Tuesday, April 30, 2013

AYAH PIN PENGASAS KERAJAAN LANGIT


Ariffin Mohamad

Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.

*Asal usul

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

*Kejayaan dan pengaruh

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.

*Pembentukan Kerajaan Langit

Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.

*Kejatuhan

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

*Menghilangkan diri

Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke selatan Thailand. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.

*Pertikaian Polis dengan JHEAT

Pada 12 November 2008, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kesal kerana JHEAT menyatakan Ayah Pin tidak perlu ditangkap. Musa Hassan menjelaskan pertikaian itu dalam seminar memperkasakan pentadbiran keadilan di mahkamah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak . Padahal Ayah Pin didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005. Ayah Pin mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah. Polis bimbang tanggapan ramai bahawa polis tidak memberi kerjasama dan penyelarasan dengan jabatan agama Islam.

Tetapi pada 13 November 2008, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis Terengganu supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke Terengganu, dari Selatan Thailand. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEAT, Mohamad Nor Mohamad menegaskan tiada perbincangan diadakan dengan polis berhubung Ayah Pin. Setakat ini status siasatan JHEAT terhadap Ayah Pin kini masih di peringkat mencari bukti. Walaupun ada cakera padat Ayah Pin tetapi tidak dapat dibuktikan bila ia berlaku dan apakah ciri-ciri ajaran-ajaran tersebut.
 

New king of Netherlands : Willem-Alexander

King Willem-Alexander of the Netherlands, his mother Princess Beatrix of the Netherlands, center, and wife Queen Maxima greet the crowd of Dam Square from the balcony of the Royal Palace Amsterdam, following the official abdication of Queen Beatrix Tuesday


Holland last had a king in 1890


Holland got its first new king in over 100 years on Tuesday as Queen Beatrix of the Netherlands abdicated in favor her son, Willem-Alexander.
After 33 years on the throne, Queen Beatrix, 75, formally stood down from the throne at a brief ceremony at the Royal Palace in Amsterdam on Tuesday. Earlier this year she said that it was time for "a new generation" to reign.
During the ceremony, Queen Beatrix signed a statement that read: 'I now withdraw from my office of Queen of the Netherlands, and the monarchy will now be transferred to my eldest son, Willem-Alexander."
King Willem-Alexander is 46. He is the first Dutch king since 1890 and the death of Willem III.

Monday, April 29, 2013

Kami Akan Tembak Orang Vietnam itu"



Kita sering di kabar kan dengan tindakan dan hasil kerja Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.Tetapi amat jarang di sampai kan hasil kerja nya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ini kisah nya ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Kisah berkisar sekitar tahun 1979 apabila orang Vietnam mendapati bahawa negara Malaysia amat baik kepada kehadiran mereka yang sedang mengalami pergolakan dalaman negara.

Seperti biasa puak yang terawal akan cabut apabila sesuatu keburukan melanda mana mana negara ada lah puak pelarian ekonomi. Dan tentu sekali pendatang Vietnam yang bert dalam etnik Cina lah paling awal akan cabut dahulu.

Oleh sebab jumlah mereka terlalu ramai dan mula menjadi beban kepada negara kita untuk menangung kos makan dan minum mereka, malah sebuah pulau yang indah dan menarik telah menjadi korban kepada kehadiran mereka ini maka sesuatu harus di lalukan.

Sedang negara lain ambil enteng perkara ini Malaysia pula memikul biawak hidup.Rakyat dalam negara masih ramai belum di bantu , kini negara terpaksa melayan tetamu tidak di undang.

Pendatang ini ada yang sengaja membocor kan bot mereka agar mereka akan di selamat kan atas dasar peri kemanusian, dan dr Mahathir sudah mengesan taktik ini.

"the govt will arm itself with the necessary legislation to shoot on sight any vitenames illegals immigrants" kata nya."and we will shoot them if they encroached our waters". tambah nya.

Sebeum ada hak menembak pun perundangan untuk hak itu harus di ujud kan di dalam perundangan negara .Begitu lah tindakan dr Mahathir untuk menyelesai kan kamelut ini.

Sebaik sahaja ugutan tembak ini beberapa negara termasuk Australia di bantu oleh pihak bangsa bangsa bersatu melalui UNHCR telah ambil tindakan membicara kan beban Malaysia ini dan penyelesaian telah di buat beberapa bulan kemudian.

TENGOK GAMBAR NIK AZIZ PUN DAPAT PAHALA KE ?

Umum mengetahui, kaum PAS amat menyanjung tinggi Nik Aziz Nik Mat. Bagi mereka, Nik Aziz adalah KERAMAT HIDUP. Malah, ada juga yang membuat fatwa BIDAAH, kononnya, memandang wajah Nik Aziz juga sudah dapat pahala. Dek kerana itulah, ramai yang menempek gambar Nik Aziz di rumah masing-masing, bahkan di kenderaan masing-masing kerana beranggapan, ianya boleh mendatangkan pahala. 


Alasan mereka, Nik Aziz adalah SEORANG ULAMA. Apabila seorang ulama, maka mencintai dan berada di sampingnya, boleh mendatangkan pahala atau kebaikan.

Sesuatu yang sebenarnya amat menyerupai perbuatan kaum Yahudi terhadap kubur-kubur para nabi dan rasul-rasul Bani Israel, yang kemudian mereka bersembahyang di dalamnya tetapi ajaran dan perintah Allah Taala yang disampaikan menerusi nabi-nabi dan rasul-rasul tersebut, semuanya disanggah.

Perangai yang sama seperti yang dilakukan oleh para pengikut PAS dan Nik Abdul Aziz sendiri.

Kecaman serta pendedahan berhubung salahlaku, penyelewengan serta kesesatan yang didatangkan oleh Nik Aziz telah membuatkan para pecacai Nik Aziz tidak senang duduk. Sebahagian daripada mereka yang sebelum ini menerima bulat-bulat ajaran songsang Nik Aziz, terutama sekali yang membabitkan akidah, sekarang ini mula sangsi dan ragu-ragu. Malah keperibadian serta keilmuwan Nik Aziz sendiri mulai dipertikaikan memandangkan SANAD pendidikannya AMAT KABUR dan seringkali para pengikut terpaksa menipu demi menjaga nama baik dan air muka Nik Aziz, si Mursyidul Am PAS.

Sebagai orang politik, Nik Aziz memang ramai musuh, apatah lagi mulut dan lidahnya memang tidak pernah dijaga. Kini, Nik Aziz menambah koleksi musuh apabila golongan cerdik pandai agama mulai mempersoalkan semua ajaran serta kenyataannya.

Salah seorang daripada mereka adalah Abdullah Saamah, pengasas Pondok Geting, Kelantan.

Memandangkan segala hujah Abdullah Saamah terhadap Nik Aziz tidak dapat dijawab baik oleh Nik Aziz sendiri, apatah lagi para pengikutnya, maka bermulalah cerita-cerita DONGENG, KARUT, DAN PENUH KHURAFAT dicipta oleh para pengikut Nik Aziz.

Semalam, para pecacai PAS dan pengikut Nik Aziz bertepuk sorak apabila berita angin kononnya Abdullah Saamah dimasukkan ke wad kerana memburukkan Nik Aziz, mereka sendiri sebarkan. Kononnya juga, Abdullah Saamah diserang stroke kerana dikatakan menghina Nik Aziz semasa berceramah di Terengganu beberapa malam yang lalu.

Semasa berceramah di Terengganu, Abdullah Saamah ada menyentuh tentang Nik Aziz yang terpaksa diusung dan Karpal Singh yang jatuh tergolek. Justeru, akibat daripada karomah Nik Aziz, Abdullah Saamah pun dibalas tunai.

Itu kata merekalah.

Hakikatnya, ketika Abdullah Saamah dikatakan diserang angin ahmar kerana menceritakan keburukan Nik Aziz sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, guru pondok tersebut sedang berceramah dan sedang menelanjangkan keburukan, fitnah, kesesatan serta penyelewengan akidah yang dilakukan oleh Nik Aziz dan PAS di Jerlun.

Ketika dihubungi, Abdullah Saamah sekadar beristighfar dan memohon keampunan buat para penfitnahnya. Malah dia mengharapkan, agar fitnah yang dibuat, dibalikkan kepada mereka semula. Suaranya ceria apatah lagi sambutan daripada ahli-ahli PAS di Jerlun terhadap ceramah dan penjelasannya, begitu mengujakan.

Nampaknya, para pecacai PAS sudah semakin tersepit sehingga terpaksa mengada-ngadakan cerita untuk menunjukkan betapa hebatnya Nik Aziz, betapa karomahnya lelaki tua berserban dan berjanggut sejemput itu tetapi kerapkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan Iblis dan Syaitan.

Ironinya, Nik Aziz pernah batuk darah ketika memohon doa laknat buat Najib Abdul Razak. Malah beberapa hari kemudian setelah dia mendoakan KEMBUNG PERUT buat Najib Abdul Razak, Nik Aziz sendiri terpaksa dimasukkan ke wad kerana SAKIT PERUT.

Sebab itulah, sekarang ini sebarang DOA LAKNAT untuk UMNO dan para pemimpin UMNO diserahkan kepada orang lain. Nik Aziz tidak begitu berani lagi berbuat perkara yang sama setelah empat kali dia diberikan apa yang didoakan kepada orang lain!

UNDILAH BARISAN NASIONAL.


Sumber: Kedahan69ers.
Post: Tok Guru.

APA IDEA TERBAIK HUSAM SELAIN BATU ASAS ?



Apa saja isu akan dijadikan modal pembangkang untuk menghemtam dan menfitnah kerajaan.
Bahkan baru-baru ini, kematian Tim.Pengarah Kastam yang di tembak penjenayah di tuduh oleh HUSAM berpunca dari rasuah dan korup di kalangan kakitangan awam. 
Tanpa ada perasaan simpati HUSAM mencari populariti dengan menghina kakitangan awam. 
Budaya politik seperti ini sepatutnya tidak diamalkan oleh seorang yang mendakwa membawa mesej Islam. 
SEPATUTNYA , sebagai seorang yang kononnya dari parti Islam , HUSAM perlu membawa idea-idea baru yang boleh memberi faedah kepada rakyat dan bukannya menfitnah kakitangan awam.
PENJAWAT AWAM perlu sedar sekarang siapa yang sepatutnya mereka percaya yang akan membela nasib mereka dan anak cucu mereka di masa akan datang.

Sunday, April 28, 2013

SOALAN YANG MENYELAMATKAN JIWA


Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’
Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’
‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’
‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’
‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca ‘Bismillah…’ Pemuda arab itu berkata,
- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’: 12).
- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’
(Al-Mulk: 3).
- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’
(Al-Haqah: 17).
- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’
(Al-An’am: 160).
- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf
- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’
(Al-Baqarah: 60).
- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’
(At-Takwir: 18).
- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)
- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’
(Luqman: 19).
- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’
(Al-Anbiya’:69).
- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).
- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci syurga itu?’
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’
Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘
Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

PAK PANDIR MODEN



Berapa Banyak Kuaters Perlu Dibina Husam Jika Ditukarkan Ke Kuaters Sewa-Beli? #SI MISAI KONTOT YANG BODOH BENGONG

Husam Musa dalam siri kempennya menawarkan kuaters kerajaan ditukarkan kepada sewa beli. Hanya yang berfikiran singkat sahaja percaya kepada janji tersebut. Kenapa kuaters? Sebab ia kemudahan perumahan Penjawat Awam yang akan silih berganti didiami oleh Penjawat Awam yang lain atas pelbagai sebab. Antaranya ialah Penjawat Awam itu berhenti, bertukar dan juga bersara wajib. Pembangunan Putrajaya mengikut pelan induk (masterplan) akan mewujudkan 300,000 kediaman pelbagai jenis di mana 40% adalah dibina bagi tujuan kuaters kerajaan dan 60% lagi dijual kepada awam.

Kuaters kerajaan dibina di atas tanah yang diberilimilik di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP-KPTG) dan tidak boleh dijual beli sementara Putrajaya Holdings (PJH) adalah pemilik tanah yang akan dan telah dibangunkan kediaman yang akan dijual kepada awam. Kuaters kerajaan dibina mengikut kelas dan kelayakan

Penjawat Awam yang telah ditetapkan di dalam bab E Perintah Am. Pangsapuri berkeluasan antara 850kp.-1,000k.p. adalah diperuntukkan kepada Penjawat Awam dari gred 1-17. Pangsapuri berkeluasan 1,200k.p bagi gred 22-26 atau sesiapa yang bersetuju untuk"down gred". Sementara rumah teres diperuntukkan kepada Penjawat Awam Gred 27-44 mengikut kelas masing-masing dan rumah teres berkembar bagi gred 48-54.



Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam perancangan pembangunan Bandar raya Putrajaya, telah mengkhususkan 10,000 buah rumah mampu milik dibangunkan dibeberapa kawasan. Antara PRMM yang telah dibangunkan ialah Pangsapuri Putra Harmoni (rumah hijau) di Presint 9, Pangsapuri Putra damai di Presint 11 dengan kedua-dua pengsapuri berkenaan berkeluasan 700kp dan dijual dengan harga RM45,000.00.

Memandangkan desakan penduduk Putrajaya supaya dibina rumah mampu milik yang lebih besar, UMNO Bahagian Putrajaya telah membawa permohonan ini kepada PPj dan Perdana Menteri. Melalui perbincangan dan kajian mendalam oleh PPj, PJH dan Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan bersetuju membina rumah mampu milik yang lebih besar di Putrajaya melalui projek PR1MA yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan dijual di Presint 11 dengan harga antara RM120,000 (815k.p.) - RM150,000 (1,006k.p.) pada tahun lepas.

Seterusnya, pada 18 April yang lepas Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Penjawat Awam yang menetap di kawasan bandar. Projek pertama dibangunkan khusus untuk Penjawat Awam di Putrajaya. PPA1M berkeluasan 1,000k.p., 1,200k.p dan 1,500k.p. akan dijual dengan harga antara RM150,000.00 hingga RM300,000.00 adalah jauh lebih rendah dari harga pasaran. Sebagai perbandingan Apartment Dwi Putra yang dibangunkan oleh SP Setia di Presint 15 mula dijual dengan harga antara RM389,500.00 - RM694,200.00 dengan berkeluasan 900k.p. hingga 1,200k.p.

Kemudahan perumahan untuk Penjawat Awam ini diperjuangkan oleh UMNO yang menjadi tunjang BN di Putrajaya dan ia sudah pasti tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak khususnya oleh Penjawat Awam itu sendiri. Dari estet getah dan sawit Ladang Prang Besar, Sidgelley, Madingley dan Galloway akhirnya menjadi sebuah Bandar Raya Dalam Taman yang indah adalah ilham dan iltizam kerajaan Barisan Nasional.

Kuaters adalah kemudahan dan bukannya hak! Soal kekurangan dan tempoh senarai menunggu kuaters akan ditangani oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM dengan sebaik-baiknya. Masih banyak lagi kuaters yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat di Presint 5, 6, 8, 11, 12, 15, 16, 17 dan 19. Sekiranya semua kuaters ini dijual seperti janji Husam Musa, maka apakah lagi yang tinggal untuk generasi Penjawat Awam akan datang? Inilah contoh pemikiran dangkal pemimpin PAS yang terkenal dengan slogan dan perasmian batu asas...

http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/04/berapa-banyak-kuaters-perlu-dibina.html

PEMBOHONGAN TERBESAR ANWAR

Janji kononnya harga minyak akan diturunkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini, merupakan satu pembohongan besar pihak pembangkang bagi menarik sokongan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menjaja cerita itu dalam siri ceramahnya, hanya bertujuan memancing undi semata-mata.

"Jika harga minyak diturunkan 20 sen seliter, kerajaan akan menanggung bebanan berjumlah RM4 bilion setahun, apa yang dijaja Anwar, hanyalah janji bohong semata-mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Anwar dilihat bertindak menabur segala janji bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mencapai cita-citanya ke Putrajaya.

Anwar pada ceramahnya di Simpang Sebertak, dekat sini dua hari lepas menaburkan pelbagai janji termasuk menurunkan harga minyak bagi menarik sokongan rakyat di kawasan berkenaan.

"Rakyat jangan mudah terperangkap dengan pembohongan pembangkang kerana apabila hajat mereka tercapai, segala yang dijanjikan hancur dan hilang semuanya dan yang menderita adalah rakyat," kata Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi kawasan Parlimen Bera.

Mengulas mengenai tuduhan calon PKR di Parlimen Bera, Zakaria Abdul Hamid, kononnya kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi menangani bekalan air dan meningkatkan kemudahan infrastruktur, Ismail Sabri berkata calon PKR itu bercakap tanpa fakta yang benar.

"Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM18 juta sebelum ini bagi kerja-kerja menaik taraf jalan antara simpang Triang Satu ke Tembangau, sebanyak RM10 juta lagi untuk kerja-kerja menaik taraf jalan dari Kerayong ke Simpang Sebertak dan RM10 juta lagi untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Simpang Pos Iskandar Orang Asli ke jalan Ladang Bera Kemayan," katanya.

Beliau berkata kerja kerja menaik taraf jalan itu dijangka siap akhir tahun ini.

Mengenai masalah bekalan air, Ismail Sabri berkata kerja-kerja menukar batang batang paip lama di parlimen itu sedang dijalankan kontraktor membabitkan peruntukan lebih RM50 juta.

"Semua tuduhan Zakaria itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan dari masa ke semasa melaksanakan pembangunan di daerah ini," katanya. 

PECAT SEMUA MEREKA

 Seramai 34 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipecat daripada parti itu.


Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua berkata tindakan itu diambil selepas mereka gagal menarik diri daripada bertanding dan memohon maaf kepada PKR setelah parti pembangkang itu memberi mereka tempoh sehingga 5 petang pada Khamis lepas.

Beliau memberitahu Bernama bahawa kesemua anggota itu merupakan pemimpin peringkat cabang.

"Mengikut perlembagaan parti pun, kalau ada anggota yang masuk parti lain atau menentang parti, automatik akan kena pecat tetapi kita beri amaran dan tempoh untuk memohon maaf.

"Namun sehingga 5 petang Khamis lepas, tiada sebarang respon daripada anggota-anggota ini. Selepas ini, mereka akan diberikan surat pemecatan," katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi tempoh sehingga Khamis lepas kepada anggota PKR yang bertanding sebagai calon bebas untuk memohon maaf dan menarik diri daripada bertanding. - Bernama

Saturday, April 27, 2013

TIADA HUDUD: MUSTAFA ALI

Datuk Mustafa AliKUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya tidak meneruskan pertikaian isu hudud dalam media kerana ia hanya  akan menjerumus mereka ke dalam perangkap Umno-Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, isu hudud telah mencapai kata sepakat pada September 2011 dan perkara itu tidak perlu ditimbulkan sehingga boleh mencetus polemik khususnya menjelang 5 Mei."Ini adalah perangkap Umno yang biasa setiap kali pilihan raya, isu ini akan diapi-apikan Umno melalui media supaya akan ada percanggahan pendapat dan tujuannya untuk porak-perandakan Pakatan Rakyat.

"Semua pimimpin PR perlu hentikan isu polemik itu dalam media."Isu ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustafa berkata demikian mengulas lanjut desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyatakan pendirian berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas.

Perkara itu turut ditimbulkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada Rabu lepas yang mengatakan DAP tiada masalah dalam isu pelaksanaan hudud selepas parti itu bersetuju menggunakan logo Pas.Dalam pada itu, meskipun agama Islam itu menjadi dasar perjuangan Pas, namun ia bukan sebahagian daripada dasar bersama dalam agenda dan manifesto PR pada pilihan raya kali ini.

Malah Mustafa memberi jaminan bahawa isu hukum hudud itu tidak akan memecahbelahkan antara Pas dan DAP kerana masing-masing akur dan memahami terhadap perbezaan yang timbul."Memang kita ada perbezaan dengan DAP, kebersamaan kita lebih besar daripada perbezaan.

"Kita tentang korupsi, penyelewengan itulah isu besar kita, ia tak akan dipinggirkan tak kira kaum antara komponen PR."Tok Guru pun cakap hudud tak boleh dipaksa, begitu juga agama Islam pun tak boleh dipaksa, apatah lagi pula soal perundangan," katanya sambil mengulangi komitmen Pas untuk menentang Umno dan BN pada PRU13 ini.

BAITULMAQDIS 26 April -
 Pesawat tempur Israel hari ini menembak jatuh sebuah drone yang dipercayai dihantar oleh kumpulan pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, pesawat tanpa pemandu itu ditembak ketika cuba memasuki ruang angkasa wilayah rejim di kedudukan kira-kira lapan kilometer dari pelabuhan Haifa.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Israel mendakwa, drone itu dihantar oleh kumpulan Hezbollah yang berpangkalan di Lebanon. - REUTERS

Friday, April 26, 2013

AGAMA ISLAM TETAP DI PERTAHANKAN


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak akan sesekali mengorbankan prinsip Islam semata-mata untuk meraih keuntungan politik seperti dilakukan pembangkang.
\
Mengambil contoh sokongan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan pertikaian status syahid wira negara yang terkoban di Sabah oleh pembangkang, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku kerana pihak lagi satu lebih mengutamakan politik daripada kebenaran.

''Dalam isu kalimah Allah, kita pertahankan agama, kita tidak berdolak-dalik dalam hal ini. Kita tak main politik walaupun ada orang kata rugi kalau tidak ketepikan prinsip tersebut bagi meraih undi.

''Bagi saya kebenaran itu tetap kebenaran. Kita tidak boleh lari daripada mencari kebenaran kerana akhirnya Allah akan memihak kepada mereka yang meneruskan perjuangan berdasarkan kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pembangunan Ummah peringkat negeri yang turut dihadiri tetamu khas, Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu kata Najib, keputusan beliau mengangkat manifesto sebagai aku janji dibuat berlandaskan tuntutan Islam seperti mana yang disebut Allah dalam surah al-Israa ayat ke-34.

Menurut Perdana Menteri, dalam ayat tersebut janji dituntut untuk disempurnakan sama ada dengan Allah atau manusia.


MATI DITEMBAK SELEPAS BUNUH 5 MANGSA


Seorang lelaki mati ditembak pasukan polis selepas dipercayai membunuh lima orang di sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Suspek pembunuhan tersebut, Rick Odell Smith, 43, mati selepas terlibat dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Manchester, Illinois.

Pegawai polis Illinois, Leftenan Kolonel Todd Kilby berkata, mangsa yang terbunuh merupakan Joanne Sinclair, 65; Brittany Luark, 22; Roy Ralston; Nolan Ralston, 5, dan Bradley Ralston, 1.

Katanya, kesemua mangsa ditemui mati dalam sebuah rumah kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin dan pihak polis mendapat maklumat saksi beberapa jam kemudian yang mengatakan Smith memandu sebuah kereta putih dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan rumah terbabit.

"Beberapa anggota polis dikerah mengejar suspek dan berlaku kejadian tembak-menembak menyebabkan Smith mengalami kecederaan.

"Suspek meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," jelasnya.
Menurut Kilby, motif pembunuhan masih disiasat namun beberapa jiran memaklumkan, suspek mengalami tekanan perasaan ekoran berdepan kes mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya.

Seorang kanak-kanak perempuan, Kassidy Ralston, 6, turut dicederakan oleh Smith dilaporkan terselamat dan kini dirawat di hospital berdekatan.
Serangan terbaharu kelmarin berlaku hanya beberapa hari selepas kes pengeboman di Boston dan insiden letupan di sebuah kilang baja di Texas.

Kes pembunuhan terbabit meningkatkan kebimbangan orang awam di AS tentang tahap keselamatan berhubung isu penggunaan senjata api ekoran beberapa kes tembakan rambang berlaku di negara ini.

Antaranya insiden di Sekolah Rendah Sandy Hook, Newtown, pada Disember lalu yang mengakibatkan 27 maut termasuk kanak-kanak.


ISREAL SERANG LABENON


BAITULMAQDIS 26 April -
 Pesawat tempur Israel hari ini menembak jatuh sebuah drone yang dipercayai dihantar oleh kumpulan pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, pesawat tanpa pemandu itu ditembak ketika cuba memasuki ruang angkasa wilayah rejim di kedudukan kira-kira lapan kilometer dari pelabuhan Haifa.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Israel mendakwa, drone itu dihantar oleh kumpulan Hezbollah yang berpangkalan di Lebanon. - REUTERS


POLIS, TENTERA BELUM UNDI

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujud pengundian awal seperti yang didakwa beberapa pihak termasuk tersebar luas di laman sosial sejak semalam.


Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, SPR telah mengesan wujudnya cubaan pihak-pihak tertentu menyebarkan maklumat mengenai proses pengundian awal membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar kerana kertas undi yang sedang diedar pihaknya adalah kertas undi pos, bukannya undi awal.

"Itu tidak benar. Undi awal hanya akan dilakukan pada 30 April dan penerima kertas undi sekarang adalah mereka yang mengundi secara pos.



"Dakwaan tersebut boleh mengelirukan rakyat mengenai tarikh sebenar pengundian awal. Kertas undi pos itu sudah diedarkan bermula 22 April lalu kepada pengundi luar negara serta mereka yang akan bertugas pada hari mengundi biasa," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, kertas undi tersebut perlu dikembalikan kepasa SPR sebelum jam 5 petang, 5 Mei.

"Sehubungan dengan penyebaran maklumat tersebut, SPR telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pagi tadi bagi menyiasat perkara tersebut.

"SPR juga menafikan semua dakwaan yang dinyatakan menerusi laman sosial facebook semalam sama ada pengundian awal, SPR terlibat dengan merakam gambar kertas undi dan juga dikatakan gagal melantik ejen calon atau wakil calon bagi menyaksikan proses pengundian," katanya.

Katanya, di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) yang menyatakan sesiapa sahaja melalui perkataan secara lisan atau bertulis atau dalam sebarang bentuk seperti akhbar, buku ataupun cetakan, penerbitan atau maksud lain termasuk menyebarkan laporan palsu atau mengadakan kenyataan palsu dengan sengaja untuk menyebabkan kekecohan awam, boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Ditanya apakah tindakan yang akan diambil kepada penyebar maklumat dan gambar di laman sosial, Kamaruddin mahu perkara itu disiasat terlebih dahulu.
"Kita biarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu," katanya.

Katanya, selain undi awal, dakwaan tersebut juga menyebut SPR gagal dalam mengawal pergerakan kertas undi awal sedangkan pada masa ini, kertas undi pos yang telah diedarkan, bukannya kertas undi awal.

"Bagi undi pos, SPR tidak mempunyai hak untuk mengawal, ia terpulang kepada pengundi untuk melakukan apa sahaja kepada kertas undi tersebut termasuk menunjukkan kertas tersebut kepada kawan atau ahli keluarga.

"Cuma yang menjadi kesalahan menyebarkannya di laman sosial. SPR juga menafikan gambar yang tersiar di laman sosial adalah daripada pihak SPR," katanya.

Thursday, April 25, 2013

CERAMAH BN DI SERANG DENGAN BOM


Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini malam tadi dikejutkan dengan insiden letupan mengakibatkan seorang petugas parti cedera.

Letupan berlaku pukul 10.15 malam di kawasan longgokan sampah terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.
Turut hadir calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Seorang pekerja parti berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap kerana mendapat kecederaan di betis kanan akibat terkena serpihan paip plastik dan mangsa dirawat sebagai pesakit luar.
Pada 29 Mac lalu, tersebar risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan oleh sebuah parti pembangkang di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu semasa pilihan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya percaya insiden letupan itu didalangi kumpulan profesional berikutan penemuan jerangkap letupan rekaan (IED) dalam bahan letupan.

"Siasatan polis mendapati letupan tersebut menggunakan dua IED yang dibungkus dan diletakkan dalam longgokan sampah di belakang pentas utama.
"Polis juga menemui satu lagi bahan IED yang kemudiannya diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom pada pukul 3 pagi ini," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian adalah untuk menakutkan orang ramai bagi menimbulkan suasana huru-hara di kawasan ceramah.
Berikutan insiden itu, Abdul Rahim memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan suasana tidak aman di negeri itu.
Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan dan ketenteraman di negeri itu terkawal.
"Sebuah pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah telah ditubuhkan untuk menyiasat dan mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah berkenaan.

"Setakat ini, polis telah merekodkan keterangan daripada tujuh saksi yang berada di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman didenda RM10,000 dan penjara tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

DAP JANGAN MIMPI JAWATAN PM, ITU HAK ORANG MELAYU


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin bukan Islam daripada parti sekutunya, DAP tidak layak menyandang jawatan pemimpin nombor satu negara kerana jawatan Perdana Menteri adalah hak mutlak orang Melayu beragama Islam.

Sebagai sebuah negara Islam katanya, sudah semestinya Perdana Menteri negara ini orang Islam bagi menjaga dasar-dasar yang berkaitan.

"Kalau di negara komunis, komunis pemimpinnya dan di negara kapitalis, kapitalislah pemimpinnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di kediaman calon Pas bagi DUN Kuala Berang, Muhyidin Abdul Rasid di sini malam tadi.

Abdul Hadi berkata, bagaimanapun mana-mana menteri daripada kalangan bukan Islam boleh memegang jawatan itu mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing.
"Ada menteri yang bukan Islam yang mahir bidang tertentu boleh dilantik jadi menteri dalam bidang masing-masing seperti kerja raya, galian tetapi nak lantik menteri bukan Islam untuk jaga masjid tak bolehlah," jelasnya.

Beliau seterusnya menolak dakwaan kononnya kerjasama Pas dengan DAP dalam pakatan pembangkang akan memberi peluang kepada pemimpin DAP dilantik sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya, berdasarkan kesemua calon yang bertanding termasuk daripada BN atau pakatan pembangkang, tidak memungkinkan pemimpin DAP menjadi pemerintah.
"Daripada 222 kerusi Parlimen, BN tanding 221 kerusi, Pas 73 kerusi, DAP 50 kerusi dan PKR 99 kerusi.

"Pakatan pembangkang juga mengemukakan calon Islam Melayu seramai 145 orang, BN 131 orang manakala calon pakatan bukan Islam 77 orang, BN 91 orang. Jadi macam mana DAP nak perintah negara," ujarnya.

TETAP LAKSANA HUDUD WALAUPUN DI HALANG KARPAL


Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.

“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.

PENGHINAAN YANG AMAT TERUK KEPADA PAS


Pengedaran video cakera padat digital (VCD) seks yang didakwa menyerupai seorang pemimpin kanan Pas merupakan satu lagi bala kepada parti tersebut.

Aktivis Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ini merupakan satu perbuatan tidak bermoral oleh pemimpin yang boleh menjejaskan parti.

"Saya ada terima cakera padat video (VCD) tersebut dan saya kenal betul gambar dan suara di dalamnya. Saya rasa 90 peratus betul dan lima peratus lagi kena siasat.

"Kami juga mengecam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini menyifatkannya sebagai perkara kecil, sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Mutalib Embong yang dipetik sebagai berkata, Pas boleh menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu tindakan pihak lain berhubung dakwaan yang mengaitkan pemimpin parti itu dalam aksi video seks.

Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, perbuatan itu bukan perkara kecil kerana merupakan dosa besar iaitu berzina dan penzina itu boleh dihukum mati manakala penzina yang belum berkahwin disebat 100 kali.

"Ini satu dosa besar dan satu jenayah. Bagi saya sebagai orang Islam apabila ada fitnah besar, nak tunggu apa lagi? Sekarang ini Pas gunakan media untuk memecat orang seperti yang dilakukan kepada Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa," kata Mohamed Hafiz.

Beliau juga mendesak Lajnah Tatatertib Pas supaya menyiasat walaupun Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali tidak mahu membuat laporan polis.

"Jangan tiru macam Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan jangan sampai mahu mempertahankan jawatan, mereka lupa fitnah yang menghancurkan dakwah ummah dalam negara kita.

"Fitnah ini mengaibkan, mengajar kita untuk menyiasat kalau ada berita yang datang itu dan apa salahnya kita siasat dan kita menutup fitnah," katanya.

Mohamed Hafiz berkata, apa-apa yang berlaku kepada Pas selepas ini kepimpinan pusat mesti bertanggungjawab sepenuhnya.
 
Photo: Bala kepada Pas

Gambar: MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (duduk kiri) semasa mengadakan sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

PERMATANG PAUH 23 April - Pengedaran video cakera padat digital (VCD) seks yang didakwa menyerupai seorang pemimpin kanan Pas merupakan satu lagi bala kepada parti tersebut.

Aktivis Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ini merupakan satu perbuatan tidak bermoral oleh pemimpin yang boleh menjejaskan parti.

"Saya ada terima cakera padat video (VCD) tersebut dan saya kenal betul gambar dan suara di dalamnya. Saya rasa 90 peratus betul dan lima peratus lagi kena siasat.

"Kami juga mengecam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini menyifatkannya sebagai perkara kecil, sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Mutalib Embong yang dipetik sebagai berkata, Pas boleh menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu tindakan pihak lain berhubung dakwaan yang mengaitkan pemimpin parti itu dalam aksi video seks.

Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, perbuatan itu bukan perkara kecil kerana merupakan dosa besar iaitu berzina dan penzina itu boleh dihukum mati manakala penzina yang belum berkahwin disebat 100 kali.

"Ini satu dosa besar dan satu jenayah. Bagi saya sebagai orang Islam apabila ada fitnah besar, nak tunggu apa lagi? Sekarang ini Pas gunakan media untuk memecat orang seperti yang dilakukan kepada Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa," kata Mohamed Hafiz.

Beliau juga mendesak Lajnah Tatatertib Pas supaya menyiasat walaupun Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali tidak mahu membuat laporan polis.

"Jangan tiru macam Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan jangan sampai mahu mempertahankan jawatan, mereka lupa fitnah yang menghancurkan dakwah ummah dalam negara kita.

"Fitnah ini mengaibkan, mengajar kita untuk menyiasat kalau ada berita yang datang itu dan apa salahnya kita siasat dan kita menutup fitnah," katanya.

Mohamed Hafiz berkata, apa-apa yang berlaku kepada Pas selepas ini kepimpinan pusat mesti bertanggungjawab sepenuhnya.

Wednesday, April 24, 2013

DAP AKAN BINA NEGARA ISLAM

Perancangan sulit DAP.

Samada sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil-alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini.

 DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu. Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis-habisan sejak puluhan tahun lalu.

Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.

Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor.

Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya Melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi
 ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa. Dalam masa yang sama dihadapan orang Cina, DAP bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR.

Saudara2ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung-renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini.

Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran-jiran kita dan rakan- rakan kita.
Semoga segala usaha ini berhasil menjamin kesejagatan Melayu melangkah maju ke hadapan bersama rakan2nya.

DUN SUNGAI ACHEH : PAS TUNDUK ARAHAN ANWAR


Perebutan kerusi Dun Sungai Acheh antara PKR dan Pas akhirnya selesai apabila ia menarik diri dan memberi laluan kepada PKR untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Memetik laporan yang disiarkan Harakahdaily.net, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Saleh Man berkata, persetujuan dicapai oleh kepimpinan tertinggi Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dan oleh itu, semua pihak harus akur.

Beliau berkata, jentera Pas dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas kali ini.

"Saya sudah jalankan tanggungjawab bersama kepimpinan Pas negeri untuk memastikan Dun Sungai Acheh ditandingi Pas. Tetapi, ia adalah keputusan pihak tertinggi Pas yang tentunya mempunyai pengetahuan tinggi," katanya.

Sehubungan itu, semua pihak diminta menerima keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun, beliau meminta pimpinan Pas pusat segera turun padang bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku dan menjelaskannya khususnya kepada jentera dan anggota parti di kawasan berkenaan.

"Pas pusat sendiri perlu datang untuk menenangkan keadaan dengan menyatukan semua pihak terutama kedua-dua parti gabungan PR itu," katanya.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Pas yang diwakili Ketua Pemudanya, Mohd Yusni Mat Piah disahkan menjadi calon untuk bertanding di Sungai Acheh manakala PKR menampilkan Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin untuk menentang penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mahmud Zakaria dari BN.

Perebutan kerusi antara Pas dan PKR itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk ketidaksepakatan antara dua parti itu sehingga rakan sekutu melalui Pengerusi DAP, Karpal Singh menegur sikap kepimpinan tertinggi PKR dan Pas yang gagal menyelesaikannya.

Karpal berkata, pertembungan sesama sendiri akan menjejaskan hasrat PR mencatatkan kejayaan lebih besar seterusnya menawan Putrajaya.

Kerusi Dun Sungai Acheh antara tujuh kerusi yang dilaporkan berlaku pertindihan antara Pas dan PKR.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  mengumumkan cadangan Pas untuk menyerahkan kerusi Dun Sg Acheh kepada PKR.

Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

Sebagai balasan, PKR dicadangkan agar menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada Pas.

Manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara Pas dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas yang dipengerusikan Abdul Hadi sendiri.

Keputusan itu akan menyaksikan semua kerusi terbabit menghadapi  pertandingan satu lawan satu antara calon PR dengan BN.

MAT TAIB TAK LAYAK : KARPAL SINGH

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).


Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

Tuesday, April 23, 2013

ISU BERTINDIH, PAKATAN DAH SELESAI: ANWAR

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-Pas telah selesai manakala satu kerusi ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih dalam perbincangan.Beliau berkata, Pas akan mengekalkan tiga kerusi Dun di Terengganu iaitu di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera manakala PKR akan mengekalkan calonnya di kerusi Parlimen Labuan."PKR juga akan mengekalkan calon di kerusi Dun Sungai Acheh (Pulau Pinang) dan Panti (Johor)."Bagi kerusi Dun Kota Damansara di Selangor, di mana calon PSM akan bertanding di bawah logo PKR masih lagi dalam perbincangan dan saya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan dapat selesaikan perkara ini segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.AKAN MENYUSUL

MUBARAK KESAL KEPUTUSAN MAT TAIB

 Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai Pas berkuat kuasa hari ini.Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tindakan Muhammad itu tidak pernah diduga biarpun banyak dinasihatkan Mubarak dan rakan parti supaya tidak meneruskan hasratnya itu.

"Kita kesal dan syukur kami Mubarak Selangor tidak ikut jejak beliau, hanya beliau seorang tinggalkan kami."Sebelum ini ramai kawan beliau cuba merapatkan hubungan dengannya untuk meminta pendapat dan nasihat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Sekretariat Mubarak Selangor, Datuk Abd Samad Maharudin; Ketua Penerangan Mubarak, Datuk Salomon Selamat dan Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi.Sehubungan itu, Abu Hasan berkata, Mubarak Selangor akan mengemukakan laporan kepada Majlis Tertinggi Mubarak bagi memaklumkan perkara itu untuk diambil tindakan susulan.

Ditanya sama ada Mat Taib akan menjadi ancaman kepada BN khususnya sepanjang tempoh berkempen nanti, beliau berkata, ia tidak sedikit pun menjejaskan peluang BN untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR)."Kami yakin Mat Taib tak ada ruang dan tempat di Selangor lagi dan usaha dia untuk menagih undi daripada rakyat negeri ini tidak mungkin berjaya," katanya.Meskipun Muhammad jelasnya masih mempunyai pengaruh yang kuat di Selangor, namun perkara itu beliau serahkan kepada rakyat untuk menentukannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Ketika diminta mengulas status keahlian Muhammad dalam Umno, beliau berkata, perkara tersebut akan diputuskan oleh majlis tertinggi parti walaupun beliau mempunyai keahlian seumur hidup.

"Kalau ahli tidak patuh kepada garis panduan parti, individu itu boleh dipecat dan digugurkan keahliannya," katanya.Dalam pada itu, Mubarak dan BN Selangor juga bersedia menghadapi sebarang serangan terhadap mereka dalam kempen pilihan raya PR yang mungkin akan digunakan untuk membantu jentera parti pembangkang.

Monday, April 22, 2013

ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH

Bukit Mertajam: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempedulikan untung nasib penduduk Permatang Pauh kerana matlamatnya hanya untuk mendapatkan undi dan menang pilihan raya. Ia terbukti dengan tindakan Anwar yang jarang balik ke kawasan yang diwakilinya selepas menang pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008.

 Malah, beliau meninggalkan Permatang Pauh sehari selepas penamaan calon kerana ingin menjelajah ke seluruh negara sepanjang 14 hari tempoh kempen yang masih berbaki.Calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, berkata sikap Anwar yang sanggup meninggalkan kawasan itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap kempen pakatan pembangkang membuktikan beliau hanya mempergunakan penduduk untuk kepentingan peribadi.

Tak peduli perasaan Katanya, sikap Anwar itu didorong dengan perasaan takbur kerana yakin mempertahankan Permatang Pauh yang dianggap kubu kuatnya tanpa mempedulikan perasaan dan nasib rakyat yang selama ini memberi undi. “Bayangkan dalam tempoh kempen Anwar tidak dapat memberi komitmen kepada penduduk Permatang Pauh kerana sibuk berkempen di seluruh negara.

 Terlalu yakin menang “Sikap Anwar yang terlalu yakin ini sebenarnya tidak adil kepada rakyat Permatang Pauh yang selama ini memberi sokongan terhadap beliau,” katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tanah Liat, Penanti, di sini, semalam. Beliau diiringi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ibrahim Ahmad. Beliau mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa tidak dapat berkempen di Permatang Pauh pada PRU-13 kerana perlu memberi tumpuan terhadap kempen pakatan pembangkang pada peringkat nasional, termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Mazlan berkata, tindakan Anwar itu memberi laluan lebih mudah kepadanya BN untuk memantapkan kempen, selain berjanji akan menawarkan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasan itu. Manfaatkan keadaan “Saya beruntung sebab Anwar tidak berada di sini sepanjang tempoh kempen dan peluang itu akan dimanfaatkan calon BN untuk mendekati seberapa ramai rakyat, termasuk menggempur kawasan hitam di Permatang Pauh,” katanya.

BERI MANDAT KEPADA NAJIB: Michelle Yeoh

SAYA AMAT ERHARAP NAJIB AKAN KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA.  SAYA MEMINTA ANDA SEMUA MEMBERIKAN MANDAT KEPADANYA," MICHELLE YEOH.

Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh menolak bidasan pembangkang yang mengkritik Perdana Menteri dan meminta rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa dan akan melakukan banyak lagi perkara yang baik," katanya kepada kira-kira 60,000 hadirin pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persekutuan Keturunan Cina Selangor."

Saya, setulus ikhlas berharap bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya minta anda semua untuk memberinya mandat yang kukuh," katanya.Yeoh menjadi sasaran bidasan oleh penulis blog pro pembangkang selepas bintang 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' itu menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam semalam.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk bapanya, Datuk Yeoh Kian Tiek, mempertahankan tindakan Michelle itu, sambil mengingatkan bahawa anaknya seperti semua rakyat negara ini berhak untuk menyokong mana-mana parti politik.




DAP TOLAK ANWAR , PILIH HADI SEBAGAI PM

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa DAP telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri Ketujuh sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-13.“Kita difahamkan ada perjanjian sulit yang dibuat antara pemimpin utama DAP dan Pas bahawa Abdul Hadi akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan memenangi PRU-13, tetapi peliknya ia disembunyikan daripada pengetahuan Anwar yang sedang syok sendiri.“

Pengiktirafan Abdul Hadi itu dibuat kerana DAP dan Pas dikatakan tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menggunakan pelanduk dua serupa sebagai modal kempen PRU-13.‘‘DAP dan Pas sudah tahu klon yang dibawa merupakan pembohongan besar selain berpendapat Anwar tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak mempunyai prinsip," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Permatang, Senggarang di sini hari ini.Mohd.

 Puad mendakwa, pemimpin DAP dan Pas juga ketika ini yakin bahawa bekas rakan karib Anwar iaitu Datuk S. Nallakaruppan tidak berbohong tentang isu biseksual dan kisah Anwar dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.Malah, katanya, DAP dan Pas turut menganggap Anwar sebagai liabiliti politik dan kerana itu juga berlaku pertembungan Pas lawan PKR pada pilihan raya kali ini.

“Anwar gagal untuk mengawal pertembungan tiga atau empat penjuru kerana dia tahu DAP dan Pas tidak akan dengar pendapatnya sebab dia adalah liabiliti dalam politik pakatan.“Sebab itu juga saya maksudkan parti dalam pakatan pembangkang ini ibarat tidur sebantal dan mimpi lain-lain kerana mereka tidak dapat mencapai kata sepakat.

Sunday, April 21, 2013

MAJLIS FATWA VS FATWA NIK AZIZ

PRU 13 - KENYATAAN NIK AZIZ TERPESONG.....

Kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini disifatkan telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, apa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz itu tiada dalam ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan itu.

"Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.

"Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor berkata, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai pahala solat, amal ibadat serta kebaikan seseorang.

Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai amalan kebaikan yang dilakukan umat Islam di muka bumi ini.

"Tidak perlu kita melakukan muzakarah dan mengkajinya kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa boleh menilai amalan, ibadat dan menuduh seseorang itu kafir, melainkan Allah SWT," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah dan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz kebelakangan ini seperti mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan masjid oleh kerajaan hanyalah untuk tujuan mendapat kontrak.

Tambah Abd. Shukor, sebuah parti politik juga tidak mempunyai hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau tidak.

Katanya, tidak kira daripada parti politik mana, tugas menentukan pahala seseorang untuk memasuki syurga adalah hak mutlak Allah SWT.

"Kita manusia di muka bumi ini sama sahaja, tiada siapa yang maksum. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak berani mengatakan seseorang itu masuk syurga atau tidak," ujarnya.