antara jumlah besar ini tak semua baik-baik, maka mereka ini akan dikenakan
tindakan sama seperti rakyat Malaysia sendiri. Kita tidak membezakan. Rakyat Australia pernah menyeludup dadah ke Malaysia, dan kita mengenakan hukuman gantung kepada mereka. Kalau tak buat salah, tak kan kita nak buat apa-apa kepada mereka. Saya berpendapat, kalau Malaysia ini begitu buruk seperti yang digambarkan sesetengah pihak, tak ramai yang akan datang ke Malaysia. Kita banding dengan Singapura, Hong Kong, Taiwan. Tak ramai rakyat Indonesia di
sana. Selain itu, negara-negara ini turut pernah ingin menjatuhkan hukuman gantung kepada rakyat Indonesia sehingga kerajaan Indonesia perlu membayar 36juta untuk menebus rakyat Indonesia ini. Di Malaysia, kita tak buat perkara ini.
4. Kenapa sahabat saya, sahabat negara Indonesia, DS Anwar ering dikenakan hukuman? Lepas satu satu beliau kena hukum.
Anwar juga sahabat saya dulu, walaupun ramai tak mahu Anwar dalam UMNO. Anwar mahu ketua pemuda, saya bagi. Anwar mahu
Naib Presiden UMNO, saya restui pertandingannya. Selepas itu, dia nak pula bertanding Timbalan Presiden UMNO. Saya bagitahu, ini tak pernah berlaku kerana tidak pernah ada orang cabar timbalan presiden UMNO sebelum ini. Namun, saya tetap terima malah saya lantik dia jadi timbalan PM saya. Orang kata saya banyak tahan, kekang dia, tetapi saya yang angkat dia. Cuma dia melakukan perkara yang tak boleh diterima. Saya tak langsung memecat dia, malah kita bagi peluang dia menjelaskan. Tetapi dia bukan jelaskan pun. Dia marah-marah. Saya dibaling macam-macam benda oleh penyokong dia, tetapi saya tak kisah. Selepas dia keluar, dia tubuh parti keluarga dia. Namun, dia disabitkan lagi kesalahan. Anwar menggunakan mahkamah untuk kepentingan dia. Dia saman saya 100juta. 100juta ni, kalau saya kalah, saya bankrup. Tetapi saya dibebaskan daripada tuduhan dia, dan sepatutnya dia bayar kepada saya ganti rugi. Ganti rugi yang nak bayar lawyer saya pun tak mampu. Kalau dia salah, tetap salah. Mana ada undang-undang untuk sahabat, undang-undang untuk musuh, semua sama.
5. Boleh Tun jelaskan DEB?
Di Malaysia ada 3 kaum besar. Pada zaman British, mereka bawa masuk ramai Cina dan India. Kita terima dengan hati terbuka. Cina, yang memang bijak berekonomi, memang kaya dari dulu sampai sekarang. Dan yang paling miskin adalah orang Melayu. Perbezaan kekayaan ini mampu mencetuskan keadaan yang tegang yang boleh menyebabkan rusuhan seperti tahun 1969. Maka dengan itu, kita cuba untuk mewujudkan keadaan yang adil untuk semua pihak. Maka kita wujud DEB dengan dua tujuan. Satu, hapuskan kemiskinan dalam setiap kaum. Dua, kita membawa keadaan sama rata untuk setiap kaum. Kalau dulu, bumiputera hanya menguasai 2% ekonomi, sekarang sudah melebihi 20%. Cina, yang dahulu 30%, sekarang lebih kurang 60%. Ini bagi mewujudkan keadaan yang tidak terlalu berbeza antara kaum di Malaysia.

DAP SEBENARNYA TAKUT KEPADA PENYATUAN MELAYU


Kerajaan PAS Kelantan tidak perduli laa DAP nak bising ke nak tentang ke , PAS tetap akan membentangkan Rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat. Manakala ADUN UMNO di Kelantan bersedia untuk menerimanya 100%.

Kan cantik macam tu, Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan UMNO membenarkan hudud di laksanakan di negeri - negeri dan kerajaan negeri di Kelantan di bawah kuasa PAS bersetuju untuk membawa rang undang-undang ke Dewan Rakyat yang mana akhirnya DAP dan MCA terpaksa nga-nga kerana mereka tidak ada kuasa. Manakala PKR dah berbuih mulut ...

Kalau DAP dan PKR berani , keluarlah dari pakatan. Sudah tentu mereka tidak akan dapat undi lagi dari orang Melayu PAS dan PKR yang selama ini membenci mereka dalam diam. Dengan itu habislah cita-cita mereka untuk memperkadukkan PAS dan PKR dalam usaha mendirikan kerajaan caca -marba yang mereka idamkan.

Manakala ketua UMUM PKR pula hanya dapat bermimpi dapat duduk di kerusi empuk perdana menteri. Hancur segala cita-citanya.

MCA yang sudah tidak ada taringnya lagi kepada kaum cina boleh lah duduk diam-diam. Jangan cakap banyak dan buat kerja untuk bantu kerajaan.

INILAH HASILNYA JIKA UMNO DAN PAS BEKERJASAMA .....ISLAM DAN MELAYU AKAN JADI LEBIH KUAT.

Sunday, April 13, 2014

MALCOM X

Malcolm X Dan Islam


Malcolm X

Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka  memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan merasai kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul. 

Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

Kehidupan Awal

El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim Amerika. Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies.

Ibu bapa Malcolm X

Ayahnya telah dibunuh oleh pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau kulit putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.

Kesukaran hidup dalam arus perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari 1946 dan dipenjarakan di Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada 27 Febuari 1946.

Islam Mengubah Hidupnya

Hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpinNation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu.

Elijah Muhammad

Nation Of Islam

Enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. 

  1. Islam ialah agama sebenar untuk golongan kulit hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu kulit putih.
  2. Kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang kulit hitam dan orang kulit hitam itu tuhan. 
  3. Kulit hitam ialah golongan terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran. 
  4. Golongan kulit putih sebenarnya syaitan. 
  5. Pengasingan sosial dan politik daripada golongan kulit putih ialah keutamaan yang suci dan mulia. 
  6. Keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia adalah bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal (Original People).

Kehidupannya Bersama NOI

Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti kulit hitam di US.

Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika.

Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam”.

Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah.


Pidato Malcolm X sentiasa mendapat sambutan

Hijrah Malcolm X

Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.

Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.

Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yang membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya.

Masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua individu ini.

Pada perspektif seorang 
penganut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain,perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.

Hidayah Ketika Haji

Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.

Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI.

19 April 1964, Malcolm menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat mengatasi masalah perkauman.


Perpaduan antara pelbagai warna kulit di Mekah memberi kesan kepada Malcolm X

Bertitik tolak daripada 
pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.

Era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusimasjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

Pembunuhan Malcolm X

21 Febuari 1965, di 
Manhattan's Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu kekecohan dan seorang lelaki menjerit “Keluarkan tangan kau dari poket aku! Jangan mengganggu poket aku!”. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu bersama pengawal peribadinya.

Fahaman Yang Sahih

Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

Beliau seorang 
Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata

Malcolm X, semua orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya.

Surat
 Malcolm X ketika sedang mengerjakan Haji

Ketika beliau berada di Makkah, Al-Hajj Malik El-Shabazz menulis surat kepada penolong setianya yang berada di Harlem

"Never have I witnessed such sincere hospitality and overwhelming spirit of true brotherhood as is practiced by people of all colors and races here in this ancient Holy Land, the home of Abraham, Muhammad and all the other Prophets of the Holy Scriptures. For the past week, I have been utterly speechless and spellbound by the graciousness I see displayed all around me by people of all colors. 

"I have been blessed to visit the Holy City of Mecca, I have made my seven circuits around the Ka'ba, led by a young Mutawaf named Muhammad, I drank water from the well of the Zam Zam. I ran seven times back and forth between the hills of Mt. Al-Safa and Al Marwah. I have prayed in the ancient city of Mina, and I have prayed on Mt. Arafat." 

"There were tens of thousands of pilgrims, from all over the world. They were of all colors, from blue-eyed blondes to black-skinned Africans. But we were all participating in the same ritual, displaying a spirit of unity and brotherhood that my experiences in America had led me to believe never could exist between the white and non-white." 

"America needs to understand Islam, because this is the one religion that erases from its society the race problem. Throughout my travels in the Muslim world, I have met, talked to, and even eaten with people who in America would have been considered white - but the white attitude was removed from their minds by the religion of Islam. I have never before seen sincere and true brotherhood practiced by all colors together, irrespective of their color." 

"You may be shocked by these words coming from me. But on this pilgrimage, what I have seen, and experienced, has forced me to rearrange much of my thought-patterns previously held, and to toss aside some of my previous conclusions. This was not too difficult for me. Despite my firm convictions, I have always been a man who tries to face facts, and to accept the reality of life as new experience and new knowledge unfolds it. I have always kept an open mind, which is necessary to the flexibility that must go hand in hand with every form of intelligent search for truth." 

"During the past eleven days here in the Muslim world, I have eaten from the same plate, drunk from the same glass, and slept on the same rug - while praying to the same God - with fellow Muslims, whose eyes were the bluest of blue, whose hair was the blondest of blond, and whose skin was the whitest of white. And in the words and in the deeds of the white Muslims, I felt the same sincerity that I felt among the black African Muslims of Nigeria, Sudan and Ghana." 

"We were truly all the same (brothers) - because their belief in one God had removed the white from their minds, the white from their behavior, and the white from their attitude." 

"I could see from this, that perhaps if white Americans could accept the Oneness of God, then perhaps, too, they could accept in reality the Oneness of Man - and cease to measure, and hinder, and harm others in terms of their 'differences' in color." 

"With racism plaguing America like an incurable cancer, the so-called 'Christian' white American heart should be more receptive to a proven solution to such a destructive problem. Perhaps it could be in time to save America from imminent disaster - the same destruction brought upon Germany by racism that eventually destroyed the Germans themselves." 

"Each hour here in the Holy Land enables me to have greater spiritual insights into what is happening in America between black and white. The American Negro never can be blamed for his racial animosities - he is only reacting to four hundred years of the conscious racism of the American whites. But as racism leads America up the suicide path, I do believe, from the experiences that I have had with them, that the whites of the younger generation, in the colleges and universities, will see the handwriting on the walls and many of them will turn to the spiritual path of truth - the only way left to America to ward off the disaster that racism inevitably must lead to." 

"Never have I been so highly honored. Never have I been made to feel more humble and unworthy. Who would believe the blessings that have been heaped upon an American Negro? A few nights ago, a man who would be called in America a white man, a United Nations diplomat, an ambassador, a companion of kings, gave me his hotel suite, his bed. Never would I have even thought of dreaming that I would ever be a recipient of such honors - honors that in America would be bestowed upon a King - not a Negro." 

"All praise is due to Allah, the Lord of all the Worlds. 

Sincerely, 

Al-Hajj Malik El-Shabazz (Malcolm X) 

(From the AUTOBIOGRAPHY OF MALCOLM X with assistance from Alex Haley, the author of ROOTS) 

TEGUH SUNGGUH JIWA MU

Aku masih ingat lagi...



Tiba2 pintu kelas 5A diketuk..kedengaran salam dihulurkan..Assalamualikum ..cikgu,PK HEM nak jumpa AMIR....pekerja pejabat menegurku dari depan pintu..aku tersenyum dan menganguk pada amir tanda aku mengizinkan dia keluar...

"Terima kasih cikgu..saya minta diri dulu"..lembut tutur kata amir... amir memang seorang pelajar yang lembut, sopan cuma dia kurang aktif dalam kelas..lebih banyak berdiam diri... satu soalan ditanya satu jawapan diberi..aku mengangguk pada amir... tanda aku memahami...

10 minit berlalu amir kembali ke kelas...kulit putih kuningnya merona merah...matanya berkaca...aku kehairanan....dia tenang mendapatkan ku yang ketika itu berada di meja guru... aku cuma merenung tepat ke wajahnya tanpa suara tanpa bicara... dihatiku tertanya2 apakah yang berlaku????
"Cikgu!!!suaranya serak....."


"Ya!!!,kenapa amir.????"..aku bernada memujuk,kerana aku tahu ada sesuatu yang takkena!!!
"Cikgu saya kena balik... mak saya meninggal cikgu.."
Suaranya sangat perlahan... tiada setitis airmatapun yang tumpah... cuma bebola matanya nampak berkaca!!!


"Ya Allah... innalilillahiwainahirajiun.""...

itu jer yang mampu aku katakan... aku pulak yang sedikit gelabah melihat ketenangan pelajar ni...dia dapat dari mana kekuatan itu????kalau aku menerima berita macam ni...tak tahulah macam mana keadaanku....dadaku jadi sebak serta merta..sebab ku tahu bukan mudah untuk menerima berita sebegini...budak dihadapanku ini hanya baru berusia 11 tahun... aku jadi kehairanan malah malu dengan diri sendiri mungkin aku tidak setabah dia...lebih menyedihkan aku, aku tahu amir adalah seorang anak kepada seorang ibu tunggal..pemergian ibunya bermakna dia kini yatim piatu...amir bagaimana mungkin kau sekuat ini??????.......
"Sabar yer..tuhan sayangkan mak awak????"itu yang mampu aku sambung kata2ku...aku sangat bimbang airmataku gugur dihadapannya.. menangis dihadapannya bermakna aku menambah luka hatinya...aku tahan sekuat hati sebak perasaanku....aku berjaya!!!aku memeluknya tika dia bersalam dan mengucup tanganku...kawan2 yang lain ada yang dah menangis.. memandang amir...


Dalam pelukan takziah dia berbisik padaku...


"Cikgu!!!!saya redha dan relakan mak pergi..dah lama sangat mak sakit terlantar menderita sakit kanser...teruk cikgu!!!!,saya dah tak sanggup nak tengok...dari muda sampai tua mak menderita..bila dia pergi dia akan lebih lega,tenang dan bahagia disisi tuhan...."


Allahuakhbar..aku bagai tak percaya..ayat ini keluar dari bibir budak lelaki kecil dihadapanku...Subhanaallah...kau memang budak lelaki yang istimewa..walaupun kau sangat pemdiam...

kau menangis dalam hati rupanya..ku kira sudah kering airmatamu selama ini..kau cukup bersedia menghadapi kehilangan ini....ajarlah aku wahai amir menjadi sekuatmu....dalam ayat akhirnya ... 
aku tewas..
tebing dan empangan air mataku pecah...aku akhirnya menangis dibahunya..tapi sekuat hati ku kawal.agar tidak keterlaluan!!!....dia pergi meninggalkan aku..ayah saudaranya menunggu di luar kelas....Aku mengelap air mata..masaku tamat aku meninggalkan kelas dengan perasaan cukup sebak...

Amir, cikgu terharu kerana kamu..... terharu6 melihat kebesaran hati kamu..kemantapan jiwa kamu...keredhaan hati seorang budakk lelaki spt kamu...jika dihitung dari usia cikgu lebih berusia dari kamu...tapi cikgu selalu kalah dengan perasaan...adakala terlanjur kata bagai menyalahkan takdir...cikgu ingin belajar dari kamu..menjadi insan sekuat kamu...kamu diuji Allah diusia yang begitu muda..akhirnya kau matang sebelum masanya...ku tahu kau bagai penyu menangis .......sebab tiada siapa yang tahu...lebur hatimu...

BIARLAH APA ORANG NAK CAKAP.... ALLAH JUGA TEMPAT SAYA AKAN DI KEMBALIKAN.


Dia pernah dituduh dengan pelbagai gelaran. Maha Firaun , zalim , ditaktor , kafir , keras kepala dan pelbagai lagi kata nista yang tidak sanggup kita dengar untuk seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada Dunia Islam khususnya di Tanahairnya sendiri , Malaysia. 

Tetapi siapa yang tahu bahawa beliau amat di sayangi dan disenangi bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia amat mengkagumi dirinya. 

Pernah Dr. Zakir Naik menyatakan bahawa "jika minyak di Tanah Arab di kuasai oleh Tun Mahathir, maka seluruh dunia akan dikuasainya" ... begitulah kenyataan seorang pendakwah hebat terhadap Tun Mahathir. Kata-kata ini bukanlah satu pujian yang biasa tapi satu kenyataan yang  bersih hasil dari pengamatan dari pengetahuannya.

Syeikh Imran Hossain pernah menyatakan satu kenyataannya dalam Youtube " Hanya ada satu negara didalam dunia muslim sekarang ini yang nampak sudah  memahami bahawa sistem keewangan  antarabangsa adalah satu penipuan  hanya satu pemimpin dan dia adalah Dr. Mahathir dari Malaysia".







Karpal mengamuk sakan ....???

PENAKUT..!!! Karpal Singh Mengamuk Apabila Shafee Abdullah Jadi Peguam Pendaftar Pertubuhan.


Berbekalkan kehadiran ramai peguam-peguam ternama yang juga merupakan Ahli-Ahli Parlimen, DAP cukup yakin mereka akan dapat mengalahkan Pendaftar Pertubuhan dengan mudah. Apatah lagi, dari awal lagi, Karpal Singh yang juga merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan sudah membayangkan dia akan mengambil kes tersebut dan reputasinya yang kononnya amat ditakuti, akan memudahkan DAP untuk membuli ROS.
Tetapi tiba-tiba keadaan bertukar. ROS menggunakan khidmat Muhammad Shafee Abdullah yang telah berjaya mengalahkan Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya yang diketuai oleh Karpal Singh dalam kes liwat II yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Kehadiran Shafee yang bertindak sebagai pendakwaraya tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim dan segera melabelkan Shafee sebagai peguam UMNO meskipun Shafee tidak mempunyai sebarang jawatan dalam UMNO atau Barisan Nasional mahupun kerajaan.
Mengetahui yang Shafee akan mengendalikan kes ROS lawan DAP, Karpal Singh yang tercalar dek kekalahan di tangan Shafee, apatah lagi Shafee berjaya mengalahkan taktik teknikal Karpal Singh benar-benar telah memalukan peguam utama DAP itu, segera berteriak mempersoalkan kewajaran Peguam Negara mengupah Shafee Abdullah.
Karpal Singh mempersoalkan tentang wang pembayar cukai yang perlu dibayar kepada Shafee Abdullah bagi khidmat yang diberikannya. Karpal Singh juga sudah mula bercakap tentang Akta Prosiding Kerajaan 1956 Seksyen 24 (3) untuk menekan Peguam Negara agar tidak membenarkan Shafee mewakili ROS.
DAP telah melakukan pelbagai cara untuk meremeh-remehkan Pendaftar Pertubuhan termasuklah memanipulasi undang-undang apabila ROS mendesak DAP agar mengadakan semula pemilihan CEC yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan.

Saturday, April 12, 2014

NASIB 1000 PENGKHIANAT

Tidak semestinya masuk universiti, ada ijazah, master atau phd tiket untuk mendapatkan gaji yang besar dan mewah. Ada yang terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di negara orang. 
Nasib si bongkak dan tamak haloba.



SIAPE SEBENARNYA PEMEGANG PASSPORT BOC YANG MENJADI PENGKHIANAT NEGARA

1. Dalam era 70 an, selepas peristiwa 13 Mei, kaum Cina sudah menanam kebencian dalam jiwa mereka terhadap Malaysia. Tambahan pula, Tun Abdul Razak telah menggagaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kaum Cina berasa cemburu dan bercadang untuk menghantar anak mereka belajar di luar negara dan akhirnya meninggalkan Malaysia.

2. Kaum Cina telah mengkaji sistem kerakyatan negara maju seperti United Kingdom dan di negara Asia yang lain seperti Taiwan dan Hong Kong. Mereka mendapati UK adalah negara berpotensi besar memberi kerakyatan kepada rakyat negara lain apatah lagi British merupakan bekas penjajah Tanah Melayu yang menyediakan kemudahan passport BOC kepada rakyat jajahannya (Commonwealth).

3. Anak-anak Cina dalam era 90 an telah mendapat keputusan yang cemerlang dan di hantar belajar ke UK. Atas kebencian yang mendalam terhadap Malaysia mereka menanam tekad tidak mahu menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Kumpulan ini terus mencari peluang pekerjaan di UK dengan menggunakan pas lawatan kerja namun sebilangan besar daripada mereka duduk secara haram di sana.

4. Seluruh rakyat Malaysia akan marah jika mendengar fakta di bawah ini :-

a) Majoriti dalam kelompok ini merupakan penerima biasiswa kerajaan

b) Majoriti kelompok ini adalah golongan profesional yang terdiri daripada doktor, peguam, akauntan dan bankers.

c) Secara total kesemua mereka adalah kaum Cina (warganegara Malaysia)

5. Kaum Cina di Malaysia sememangnya mengatur stratergi menggunakan kemudahan kerajaan dan akhirnya meninggalkan bumi Malaysia sebagai pengkhianat negara.

6. Lebih daripada 10 tahun kumpulan tersebut bermastautin di UK dan berjaya memegang passport BOC akhirnya kerajaan UK telah meminda perundangan mereka dengan tidak lagi memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC.

7. Mengapa kerajaan UK meminda perundangan tersebut ?

a) Sebilangan kecil kaum Cina Malaysia yang telah menjadi rakyat UK menuntut kepelbagaian hak keistimewaan

b) Kumpulan yang lolos menjadi rakyat UK ini diberikan betis nakkan peha, diberi peha hendak pijak kepala.

8. Kumpulan 1000 orang profesional ini terkejut dengan keputusan kerajaan UK kerana mereka dengan angkuh telah melucutkan kewarganegaraan mereka secara sukarela. Mereka mengoyak, memijak dan meludah passport Malaysia pada tahun 2003.

9. Walaupun permohonan kewarganegaraan mereka telah ditolak oleh UK, sikap biadap kumpulan ini dengan memasang guaman untuk memperjuangkan hak kewarganegaraan UK mereka atas alasan kononnya mereka pembayar tegar cukai di UK. Tindakan ini telah menyebabkan nama Malaysia terjejas di mata
kerajaan UK sehinggakan ada ura-ura hampir mengenakan visa terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang memasuki UK.

10. Rakyat Malaysia pasti marah dengan kumpulan ini. Sudahlah menjadi pengkhianat negara, sekali lagi mereka memburukkan imej Malaysia di mata antarabangsa.

11. Sekarang kumpulan ini bergelar "stateless". Kumpulan ini terhegeh-hegeh menagih kerakyatan dari negara lain seperti Australia, Hong Kong, Taiwan & Singapura. Mereka kini menjadi tukang cuci pinggan, tukang sapu malah ada yang menjadi penganggur walaupun mempunyai segulung ijazah dari universiti terkemuka.

12. Nasib kumpulan pengkhianat ini sedaya upaya di bela oleh DAP. Oleh sebab itu Ahli Parlimen Tanjong menarik nafas lega kononnya Malaysia menyambut baik kepulangan 1000 pengkhianat tersebut.

13. Peringatan buat Rakyat Malaysia, JANGANLAH sesekali kita memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana jika mereka memerintah sebagai kerajaan Persekutuan nyata 1000 pengkhianat ini akan diberi kerakyatan semula di Malaysia.

Wednesday, April 9, 2014

BN bidas Selangor mansuh diskaun harga rumah untuk Bumiputera

APRIL 08, 2014

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor membidas keputusan kerajaan negeri Selangor memansuhkan diskaun 7% yang diberikan kepada Bumiputera untuk pembelian kediaman mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku. Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias (gambar) berkata kerajaan negeri sepatutnya mempertimbangkan perkara itu sebelum membuat keputusan yang membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri. "Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun 7% itu kepada Bumiputera walaupun memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik di bawah RM42,000. Ini kerana kedudukan kewangan golongan itu masih lagi rendah. "Bagaimanapun kerajaan negeri hari ini memansuhkan diskaun 7% itu, yang pasti akan membeban dan menyukarkan Bumiputera yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.
Shamsudin mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad (PAS) pada sidang DUN hari ini bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan diberikan subsidi.
Sementara itu, Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharif pula mempersoalkan komposisi bilangan unit rumah mampu milik oleh kerajaan negeri di bawah skim itu, yang hanya memperuntukkan 10% rumah jenis A, iaitu di bawah harga RM42,000.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri menetapkan peratusan lebih besar untuk pembinaan rumah mampu milik jenis B dan C yang berharga antara RM100,000 hingga RM200,000 iaitu 30%. Begitu juga untuk perumahan mampu milik jenis D berharga antara RM220,000 hingga RM250,000, yang tidak mengehadkan peratusan pembinaannya kepada pemaju, katanya.
"Mengapa kerajaan negeri hanya bina 10% sahaja rumah mampu milik di bawah harga RM42,000. Ramai lagi Bumiputera tidak mampu memiliki kediaman mampu milik melebihi harga RM42,000, terutama yang berpendapatan rendah.
"Sepatutnya kerajaan negeri bina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga berkenaan. Jika ini keadaannya bagaimana usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam pemilikan perumahan," katanya. – Bernama, 8 April, 2014.