Sunday, October 6, 2013

PROF. MADYA DR. MOHD SAZILI BIN SHAHIBI

Nama : Prof Madya Dr Mohd Sazili bin Shahibi
Umur : 43 tahun
UMNO Cawangan: Selayang Baru Barat
UMNO Bahagian : Selayang
UMNO Negeri: Selangor 


Saya menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun ini atas pendirian dan keyakinan mampu member sumbangan yang bermakna setelah 27 tahun menjadi ahli parti dan sebagai pekerja sukarelawan parti sejak tahun 1986. 


Dalam tempoh 27 tahun saya telah melibatkan diri dengan pelbagai tugas di peringkat cawangan dan bahagian. Saya juga menawarkan diri kerana mengambil kira pandangan umum orang-orang Melayu tentang keperluan kumpulan professional dan akademik untuk terlibat dalam barisan kepimpinan UMNO secara langsung. 



Sekiranya diberi kepercayaan oleh semua perwakilan UMNO di bahagian-bahagian saya akan membantu Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mengusahakan jalinan perhubungan yang rapat di antara kumpulan akademik dan professional Melayu dengan UMNO bagi membolehkan wujudnya ruang pertukaran idea dan pandangan yang membentuk persefahaman untuk membantu UMNO dalam menentukan dasar dan perjalanan parti demi mengangkat martabat agama, bangsa dan negara. Sebagai ahli akademik saya juga akan terus membantu parti untuk memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam bidang akademik yang meningkatkan kecemerlangan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Melayu dalam usaha membentuk anjakan pemikiran baru orang Melayu yang seiring dengan visi dan misi Presiden UMNO.