Sunday, September 29, 2013

KERUSI ARWAH USTAZ AZIZAN JADI REBUTAN SERIGALA SYIAH

Azizan Baru Meninggal, Macai PR Dah Sibuk Gesa Mat Sabu Jadi Calon

September 26, 2013   ·   19 Comments
Al Fatihah, Tan Sri Azizan Abdul Razak Meninggal Dunia
MEMANG betullah PAS ini yang paling penting pada dia hanyalah undi dan kuasa.  Kalau sebelum ini penulis nampak perangai buruk semasa ADUN Kuala Besut, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia Julai lepas, kali ini perkara sama berlaku semasa mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak baru sahaja menghembus nafas terakhir.
Penulis pun tahu majoriti penyokong Pakatan di seluruh negara menyalahkan arwah sehingga Kedah boleh terlepas semula ke tangan BN.  Krisis politik yang berlaku antara arwah dan 2 bekas Exco negeri Kedah tahun lepas, menjadi asas kepada dakwaan tersebut.
Itulah dendam yang berpanjangan sampai sekarang, walaupun setelah arwah meninggal dunia.
Maka tidak hairanlah kenapa sebaik berita tentang pemergian Azizan mula disahkan seawal 11.30 pagi, sudah ada blog-blog pembangkang yang mencanangkan agar Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dicalonkan di DUN Sungai Manis bila pilihanraya kecil diadakan kelak.
Penulis tak mahu menyebut blog mana kerana tidak mahu bagi publisiti percuma, tapi cukuplah penulis katakan, sudah ada yang meroyan mahu lihat Mat Sabut dicalonkan di Sungai Limau.
Sebabnya mudah saja, ramai tak dapat menerima pemimpin yang kelihatan popular macam Mat Sabu, kalah bertanding di kubu kuat PAS di Pendang dalam PRU13 yang lepas.
Yang depa tak tau, Mat Sabu popular di mata orang mana, sedangkan yang nak undi orang Pendang.  Orang Pendang nak lebai, PAS pi hantar kepala macai, mana tak kalah.
Sekarang nak bubuh Mat Sabu di Sungai Limau pulak?  Pendang yang hardcore pun boleh terkangkang, di Sungai Limau pulak lagi.
Apa sekalipun, moral ceritanya, inilah buruk perangai orang PAS kalau semua nak tau.  Arwah tu baru pejam mata buat selama-lamanya, depa dah canang Mat Sabu jadi calon.
Penulis jangka keadaan ini nanti akan berpuluh kali ganda lagi teruk dari Kuala Besut kerana ia melibatkan kerusi yang memang sedia ada milik PAS.  Lagipun ini bukan bulan puasa dimana syaitan semua dirantai.
Penulis mendengar PAS tidak yakin dapat kekal di Sungai Limau kalau pilihanraya diadakan semula disitu.  Sebab itulah khabarnya arwah tidak dibenarkan untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot.
pas_rosak_otak
Malah arwah dipaksa mengangkat sumpah di katil hospital sebab PAS nak elak pilihanraya semula.
Sekarang sudah tidak ada pilihan dan penulis harap rakyat di kawasan tersebut mengambil kira ‘layanan’ yang diberikan pucuk pimpinan PAS terhadap arwah Tan Sri Azizan dulu bila masa memilih sampai nanti.
Buat masa ini, semua pihak harus menghormati arwah sebagai bekas pemimpin negeri dan parti.  Apa persengketaan lama dan polemik politik, letak tepi dulu.

KENAPA AZIZAN TIDAK DISUKAI PAKATAN ?

Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berpewatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain. Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.

Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan '[ersetujuan bersama' diantara pemimpin PAS-DAP-PKR.

Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS. Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah. Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.

Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak disini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau dicerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jamaah sendiri' kepada orang ramai.

Natijahnya... Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid. Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.

Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara individu yang paling keras menentang Syiah di Kedah.

Rujukan disini :






Thursday, September 26, 2013

RATU CANTIK MUSLIMAH

Raut wajahnya menawan, senyumannya manis dan ditambah dengan gayanya persis seorang model profesional berjaya meletakkan Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran "World Muslim Woman Netizen 2013" dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia baru-baru ini.
Ini adalah penyertaan pertama peserta Malaysia dalam pertandingan anjuran bekas hos utama stesen televisyen Indonesia, Eka Shanti yang dipecat kerana keengganannya menanggalkan tudung apabila diarah berbuat demikian ketika bertugas.
Pertandingan tahun ini disifatkan sebagai sebahagian daripada protes terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang sepatutnya diadakan di Jakarta namun terpaksa ditukar lokasinya di Bali akibat ditentang keras oleh puak konservatif Islam.
Jadi bagaimana acara tersebut berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain?
Pada malam peringkat akhir, pembukaan acara itu dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum peserta mula berjalan ke atas pentas dengan memakai gaun malam yang mencerminkan imej muslimah dengan pelbagai gaya hijab.
“Sesetengah peserta berjalan dengan keyakinan tinggi namun ada juga peserta yang dilihat kekok berjalan memakai kasut tinggi dan mengenakan gaun labuh,” lapor Jakarta Post.
Uniknya juara bagi pertandingan tersebut dipilih oleh tetamu kehormat iaitu juri terdiri daripada 100 kanak-kanak  anak yatim.
Menceritakan pengalamannya, Nurul berkata, pertandingan itu menekankan betapa Islam itu indah dan semua aktiviti seperti bacaan al-Quran dijalankan berlandaskan syariat Islam.
Selain itu, gadis berusia 21 tahun ini turut berpandangan acara yang baik sebegini boleh diadakan di negara ini.
"Saya rasa sekiranya kerajaan mengadakan acara demikian pasti menerima sambutan mengalakkan kerana ia banyak mengajar mengenai ilmu Islam tanpa meminggirkan gaya fesyen berhijab.
"Ia tidak salah kerana boleh memberi peluang kepada muslimah di luar sana menimba pengalaman baru tambahan pula kerajaan boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan pelancongan negara," kata gadis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu.
Nurul yang berjaya melayakkan diri sebagai 10 finalis berkata, dia mengetahui mengenai penganjuran acara itu melalui rakannnya.
"Menyertai pertandingan ini benar-benar membantu saya mendalami agama kerana semua aktiviti mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang muslimah dalam mendepani cabaran zaman serba moden," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kira-kira 20 wanita dari enam negara termasuk Indonesia, Brunei dan Iran menyertai perandingan itu bagi merebut gelaran juara dengan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang Islam diuji.
Ia diadakan pada 18 September lalu di Jakarta dengan peserta Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola, 21, dinobatkan sebagai juara.
Nurul berkata, kemenangan meraih gelaran World Muslim Woman Netizen 2013 adalah pengalaman berharga buat dirinya.
“Terkejut dan bersyukur, ini rezeki dari Allah sebagai wakil negara saya berjaya mengharumkan negara Malaysia ,ia pengalaman paling berharga buat saya," kata pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM ), Negeri Sembilan itu. – 26 September, 2013.

Wednesday, September 25, 2013

MALAPETAKA DAP


TITIK HITAM DAP YANG MEMBAWA KEPADA MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN

Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. 

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. 

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP. 

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. 

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu. 

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.

DISASTER

Chapter 5: DAP DARKEST HOUR WHICH LEAD TO DISASTER AND DEVASTATION

4th January 2013 was described as a dark period in history and the beginning of disaster and devastation to DAP. The main contributor that started this dooms was Dynasty Lim, Anthony Loke and  Tony Pua.

On the very same day, Tony Pua made the announcement that there are errors in the results of the counting of votes for CEC announced earlier on 15th. December 2012. Tony Pua justify it stems from problems tallying system that made use of Microsoft Excel. Having this excuse had the crowd laughing until now. This is a joke of a century. Bravo Tony!

The computer system error calculating the number of votes gained by Vincent Wu, candidate who won at the 6th place with the number of votes counted 1202 votes. Tony Pua stated the actual number of votes secure by Vincent Wu is just 669 votes.

Not just that. The error was not just affecting Vincent Wu votes but Zairil Khir Johari too. Tony Pua also stated that after the error being corrected, Zairil gain 803 votes which landing him at 20th place in CEC. Zairil votes which was announced earlier on 15th December 2012 was only 305 votes which ranked him at 39th position on the list of CEC election result.

Again, this issue seen as joke of a century among DAP members and also to the member of public. They wondered why the computer system just miscalculated Vincent Wu and Zairil votes only and not for the other candidates.

Many CEC election candidates lost including P. Ramasamy and M. Manoharan, they frankly tell the people that Zairil entry into CEC was a hoax planned to show to the public that the Malays have a place in the DAP.

Zairil himself was surprised with his victory and did not think he had many supporters to be opted into CEC although he just recently joined the DAP.

Nga Kor Ming told one of the PAS leader, the secret beyond the legacy of Lim Dynasty defending their throne and power over the years has revealed. By using the Malay proverb, Nga Kor Ming quotes “Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah”. It means at any fraud done, surely one day the fraud will be uncovered. For decades Lim Kit Siang committed fraud by manipulating the delegates vote to retain his power and finally Lim Guan Eng, Anthony Loke and Tony Pua ( the three stooges ) uncover the secret.

As the darkest hour in DAP has just begun, Tony Pua at the same time bringing disaster that could bring far more severe destruction to the party of DAP.

What is the more severe destruction to DAP? I will share with you on the next chapter…..

Tuesday, September 24, 2013

KOMUNIS GERUN DENGAN KIYAI SALLEH SELEMPANG MERAH

Selempang Merah Saksi Darah Melayu Tumpah Ditangan Komunis
Diambil dari page: artikel -HE- Hati Malaya <-CLICK 


1.Wahai Anak Malaysia TERUTAMA ANAK MELAYU. Kalian patut bersedih dengan apa yang berlaku kepada sejarah kalian. Kalian masih tidak sedar bahawa kalian sedang diserang dari segala pelusuk arah, tetapi kalian masih bisa ketawa dan gembira. Kalian tidak sedar mereka sedang melacurkan seja
rah kalian!

2.Baru sahaja saya habis menulis MENGENAI VIDEO YANG TERSEBAR KONON MENGATAKAN BAHAWA ORANG TAMIL adalah PENGAJAR BANGSA MELAYU ERTI KETAMADUNAN. Kemudian, terus ada golongan cuba berlagak pendeta sehingga mencalar kembali luka nestapa di kalangan pejuang negara. Benarkah komunis itu prajuit bangsa atau sekadar momokan mereka yang terlalu menganggukan sosialis Karl Marx yang ditolak sendiri di negaranya?

3.Mari, saya ada sebuah kisah yang kalau saya kongsikan dengan kalian, untuk kita hayati betapa bangsatnya pengganas komunis di mata kita. Saya mahu kongsikan kisah kepewiraan Kiyai Salleh dengan kalian, moga kalian boleh menghayatinya.

“Sekiranya tiada Kiyai Salleh, sudah pasti penduduk Muar dan Batu Pahat akan bergelumang jasadnya dan belum tentu hidup.” HM Tuah.

4.Itulah ungkapan daripada seorang pakar motivasi terkenal. Namun, sebelum itu, mari kita kenal siapakah dia Kiyai Salleh yang sedang kita percakapkan. Dia sebenarnya pernah memasuki MPAJA dan dilantik sebagai ketua komunis kampungnya. Namun, bijaknya Kiyai Salleh adalah dia tidak menyerahkan kutipan cukai kepada MPAJA tetapi menjadi Robin Hood dengan mnyerahkan kutipan itu kepada orang miskin dan fakir.

5.Ini telah membuatkan komunis naik berang dengan Kiyai Salleh. Terus dihantar puluhan komunis untuk mengepung rumah Kiyai Salleh. Sebaik sahaja mereka, menyerbu Kiyai Salleh yang sepatutnya sedang tidur tidak kelihatan di mata mereka. Selama 7 hari 7 malam mereka menyerbu ke dalam rumah Kiyai Salleh namun seperti biasa, Kiyai Salleh tidak kelihatan di mata mereka. Maka, terus Kiyai Salleh dijadikan sebagai buruan dan senarai “tanam ubi” yang bermaksud mereka yang patut mati!

6.Dalam masa yang sama, komunis semakin mengganas di Muar dan Batu Pahat. Antara kejahatan komunis yang tidak dapat dimaafkan adalah merogol anak dara, janda dan isteri orang lalu menculik mereka ke dalam komunis sebagai alasan penyambung zuriat. Sayangnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu! Bayangkanlah anak perempuan, adik, kakak, isteri atau ibu kamu yang menjadi mangsa, apakah yang kalian buat? Pasti naik amarah kalian! Nyawa orang Melayu ketika itu dimata komunis adalah ibarat sampah, dipandang seperti anjing!

7.Hal ini telah menimbulkan kemarahan para penduduk, lantas mereka mencari Kiyai Salleh, mohon agar Kiyai Salleh mengetuai orang-orang kampong untuk menyelamatkan kampong mereka daripada terus menjadi anjing komunis yang orang seperti Bawani dan Hishamuddin Rais julang sebagai wira.

8.Diceritakan Kiyai Salleh dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Kiyai Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Ayer Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Kiyai Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

9.Kehebatan ilmu batin Kiyai Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

10.Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Kiyai Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja. Ketika Kiyai Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri.

11.ALLAH S.W.T telah banyak membantu perjuangan Kiyai Salleh melawan Komunis. Parang terbang ketika itu mencari mana leher pengkhianat tanah air bernama komunis. Mereka telah banyak membasahkan darah anak bangsa, dan bagaimana pejuang yang dilawan oleh orang Melayu ini dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan? Kalian sendiri fikirkan tatkala ulamak besar seperti Kiyai Salleh pun mengangkat senjata melawan komunis… boleh pula ada yang menjulang komunis sebagai wira. 

Artikel: -HE

https://www.facebook.com/HatiMalaya <-CLICK

Monday, September 23, 2013

CINA PEMILIK MUTLAK TANAH MELAYU ?


Pada asalnya orang Cina yang berada di Vietnam sebagai pemerintah. Orang Cina tidak pernah diserap sepeunuhnya di Vietnam. Semasa pemerintahan Perancis orang Cina hidup berasingan dari orang Vietnam.

Tidak pernah timbul keraguan tentang siapa ynag memiliki Vietnam. Orang Vietnam mewarisi Vietnam dari Perancis. Mereka kemudiannya mengambil langkah menyekat orang Cina (yang berjumlah lebih kurang 2 juta orang) dalam masyarakat mereka. Keturunan Cina yang datang sebagai penakluk dan juga pedagang Cina yang datang kemudian adalah dianggap sebagai orang asing tanpa hak kerakyatan.


Orang Cina tinggal lebih lama di Vietnam berbanding di tempat-tempat lain di Asia Tenggara. Negara mereka berjiran , agama mereka sama dan nama mereka pula hampir-hampir tidak dapat dibezakan. Tetapi Bangsa Vietnam bertegas mengatakan bahawa merekalah pemilik Vietnam dan mereka sahaja yang boleh menentukan siapa dan apa dia orang Vietnam.


Ditempat-tempat lain di Asia Tenggara orang Cina sudah tinggal lama seperti lamanya mereka tinggal di Malaysia. Tetapi dimana-mana pun, mereka tidak pernah mendakwa ataupun di terima sebagai penduduk peribumi berkenaan.


Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah bahawa orang Melayu adalah pemilik Tanah Melayu yang sah. Jadi jika sekiranya kerakyatan hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang bukan keturunan Melayu maka pemberian itu patut dibuat berdasarkan PERSETUJUAN ORANG MELAYU. PERSETUJUAN ITU PERLU BERSYARAT.

Sunday, September 22, 2013

KAMI BANGSA PENGUASA DUNIA

KL, Kuala Lumpur. Aku tiba lagi di sini. Tatkala ini Malaysia baru selesai PRU13. KL masih panas. KL masih bergelora. KL masih bingung. Poster-poster parti politik masih belum ditanggal dan diturunkan. Perhimpunan dan perarakan membantah penyelewengan dalam PRU diadakan di merata sudut KL. Pakatan Rakyat gagal menguasai kerajaan pusat, hanya memenangi tiga buah negeri. Barisan Nasional kekal berkuasa walaupun dengan majoriti yang tipis.
GAMBAR SEBAGAI HIASAN

Berkenalan di facebook, ditugaskan menyasarkan tokoh-tokoh anak muda yang menyebelahi penentang kerajaan, dengan berpura-pura tertarik pada agama Islam, aku menemui profil kamu yang popular di facebook. Aku memperkenalkan diriku sebagai pengkaji budaya bangsa Melayu. Begitu mudah ia terjadi.

Kepada engkau, lelaki berwajah lonjong yang berlagak hero, selamat bertemu, aku sesungguhnya mahu saja katakan kepadamu tanpa berkias-kias: engkau bodoh, menjadi ulat-ulat perosak kepada agama, bangsa, dan tanahairmu sendiri.

Apabila engkau telah duduk dan meminta jus epal kepada pelayan restoran mamak, aku mengikutimu duduk dengan menundukkan sedikit tubuh. Ketika itu terasa angin kipas dinding menghala tepat ke arahku, angin sejuk masuk meraba-raba dadaku di balik baju T yang tipis. Rambutku terurai ditiup angin. Cuaca bulan Mei di luar panas. Kemudian aku menunduk lagi mencapai kotak rokok di hadapanmu. Kotak rokok itu terkuis jatuh ke lantai. Rantai salib berayun di dadaku. Aku tidak suka tubuhku diikat, ia seperti Jesus disalib, kerana itu aku tidak suka memakai coli.
Lirik matamu terpegun.

Asap rokok berpusaran di udara. Tewas bau parfumku. Apakah yang engkau lihat? Aku lihat engkau menarik nafas, dengan sedikit mencungap, mukamu kemerahan, dahimu berpeluh.

Aku pura-pura tak perasan lirik matamu memandang ke mana semasa aku mengangkat wajah selepas tunduk mengambil kotak rokok di lantai. Aku pura-pura tidak perasan walaupun aku tahu engkau memandang ke sini.

Di tanganmu buku Pedagogy of Oppression. Engkau lagi membelek-beleknya seperti kegelisahan. Apakah kembang bunga poppy yang engkau nampak pada halaman-halaman buku tersebut? Adakah lurah gunung? Adakah engkau membacanya? Adakah engkau memahaminya? Adakah engkau memetik sebahagian ayatnya, lalu menulis karangan lain tanpa maksud yang jelas? Kata-kata utopia yang tidak berpijak di alam nyata.

Dunia ini harus begini katamu, dan manusia itu harus begitu katamu, dan pelbagai lagi utopiamu. Aku kembali teringat kata-kata Vladimir Lenin: pemuda-pemudi yang rosak akhlak adalah pemberontak yang terbaik.
Sambil terus rakus merokok, mulutmu tak berhenti membebel, mencela kezaliman pemerintah negaramu. Korupsi, penyelewengan, kemewahan, maksiat, skandal seks, dan pembaziran. Seperti anak-anak muda lain, yang sebenarnya kekurangan kasih sayang dan perlukan perhatian, engkau berkhayal menjadi pejuang-pemberontak seperti Jose Rizal atau Che Guevara. Aku faham itu.

Lagakmu seperti seorang yang berjiwa kecamuk. Di dalam facebook engkau agresif berdebat, di sini aku lihat engkau seperti kera sumbang. Suara terketar-ketar berkata seperti gelisah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan sekeliling. Dengan pakaian yang sengaja digayakan selekeh, The Beatles agaknya idolamu, engkau sebenarnya menghadapi krisis identiti.
"PRU yang penuh penipuan. Kami bukan saja menentang jentera parti pemerintah, tetapi menentang seluruh jentera kerajaan. Kami akan turun berarak ke jalan raya sesudah pilihanraya gagal dan dimanipulasi," rungutmu.

Aku diam, meneguk air. Mencuba menguji rasional pemikiranmu, jua menaikkan emosimu, aku bertanya, "jika kamu seorang pemerintah, adakah kamu akan berdiam diri menghadapi tentangan rakyat, tunggu dijatuhkan? Atau kamu akan menggunakan segala kaedah agar kamu tidak dijatuhkan?"
Engkau keliru sama ada aku serius bertanya atau menyindir kebodohanmu. Aku tahu kau akan balik memikirkannya dan akan terfikir betapa bodohnya dirimu pada masa itu sekiranya engkau masih ada akal yang waras.

Kemudian aku mengalih kepada persoalan lain, agar engkau tidak terus memikirkan perkara itu, "di manakah hotel bajet yang murah?"

Kita berjalan mencari hotel bajet. Aku sengaja berjalan cepat, membiarkan engkau sedikit di belakang. Aku nampak gelandangan-gelandangan tidur di kaki-kaki lima yang tersorok. Engkau mengasihani mereka dengan menyalahkan kerajaan. Tetapi,aku fikir para gelandangan itu adalah penagih dadah, pesakit mental ataupun pemalas. Mana mungkin di negara ini tidak ada pekerjaan sehingga rakyat hidup merempat di jalanan, walhal ramai buruh asing masuk ke sini. Dan di dalam facebook, inilah yang kau bebelkan.
Di sebuah kedai 7 Eleven, aku mencapai kondom, membelek-beleknya.
Argh, adakah engkau tahu apa yang aku fikirkan kala aku memegang kondom tersebut lama-lama? Adakah engkau fikir aku akan melakukan seks denganmu?

Tetapi aku teragak-agak meletakkannya. Mengambilnya lagi, dan meletakkannya semula, dan aku hanya membeli tuala wanita dalam pek kecil walaupun aku tidak datang bulan.

Sebagai penulis muda yang sedang mencipta nama di negaramu, antara pemimpin dalam kalangan mahasiswa, menulis karya-karya yang berbau anarki, terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan amal, melawan establishment, dan memperjuang kebebasan bersuara, adakah engkau faham apa itu kebebasan? Wujudkah kebebasan?

Dalam Revolusi Perancis, nenek-moyang kami telah mengangkat ramai aktivis dan pemikir untuk memperjuangkan hak-hak persamaan dan kebebasan manusia. Jean Jacquess Rousseau, Robespierre, Montesquieu, atau Voltaire. Untuk apa? Supaya bangsa kami yang disisihkan ini diakui haknya seperti warganegara lain. Apabila kami bebas seperti orang lain, kami akan menguasai seluruh negara dengan kepintaran kami. Kami eksploitasi kekejaman Raja Loiuis XVI agar rakyat bangkit dan menjatuhkannya tanpa belas kasihan. Itulah yang telah kami lakukan di Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan Syria pada zaman moden ini dengan menggunakan rakyat mereka sendiri. Kami eksploitasi diktator dan kerajaan yang zalim, yang rasuah, yang angkuh, untuk meletuskan pemberontakan rakyat, walhal yang berkuasa kemudian adalah boneka-boneka yang dipegang oleh kami.

Nama-nama tokoh inilah yang berselerak dalam tulisan-tulisanmu seolah-olah engkau seorang yang inferiority complex, yang menumpang kemasyhuran nama mereka, sedangkan engkau tidak memahami apa sebenarnya idea-idea mereka dan muslihatnya ke atas dunia.

Hah! Aku fikir engkau banyak menonton dan dipengaruhi filem-filem Hollywood. Engkau sepatutnya menjadi bintang filem kalau engkau mahukan hidup yang glamor, bukannya berkhayal menjadi pejuang. Tetapi mukamu langsung tidak handsome!

Aku bayangkan, jika tidak wujud krisis politik di sini, engkau hanyalah seorang anak muda yang kecelaruan jiwa. Seorang anak muda yang berlagak selamba, cool, yang berpura-pura tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di sekeliling, yang jika ditanya sesuatu perkara semasa, engkau akan berlakon naïf tidak tahu apa-apa yang mainstream. Seorang anak muda yang mengakui tidak mengenali artis-artis popular di negaramu. Siapa Neelofa atau Nelydia Senrose? Engkau pasti akan membuat muka terpinga-pinga tidak mengenali mereka, walhal artis-artis ini yang barangkali memenuhi khayalan liar masturbasimu setiap malam. Seseorang yang mengakui tidak meminati Najwa Latif atau Yuna, tetapi jika bersendirian, lagu-lagu merekalah yang mungkin spontan bermain di mulutmu. Seorang yang mengutuk lagu-lagu pop untuk menunjukkan dirinya melawan arus.

Engkau anak muda yang mahu kelihatan berbeza. Engkau rela dirimu ditangkap pemerintah kerana engkau tahu itu adalah suatu cara untuk popular, dan engkau tahu jua engkau pasti dibebaskan oleh barisan peguam yang menyebelahi pembangkang. Engkau sebenarnya si pengecut yang hanya berani menyepak bangkai anjing.

Menyanjungi tokoh-tokoh komunis dan sosialis, engkau bermimpi menjadi Karl Marx Melayu. Atau untuk melunakkan komunisme, engkau mengutarakan Ali Syariati. Engkau mendakwa mahu memperjuang nasib rakyat terbanyak, yang miskin, yang merempat, lantas engkau mencemuh golongan kaya seolah-olah kaya itu suatu dosa.

Tidakkah kamu pernah terbaca suatu kisah dongeng Greek berkenaan seekor rubah yang tergiur melihat segugus anggur masak di hujung dahan? Rubah tersebut tidak dapat mencapai buah anggur tersebut. Kerana engkau tidak dapat menikmati kekayaan dan keselesaan hidup seperti orang lain, maka engkau mengecam kekayaan itu sebagai dosa, seperti rubah yang mencemuh anggur itu sebagai masam kerana tidak dapat menikmatinya.
Kamu bercakap tentang persamaan hak, kebebasan bersuara, adakah kamu fahami apa yang kami anjurkan itu?

Dalam protokol pertama kami, Cendikiawan-cendikiawan Zionis Sedunia, kami menulis: "Kamilah bangsa yang pertama melaungkan dalam kalangan orang ramai perkataan-perkataan kebebasan, kesamaan dan persaudaraan. Perkataan-perkataan yang acapkali diulang oleh burung-burung kakak tua dalam pilihan raya tanpa menyedari maknanya, yang berterbangan dari segenap penjuru menuju kepada umpan ini, yang mana dengannya, mereka telah memusnahkan kemakmuran dunia dan kebebasan diri yang sebenarnya. Orang yang kononnya pandai lagi bijak dalam kalangan bukan Yahudi tidak memahami maksud yang tersirat di sebalik ungkapan-ungkapan tersebut; tidak nampak pertentangannya dari segi maknanya; secara semulajadi tidak menyedari bahawa di sana tiada kesamaan."
Kami akan membebaskan kamu, tetapi kamu akan masuk ke dalam sistem kamu.
"Perpecahan kepada kumpulan-kumpulan kecil telah meletakkan mereka ke dalam tangan-tangan kita, kerana untuk meneruskan suatu perjuangan yang dipertikaikan, seseorang itu haruslah mempunyai wang, dan wang kesemuanya berada dalam tangan-tangan kita."
Kau tidak nampak semua itu. Engkau seperti kelkatu yang terpukau pada lampu neon.

Bagaimanakah kami akan menguasai dunia ini? Tidakkah kamu teringat kepada kisah Gog-Magog dan tembok Iskandar Zulkarnain? Kami anggap tembok itu sudah lama runtuh apabila setiap orang bebas bersuara. Kami telah meruntuhkannya dengan mewujudkan internet, memberikan lidah-lidah kepada semua warga dunia melalui rangkaian-rangkaian sosial seperti facebook atau twitter. Tembok dan sempadan negara telah dirempuh internet.
Di dalam negara, kami anjurkan idea-idea kebebasan, kami taja aktivis-aktivis yang bodoh menentang akta-akta seperti ISA. Dan apabila akta seperti itu dibubarkan, makin mudahlah kami menguasai sesebuah negara dengan menggunakan rakyat negara itu sendiri. Tidak ada perkara sensitif lagi untuk didiamkan. Setiap orang akan bebas bersuara. Api akan mulai membakar.
Kalau engkau mahu tahu, kebebasan itu adalah anjuran kami. Dengannya kami meratakan semua negara, membebaskan kalian semua daripada undang-undang lapuk yang mengongkong. Dunia ini akan kembali kepada lumrah alam seperti kesimpulan Nietzsche, "yang terkuat adalah pemenang."
Siapakah si kuat sebenarnya?

Di atas kehancuran diktator-diktator ini kami akan mendirikan kerajaan diktator baru berdarah Yahudi yang menguasai seluruh dunia ini.
Seperti Revolusi Perancis yang dirangka oleh kami, engkau hanya digunakan untuk menjatuhkan pemerintahmu sendiri demi menaikkan kami, walhal kami tidak mungkin menyerang dan menjatuhkan pemerintahmu dengan tangan kami, kerana ia akan menyebabkan seluruh bangsamu bersatu berpaling melawan kami.

Aku datang untuk mengelirukan kamu, membuat kamu terpinga-pinga tidak mengerti. Sebagaimana kami telah lakukan dengan fahaman Anti-Christ, kamu menganggap ia sebagai anti kepada ajaran Kristian. Memang Kristian itu agama yang terpesong bagimu, maka benarlah ungkapan anti-Christ, tetapi mesej tersurat yang kami bawakan adalah anti-agama. Kerana Kristian adalah agama majoriti di Barat, maka kami memakai slogan anti-Christ. Dan timur menerimanya sebagai anti kepada agama Kristian.
Aku akan menjadi lebih Islam daripada orang Islam. Aku akan menimbulkan persoalan-persoalan agama yang akan membingungkanmu sehingga kamu sendiri akan meragui agamamu.
Apabila bangunan World Trade Centre dirempuh, kami telah memberikan sedikit katarsis kepada umat Islam yang berasa tertindas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis. Kamu semua bersorak-sorai gembira: padan muka Zionis! Pergi jahanam Amerika! Pergi mampus Zionis! Amerika yang angkuh telah dimalukan di laman sendiri!

Bergembiralah kamu seketika. Puaslah kamu sebentar.
Kemudian Iraq diserang, Saddam Hussein dijatuhkan. Afghanistan dan lagi dan lagi.
Aku teringat peristiwa di kedai 7 Eleven semalam: aku membelek-belek kondom, tetapi aku membayar tuala wanita.
Kamu semua sebenarnya sedang dipermainkan. Seperti buih-buih pada musim banjir. Apabila George Bush dikhabarkan berita WTC dilanggar, beliau sedang membacakan buku cerita kepada kanak-kanak di sebuah sekolah dalam keadaan buku itu terbalik.

Itu semua hanya sandiwara. George Bush sengaja berlakon membaca buku itu secara terbalik agar nanti dunia membicarakan tentang buku terbalik itu, bukan agenda sebenar kami. Seluruh dunia akan dibawa berbicara dari satu isu kepada satu isu lain tanpa penyelesaian, dan dunia akan terus berbalah kerananya.

Malam ini, tatkala bersendirian di dalam bilik hotel bajet yang berbau hapak ini, aku ingat lagi semasa aku duduk pada masa kita bertemu tempoh hari, dan pada saat-saat aku mendedahkan lurah dan sebahagian buah dadaku yang membuat engkau terpukau. Kemudian aku terfikir, sambil melihat cicak-cicak di dinding, apakah yang sedang engkau nikmati saat-saat ini? Sedang minum kopi di kedai mamakkah? Atau duduk di hadapan laptop menulis status-status facebook.

Aku tertawa sendiri apabila terbayangkan engkau sedang berjuang habis-habisan memuaskan khayalan liarmu, sebagaimana engkau berjuang melawan pemerintah yang engkau dakwa zalim dan kejam itu. Semuanya syok sendiri. Semuanya sia-sia. Semuanya kosong. Semuanya khayalan. Semuanya fantasi.
Argh! Esok aku akan menukar gambar profil facebookku. Aku terfikir untuk meletakkan gambar aku memakai kain tudung yang kita beli bersama di Masjid India semalam.

TERIMA KASIH AHLI UMNO SEMUA


Alhamdulillah saya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dapat sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO sehingga tidak dicabar dan telah menang tanpa bertanding. Bagi saya, ini lambang kematangan ahli UMNO biar pun perlembagaan telah dipinda untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk mencabar jawatan tertinggi parti. 

Namun saya bersyukur ahli-ahli telah menunjuk sikap bertanggungjawab dengan meletakkan kedua-dua jawatan tertinggi ini sebagai tonggak parti. Sokongan padu ahli-ahli UMNO dari setiap peringkat akan memastikan parti UMNO kekal relevan. 

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua calon-calon agar dapat bertanding secara telus, dan sentiasa menghormati persaingan serta perlembagaan parti. Bersama, kita boleh kekalkan kesinambungan legasi perjuangan UMNO.

Misteri Mesyuarat EXCO Sebuah Negeri Di Adakan di Thailand Demi Penghormatan Terakhir Pada Chin Peng?

Misteri Mesyuarat EXCO Sebuah Negeri Di Adakan di Thailand Demi Penghormatan Terakhir Pada Chin Peng?

Menurut sumber, sebuah kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat EXCO khasnya di Thailand pada minggu lalu bagi memberi peluang beberapa EXCOnya menghadiri majlis memberi penghormatan terkahir kepada bekas ketua Komunis Malaya paling kejam mendian Chin Peng.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para EXCO Negeri Selangor dikatakan telah mengadakan Mesyuarat tersebut di World Club Hotel, Bangkok, Thailand. Khabarnya seramai 18 orang yang antaranya Exco Selangor dan pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi pada 18 September iaitu pada hari Rabu lepas.

Kita sedia maklum, kematian ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada Hari Malaysia, 16 September lalu memberikan pelbagai impak kepada parti Pembangkang hinggakan mereka meroyan ke tahap yang sangat kritikal.

Mereka mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan membenarkan mayat juga abu pembelot negara ini dibawa pulang ke Malaysia.

Jadi, apakah modus operandi Khalid bersama orang bawahannya pergi ke Bangkok dan mengadakan mesyuarat Exco Negeri di sana?

Ia dapat dirungkaikan seolah-olah mesyuarat tersebut hanyalah alasan buat Pakatan Rakyat untuk pergi memberikan penghormatan terakhir kepada pengkhianat negara yang dianggap oleh puak Pembangkang sebagai pejuang kemerdekaan.

Juga, sebagai usaha dari kerajaan PR untuk mempertahankan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

Sebelum ini, puak Pembangkang mudah melemparkan tuduhan di mana kerajaan terlalu boros dalam mentadbir kewangan negara dan telah menipu rakyat apabila menggunakan duit rakyat dalam merencanakan program dalam negara ini.

Namun, apabila berbicara mengenai mesyuarat senyap yang dijalankan di Bangkok, apakah kerajaan Negeri Selangor tidak boros membelanjakan kewangan kerajaan negeri?

Dimaklumkan dari sumber Pejabat Menteri Besar Selangor, Segala perbelanjaan pemergiaan, kos penginapan dan makan minum telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna, Khalid juga telah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik sendiri. Dan lebih dasyat, Khalid menggunakan duit rakyat demi menghormati pengganas Malaysia, Chin Peng.

Dari sudut lain pula, mengadakan mesyuarat Exco Negeri sampai ke negara orang lain memperlihatkan Khalid tidak pandai dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran Selangor.

Juga, Khalid gagal dalam mengawal politik kerajaan negerinya hinggakan menjemput pihak luar dalam mesyuarat penting negeri beliau.

Jadi, tidakkah pelik bagi kerajaan Negeri Selangor mengadakan mesyuarat Exco Negeri jauh dari Malaysia? 

Saturday, September 21, 2013

Bapa restu


Dr. Mahathir

JERLUN 20 Sept. - Hasrat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu bulan depan mendapat restu ibu bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu berkata, bapanya yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada beliau untuk membuat keputusan selain memberi pandangan berdasarkan pengalamannya yang pernah bertanding jawatan berkenaan.
"Dahulu, bapa pun pernah bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi bezanya kali ini lebih 146,000 yang mengundi kerana kita tidak ada lagi sistem pencalonan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas dengan pemimpin dan perwakilan UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun, di sini hari ini.
Semalam, Mukhriz mengesahkan akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan sekali gus menyaksikan persaingan enam penjuru bagi jawatan tersebut.
Sebelum ini, ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahan jawatan masing-masing.
Ketiga-tiga mereka bakal dicabar Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan itu.
Dalam pada itu, Mukhriz sekali lagi menegaskan pencalonan beliau merebut jawatan tersebut bukan bertujuan mewujudkan dinasti keluarga dalam UMNO.
Katanya, rakyat perlu melihat kemampuannya menyumbang kepada parti menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki berbanding membangkitkan soal berkenaan.
"Saya yakin walaupun saya Menteri Besar tetapi banyak perkara yang boleh disumbangkan dari segi idea dan pengalaman kepada parti," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz mengakui berdepan cabaran getir bertanding jawatan berkenaan yang turut ditandingi lima lagi calon dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing.
Walau bagaimanapun, katanya, beliau percaya gabungan tiga calon yang bakal menduduki kerusi Naib Presiden UMNO memiliki kekuatan tersendiri untuk menyumbang 

Friday, September 20, 2013

Mak Mana...???



Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak
kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu
balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan
makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main
bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv
dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik.
Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak
balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-
tiap hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak
Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah.
Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju
barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana
Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh
yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa
menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya
mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik
yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat
jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak
ada siapa merasa ingin tahu di
mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak
tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap
kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni
dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti
nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata
Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap
Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?"
apabila Mak tidak menunggu mereka
di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila
dapat
nombor 1 atau kaki melecet main bola di
padang sekolah. Mak resah
apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak
mahu tahu di mana semua
anak-anaknya berada setiap waktu dan
setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah
lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana
Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan
"Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu
Mak. Ayah resah menunggu Mak
kerana sudah senja sebegini Mak masih
belum balik. Ayah risau kerana
sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu
sakit lutut.
Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai
payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari
kainnya. Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan
plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak,
Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak
Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di
depan deretan kereta
anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun
yang mengotori kereta anak-anak
Mak. Mak usap bahagian depan kereta
Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan
seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh
kecil. Mak senyum. Kedua bibir
Mak diketap repat. Senyum tertahan,
hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak
tidak dapat lagi merasa mengusap kepala
anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak
takut anak Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik
anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh
paling gah. Mak tidak tahu pun
apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma
suka warnanya. Kereta warna
merah bata, warna kesukaan Mak. Mak
belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan
payung
mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak
berjawab. Terketar-ketar lutut Mak
melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak
masuk ke rumah. Lutut Mak sakit
lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja.
Sebungkus rebung
dan sebungkus kueh koci pemberian Mak
Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda
tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci
dan Mak malu untuk meminta untuk
bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah
cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci
dari Mak Uda tadi, Mak sempat
berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah
budak-budak tu nanti nampak kueh
koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.
Mak
bayangkan anak-anak Mak sedang gembira
menikmati kueh koci sebagimana
masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
berebut dan Mak jadi hakim pembuat
keputusan muktamat. Sering kali Mak akan
beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu
sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu.
Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke
dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang
menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak
lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh
mengharapkan anak-anak melompat-
lompat gembira dan berlari mendakapnya
seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap
nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan
bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama
Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh.
Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk
mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan
masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon
suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-
budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak
yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab
hujan. Lutut Mak akan sakit
kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati
Mak agar salah seorang anak Mak
akan menjemput Mak dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang datang
menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput
Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar
telepon berbunyi. Mak
ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah
susahkan anak-anak. Selagi kita
mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.
Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih.
Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta
mereka sekarang. Nanti kalau
kita mati kita masih ada peluang merasa
anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah
besar.
Along dan Angah sudah beristeri. Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik
masing-masing sudah punya buah hati
sendiri yang sudah mengambil tempat
Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak
jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-
anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya
bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan
yang berdiri terpacak. Batu nisan
Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak
ada tangan macam tangan Mak
yang selalu memeluk erat anak-anaknya
apabila anak-anak datang menerpa
Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
berada jauh di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telepon untuk
beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak
Mak adalah untuk orang lain bukan untuk
Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi.
Hanya hati Mak yang tidak
pernah diberikan kepada sesiapa, hanya
untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas
bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah
Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang
akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana
Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak
Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja
yang rajin menjawab soalan ayah
itu dan jawapan Mak memang tidak pernah
silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana
anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak
sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang
mengisinya.
Ayah sedih. Di
tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri,
"Mulai hari ini tidak perlu
bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana
mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan
membawa Ayah
pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati ayah
hancur teringat hajat Mak untuk naik
kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
"Cantiknya kereta Ateh, kan
Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh
memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya
soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana M  ak?" masih sering
keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-
anak.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda
dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3
kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama
dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun
Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita
membiarkan deringan telepon panggilan
dari ibu tanpa berjawab?
Sekadar menyedarkan semua kita bahawa betapa sibuk sekali pun kita dlm menguruskan kehidupan kita n keluarga, jgn sesekali mengabaikan ibu bapa.kandung kita...kepada yg telah pergi kita sedekahkan Alfatihah n doa utk kesejahteraan  mereka di akhirat setiap waktu...  mak ayah sedarkan kami jika kami alpa...

SPECIES BADAK HAMPIR PUPUS, SPECIES PEKAK BADAK MAKIN BERTAMBAH...


Badak sumbu merupakan antara spesies terancam yang perlu dilindungi. Kelahiran pertama dalam tempoh 24 tahun cukup memberi makna kepada dunia.
Manakala "Pekak Badak" pula merupakan spesies yang paling banyak kelahirannya didalam dunia terutama di Malaysia. 
Dah kesekian kalinya kena tipu dengan Anwar dan Dap....Melayu masih lagi membenarkan diri mereka di"Kambing"kan oleh makhluk-makhluk perosak ini.



Pas menolak cadangan Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib agar tahaluf siyasi antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula ekoran kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan tetap bersama dengan sekutunya itu sambil menyifatkannya sebagai satu pakatan yang kukuh dan baik untuk diteruskan.

"Sehingga kini kita terus bersama-sama pakatan pembangkang yang merupakan satu pakatan sangat kukuh dan baik untuk sistem dua parti.

"Oleh itu, kita melihat pakatan yang ada sekarang perlu diteruskan seperti hari ini," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Pada Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia di Kedah baru-baru ini, Harun dalam ucaptamanya mencadangkan agar Pas segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Tegas beliau, kajian semula berdasarkan kepada garis panduan syura itu wajar ekoran berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi kebelakangan ini.

Harun berkata, analisis pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu perlu dilakukan secara terperinci untuk melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syarak termasuk tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP untuk PRU Ke-14 (PRU-14) nanti.
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga terus berdolak-dalik berhubung kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap Pas pada PRU lalu dengan mendakwa parti itu mendapat sokongan lebih banyak di Terengganu dan Selangor.

Jelasnya, Pas mendapat lebih banyak undi popular sehingga mengatasi Barisan Nasional (BN).

"BN menang kerusi yang banyak dalam pilihan raya lalu kerana sistem demokrasi yang tidak adil seperti yang berlaku pada hari ini," ujarnya.

MANAKALA Ketua Dewan Ulama Pas pula, Datuk Harun Taib terus mendapat sokongan kuat dalam kalangan ahli akar umbi berhubung saranannya agar parti tersebut mengkaji semula tahaluf siyasi dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Aktivis Pas, Saiful Azhar Syukri berkata, cadangan tersebut adalah tepat memandangkan majoriti ahli akar umbi Pas kini mula mempersoalkan kredibiliti DAP terutama berhubung ketelusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Saranan Harun tersebut membantu parti untuk berada di landasan yang betul. Kami akar umbi terharu kerana segala keluh-kesah sebelum ini disampaikan beliau ke perhatian kepimpinan tertinggi parti dan rakyat.
"Adakah kita akan terus menjadi kuda tunggangan Anwarinas dan DAP atau sebaliknya, mengubah perkara ini," katanya di sini hari ini.

Harun dalam ucaptamanya ketika Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia di Kedah baru-baru ini, mencadangkan supaya Pas segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Pas menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula ekoran kemerosotan sokongan pengundi Melayu.
Mengulas lanjut kata Saiful Azhar, ketegasan Dewan Ulama Pas menegakkan saranan tersebut adalah penting dalam memastikan kegelisahan akar umbi mendapat perhatian umum.

"Selaku ahli Pas, saya menyambut baik saranan ini namun begitu, saya terkejut apabila ia dipertikaikan kepimpinan tertinggi parti sendiri selain dari PKR dan DAP," katanya.


Thursday, September 19, 2013

PANDANGAN AKTIVIS BELIA TERHADAP AGENDA MEMPERKASA EKONOMI MELAYU - Saiful Zaini Mohd Bokhari


#Memperkasakan Ekonomi Melayu

Saya amat terusik dgn kata2 DAP dan rakan2 yg sependirian dengannya menghentam dasar dasar seperti yg dibentangkan oleh Dato Seri Najibhari Sabtu yg lepas, yg kononnya bersifat rasis dan membelakangkan golongan lain.

Saya amat tidak bersetuju dgn pandangan yg negatif yg sebegitu rupa. Negara ini kaya dgn sumber dan peluang2 yg ada. Adalah lebih adil sekiranya kekayaan negara ini diNikmati dgn lebih Adil lagi. Sekiranya kite melihat rata2 yg mendominasikan ruang2 ekonomi adalah dari kalangan Peniaga Cina. 10 Yg terkaya di Malaysia adalah dari golongan cina. Apa nak lagi?

Orang Melayu bukan takut bersaing. Itu tidak timbul sama sekali. Tetapi apa yg berlaku banyak daripada ruang2 perniagaan sudah di warisi Peniaga Cina sudah sekian lama, bergenerasi lamanya. Ini sebenarnya membentuk "barrier to entry" untuk yg lain2 mencuba nasib. Saya malas sebab2 lain yg saya rasakan adalah persepsi..

Diakui juga org Cina adalah kuat bekerja dan itu mesti dijadikan tauladan yg baik utk org2 Melayu.

Pada saya, org yg rasis adalah org yg sudah kaya, kaut semua keuntungan, mendominasi segalanya... "tak ini semua Aku yg Punye" di negara ini dan masih tamak haloba......tanpa memikirkan kepentingan kaum2 yang lain.... itu adalah rasis yg PALING DAJAL...

Saya juga menyarankan akan ada langkah2 memberi peluang kepada Kaum India yg juga masih ketinggalan.

One wise man used to say "the world is big and wealthy enough to satisfy Ones' Needs, but not Enough to satisfy Ones' GREED..."

LETS ALL BE MORE CONSIDERATE MALAYSIAN.. SHALL WE..

MIMPI NGERI 16 SEPTEMBER ANWAR

 Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand disahkan meninggal dunia di sini, awal pagi hari ini. 

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok. - AGENSI 

Sebastian Phiu: Tarikh ini juga merupakan tarikh keramat segala janji tipu yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim terbongkar. Memang sudah menjadi "Ketetapan Allah" tarikh 16 September ini menjadi tarikh penting bagi pengkhianat negara Malaysia agaknya.


Wednesday, September 18, 2013

CHIN PENG AKAN DIAMPUNKAN ?

Dosa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng terlalu besar terhadap negara ini.
Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth berkata sehubungan itu, tiada ruang walaupun seinci bagi mayat ketua pengganas komunis tersebut memasuki negara ini.
Mohd. Ghazali yang mempunyai ingatan terperinci berhubung kekejaman pengganas komunis menjelaskan, kepulangan mendiang ke tanah air merupakan penghinaan kepada bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban.
Beliau yang mengetuai ketumbukan pertahanan negara pada awal 80-an tidak dapat melupakan kekejaman yang dilakukan pengganas komunis terhadap pasukan pertahanan negara ketika itu.
"Saya sendiri memapah mereka yang cedera dan mengangkat mayat perwira dari medan pertempuran. Saya masih ingat pertempuran di Sungai Siput, Perak yang menyaksikan ramai anak-anak buah saya terkorban akibat kekejaman komunis.
"Darah dan keringat pahlawan terdahulu jangan diabaikan, mereka berjuang sedaya-upaya memastikan anasir yang didoktrinkan Chin Peng ini dihapuskan, biar terkorban nyawa sekalipun," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.
Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali yang juga Pengerusi Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) menambah, beliau yakin sesiapa sahaja yang hidup semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989 pasti membantah sebarang simpati terhadap Chin Peng.
Sudah terang lagi bersuluh tegasnya, kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan paling kukuh bagi rakyat.
"Chin Peng adalah ketua komunis yang melakukan kekejaman terhadap negara ini, jangan ada sekelumit sekalipun simpati terhadap pengkhianat negara ini, saya sokong ketegasan kerajaan dalam isu ini," kata beliau.

SIAPA IBNU SINNA ?

Di barat beliau dikenali dengan nama Avicenna . Berbangsa Parsi dan dikatakan dilahirkan pada tahun 375H, di desa Afshanah berdekatan dengan kota Kharmaitan Propinzi Bukhara, Afghanistan.
  • Pelajaran pertama yg diterimanya pada zaman kanak2 adalah Al Quran dan berjaya menghafal al Quran pada umur 10 tahun.
  • Digelar "Doktor Di Raja" pada ketika umurnya 18 tahun.
  • Menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada zamannya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama, tasawuf dll.
  • Turut menguasai ilmu berbentuk duniawi termasuklah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,syair, teologi,politik, matematik, fizik,kimia,sastera dan kosmologi
  • Diusianya 21 tahun, menulis karya yang pertama berjudul "Al-Majmu".Himpunan risalah karyanya dihimpunkan dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" oleh Pater Dominican di Cairo.
  • Bukunya Al Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) dianggap sebagai perbendaharaan ilmu perubatan dan menjadi rujukan para ilmuwan serta para doktor sejak berzaman.Malah ia turut diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. (Entah ada ke tidak terjemahannya dalam bahasa Melayu..ekk?!) Buku ini diangkat sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.
  • Penulis2 barat menanggap Ibnu Sina sebagai "Bapa Doktor" kerana telah menyatupadukan toeri perubatan Yunani Hippocrates dan Galen. Malah Ibnu Sina turut diberi gelaran "Medicorum Principal " atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Dalam dunia Islam beliau dianggap "Zenith" iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran
  • Dalam bidang geografi Ibnu Sina dengan mudah memecahkan teori berkenaan dengan bagaimana sungai2 berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah2 yang gagaldipecahkan oleh ilmuwan dari Yunan dan Roman.
  • Ibnu Sina juga sangat terkenal di dalam mengembangkan ilmu psikologi dan membuat penemuan baru dalam ilmu perubatan yang disebut "psychosomatic medicine". Turut memberi sumbangan dalam ilmu diagnosis mengenal penyakit melalui denyutan jantung dan nadi. Hebat nyerr....!
Orang yang berilmu dan hebat sepertinya bukan datang selalu. 1 dalam sejuta.Dan orang yang hebat sepertinya turut meninggal dalam usia yang dianggap masih muda. Meninggal dunia di Hamdan dalam usianya menjangkau 58 tahun pada bulan Ramadhan 428H/1037 M. Makam beliau di Hamdan dikelilingi oleh makam2 doktor Islam yang lain. Hal ini menyebabkan para ilmuwan merasa bertuah jika dapat dikuburkan di tanah perkuburan di mana "Zenith" Islam ini bersemadi.
Bertuahnya kita kerana dikurniakan seorang ilmuwan yang "dahsyat " sepertinya! Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.
Al Fatihah buat Ibnu Sina. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.