Thursday, January 31, 2013

KITA TIDAK PERNAH KISAH ...


Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami

Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.
Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? 

kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. 

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. 


Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. 

Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. 


Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq. 


Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.


 Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!

Yvonne Ridley mendedahkan kisah Dr.Aafia

http://www.youtube.com/watch?v=5-RfyiE1_YU&feature=player_embedded

SYURGA PAS


Selama ini ramai berangapan bahawa PAS dipinggirkan dalam pentadbiran di Selangor. Saya tidak percaya bahkan Saya beranggapan PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP berjaya membawa Selangor maju lebih dari apa yang BN bawa. Video di bawah ini membuktikan bahawa tanggapan semua orang adalah salah. PAS berjaya menunjukkan contoh "Negeri Berkebajikan" di negeri Selangor.
RAKYAT KENALAH MELIHAT DARI SUDUT YANG POSITIF KEPADA PIMPINAN PAS. SELEPAS INI BLOGGER-BLOGGER UMNO TENTU KEKERINGAN IDEA UNTUK MENGHENTAM PEMBANGKANG....SBB PEMBANGKANG BANYAK KILANG AIR.


http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2013/01/tahniah-pas-berjaya-tadbir-selangor.html
 

Mungkin inilah corak pentadbiran yang PAS Selangor inginkan...??? Arak , perempuan jalang , rumah urut makin bertambah sejak pemerintahan PAS dan sekutu tahalus siasinya. Tahniahlah kerana siapa sahaja yang menentang sekutu PAS akan di pecat, terbaru Nasharudin yang di pecat dari Majlis Syura PAS.
INILAH WAJAH PENGUNDI HANTU YANG AKAN MENGUNDI PAS.








TAHNIAH , PAS BERJAYA TADBIR SELANGOR DENGAN BERJAYA.


Selama ini ramai berangapan bahawa PAS dipinggirkan dalam pentadbiran di Selangor. PSM tidak percaya bahkan PSM beranggapan PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP berjaya membawa Selangor maju lebih dari apa yang BN bawa. Video di bawah ini membuktikan bahawa tanggapan semua orang adalah salah. PAS berjaya menunjukkan contoh "Negeri Berkebajikan" di negeri Selangor.

Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada aktiviti tersembunyi yang berlaku di Kuala Selangor tetapi aktiviti sebenar yang berlaku didepan mata masih banyak dan tidak diambil peduli terutamanya oleh pemerintah kawasan itu sendiri yang diberi mandat oleh rakyat Kuala Selangor iaitu YB Dr Dzulkifli Ahmad sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor.

YB Dr Dzul pernah memberitahu aku bahawa ini semua bukan tugas atau kerjanya sebagai Ahli Parlimen tetapi aku tetap bertegas mengatakan dia ada hubung kait dan ada kuasa untuk menghalang aktiviti itu dari terus berlaku dan bertambah. Pada tengah tahun lepas sahaja aku berjaya merakamkan 7 buah rumah urut yang baru dibuka disekeliling pejabat Pusat Khidmat Rakyatnya dan sebagai Wakil Rakyat dan Pakar Strategi Parti Paling Islam Dalam Dunia apakah tindakan beliau untuk menangani masalah tersebut.
Beliau mempunyai kuasa tersebut untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menghentikan pembinaan lebih banyak rumah urut dikawasan itu. Tetapi sehingga kini aku lihat semakin banyak rumah urut yang dibuka dan ianya bertambah setiap masa.

Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku hingga tiada langsung tindakan dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dan disebabkan itulah timbul banyak persepsi yang mengaitkan YB Dr Dzul sendiri dalam konspirasi rumah urut di Kuala Selangor.
Jangan salahkan orang lain dan jangan asyik nak sama bila orang kata YB Dr Dzul dapat habuan daripada hasil perniagaan tersebut? Jika tidak mengapa tidak YB Dr Dzul sebagai Manusia paling Islam dalam Parti Paling Islam Di Dunia menentangnya. Ini adalah maksiat depan mata yang harus di hapuskan jika tidak mahu bala Allah swt melanda.

Jangan katakan bahawa tiada maksiat berlaku dan tiada aktiviti pelacuran berlaku kerana aktiviti yang dimaksudkan hanya akan berlaku selepas kerja urut-mengurut habis dijalankan dan ada juga maklumat mengatakan yang mereka ini boleh dibayar dan dibawa pulang selepas tugas mereka selesai.

Jika begitu, punca maksiat itu berlaku dari rumah urut itu sendiri dimana mereka berkenalan dan mengatur untuk melakukan zina ditempat lain tetapi puncanya adalah di rumah urut tersebut yangmana mungkin salah satunya berada di lingkungan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor sendiri.

YB Dr Dzul jangan asyik nak berdolak dalik hingga sanggup menghalalkan yang haram semata-mata mahu menjaga periuk nasi politik YB Dr Dzul sendiri. Kerana takutkan hilang undi dari kaum Cina dan bukan Islam YB Dr Dzul sanggup menutup mata walaupun maksiat itu berlaku di depan mata dan tahu ianya dosa namun tak mampu berbuat apa apa.

Ayuh YB Dr Dzul buktikan bahawa kamu tidak terlibat dalam sindiket maksiat dan pelacuran ini dan buktikan bahawa kamu tidak menerima sebarang habuan daripada aktiviti tersebut!!!

Dismissing Nasha: Rakyat Are Happy With Najib's Effort On Palestine, Except For PAS



The Prime Minister's visit to Palestine recently has been gaining positive response from Malaysians. It strengthen Malaysia's image as a country which is serious in fighting for peace instead of just being rhetoric in its fight for peace.
Even though the visit was seen negatively by the opposition, saying that it is just another one of the government's election publicity, the important thing here is that it is an effort to achieve peace, and it begins now.
Looking at all the sufferings faced by Palestinians due to all the attacks from Israel, making claims saying that the Prime Minister's visit is just another publicity proves that the opposition is not even concerned with the matter.
This is because, the visit is a daring effort taken by the Prime Minister and wife, where they decided to head over to a 'warzone', taking risk over their own safety and lives, to accept the invitation given by Palestine seeking for help from Malaysia to unite Hamas and Fatah.
Only with the union, people of Palestine will be able to fight for their country against the terrorism and invasion done by the Israeli regime.
That is why, Dato’ Seri Najib's commitment in helping other Muslims, should not be taken as a political issue. It should be seen as an issue surrounding all Muslims around the world.
However, the opposition's response is not a surprise. This is because, PAS, an 'islamic' party within Pakatan Rakyat, does not really support the spirit of union.
Not that we don't know PAS does not support in uniting ummah, we also know that some PAS supporters would rather die fighting their brothers just as long as they could see their party get to Putrajaya.
That is why we are not surprised when PAS do not even share the same pride which Malaysians felt, over the Prime Minister's effort in uniting Muslims in Palestine.
PAS' behavior can clearly be seen through their actions when they sacked Ustaz Nasharuddin Mat Isa from their Syura Ulama Council which was announced soon after he got back from Palestine escorting the Prime Minister.
This proves that to PAS, everything is politics, that is it. Thus, Ustaz Nasha's actions in escorting the Prime Minister to Gaza is viewed by PAS as treason.
Perhaps this is what Hadi Awang meant on his message where he prohibit the separation of religion and politics; asking Muslims to include religion to politics which then becomes their guideline for religion, instead of the other way round.
That is why as we see how Muslims in Palestine getting attacked, and while Muslims around pray for their safety, PAS prayed for UMNO to go K.O.
There is no doubt that instead of the Prime Minister, PAS is the one who used Palestine as their political game to look for publicity by saying that they helped as well, by just waving their party's flag there.
However, not even a single PAS leaders have the guts to do anything to really help Palestine. And when one of its leaders tried to be serious in helping Palestine, Ustaz Nasharuddin Mat Isa for instance, he is  seen as a traitor.
Whatever it is, we are proud to be Malaysian Muslims where the government is stable enough to help in fighting for peace, especially in Islamic states. We are also proud to have a smart, brave and sincere leader who managed to get Malaysia to this stage even if some Malaysians are threatened with issues against one another thanks to the work of the devil.

NASHARUDIN PENGKHIANAT ...???




Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz. 

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam. 

Wednesday, January 30, 2013

SIAPA SELEPAS NASHA...???


Seorang pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu DatukSeri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.

Sebelum ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan daripada kedudukannya.



Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.

Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir. Ini menimbulkan tanda tanya, adakah Datuk Harun Taib merupakan ahli yang tidak hadir pada hari tersebut?



Langkah Mematahkan Karier Politik Nasha

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata keputusan Majlis Syura Ulama itu juga membuktikan bahawa PAS menolak amalan untuk berbaik-baik dengan kalangan yang tidak sealiran dengan mereka.

"Bagi PAS, berbuat-buat baik dengan musuh politik bukanlah satu etika yang baik.

"Digambarkan bahawa ahli-ahli PAS tidak boleh berbaik-baik atau berkawan dengan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka...ini seolah-olah menjadi prinsip PAS dari dahulu lagi," katanya.

Sementara itu Ahmad Atory menjangkakan bahawa masa depan Nasharudin dalam politik bersama PAS sudah tertutup berdasarkan perkembangan terbaru termasuk tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

SuperHero ku...


SuperHero ku..

Guru : Baiklah murid-murid, hari ini cikgu mahu kamu melukis superhero pujaan kamu dan bentangkan kepada kawan-kawan kamu yang lain kenapa kamu memilih superhero itu dalam masa 10 minit dari sekarang.

10 minit kemudian.....

Guru : Ok. Saya mahu Mamat mula dulu, diikuti oleh Shafik, Haiqal, Hisyam dan Zaid. Silakan Mamat ke hadapan.

Mamat : Saya pilih Spiderman sebagai superhero saya sebab dia hebat,cikgu. Dia boleh melompat tinggi, dan boleh mengeluarkan sarang labah-labah dari tangan dia, cikgu. Spiderman ni suka tolong orang susah dan mampu ke satu bangunan ke satu bangunan yang lain dengan cepat sebab sarang labah2 dia boleh panjang,cikgu.

Shafik : Saya pilih Batman sebagai superhero saya, cikgu. Saya pilih dia sebab dia segak, smart dalam kostum dia. Dia juga ada kereta dan motor yang super duper hebat dan laju. Saya suka Batman sebab dia lebih kerap muncul pada waktu malam dan berlainan sekali dengan superhero lain. Dia juga ada senjata-senjata canggih.

Haiqal : Saya memilih Superman, cikgu. Semua orang tahu dia sangat-sangat hebat. Kebal tidak boleh ditembak dengan peluru. Dia boleh terbang ke sana sini dengan laju untuk menyelamatkan nyawa orang. Saya pilih dia juga sebab dia kuat boleh angkat benda-benda berat.

Hisyam : Hulk merupakan superhero saya, cikgu. Saya menarik melihat dia berubah menjadi kuat apabila dia marah. Kekuatan dia akan muncul kalau dia marah dan menjadi besar serta kuat. Dia pun kuat boleh angkat macam-macam.

Guru : Kamu pula Zaid? Kenapa tidak melukis? Tidak tahu mana-mana superhero yang ada kah?

Zaid : SuperHero saya ialah ayah saya. Mak saya cerita, ayah saya hebat. Bersenjatakan cangkul dan parang bemandi peluh mencari rezeki membesarkan kami, tidak ada senjata macam Batman. Mak bagitahu, siang dan malam ayah bekerja untuk menyara kami sekeluarga tidak seperti Spiderman sekali sekala je. Ayah yang menjaga keselematan kami sekeluarga dari apa-apa bahaya tanpa ada kuasa seperti Superman. Ayah mendidik kami tanpa pernah marah macam Hulk, dia begitu mengasihi kami sangat2. Semua itu mak cerita pada saya. Dan superhero saya telah pergi selama- selamanya semasa saya kecil..... jadinya saya tidak ingat rupa Superhero yang banyak berjasa pada saya secara REALITI.

Tuesday, January 29, 2013

ISLAM KUKUH DALAM PERLEMBAGAAN


KEKEBALAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Oleh :Haji Mahamad Naser bin Disa~
Melakukan Perubahan Minda Secara Menyeluruh Bagi Menerima Hakikat~
1. Kedaulatan Islam Telah Bertapak Kukuh di Alam Melayu.Kegemilangan sejarah Negara bukanlah hanya bermula selepas kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 atau semasa pembentukan Malaysia pada September 1963, malah kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-abad lamanya. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu, kedaulatan Kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran Islam telah bertapak kukuh sejak kurun ke-12 lagi. Fakta ini diperteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri Melayu (Malay Digest) yang berlandaskan hukum Syarak. Percubaan British untuk menjajah Tanah Melayu melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah gagal apabila dibantah keras oleh orang Melayu ketika itu. Justeru itu, Negeri-Negeri Melayu terus bernaung di bawah perlindungan dan nasihat Residen British yang kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlu disebut bahawa pada waktu itu, Raja-Raja Melayu terus berdaulat, manakala Residen dan Residen Jeneral British hanya berperanan sebagai penasihat.Sebagai penasihat kepada Raja-raja Melayu, mereka telah memperkenalkan undang-undang dan sistem pentadbiran Inggeris di Negeri-Negeri Melayu bagi mentadbir hal-ehwal penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada bangsa Melayu sebagai penduduk asal dan pendatang Cina serta India yang ketika itu merupakan buruh di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah yang dibawa masuk oleh British.
2. Bagi membentuk sebuah Negara Persekutuan yang berdaulat, Raja-Raja Melayu dan umat Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang amat tinggi nilainya. Raja-Raja Melayu telah menyerahkan sebahagian besar daripada kedaulatan mereka kepada Persekutuan dengan melantik seorang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Persekutuan. Sebahagian besar daripada urusan pentadbiran pula diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan yang asalnya merupakan bidang kuasa Raja-raja sebagai pemerintah negeri berkenaan.
3. Satu perkara yang perlu disedari oleh generasi muda sekarang ialah ketika negara bebas dan merdeka daripada perlindungan British, Negara terus berhadapan dengan ancaman subversif komunis yang cuba untuk membawa masuk fahaman komunisme ke dalam negara ini. Namun begitu, dalam menghadapi ancaman berkenaan, sikap toleransi yang ditunjukkan oleh bangsa Melayu dan umat Islam telah mendapat penghargaan oleh para pemimpin kaum Cina dan India. Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan yang bertindak sebagai wakil rakyat masing-masing bagi kaum Cina dan India telah menyatakan kesyukuran dan terima kasih mereka atas pengorbanan orang Melayu yang telah bersedia menerima mereka sebagai warganegara. Petikan ucapan tersebut adalah seperti yang berikut :
(i) Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Previleges” pada 30 April 1969, berkata :“…Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.”.
(ii) Presiden MIC Merangkap Menteri Kerjaya Raya, Pos Dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan berucap di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :“…Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”Islam dan Syariah Perlu Terus DidaulatkanBagi meneruskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Perkara 3(2) turut dimasukkan untuk menjamin hak-hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing. Walaupun Islam dimartabatkan sebagai agama Negara, kebebasan beragama penganut-penganut agama lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing adalah terjamin.
Dalam hubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi moden yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama telah bersepakat untuk memartabatkan Islam sebagai agama negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan negara-negara seperti India dan Turki yang secara jelas dalam Perlembagaan mereka, mengisytiharkan bahawa mereka ialah negara sekular.Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang berhujah bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular berdasarkan kes Che’ Omar bin Che’ Soh vs Public Prosecutor . Dalam kes ini, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa kedudukan Islam dalam perkara 3(1) hanyalah terpakai untuk tujuan “ceremonial” sahaja.
Namun begitu, tidak sebagaimana yang sering dihujahkan oleh sesetengah pihak, Mahkamah Agung dalam kes tersebut tidak pernah memutuskan atau mengisytiharkan bahawa negara ini ialah sebuah negara sekular, sebaliknya Mahkamah Agung berpandangan bahawa undang-undang yang terpakai di Malaysia ialah undang-undang sekular kerana ia dibenarkan oleh Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan. Tafsiran terhadap Islam dalam kes itu juga dibuat mengikut fahaman Inggeris yang memisahkan antara pentadbiran Negara dengan hal-ehwal agama.
Dalam kes-kes yang terkini, iaitu Lina Joy -lwn- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Dan Lain-Lain , mahkamah tertinggi Negara telah menerima tafsiran yang dibuat oleh al-Maududi, iaitu Islam bukan sahaja merupakan himpunan dogma dan ritual tetapi ia juga merupakan cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang kegiatan manusia; persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau juga kehakiman. Malah tiada sepatah pun perkataan “sekular” boleh ditemui dalam mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.Desakan dan tuntutan sesetengah pihak untuk mentafsirkan Negara ini sebagai sekular pada hakikatnya hanya bertujuan membolehkan fahaman liberal dan bebas sebagaimana yang begitu popular di negara-negara maju dapat dibawa masuk ke Negara ini dengan mudah.
Walaupun terdapat beberapa aspek yang positif daripada kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut, namun pada masa yang sama, kemajuan itu juga boleh mengakibatkan Negara terpaksa menerima amalan dan budaya liberal yang keterlaluan sifatnya serta bercanggah sama sekali dengan budaya beragama kita. Antaranya termasuklah perkahwinan dan hubungan jenis sesama jantina, hubungan tanpa nikah dan hak kebebasan yang melampau. Undang-undang yang berkuatkuasa mungkin terpaksa dipinda bagi mengesahkan amalan dan budaya asing itu di sisi undang-undang Negara.
Namun begitu, dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, maka segala bentuk amalan dan budaya yang bercanggah dengan prinsip Syariah telah dapat disekat daripada dibawa masuk ke Negara ini.Undang-undang Common Law Inggeris dan Undang-undang Jenayah daripada India yang telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat melalui First Charter of Justice hingga Third Charter of Justice terus diwarisi sehinggalah kemerdekaan dicapai.
Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf penguatkuasaan undang-undang tersebut melalui Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah Bahagian Peruntukan Sementara dan Peralihan (Temporary and Transitional Provisions). Undang-undang sedia ada sebelum merdeka terus berkuatkuasa dan ia tertakluk pada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Manakala bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal-ehwal Islam yang diwarisi sejak turun-temurun termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.Asas-Asas Islam Dalam Perlembagaan PersekutuanAntara asas-asas Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Syariah sebagai sumber perundangan Negara di sisi adalah seperti yang berikut :
i. Perkara 3(1) – Islam sebagai Agama Persekutuan.Agama Islam telah dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dengan memasukkan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebarang dasar dan undang-undang yang dilaksanakan perlulah mengambilkira kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Justeru itu, walaupun common law Inggeris sudah lama bertapak di negara ini, Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang dan hak kepada pemerintah untuk menyesuaikan dan menyelaraskannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, berdasarkan subseksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956, mahkamah di negara ini dibenarkan untuk mengubahsuai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti mengikut keizinan keadaan Negeri-Negeri, penduduknya dan juga keadaan tempatan.
Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia” menyatakan bahawa peruntukan tersebut sebenarnya memberi ruang kepada hakim-hakim untuk merujuk kepada undang-undang Islam dalam membuat pengubahsuaian tersebut. Namun, jarang-jarang sekali pengubahsuaian itu dibuat untuk memastikan pemakaian undang-undang Islam bagi orang Islam.
ii, Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memelihara agama Islam.Bagi memelihara kesucian dan keutuhan Islam sebagai agama Negara, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kewajipan kepada pemerintah sama ada Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman untuk memelihara agama Islam. Perkara ini terserlah dalam sumpah Ketua Eksekutif Utama Negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat kepada Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain YDPA bersumpah dengan lafaz : Wallahi; Wabillahi; Watallahi; dan seterusnya baginda bersumpah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam. Selaku Ketua Eksekutif Utama bagi Negara ini, sudah menjadi kewajipan semua anggota Badan Eksekutif dan Pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama untuk melaksanakan Sumpah YDPA ini.
iii. Undang-undang Negeri boleh digubal untuk menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam.Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama Islam dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.
Walaupun Perkara 11(1) membolehkan penganut agama lain mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing tetapi penyebaran itu tertakluk pada kawalan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan di bawah Perkara 11(4)Perlembagaan Persekutuan.
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Di Bawah Kuasa SultanSelain sifat dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran agama Islam pula bersifat prerogatif dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik. Dengan yang demikian, walau apa juga kecenderungan politik sesebuah Kerajaan negeri, ia tidak akan sama sekali menjejaskan kuasa prerogatif Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam hal-ehwal agama Islam di negeri masing-masing. Raja-raja Melayu dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam yang merupakan hak turun-temurun yang diwarisi sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Justeru itu, Kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama islam dan perkara-perkara yang melibatkan hal-ehwal Islam terus diwarisi dalam Perlembagaan.
• Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri melalui institusi fatwa bertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan keutuhan hukum Syarak dan mana-mana pihak tidak boleh membuat keputusan berkenaan dengan hukum Syarak tanpa mendapatkan pandangan daripada mufti terlebih dahulu.
Sebagai contoh, fatwa mufti daripada seluruh Negeri telah mengharamkan ajaran Qadiani kerana ia didapati menyelewengkan ajaran Islam yang suci walaupun pada asalnya ajaran tersebut digalakkan oleh British dan perlu dibenarkan atas alasan kebebasan beragama.
Selain itu, nikah mutaah (kontrak) yang diasaskan oleh fahaman Syiah turut diharamkan oleh para mufti kerana menyimpang daripada amalan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia; dan
• Di bawah Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Sultan dan Majlis Agama Islam Negeri untuk menubuhkan Mahkamah Syariah di Negeri masing-masing. Butiran 1, Senarai Negeri memperuntukkan “…the constitution, organization and procedure of Syariah courts which shall have jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect of any of the matters included in this paragraph…”.
Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
• Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh menubuhkan institusi agama Islam dan menyediakan peruntukan kewangan untuk pembiayaannya.
• Walaupun diskriminasi atas alasan agama adalah dilarang, namun Perlembagaan Persekutuan secara nyata membenarkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah Perkara 12(2) untuk menubuhkan dan menyediakan sejumlah wang bagi menyelenggara institusi-institusi Islam. Peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut :
• (2) “… and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.”.• Melalui peruntukan itu, adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri menubuhkan dan membantu institusi-institusi Islam seperti JAKIM, JKSM, JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama, kolej, universiti Islam dan sebagainya. Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganut agama lain atas alasan diskriminasi kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri membenarkan (it shall be lawful) keistimewaan yang diberikan kepada institusi Islam sebagai agama bagi Persekutuan;Penyelarasan Di Peringkat PersekutuanPewujudan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 38, Bahagian IV, Perlembagaan Persekutuan sebagai badan penyelaras dan rujukan tertinggi dalam hal-ehwal yang melibatkan kepentingan agama Islam. Sebagai contoh, Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) kali ke-127 pada 29 Jun 2009 baru-baru ini telah menangguhkan pindaan terhadap Akta 505, Akta 303 dan Akta 164 bagi memastikan keseluruhan cadangan pindaan yang menyentuh kepentingan umat Islam dibincangkan terlebih dahulu dengan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
10.11. Walaupun Negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, tidak semestinya semua undang-undang perlu dilabelkan dengan “Islam” atau “Syariah”. Apa yang penting ialah prinsip undang-undang yang digubal itu tidak bercanggah dengan hukum Syarak atau maqasid Syariah (higher objective of Islamic Law). Bagi tujuan tersebut, usaha mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid Syariah perlu digiatkan supaya undang-undang yang berkuatkuasa di Negara ini bersifat patuh Syariah (Syariah compliant). Langkah tersebut juga adalah selaras dengan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pihak berkuasa membuat pengubahsuaian undang-undang untuk dikuatkuasakan dalam Negara yang merdeka ini.
Kesimpulan dan Penutup
15. Sebagai Agama bagi Persekutuan, Islam terus dipelihara selaras dengan peruntukkan undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri dan Undang-undang Negeri. Apa yang perlu dipastikan oleh pentadbir Negara dan anggota perkhidmatan awam ialah, dalam apa juga langkah pembentukan dasar dan undang-undang Negara, ia perlu selaras dengan kedudukan agama Negara tersebut. Tanggungjawab untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan Negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan Negara. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang terkandung dalam sejarah Negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu.
Artikel ini Lolong ambil dari teman teras

PAS BENCI KEPADA UMNO


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS rata-rata memusuhi mana-mana individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Umno termasuk ahlinya sendiri.
 
Katanya pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai tindak balas terhadap perilaku bekas Timbalan Presiden PAS itu yang sering dilihat menyertai aktiviti bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sikap condong ke arah kerajaan kata Nakhaie dianggap seolah-olah melanggar prinsip parti Islam itu.
 
"PAS ni memang tidak boleh berkawan dengan orang lain. Dengan DAP, dengan PKR, boleh kawan, dengan sesiapa pun dia boleh kawan, melainkan Umno.
 
"Siapa ikut Umno, langgar disiplin dia, itu musuh dia, itu pegangan PAS. Barangkali dalam tatatertib PAS, siapa ikut Umno, walau tak masuk Umno, musuh dia (PAS)," katanya ketika dihubungiAntarapos.


Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.
 
Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.
 
Nik Aziz semalam dilaporkan berkata Nasharudin tidak tersenarai sebagai calon PAS dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
 
Mengulas mengenai perkara itu Nakhaie berkata keputusan tersebut telah dijangka.
 
"Dah jauh dari kepimpinan, dah tidak kawan (bersama) dengan pemimpin PAS, bersama pemimpin Umno sahaja, macam mana akan dicalonkan dalam PAS pula?," soal beliau.
 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam satu kenyataan semalam berkata Nasharudin bakal menerima nasib seperti beliau sambil menunggu masa untuk dipecat memandangkan kedudukannya sebagai ahli biasa kini dilihat lemah.
 
"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS."

http://minda-hijrah.blogspot.com/2013/01/pakatan-jual-islam-nasha-dan-umno-musuh.html

'Father' and 'Son' Ousted from the Trinity in New Bible Translations


A controversy is brewing over three reputable Christian organizations, which are based in North America, whose efforts have ousted the words "Father" and "Son" from new Bibles. Wycliffe Bible TranslatorsSummer Institute of Linguistics (SIL) and Frontiers are under fire for "producing Bibles that remove "Father," "Son" and "Son of God" because these terms are offensive to Muslims."
Concerned Christian missionaries, Bible translators, pastors, and national church leaders have come together with a public petition to stop these organizations. They claim a public petition is their last recourse because meetings with these organizations' leaders, staff resignations over this issue and criticism and appeals from native national Christians concerned about the translations "have failed to persuade these agencies to retain "Father" and "Son" in the text of all their translations."
Biblical Missiology, a ministry of Boulder, Colorado-based Horizon International, is sponsoring the petition.
The main issues of this controversy surround new Arabic and Turkish translations. Here are three examples native speakers give:
First, Wycliffe and SIL have produced Stories of the Prophets, an Arabic Bible that uses an Arabic equivalent of "Lord" instead of "Father" and "Messiah" instead of "Son."
Second, Frontiers and SIL have produced Meaning of the Gospel of Christ , an Arabic translation whichremoves "Father" in reference to God and replaces it with "Allah," and removes or redefines "Son." For example, the verse which Christians use to justify going all over the world to make disciples, thus fulfilling the Great Commission (Matthew 28:19) reads, "Cleanse them by water in the name of Allah, his Messiahand his Holy Spirit" instead of "baptizing them in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit." Rev. Bassam Madany, an Arab American who runs Middle East Resources, terms these organization's efforts as "a western imperialistic attempt that's inspired by cultural anthropology, and not by biblical theology."
Third, Frontiers and SIL have produced a new Turkish translation of the Gospel of Matthew that uses Turkish equivalents of "guardian" for "Father" and "representative" or "proxy" for "Son." To Turkish church leader Rev. Fikret Böcek, "This translation is 'an all-American idea' with absolutely no respect for the 'sacredness' of Scripture, or even of the growing Turkish church."
SIL has issued a public response stating "all personnel subscribe to a statement of faith which affirms theTrinity, Christ's deity, and the inspiration of Scripture." However, in the same statement, which is similar to Wycliffe's, it claims "word-for-word translation of these titles would communicate an incorrect meaning (i.e. that God had physical, sexual relationships with Mary) [sic]," thus justifying substituting "Father" and "Son" in new translations. Calls and emails to Wycliffe and SIL to clarify their positions were not returned. Frontiers responded to calls with articles that critics have already dismissed as skirting omissions of "Father" and "Son" in new Bible translations.

Monday, January 28, 2013

NASHARUDIN TERSINGKIR.


Ulama dibuang, Peliwat dijulang,
Islam didagangkan, syaitan sebagai kawan, 
Pakatan Jembalang, pembela petualang.
Jangan harap kau boleh menang,
kerna kami akan berjuang habis-habisan.
PUTRAJAYA AKAN TETAP KAMI PERTAHANKAN.


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai ‘mesra kerajaan Pusat.’
Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.
Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.
“Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu.
“Nasharudin dipecat kerana antaranya beliau kerap tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama dan selalu membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian serta ketetapan majlis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.
Malah, sebelum ini beliau pernah dihadap ke lembaga disiplin Pas kerana mendakwa Karpal Singh yang menentang keras hukum hudud dan penubuhan negara Islam sebagai anti-Islam sehingga Pengerusi DAP itu mengugut mahu mendakwanya di mahkamah.
Dalam pada itu, ditanya mengapa keputusan pemecatan Nasharudin hanya dibuat hari ini dan tidak diumum terus pada 13 Januari lalu, Mustafa berkata, beliau tidak dapat mengulas tentang perkara berkenaan kerana mendakwa beliau bukan ahli majlis syura.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130128/po_01/Majlis-Syura-Ulama-pecat-Nasharudin#ixzz2JECJwnmx
© Utusan Melayu (M) Bhd